Dibentang oleh :
NOR FADZILAH BINTI MD EHWAN
NURUL FARHANAH BINTI OTHMAN
NORSHAHIDAH BINTI MUHAMAD ZIN
menghitung.
Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang
wanita yang telah diceraikan oleh suaminya
ataupun yang kematian suaminya, maka wanita
tersebut dilarang dari berkahwin dengan
Jenis-Jenis Iddah
Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Iddah Rajie.
Iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula
isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.
b) Iddah Bain.
Iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula
isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :
1) Talak Tiga
2) Li`an
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila
6) Isteri yang belum disetubuhi oleh bekas suami barunya.
cara kiraan :
1. Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik
sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 >
Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.
2. Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja
kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 >
Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.
a)
b)
c)
Isteri yang berada dalam iddah Rajie berhak mendapat nafkah dan
tempat tinggal selama tempoh iddah
b)
)
)
c)
7.2.1 DEFINISI
RUJUK
SYARAT RUJUK
ISTERI
~
~
~
~
~
RUKUN RUJUK
Rukun rujuk ada tiga perkara:
1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan
kembali kepada isteri sama ada secara
sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).
2. Mutarji iaitu suami yang ingin merujuk
isteri yang diceraikannya dengan talak
bain.
3. Isteri iaitu perempuan yang telah
dinikahi dengan nikah yang sah.
7.2.3 HUKUM
RUJUK
Hukum Rujuk
Wajib ~ Suami yang menceraikan salah seorang
daripada isteri-isterinya dan dia belum
menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri
yang diceraikan itu.
Haram ~ Apabila rujuk itu menjadi sebab
mendatangkan kemudaratan kepada isteri
tersebut.
Makruh ~Apabila perceraian itu lebih baik
diteruskan daripada rujuk.
Harus ~ Jika membawa kebahagiaan kepada ahli
keluanga kedua-dua belah pihak.
Sunat ~ Sekiranya mendatangkan kebaikan.
DEFINISI BERKABUNG :
Wanita tidak menghias dirinya dalam keadaan tertentu dan dalam tempoh tertentu.
DALIL :
"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk
dia berkabung atas kematian seseorang lebih dari 3 hari melainkan kepada
suaminya. Dia perlu berkabung selama 4 bulan sepuluh hari." (Hr Bukhari - Sahih) .
HUKUM BERKABUNG
Dalam mazhab syafie ada tiga perkara yang dilarang kepada wanita ini seperti
berikut:
1. Pakaian yang dicelup dengan warna untuk tujuan perhiasan. Mestilah pakaian
tadi menggunakan kain berwarna asal. Memakai apa jua jenis kain adalah
dibenarkan selagi tidak diwarnakan dengan warna yang lain. Kain yang dicelup
dengan warna lain bukan untuk tujuan perhiasan seperti warna hitam adalah
dibenarkan.
2. Haram memakai barang kemas seperti cincin dan sebagainya yang diperbuat
dari emas, perak dan permata.
3. Haram memakai wangian pada badan, pakaian, makanan dan celak.
ADAKAH WANITA KEMATIAN SUAMI BOLEH KELUAR RUMAH DALAM TEMPOH INI?
Wanita ini boleh keluar rumah untuk tempoh ini pada siang hari untuk menunaikan
keperluannya. Ini berdasarkan hadis Jabir ra , beliau berkata:
: .
"Ibu saudaraku telah diceraikan talak 3. Semasa tempoh iddah, dia telah keluar untuk
mengait buah kurma. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menegahnya
keluar (kerana dalam tempoh iddah). Lalu ibu saudaraku menceritakan perkara tersebut kepada
Rasulullah saw. Nabi pun bersabda : Kaitlah buah kurma mu. Mudah2an kamu dapat
bersedekah daripadanya atau dapat buat sesuatu yang baik. " (Hr Abu Daud dan Nasaie)
Daripada hadis ini, para Ulama mengharuskan wanita yang dalam iddah -samada diceraikan
atau kematian suami- untuk keluar rumah bagi menyelesaikan urusan mereka pada waktu
siang. Mereka tidak boleh keluar malam dan bermalam dirumah orang lain melainkan dalam
keadaan darurat.