Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

2.0

TEMA

3.0

OBJEKTIF

4.0

AJK PELAKSANA (CARTA ORGANISASI)

5.0

AKTIVITI-AKTIVITI

6.0

KUMPULAN SASARAN

7.0

LAPORAN KEJOHANAN ROAD RUN

8.0

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MINI

9.0

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

10.0

IMPAK

11.0

GAMBAR

12.0

PENUTUP

1.0

PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang sukan, malah pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan
penglibatan murid-murid secara menyeluruh. Pihak pengurusan sekolah perlu
meningkatkan corak pengurusan sukan dengan mengadakan kegiatan sukan
sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang
dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung serta mengatasi
masalah sosial dalam kalangan murid.

2.0

TEMA
Rumah Sukan Hijau Hijau Tetap Menyerlah

3.0

OBJEKTIF

Dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan.

Melahirkan insan yang cerdas dan cergas dari segi mental dan fizikal.

Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0

AJK PELAKSANA

CARTA ORGANISASI
RUMAH HIJAU
2013
PENASIHAT
MOHAMAD ALWAN BIN GINEN
PENGERUSI
ZAITUN BT MOHD YUSOFF
KETUA
MOHD KHIDIR BIN MOHD NOORDIN
PENOLONG
TUAN ISMAIL BIN TUAN MAT
SETIAUSAHA
WAN HASNIZA BT WAN ALI
AJK
AZMI BIN AHMAD

NORHAMIZAH BT NORAZI

AZLINI BT AB AZIZ

SANIAH BT MOHD NOR

MOHD RAZIFF BIN MOHD ZUKI

NOR ASMAH BT RAHIM

MANIMOLI A/P VEERASAMY

NORAZREEN BT JAAFAR

YM RAJA MAZNI BT RAJA YUSUF

NOR ALIZA BT MOHD ARIF

5.0

AKTIVITI-AKTIVITI
a)
b)
c)
d)

6.0

Latihan Rumah Sukan


Kejohanan Road Run
Kejohanan Sukan Mini
Kejohanan Sukan Tahunan

KUMPULAN SASARAN
Kejohanan-kejohanan ini dijalankan pada peringkat sekolah dengan penglibatan
murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2).
Penglibatan ini juga melibatkan semua guru Sekolah Kebangsaan Taman Melawati
(2) yang turut menjadi ahli jawatankuasa kejohanan.

7.0

LAPORAN KEJOHANAN ROAD RUN


Seperti tahun-tahun sebelumnya, SK Taman Melawati (2) telah mengadakan
Kejohanan Road Run pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 yang bermula pada jam 8.00
pagi.
Tidak ketinggalan pasukan Rumah Hijau turut menyertai kejohanan ini. Latihan
Rumah Hijau ditetapkan pada setiap hari Khamis pada pukul 4.30 hingga 6.00
petang yang diadakan di padang sekolah dan jalan raya. Latihan pertama pada 07
Februari 2013 dan latihan kedua pada 21 Februari 2013.
Rumah Hijau telah menduduki tempat kelima pada kejohanan Road Run kali ini.
Majoriti murid Rumah Hijau mengambil bahagian dan menyumbangkan mata untuk
Rumah Hijau.

Kejohanan Road Run ini dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah
Kebangsaan Taman Melawati (2) untuk merasai sendiri pengalaman menyertainya.
Selain itu, kejohanan ini juga dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat
dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam
acara-acara sukan.
8.0

LAPORAN KEJOHANAN SUKANEKA & SUKAN MINI

Pada 19 April 2013 Temasya Kejohanan Sukan Mini Sekolah Kebangsaan Taman
Melawati 2 telah berlangsung dengan jayanya di Padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Melawati, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15
tengah hari diiringi dengan tepukan dan sorakan. Kejohanan ini terbuka kepada
murid-murid Pendidkan Khas, Pra Sekolah dan tahap satu, iaitu tahun 1, tahun 2 dan
tahun 3. Dalam kejohanan ini Rumah Hijau tidak ketinggalan dalam menyertai
semua acara yang dipertandingkan.

9.0

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Pada 30 Jun 2013 Temasya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman
Melawati 2 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Mini Sekolah Kebangsaan
Taman Melati, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari
diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah


Merah, Rumah Kuning, Rumah Hijau, Rumah Ungu dan Rumah Biru, diikuti dengan
perasmian oleh Encik Hatta bin Adam, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman
Melawati 2. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh
wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian
100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan tahun 4, 5 dan 6, telah
diadakan.
Latihan rumah Hijau telah ditetapkan pada setiap hari Khamis pada pukul 4.30
6.30 petang yang diadakan di padang sekolah. Latihan pertama pada 23 Mei 2013
yang diadakan di padang sekolah. Pemilihan dibuat bagi kategori sukantara, acara
olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan
4x200 meter. Sukan Tara telah diadakan pada 18, 19 dan 20 Jun 2013 di padang
sekolah. Acara saringan diadakan 24, 25 dan 26 Jun 2013 juga diadakan di padang
sekolah.
Bagi acara padang dan 80m berpagar peringkat saringan dan akhir diadakan pada 24,
25 dan 26 Jun 2013. Pada 27 Jun 2013 bagi acara 100m dan 200m saringan dan
separuh akhir diadakan di Stadium Mini SK Taman Melati. Acara raptai penuh
diadakan pada 28 Jun 2013.
9.1

Keputusan Kejohanan

Pada kejohanan sukan tahunan kali ini pasukan Rumah Hijau telah mengutip 8
pingat emas, 3 pingat perak dan 10 pingat gangsa dengan jumlah kutipan pingat 21.
Rumah Hijau juga telah menduduki tempat kelima dalam kejohanan sukan tahunan
pada kali ini.

9.2

BIL

RUMAH

EMAS

PERAK

GANGS
A

JUMLA
H

KDD

BIRU

15

11

15

41

UNGU

10

10

29

KUNING

14

30

MERAH

10

23

HIJAU

10

21

Senarai Pemenang
Sila Rujuk Lampiran

10.0

IMPAK
Murid-murid dan guru-guru berjaya memberi kerjasama memupuk semangat
kesukanan yang tinggi dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang latihan dan
kejohanan ini berlangsung.

11.0

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN


~ Sila Rujuk Lampiran
Gambar Road Run
Gambar Kejohanan Sukan Mini dan Sukaneka
Gambar Kejohanan Sukan Tahunan

11.0

PENUTUP

Kejohanan-kejohanan sukan yang telah diadakan ini dapat memberikan peluang


kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 merasai sendiri
pengalaman menyertai kejohonan road run, kejohanan sukan mini dan kejohanan
sukan tahunan. Selain itu, kejohanan-kejohanan ini juga dapat meningkatkan
semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka
untuk mewakili sekolah dalam acara-acara sukan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________________
( WAN HASNIZA BT WAN ALI)
Setiausaha Rumah Hijau
SK Taman Melawati 2

___________________________
(SITI AZMAH BT KULILAN @ JAMIAN)
PK Kokurikulum
SK Taman Melawati 2

Disahkan oleh,

_______________________________
(MOHAMAD ALWAN BIN GINEN)
Guru Besar
SK Taman Melawati 2

Anda mungkin juga menyukai