Anda di halaman 1dari 23

BUS 101

PENGANTAR PERNIAGAAN

Bab 1
Pengenalan Kepada
Perniagaan

PENGENALAN
Di Malaysia, bidang perniagaan
menjadi aktiviti utama sektor
ekonomi negara.
Bidang perniagaan menjadi
semakin rancak dengan
wujudnya kemajuan teknologi
maklumat dan kaedah
pengurusan dengan pendekatan
baru.
2

DEFINISI
PERNIAGAAN
Perniagaan
Semua organisasi atau entiti yang
diwujudkan bagi menawarkan
barangan ataupun perkhidmatan
kepada orang ramai dengan tujuan
untuk mendapatkan keuntungan
(Zafir Mohd Makhbul et. al., 2003).
Penglibatan sesebuah organisasi di
dalam pengeluaran (operasi) dan
jualan produk yang dikehendaki
oleh pengguna dengan bermotifkan
keuntungan (Sabri Hj. Hussin, 3

SEJARAH PENDEKATAN
PERNIAGAAN MODEN

Revolusi perusahaan
Era keusahawanan
Era pengeluaran
Era pemasaran
Era global
Era internet
4

Revolusi Perusahaan
Pada pertengahan abad ke-18, Eropah
mengalami revolusi perusahaan. Kaedah
pengeluaran dibuat berbentuk massa
dengan menggunakan mesin moden.
Seorang tenaga separa mahir hanya
melakukan satu daripada proses
pengeluaran sahaja. Kemudian proses
berikutnya dilakukan oleh pekerja lain dan
seterusnya, sehinggalah barangan
tersebut siap.
5
Pengeluaran ini menyebabkan

Era Keusahawanan
Pada abad ke-19, Amerika Syarikat mengalami
perkembangan ekonomi yang pesat. Ketika ini
banyak pusat kewangan ditubuhkan bagi
membantu peniaga memperolehi modal yang
menyebabkan ramai usahawan baru yang
menceburi bidang perniagaan.
Falsafah laissez-faire, kerajaan hanya
berperanan sebagai membantu menyediakan
prasarana bagi melancarkan aktiviti perniagaan
dan tidak lebih daripada itu.
Seluruh fungsi perniagaan diserahkan kepada
pasaran menentukannya tanpa sebarang
6

Era Pengeluaran
Pengurusan saintifik diwujudkan pada awal abad ke-20
bagi memastikan pengeluaran dapat dibuat dengan
lebih cekap lagi.
Penekanan diberikan pada aspek proses pengeluaran.
Pekerja ditetapkan tempat bekerja, produk datang
kepada pekerja dengan memperkenalkan landasan
bergerak dan hanya satu tugas sahaja yang diberikan
kepada pekerja bagi memastikan mereka mahir.
Tujuannya adalah bagi memastikan supaya jumlah
masa yang semakin singkat diperlukan bagi
mengeluarkan satu produk.
Hasilnya, bukan sahaja produktiviti dapat ditingkatkan,
7
tetapi produk dapat dijual pada harga yang lebih

Era Pemasaran
Pada tahun 1950-an dan 1960-an taraf
hidup penduduk meningkat. Pengeluaran
sentiasa menunjukkan peningkatan yang
berterusan lebih lagi melalui pengenalan
teknologi pengkomputeran.
Dalam pendekatan pemasaran, citarasa
pelanggan yang menentukan bentuk
produk yang dikeluarkan dan ciri yang
mesti ada.
Maklumat dapat diperolehi melalui tinjauan
8
yang dibuat ke atas pelanggan dari semasa

Era Global
Sejak tahun 1980-an apabila teknologi
pengkomputeran dan teknologi maklumat
mengalami ledakan berterusan, konsep
perniagaan global mula diperkenalkan.
Globalisasi disumbangkan oleh kecanggihan
teknologi pengangkutan, komunikasi dan
maklumat, perbankan dan kewangan,
penciptaan dan pengeluaran produk serta
pemasaran dan pengedaran menyebabkan
persaingan dalam pasaran menjadi sengit.
Jika ingin terus kekal berdaya saing, entiti
perniagaan mesti meningkatkan kecekapan
pengeluaran dan tahap kualiti di samping9

Era Internet
Negara kita melihat perkembangan pesat
penggunaan internet sejak penghujung
tahun 1990-an sehingga kini.
Banyak syarikat tempatan yang
mengiklankan profil syarikat dan produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui
internet.
Internet membolehkan entiti pernigaan
samaada yang kecil ataupun yang besar
mempunyai peluang yang sama berdaya
saing tanpa mengira produk ataupun 10

BENTUK ENTITI
PERNIAGAAN
Semua pemilik sesebuah
perniagaan mestilah memikirkan
apakah jenis perniagaan yang
hendak dijalankan. Jenis-jenis
organisasi perniagaan utama
yang biasanya didaftarkan di
Malaysia sebagai perniagaan
yang asas adalah:
Perniagaan tunggal.
Perniagaan perkongsian.

11

Perniagaan Tunggal
Seksyen 4, Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 mentafrifkan
sebagai perniagaan yang ditubuhkan,
dipunyai, dibiayai dari segi kewangan
dan pengurusannya oleh seorang
individu sahaja.
Dijalankan oleh individu dan dimiliki
sepenuh oleh individu.
Pemilik perniagaan mempunyai kuasa
mutlak untuk mengawal perjalanan
12
dan operasi perniagaannya.

Perniagaan Tunggal
Liabiliti pemilik adalah tidak terhad.
Ini bermakna, sekiranya perniagaan
mempunyai hutang yang tidak dapat
dijelaskan kerana mengalami
kerugian, maka pemberi hutang
berhak menuntut harta peribadi
pemilik perniagaan sebagai bayaran
ganti kepada hutang perniagaan.
13

Kelebihan Perniagaan
Tunggal

Mudah ditubuhkan dan dibubarkan


kerana tidak banyak prosedur yang
perlu diikuti.
Bebas membuat keputusan.
Modal yang kecil bagi memulakan
perniagaan.
Hak sepenuhnya ke atas segala
keuntungan mahupun kerugian.
14

Kelemahan Perniagaan
Tunggal

Menanggung liabiliti tidak


terhad.
Sukar mendapat bantuan modal
yang besar.
Kemungkinan perniagaan
ditutup apabila sesuatu yang
tidak baik berlaku kepada
pemiliknya.
15

Perniagaan Perkongsian
Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961,
perhubungan yang wujud di antara
individu-individu bertujuan
memperolehi keuntungan di dalam
perniagaan.
Perniagaan yang dikongsikan dua
orang ataupun lebih (tidak melebihi 20
orang) dan mereka juga berkongsi
16

Perniagaan Perkongsian
Perkongsian tidak dianggap entiti
berasingan dengan pekongsi (liabiliti
tidak terhad). Ini bermakna segala
urusan yang dibuat seorang pekongsi,
akan mengikat rakan kongsi yang lain.
Terikat dengan surat ikatan perjanjian di
antara rakan kongsi. Surat perjanjian
perkongsian menentukan kuasa dan
tanggungjawab rakan kongsi dan 17
syarat-syarat yang lain.

Kebaikan Perniagaan
Perkongsian

Pengumpulan modal, pengalaman


dan tenaga kerja yang banyak di
kalangan rakan kongsi.
Risiko keuntungan dan kerugian
diagihkan kepada pekongsi.
Kos penubuhan lebih murah dan
tatacara penubuhan yang mudah
berbanding dengan syarikat sendirian
18
berhad.

Keburukan Perniagaan
Perkongsian

Liabiliti tidak terhad.


Proses membuat keputusan mungkin
mengambil masa yang lama kerana
memerlukan persetujuan semua pekongsi.
Penambahan modal terhad kepada
keupayaan pekongsi.
Mudah berlaku konflik dan salah faham.
Perkongsian mungkin dibubarkan jika salah
seorang pekongsi ingin membubarkan
perniagaan, kematian atau persaraan, gila
atau tindakan undang-undang.
19

Syarikat
(Sdn. Bhd dan Berhad)

Ditubuhkan di bawah undang-undang syarikat


yang mempunyai hak di bawahnya untuk
menjalankan perniagaan, memiliki atau menjual
harta, meminjam wang, mengambil dan diambil
tindakan oleh mahkamah dan membuat
perjanjian dengan sebarang entiti.
Ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya dua
orang pemegang saham pada satu masa dan
ahli tidak boleh melebihi 50 orang.
Segala tanggungan hutang adalah terhad
20
kepada syarikat sahaja.

Ciri-ciri syarikat:

Hak dan tanggugjawab

Berasingan dari pemilik / pemegang saham.


Boleh memiliki harta sendiri.
Boleh mendakwa dan didakwa.

Jangka hayat

Mempunyai jangka hayat berterusan selagi tidak


dibubarkan oleh pemilik / pemegang saham atau
oleh undang-undang.

Tanggungan

Tanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada


jumlah sumbangan saham.

Ahli-ahli

Sekurang-kurangnya dua orang ahli.

21

Kelebihan Syarikat
Mudah mendapatkan modal.
Pemegang saham dilindungi oleh
perundangan.
Tanggungjawab pemilik terhad
kepada sumbangan modal sahaja.
Hayat syarikat adalah terjamin.
Potensi mengembangkan
perniagaan adalah luas

22

Kelemahan Syarikat
Perjalanan operasi adalah dalam kawalan
pendaftar syarikat.
Pelbagai jenis cukai terpaksa dibayar.
Laporan kewangan perlu diaudit oleh
juruaudit yang bertauliah dan dokumen
mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
Pembentukan syarikat adalah rumit dan
mahal.
Selalunya saiz besar dan mempunyai banyak
cawangan. Ini menyebabkan kesukaran
23
untuk mengurus cawangan yang pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai