Anda di halaman 1dari 10

http://masali-masmona.blogspot.com/2010/04/kepentingan-teknologi-terhadapbidang.

html
1.0Pengenalan
Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya
ingin memastikan yang revolusi maklumat akan mem- pengaruhi hidup kita
secara lebih mendalam serta menyeluruh. Teknologi komunikasi akan
mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.
Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang
mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan.Kesedaran kepada
kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk
menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya
di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar
untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer.
Celik komputer adalah apabila seseorang mempunyai kefahaman asas fungsi
komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugastugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya
dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan
menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet. Kemajuan yang
begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan
teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul,
menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai
jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web, teknologi
digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau
kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari. Menurut Tengku
Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam
pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer
tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua, kemampuan mengutip
dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan
cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan yang menjadi kunci
untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.
Antara halangan utama penggunaan komputer di sekolah ialah kekurangan
perkakasan yang terkini (Becker, 1991), kebanyakan sekolah telah dibekalkan
dengan perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa rendah
(Hasselbrig, 1991) dan bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi
(Cedoline, 1982; dan Vitchoff, 1989).
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan
kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran

masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).


Kesan negatif yang mungkin timbul daripada kemunculan ICT ialah jurang
perbezaan yang lebih besar di antara pelajar bandar dan luar bandar,
memandangkan prasarana yang masih belum mencukupi untuk membolehkan
mereka dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat malah masih ada
sekolah yang belum ada makmal komputer untuk digunakan. Sebagai langkah
merapatkan jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar, kerajaan dalam
belanjawan 2001 telah berjanji akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal
komputer di sekolah-sekolah di luar bandar (Utusan Malaysia, 28 November
2000).

2 Teknologi dalam Pendidikan


Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan teknologi dalam
pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik
dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat
Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan
teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai
pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan
dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980).
Manakala Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan
teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk
merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P) dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan
terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan
gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada
pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Multimedia Super
Corridor (MSC) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke
arah meningkatkan taraf ekonomi Negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan
sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran
yang lebih bersistematik.
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal
pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pengalaman mereka dalam
mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan
bahan PPBK yang secukupnya bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar.
Peranan guru-guru pula adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di
kalangan pelajar.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu
alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalam merancang dan melaksanakan
proses P & P berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar
untuk menguasai atau memperolehi matlamat pembelajaran yang telah

dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Definisi ini juga tidak
boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan
bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain
dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.
2.1 Takrifan Teknologi Pendidikan
Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan
ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk
memberi kesan baik kepada pendidikan". Manakala menurut Uhwin Derek
(1976): Applying Educational Technology, teknologi dalam pendidikan ialah
penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang
meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana
ianya menimbulkan pembelajaran. Dengan itu, teknologi pendidikan ialah satu
sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara
terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan
dalam pembelajaran.
2.2 Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi pendidikan membawa erti yang besar dalam P & P. Antara
kepentingannya ialah bagi melicinkan proses P & P kerana ia berfokuskan
kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Teknologi pendidikan
juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang , mengelakkan rasa bosan
pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan
pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir
terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu
konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan
pelbagai deria pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan
melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria
ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat
membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar
dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan
pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat di
saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya.
P & P akan memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka
ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer
berasaskan kadar keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan pelajar
menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta. Komponan
perkakasan komputer adalah berdasarkan kandungan bahan yang disediakan
agar mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk

memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan yang


menarik di kalangan pelajar dan guru.
Guru diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang bukanlah satu perkara
yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap
pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses P & P.
2.3 Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru
mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk
pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana
penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat
sebelum kegunaan bagi merancang masadan cara bagaimana mengaitkannya
dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan
penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan
selepas kegunaannya pula ia dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalansoalan, kesimpulan dan penilaian.
Teknologi pendidikan mesti dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan
objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik
darjah dan mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran.
Peringkat perkembangan pelajaran pula adalah sama ada semasa pengenalan
topik, perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep, semasa penutup dan
kesimpulan topik pelajaran dan di akhir pengajaran iaitu semasa penilaian
kefahaman terhadap topik.
Terdapat pelbagai jenis PPBK yang mempunyai kelebihan dan kesesuaian
masing-masing dalam penggunaan matapelajaran di peringkat rendah,
menengah dan tinggi. Di antara jenis PPBK yang dapat dilakukan adalah semasa
latihtubi di mana suatu latihan yang diberikan oleh komputer dapat
meningkatkan pengalaman pembelajaran. Ia juga memberikan maklum balas
kepada pelajar dan akan membolehkan mereka yang kurang berpengalaman
dapat mengikuti perjalanan pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat
memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
Tutorial melibatkan komputer dapat memperkenalkan bahan-bahan
pembelajaran yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti
dengan soalan-soalan. Komputer akan menyemak jawapan dan memberikan
maklum balas dan ia bersesuaian untuk memperkenalkan isi kandungan baru,
mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam
peperiksaan.
Simulasi pula merupakan suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan
memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk
pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan
peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama
semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat

memperkembangkan kemahiran mental, kematangan berfikir, menambah


pengetahuan dan juga secara tidak langsung sifat kesabaran akan wujud dalam
diri para pelajar.
Penyelesaian masalah adalah suatu perkara yang dianggap sangat rumit oleh
para pelajar. Mereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan yang
tepat dan baik. Mereka akan ragu-ragu dan keliru dalam membuat sebarang
keputusan. Dengan bantuan komputer yang mempunyai daya tarikan animasi,
pergerakan dan bunyi, mereka akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih
yakin dan tepat.
Pembelajaran yang berasaskan komputer mempunyai prinsip. Alat elektronik ini
boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan
dalam susunan yang logik.
2.4 Ciri-ciri dan Jenis Teknologi Pendidikan yang Baik
Teknologi pendidikan yang baik merupakan alat yang dapat menjelaskan ideaidea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran, sebagai contoh penggunaan
cek terbuka dan tertutup dapat diperbesarkan. Alat yang besar dan jelas untuk
dilihat oleh semua pelajar di mana tulisan dan angka yang ditulis dalam
transperensi mestilah besar dan jelas manakala tulisan dan gambar perlu
dipelbagaikan warnanya di mana kepelbagaian warna pen dapat memberi
penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
Penggunaan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan akan dapat
menunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.
2.5 Faedah Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan
Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar
dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai
aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan
Arshad, 2003).
Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama
semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana
pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan
teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi
pengajaran dalam bilik darjah.
Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan
teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk
membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi
bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman
dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap
pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan.
2.6 Pelbagai Bahan Teknologi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
2.6.1 Papan Tulis Elektronik

Dahulu papan tulis dipanggil papan batu, papan kapur atau papan hitam kerana
papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis. Papan batu ditulis
menggunakan kapur batu, papan kapur atau papan hitam ditulis menggunakan
kapur putih atau kapur warna. Tetapi sekarang papan dengan fungsi yang sama
ditulis menggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Walaupun teknologi telah
banyak berubah, papan tulis tetap digunakan kerana ia mempunyai beberapa
kelebihan. Ia boleh digunakan dengan mudah dan lebih bersifat mesra
pengguna. Guru boleh terus menunjukkan idea yang diperkatakannya atau
diperkatakan oleh pelajarnya serta mencungkil pemikiran pelajar dalam bilik
darjah dan menonjolkannya secara spontan sama ada dalam bentuk grafik atau
perkataan di papan tulis untuk tatapan semua, sama ada dalam tempoh yang
lama atau sebentar. Harga dan kos menjaganya tidak begitu mahal,ia mudah
diperolehi dan disediakan dalam bilik darjah, guru tidak perlu latihan yang
khusus dan terlalu teknikal untuk menggunakannya tetapi tidak begitu bagi
papan tulis elektronik terkini di pasaran. Guru dan pelajar juga boleh menampal
lain-lain bahan untuk ditayangkan kepada pelajar yang lain, malah ia boleh
dilekatkan dengan magnet bagi memudahkan bahan dipaparkan kepada kelas.
2.6.2 Bahan Grafik, Gambar, dan Carta
Bahan grafik, gambar dan carta banyak digunakan untuk membantu guru
menjelaskan suatu konsep yang sukar untuk dijelaskan dalam bentuk kata-kata.
Konsep- konsep yang sukar tersebut lebih mudah dijelaskan dengan
menggunakan gambar, grafik atau carta. Terdapat pelbagai bahan grafik dan
carta yang berteknologi terkini seperti meng- gunakan grafik dan animasi
komputer yang digunakan dalam P & P.
2.6.3 Model
Penguasaan bahasa adalah satu proses permodelan bahasa yang berasal
daripada konsep sokongan oleh Vygotsky, yang merupakan konsep pengajaran
bahasa yang terkenal (Vygotsky, 1978). Konsep ini amat menegaskan
penguasaan bahasa menerusi meniru orang yang lebih dewasa digalakkan
memberikan sokongan kepada pelajar bahasa yang
lebih muda.
2.6.4 Alat Pandang Dengar Elektronik
Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh digunakan dalam P
& P. Antara alat pandang dengar yang biasa digunakan ialah perakam kaset,
compact disc, video compact disc, digital compact disc, projektor filem, video
kamera, projektor LCD, projektor episkop dan MP3 yang dapat digunakan dengan
lebih efektif.
2.6.5 Komputer dan Internet
Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan
sama ada dalam kehidupan harian atau pun dalam bidang pendidikan. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai


tujuan dan teknik. Guru yang berbakat dapat menggunakan komputer secara
kreatif dan kritis untuk membantunya mencapai objektif pembelajaran (Giesert
& Futrell, 1990).
Sekiranya komputer digunakan dengan secara sistematik dan terancang, proses
pengajaran akan berjalan lebih lancar, selain sebarang masalah yang rumit
dalam penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah (Heinich, 1996). Dengan
kata yang lain, kehadiran komputer sebenarnya telah memperkayakan teknik
pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah.
Komputer sebagai bahan simulasi yang mana guru boleh menggunakan program
yang mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan bahan simulasi
dalam pelbagai aktiviti dengan cara menulis dan menyediakan bahan
persembahan audio dan visual di samping seperti program Real Adobe yang
boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar dalam latihan
pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.
Komputer sebagai pakar rujuk iaitu Guru Komputeru yang berperanan seperti
seorang manusia yang berupaya mengawal banyak peranti atau perkakasan
melalui perintah yang telah diprogramkan. Dalam hal ini membolehkan pelajar
dan komputer berdialog mengenai topik khusus. Dalam hal ini komputeru adalah
pakar (guru) rujuknya yang mempunyai pelbagai pengetahuan mengenai
sesuatu subjek.
3. Sekolah Bestari
Sekolah Bestari adalah berkonsepkan penggunaan ICT sebagai pemangkin ke
arah pembestarian dalam persekolahan dan bukannya seperti mana tanggapan
masyarakat yang menyangka sekolah bestari merupakan sekolah yang mesti
menggunakan komputer dan kemudahan ICT.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
SISTEMIK dari segi amalan P & P serta pengurusan sekolah untuk membantu
pelajar menghadapi zaman maklumat yang melengkapkan pelajar untuk
pembelajaran sepanjang hayat dan bertujuan untuk menyediakan pelajar supaya
boleh belajar sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang
membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir,
mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat.
Objektif Sekolah Bestari adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.
Sekolah Bestari juga dapat meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan ke
arah mendemokrasikan pendidikan serta mewujudkan peluang bagi
meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu ke arah membangunkan intelek,
rohani, emosi dan jasmani pelajar.
Konsep Sekolah Bestari dengan kerjasama Multimedia Development Corporation
(MDEC) kini terus memberi tumpuan kepada 88 Sekolah Bestari bagi
meningkatkan proses penjenamaan semula sekolah untuk terus unggul sebagai
penyedia program k-pembelajaran secara holistik.

Selain itu, ia bertujuan untuk membawa kepada pendemokrasian pendidikan


sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia
merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar dari segi kekuatan atau
kelemahan, kaya atau miskin bagi mencapai potensi sepenuhnya dalam cara
yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan.
Kementerian Pelajaran pula mengorak langkah meneruskan usaha
membestarikan sekolah menerusi penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 20062010 dalam memperkasa sekolah kebangsaan menerusi penyediaan ICT yang
canggih. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan di Sekolah Bestari
dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran. Semua bahan P & P disedia-kan dalam bentuk perisian yang
direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari di mana guruguru di sekolah yang dipilih akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya
dalam bidang pedagogi untuk aktiviti P & P melalui penggunaan teknologi terkini
di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Strategi P & P di Sekolah Bestari adalah berbentuk Direktif (Directive),
Pemerhatian (Observation), Mediatif (Mediative), Generatif (Generative),
Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative), Konteks Luar
(Outside-Context), Metakognitif (Metacognitive), Konteksual (Contextual) dan
Kajian Masa Depan (Futuristic Studies).
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi
pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya
dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan
dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran
Wawasan Negara.
4. Menjana Modal Insan Gemilang
Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan-kejayaan yang membawanya
ke arah kecemerlangan. Kejayaan pula ialah penggunaan secara maksimum
kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan pencapaian. Dalam
hal ini kebolehan ialah potensi yang harus diperkembangkan secara menyeluruh,
bersepadu dan berterusan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Potensi individu mampu diperkembangkan secara berterusan melalui aktiviti
kurikulum maupun kokurikulum. Guru harus mengintegrasi dan menggandingkan
pelbagai kemahiran dengan ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam proses P &
P.

Pengintegrasian kemahiran dibuat dalam kurikulum kebangsaan yang


merangkumi pelbagai strategi P & P strategi penjanaan minda kritis & kreatif,
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran serta
pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai murni yang merangkumi semangat
patriotik. Pengintegrasian ini dapat diwujudkan serta dilaksanakan secara
berkesan maka guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar P & P
tidak hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu menerapkan
kemahiran melalui perkembangan potensi yang akan membawa perubahan ke
atas dirinya.
5. Penutup
Guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk
membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah.
Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi dengan
sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut.
Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai
guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak
ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju.
Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan
pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat
pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh
menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan
maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses
pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain. Sumbangan komputer adalah
berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu
sendiri.
Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan
berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran
global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti
pendidikan berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan
mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor,
bidang pendidikan tidak terkecuali.

Bibliografi :

D:\Sem 4\IT\Bahan\IT Bahan 1.htm


D:\Sem.4\IT\Bahan\Microsoft Word - Pengurusan pembelajaran bestari_doc Powered by Google Docs.mht
http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai