Anda di halaman 1dari 7

KEUTAMAAN DI MASJID

AL-FARABI
Muhammad Zulfiqar Bin Sabri
Muhammad Syafiq Bin Norbi
Mohammad Tabrani Bin Sulaiman

Pusat Ibadah
1. Masjid ialah tempat untuk melaksanakan ibadah.
2. Fungsi masjid sebagai tempat sujud atau penghambaan diri kepada Allah
Taala
3. Masjid merupakan tempat seorang hamba berkomukasi dengan
penciptanya dalam bentuk solat dan Islam tidak membatasi bahawa solat
hanya di lakukan di Masjid. Akan tetapi, Nabi selalu menganjurkan umatnya
agar senantiasa melaksanakan solat berjamaah di masjid.
4. Antara ibadah yang sering ditunaikan :
Sembahyang Lima Waktu, Sembahyang Jumaat, membaca Al-Quran
dan majlis-majlis zikrullah.

Pusat Pendidikan
1. Masjid merupakan tempat penyebaran ilmu Islam yang berkaitan dengan
aqidah dan akhlak.
2. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan masjid untuk mengajarkan
para sahabat, membina mental dan akhlak. Ianya seringkali dilakukan
setelah solat berjamaah, dan juga dilakukan selain waktu tersebut.
3. Masjid pada waktu itu mempunyai fungsi sebagai sekolah seperti saat ini,
gurunya adalah Rasulullah dan murid-muridnya adalah para sahabat yang
ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Bahkan dalam
perkembangan keilmuan Islam, proses talim lebih sering di lakukan di
masjid, tradisi ini dikenal dengan nama halaqah, banyak ulama-ulama
yang lahir dari tradisi halaqah ini.
4. Antara aktiviti pendidikan seperti Dakwah, ceramah agama dan motivasi
serta perdebatan mengenai Islam.

Pusat Ekonomi

Kepentingan
Berusaha dalam meningkat kekuatan ekonomi melalui pendekatan Islam
dalam program ilmiah di masjid mampu mendidik ummah bahawa Islam adalah
agama untuk kemajuan dalam kehidupan. Kehidupan akhirat adalah pembalasan
kepada bagaimana kita mengurus kehidupan di sini. Dalam suasana semasa orang
Islam perlu berjihad dalam membangun kekuatan ekonomi mereka.Mengkuasai
kekuatan ekonomi akan menarik lebih minat masyarakat kepada ajaran Islam.

i.

ii.
Menganjur kursus, seminar dan bengkel berkaitan dengan urusan perniagaan
yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid. Dengan usaha ini ramai ahli
peniaga dapat didekati kepada masjid. Bahkan dalam ajaran Islam pendekatan
kepada urusan perniagaan sangat dinamik dan mempunyai pendekatan yang
memboleh peniaga mencapai kejayaan dalam perniagaan.

iii.
Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara. Oleh itu
bangunan masjid perlu juga di bangun di pusat kegiatan ekonomi. Ini sekaligus
menyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan
melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai