Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita
hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Begitulah sebahagian daripada kata-kata
Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam
sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab
setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi ini.
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk
kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup
(abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan
wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik,
iaitu sentiasa berubah. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.
Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru
semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini
semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi
dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras
radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu

20

keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam
atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan. Apa yang dikatakan sebagai pencemaran
ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi.
Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya
bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan
hidupan yang lain.
Masalah pencemaran seperti pencemaran air, tanah, udara sentiasa menghantui pemikiran
manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di
bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi
beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui, pencemaran boleh
diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:1. Pencemaran Udara
2. Pencemaran Air
3. Pencemaran Tanah
4. Pencemaran Bunyi

20

Pengenalan Kepada Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau
kayu yang tidak terkawal.
Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder.
Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida
akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang
halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak
terkawal. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida
yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan
Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia
dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama
pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api
industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda
asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen
Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan
ini.

20

KesanKesan Pencemaran Udara


Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa
kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah
terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan
memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon
monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam
darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh
menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Alfalfa, barli, kapas, gandum
dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir
angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke
udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh
penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang
terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang
telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang
meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink

20

telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang
tersebut.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan
lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat
berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan
suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan
yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.

20

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan
industri .
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan
mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali
ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang
dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari
pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana
kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran
sampahsarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu
sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang
mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak
terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

20

Pengenalan Kepada Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air
bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau
tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar
dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran
sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut
iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Secara saintifik,
pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi,
fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan
kekeruhan sumber air tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah
seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di atas air.
Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein,
karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta
tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga berpunca daripada persenyawaan organoklor pada
insektisida, fungisida dan herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada
bau dan rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh
persenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi pula disebabkan oleh
mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteria patogen, virus, protozoa, parasit dan
zat toksin.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
a.

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak

yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos
pelupusan.

20

b.

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah

pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.


c.

Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah

kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan
seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini
boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai


Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak
dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh
membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang
digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan
ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran


kawasan pembangunan industri.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan
hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha
menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai
walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

20

Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta
cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia
atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan
alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling
utama.Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan
banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya
fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
Berbagai usaha diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti sungai dalam negara. Ini
termasuk kempen Cintai Sungai Kita, memindah dan menempatkan semula kilang papan,
setinggan dan ladang babi, mengadakan perangkap sampah di sepanjang sungai yang tercemar,
melebarkan sungai dan membina kolam takungan untuk memperbaiki pengaliran air, dan
menguatkuasakan undangundang yang sedia ada berkaitan dengan pencemaran air sungai serta
mengenakan denda, menarik balik lesen dan memotong bekalan air kepada kilang haram atau
yang melakukan pencemaran.
Usaha yang berterusan untuk memperbaiki alam sekitar membantu mengatasi punca
pencemaran air yang teruk dari industry berasaskan pertanian iaitu industri kelapa sawit dan
getah. Langkah untuk mencegah pencemaran oleh industri berkenaan telah memberi kesan baik
dalam memulihkan kualiti air di kebanyakan sungai. Industri berkenaan kini sedang mengambil
langkah yang bersungguh-sungguh ke arah menghasilkan pembuangan sisa sifar. Bagi tujuan
ini, penyelidikan sedang giat dijalankan untuk menukarkan sisa buangan menjadi keluaran
sampingan yang berguna.

20

Pengenalan kepada Pencemaran tanah


Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa
kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca
pencemaran tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik
dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan
kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan
penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam
ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia
akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan
hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan,
kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air,
menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.
Hutan memainkan peranan penting dalam pemuliharaan tanah, air, hidupan liar dan
perlindungan alam sekitar serta keperluan untuk memelihara ekosistem dan alam sekitar.

20

Subindeks peratus kawasan berhutan berbanding keluasan tanah keseluruhan adalah stabil bagi
tempoh 1985-1998. Pengurangan kawasan berhutan adalah disebabkan oleh penukaran kawasan
tanah hutan untuk pertanian dan pembalakan. Untuk memastikan kewujudan hutan tropika yang
berterusan, berbagai strategi telah dilaksanakan untuk mengekalkan hutan alam semulajadi,
mengadakan hutan rekaan manusia di tempat strategik dan memulihkan kawasan pembalakan
yang berlebihan.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari
tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari
udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan
banjir.

20

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi


Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana
memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal
yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke
semasa.
Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi
kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan,
perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.
Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan
batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di Pasar, dan trafik. Seterusnya Steady
Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput,
gergaji rantai, dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti
letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti
memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan
lalulintas.
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu
kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini
datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.
c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan

20

pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.


d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak
pencemaran bunyi.
Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi
Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan
keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain
terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang
lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia
juga.
Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan
juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu
lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran
menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan
tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran
pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata
tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.
20

Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar


A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan
tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar
lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu
dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna
dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan
tenaga

elektrik.

Hampas

pertanian

seperti

hampas

kelapa

sawit

boleh

digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis
udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada
penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera
yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu
usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi
moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam
sekitar.
B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh
kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab
kepada

alam

sekitar,

mereka

perlulah

mempunyai

kesedaran.

20

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk
sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia
akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana
mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.
Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir
ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa.
Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah,
televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan
kempen

dan

ceramah.

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah
memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan
Alam Sekitar patut diperbanyakkan.
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan
nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai
seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan
pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan
pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai
dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol

20

yang

tidak

mengandungi

CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan
di

panjangkan

Antara

aktiviti

yang

boleh

usianya.
melindungi

alam

sekitar

ialah:

a.Pameran
b.Kempen-kempen
c.Pertandingan
d.Projek RiadahAlam

Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM


Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu
pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam
seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar
pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah
dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga
boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk

melindungi

alam

sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan
amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat
memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang
minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna
untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta
akan belajar untuk berjimat-cermat.

20

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,
membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan
mencantikkan

pemandangan

sesuatu

kawasan.

Selain

itu,

ia

juga

dapat

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk
mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.
Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang
kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan
kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan
mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada
masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam
sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan
sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang
ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA


Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu
pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran.
Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah
majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7
tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

20

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada
masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan
pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih
kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia
memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber
makanan untuk manusia.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai
bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga
membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan
asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran
air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi
bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan
perladangan dan sebagainya.
Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam
sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan
lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia
akan musnah secara perlahan-lahan. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta
memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan
keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang
hidupan termasuklah manusia.
Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan
terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak
lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal,
dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh
diselamatkan lagi. Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan
berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta
berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.
20

RUJUKAN
Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM
Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America : Oxford
University Press
David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological Approach.London :
Routledge
Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine Pollution. United
States Of America:Island Press
ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota Kinabalu :
ECD Sabah
EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.
Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States Of America :
McGraw-Hill, Inc
Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM
Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six Billion People.New Yor:
McGraw-Hill,Inc.
Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala Lumpur :
Penerbit Mikamas
Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd.
Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

20

William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: A Global


Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

20

Anda mungkin juga menyukai