Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan
kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan
nilai-nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard
pembelajaran.
Pendidikan matematik di Malaysia telah menjalani pelbagai penambahbaikkan.
Sehingga kini, kurikulum yang terbaru bagi semua matapelajaran yang di ajar kepada
murid-murid di sekolah rendah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah atau lebih dikenali sebagai KSSR. Sebelum KSSR ini diguna pakai semenjak 4
tahun yang lalu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah digunakan. Terdapat
beberapa

penambahbaikan

yang

terdapat

dalam

KSSR

yang

merupakan

kesinambungan dari KBSR. Ianya disesuaikan dengan arus peredaran masa dan
zaman yang semakin mencabar.
Geometri adalah salah satu bidang yang perlu dikuasai oleh murid murid di
sekolah

rendah.

Penguasaan

konsep

dalam

bidang

geometri,

sukatan

dan

pengendalian data akan mambantu murid dalam kehidupan seharian mereka.


Keupayaan murid untuk menguasai konsep-konsep dalam bidang tersebut dipengaruhi
secara langsung oleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
oleh pendidik matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza dengan
mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran
dan kreativiti yang tinggi ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan
tepat dan menyeluruh (Nik Aziz 1992). Setiap pendidik matematik mestilah
bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pencapaian murid-murid.
Dengan itu, satu pelan kemajuan pengajaran dan pembelajaran perlu disediakan
bagi mencapai proses pengajaran yang berkesan. Tugasan kali ini saya menumpukan

tajuk ruang bagi Tahun 3. Pelan ini akan dijelaskan dalam bentuk jadual dan
miskonsepsi terhadap topik ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut.

Huraian Pelan Kemajuan Pengajaran dan Pembelajaran


Penyusunan subtopik bagi tajuk ini dibuat berdasarkan huraian sukatan yang
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Saya memilih untuk menggunakan
susunan ini kerana berpendapat ianya mengikut aras yang bersesuaian dengan
kemampuan murid iaitu dari mudah kepada sukar. Melalui pelan kemajuan pengajaran
dan pembelajaran, miskonsepsi murid terhadap topik ini dapat diatasi dengan baik.
Pelan ini juga dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap topik ini sekaligus
memberi keyakinan kepada murid dan guru.
Miskonsepsi yang sering wujud dalam topik ini ialah murid tidak dapat
mengingati prisma segiempat sama dan segiempat tepat kerana semua ciri prisma ini
adalah sama. Permukaan prisma segiempat sama mempunyai bentuk yang sama
manakala prisma segiempat tepat mempunyai dua bentuk permukaan yang tidak sama.
Selain itu, murid masih tidak dapat menyatakan ciri prisma dan bukan prisma dengan
jelas. Ciri prisma adalah mempunyai dua tapak yang sama bentuk dan tidak
mempunyai garis lengkung. Bentuk-bentuk dua dimensi juga murid sukar mengingati
nama-namanya seperti heksagon, oktagon dan pentagon. Ini kerana bilangan sisi bagi
setiap bentuk dua dimensi tersebut tidak diingati oleh murid. Bagi subtopik paksi simetri
pula, murid tidak dapat memahami dengan jelas makna paksi simetri yang sebenar.
Paksi simetri adalah garisan yang terbentuk setelah bentuk dua dimensi itu dilipat dua
dan saiz yang sama. Terdapat bentuk dua dimensi yang mempunyai lebih dripada satu
paksi simetri.
Penggunaan bahan bantu belajar atau bahan maujud amatlah perlu bagi topik
ini. Murid dapat melihat dan merasa sendiri dengan tangan prisma-prisma yang
ditunjukkan. Pengalaman ini akan mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap topic yang
dipelajari. Di samping itu juga, strategi pengajaran juga penting kerana strategi
penyampaian yang berkesan akan membawa kejayaan kepada guru untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik ini kaedah kumpulan dan
berpusatkan murid amatlah sesuai sekali.

Penilaian adalah langkah terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran


bagi menilai kebolehan dan pencapaian murid. Guru juga dapat mengesan langkah
susulan yang akan diambil selepas penilaian ke atas semua murid dibuat.

Refleksi
Bersyukur saya kepada Allah Tuhan sekelian alam kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus MTE3111 ini pada masa yang telah
ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan awal oleh pensyarah pembimbing bagi
memberi peluang dan ruang membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul maklumat
sejak dari interaksi pertama lagi. Kerja kursus ini sangat mencabar dan dijalankan
secara individu yang sememangnya memerlukan kolaborasi

daripada rakan-rakan

untuk disiapkan. Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya telah melakukan rujukan
internet, dan juga bersama rakan-rakan bagi bertukar-tukar idea melalui perbincangan
yang dibuat semasa interaksi. Jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi
membantu dan meyumbang idea dalam menyelesaikan pelan kemajuan pengajaran
dan pembelajaran ini.
Semasa menyiapkan tugasan ini banyaklah pengalaman yang dapat dikutip oleh
saya sebagai seorang pendidik matematik di sekolah rendah. Setelah membuat rujukan
di internet baru saya sedar banyak sumber rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk
mengajar tajuk geometri di sekolah. Bahan-bahan seperti gambar, permainan dan lainlain dapat digunakan oleh guru untuk dibawa ke dalam kelas bagi mengajar tajuk ini.
Bahan-bahan ini begitu menarik dan pasti akan menimbulkan minat kepada murid untuk
belajar matematik sekaligus memahami dengan lebih mendalam tentang geometri.
Ramai guru-guru di luar sana membina laman web dan blog-blog berkaitan bidang
geometri bagi memudahkan guru-guru mengajar tajuk ini. Guru-guru juga dapat
berinteraksi antara satu sama lain bagi bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang
tajuk geometri ini di internet.
Saya juga sedar betapa pentingnya bidang geometri ini dan murid-murid sekolah
rendah perlu kuasai bidang ini. Dalam sukatan pelajaran, tajuk ini adalah dua tajuk yang
terakhir. Ini bermakna tajuk ini akan diajar pada penghujung tahun sebelum murid-murid
menduduki peperiksaan akhir tahun. Ketika ini guru-guru begitu sibuk menghabiskan
sukatan pelajaran bagi menyediakan murid untuk peperiksaan akhir tahun, maka guru
yang ingin menghabiskan sukatan pelajaran terpaksa mengajar dengan cepat semasa
di dalam kelas. Guru juga banyak menumpukan perhatian dalam bidang nombor dan
operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi semasa awal tahun. Banyak aktiviti

yang menarik dalam tajuk geometri ini tidak dapat dilakukan dengan murid sekaligus
murid terpaksa menghafal saja bentuk-bentuk yang diajar. Dengan pengalaman
menyiapkan tugasan ini dan keinsafan di dalam diri, saya sebagai pendidik akan cuba
mengubah amalan biasa ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
MTE3111 iaitu Dr. Koay Cheng Yong kerana banyak membantu dengan memberi tunjuk
ajar kepada saya bagi menyelesaikan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai