Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut
logik dan mudah diperdaya oleh pandangan yang berlainan.
3. Operasi konkrit: 7-11 tahun.
Zaman persekolahan, boleh membuat klasifikasi, reversibiliti, hukum keabadian. Berfikir secara
logik dan konkrit. Boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya.
4. Operasi Formal: 12 tahun ke atas.
Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka
panjang sesuatu aksi. Boleh membuat penakulan abstrak, mengawal pembolehubah ,menguji
hipotesis, menyelesaikan masalah.
Kesimpulan tentang Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.
Pendekatan perkembangan kognitif piaget mudah digunakan dalam proses
pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek
perkembangan kemampuan berfikir. Oleh kerana pendekatan ini memberikan
perhatian sepenuh kepada isu moral dan penyelesaian masalah yang berhubung
dengan pertentangan nilai tertentu dalam masyarakat, penggunaan pendekatan ini
menjadi menarik. Penggunaannya dapat menghidupkan suasana kelas.
Kelemahan Teori Piaget.
Pendekatan ini juga memiliki kelemahan-kelemahan. Salah satu kelemahannya
dikemukakan oleh Hersh, et. al. (1980), pendekatan ini menampilkan bias budaya
barat. Antara lain kelemahan ialah sangat menjunjung tinggi kebebasan peribadi
yang berdasarkan filsafat liberal. Dalam proses pendidikan dan pengajaran,
pendekatan ini juga tidak mementingkan kriteria benar salah untuk suatu
perbuatan. Yang dipentingkan adalah alasan yang dikemukakan atau pertimbangan
moralnya.
Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Daripada teori ini, seseorang guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanakkanak seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang
terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakala
pada peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu,
tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai
bahan bacaan dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk
mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan
kognitif yang terhad.
Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan
masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan
analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi
pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat
perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran
tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka.
Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan
penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat
yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil
pembelajaran yang maksimum.
pada sikap, perasaan (afeksi), serta kognisi dari individu terhadap perangkat aturan yang
bersangkutan (Kurtines, 1992: 513).
Piaget melakukan penelitiannya yang menunjukkan adanya kontradiksi yang jelas antara
perubahan persepsi yang berkaitan dengan usia dan ketaatan terhadap aturan. Kontradiksi
yang dimaksud diselesaikan dengan jalan mengklasifikasikan penalaran moral dan anak-anak
yang agak kecil dan yang agak besar (Burton, 1992: 323-324). Berdasarkan penelitian itu
dirumuskan
dua buah
urutan
perkembangan
yang
paralel:
satu
rumusan
urutan
Sifat
perkembangan moral terdapat pergeseran yang sifatnya alami, yang terjadi secara bersamaan
dengan atau segera setelah peralihan kognitif dari pemikiran pra-operasional ke arah
pemikiran operasional, di sekitar usia tujuh tahun. Pergeseran tersebut berlangsung
sedemikian, sehingga anak yang bersangkutan untuk pertamakalinya mulai menyadari
maksudnya sendiri serta memanfaatkan informasi ini dalam mengadakan pertimbangan moral
yang menyangkut orang lain (Liebert, 1992: 291).
Pada bagian lain, pertimbangan moral berkembang sejalan dengan prinsip-prinsip dasar
Piaget
tentang
konflik moral-kognitif
urutan.
Tahapan
Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Menurut kajian yang dijalankan, antara punca utama
kemerosotan disiplin pelajar ialah faktor diri pelajar, institusi kekeluargaan, persekitaran dan
sekolah.
Kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada faktor diri pelajar boleh dibahagikan
kepada dua aspek, iaitu sikap diri pelajar sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan
sebaya ke atas diri pelajar memang diakui amat kuat. Perkembangan kongsi gelap atau kes buli
dan peras ugut di kebanyakan sekolah menengah di seluruh negara berpunca daripada
keterlibatan pelajar dalam kumpulan sebaya.
Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca daripada latar belakang keluarga pelajar sendiri.
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah satu
punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa
bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar
alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai pandangan yang negatif
terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mewah pula, mereka terlalu mudah
mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti
menghabiskan masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-belah.
Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah laku pelajar yang paling
utama.
Pengaruh persekitaran juga merupakan antara faktor wujudnya salah laku di kalangan pelajar.
Tayangan filem yang diimport khususnya dari Barat yang mengandungi elemen yang tidak
bermoral, berunsur ganas dan seks boleh mempengaruhi pemikiran dan membangkitkan
keinginan pelajar untuk meniru perbuatan yang dipaparkan melalui rancangan televisyen atau
filem. Hal ini sedikit sebanyak menjadi punca keterlibatan pelajar dalam kes-kes salah laku di
sekolah.
Pengaruh budaya hidup moden, terutamanya di bandar besar merupakan bentuk pengaruh negatif
yang datang ke dalam hidup pelajar. Oleh itu, terdapat percanggahan di antara budaya sekolah
yang bersifat murni dengan budaya di luar sekolah yang memberi pengaruh besar serta mencabar
tingkah laku dan perlakuan pelajar. Pertentangan ini boleh menyebabkan berlakunya salah laku
pelajar.
Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar tidak boleh dipandang ringan malah perlu diberi
perhatian yang serius. Antara langkah menanganinya ialah melalui institusi keluarga. Institusi
keluarga merupakan institusi asas sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Keluarga merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai- nilai murni dalam
kehidupan anak-anak. Biasanya, pelajar yang berasal daripada keluarga yang harmoni dan
mendapat kasih sayang adalah lebih bertanggungjawab serta kurang terbabit dalam kes salah
laku di sekolah.
Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan
bersungguh-sungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah
kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa
sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah
juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin
mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa
menjalankan kempen Sekolah Penyayang, `Sekolahku Rumahku dan Disiplin Sifar secara
berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin
kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab
mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi,
sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas.
Kesimpulannya, gejala salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya
pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama menangani
masalah ini.
Selamat bertemu kembali. Semoga pada hari ini anda sentiasa ceria dan dapat melaksanakan
tugas harian dengan sebaik mungkin. Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman
ini.
Topik yang hendak saya sentuh pada hari ini adalah mengenai pembentukan disiplin murid
secara umum. Semoga isu yang saya kupas pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda
dan diri saya sendiri dalam perkongsian ilmu secara maya.
Pagi tadi, sebelum ke tempat kerja saya sempat membelek sebuah majalah berbahasa Melayu.
Saya membaca satu topik am yang menyentuh mengenai gejala disiplin murid sama ada di
sekolah atau pun di luar kawasan sekolah.
Di mana-mana pun jika seseorang guru itu pergi, soalan-soalan wajib berkaitan masalah disiplin
murid di sekolah pasti akan disentuh. Saya sendiri ketika bertandang ke rumah rakan untuk
beraya, kenduri atau majlis jamuan tidak terkecuali dari soalan ini.
Setiap kali isu disiplin dibangkitkan, hanya dua pihak ini sahaja yang selalu dipersalahkan, guru
ibu bapa. Tidak dinafikan, segala perubahan tingkah laku anak bermula dari rumah dan ibu
bapa adalah orang pertama yang dipertanggungjawabkan memberi didikan yang sempurna
kepada anak.
Namun, bukan semua ibu bapa boleh memberi pendidikan asas ini sebaik mungkin kepada anakanak. Banyak faktor yang perlu dilihat dalam pembentukan disiplin kendiri anak-anak dalam
sesebuah keluarga itu.
Guru pula adalah orang kedua yang bertanggungjawab menanam asas kemanusiaan dalam diri
murid. Tanggungjawab tidak hanya kepada mengajar untuk murid pandai semata-mata kerana
bukan semua murid mempunyai bakat dan potensi yang sama.
Namun, bukan semua guru mampu menjadikan diri seseorang murid itu benar-benar sempurna
sebaik murid itu keluar dari perkarangan sekolah. Latar belakang murid berbeza. Begitu juga
budaya dan cara hidup mereka. Penerimaan asas didikan di rumah yang diterima berbeza dengan
asas didikan yang diterima di sekolah.
Itu belum lagi dicampur dengan asas didikan yang diterima semasa berada bersama rakan
sebaya atau masyarakat sekeliling. Saya sendiri kerap kali terserempak dengan murid tahun
enam yang suka memaki hamun makanan yang dibeli di kantin. Entah dari mana mereka belajar
perkataan yang tidak senonoh itu saya sendiri tidak pasti
Setiap murid mempunyai perwatakan diri yang berbeza dan sentiasa berubah-ubah. Di rumah,
lain perangainya. Di sekolah juga lain. Di luar rumah atau luar sekolah kita tidak tahu macam
mana. Murid akan melalui proses perkembangan diri dan mereka tahu apa yang mereka buat
sebenarnya. Mereka inginkan keinginan dipenuhi tanpa syarat.
Bagi sesetengah murid yang matang berfikir, ada kalanya keinginan tidak dipenuhi tidak
mengapa kerana mereka faham mengapa keinginan itu tidak dapat dipenuhi. Bagaimana pula
bagi murid-murid yang tidak faham atau buat-buat tidak faham? Saya rasa guru-guru yang
mengajar kelas hujung tahu apa jawapannya.
Saya mengajar di kelas LINUS. Murid-murid saya sentiasa bermasalah dari segi kehadiran,
tingkah laku, emosi dan banyak lagi. Semua ini perlu ditangani dengan segera sebelum ianya
menular sehingga mereka tamat darjah enam. Pernahkah anda perhatikan bahawa dalam tempoh
6 tahun murid belajar di sekolah dari usia 7 hingga 12 tahun, mereka melalui proses
perkembangan yang berbeza.
Murid tahun satu dilihat begitu baik, naik tahun dua sudah pandai melanggar peraturan. Masuk
darjah tiga sudah pandai membuli dan mencuri. Naik darjah empat sudah tahu ponteng sekolah,
mencuri makanan di kantin. Ketika di darjah lima sudah pandai merokok, menyertai kumpulan
luar supaya nampak hebat dan digeruni. Naik darjah enam sudah pandai menengking guru. Itu
belum lagi melihat proses perkembangan mereka ketika di tingkatan satu dan seterusnya.
Memanglah bukan semua murid itu bermasalah. Tetapi bagaimanakah cara penyelesaian terbaik
untuk mengurangkan apa yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah sekarang?
Mungkin salah satu cara adalah pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama dan
serius menangani isu ini. Janganlah apabila ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk berkongsi
pandangan, mereka hanya tahu mencari salah guru itu, salah guru ini. Pihak sekolah pula
menyalahkan ibu bapa macam itu dan macam ini. Sudahnya, satu kata sepakat takkan tercapai
pun.