Anda di halaman 1dari 4

ILMU ASAS KESEMPURNAAN

KERTAS KERJA MURID CEMERLANG SAHSIAH


SK SRI LAYANG, 69000 GENTING
HIGHLANDS

PROGRAM

: MURID CEMERLANG SAHSIAH

TEMPOH

: SETIAP MINGGU SEPANJANG TAHUN

PENGENALAN
Program Murid Cemerlang Sahsiah merupakan program tahunan sekolah yang
diadakan pada setiap tahun. Program ini merupakan usahasama antara Unit Bina
Insan dan Hal Ehwal Murid (HEM). Objektif utama program ini adalah untuk mencari
murid yang boleh dijadikan contoh kepada murid yang lain daripada segi sikap, akhlak
dan peningkatan prestasi pada setiap minggu. Pemilihan calon dilakukan oleh guruguru kelas atau guru mata pelajaran pada setiap minggu. Guru-guru yang terlibat akan
memantau perkembangan murid sepanjang minggu tersebut, murid yang dipilih akan
diberikan nama mereka kepada guru yang bertugas untuk diumumkan sebagai murid
cemerlang pada hari Isnin minggu berikutnya. Penghargaan dan ganjaran akan
diberikan kepada murid cemerlang yang dipilih, murid-murid tersebut akan diberikan
tag nama Murid Cemerlang dan juga hadiah yang berupa peralatan persekolahan. Tag
nama Murid Cemerlang akan dipegang selama seminggu oleh murid tersebut.
OBJEKTIF
1. Mengalakkan murid-murid supaya mengamalkan budi pekerti yang baik dalam
kehidupan seharian.
2. Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid dalam menunjukkan
perkembangan prestasi akademik dan akhlak mereka.
3. Mewujudkan murid yang boleh dijadikan contoh daripada segi sikap, akhlak,
peningkatan prestasi kepada murid-murid yang lain

CARA PELAKSANAAN
Pemilihan murid cemerlang dilakukan oleh guru kelas atau guru mata pelajaran pada
setiap minggu, berdasarkan kepada aspek perubahan sikap, akhlak dan prestasi
pencapaian akademik. Murid Cemerlang akan dipilih seorang daripada setiap kelas
daripada pra sekolah hingga tahun 6. Nama murid cemerlang akan diumumkan pada
setiap hari Isnin sewaktu perhimpunan, murid-murid yang telah terpilih akan dipanggil
ke hadapan tapak perhimpunan dan diberikan tag nama Murid Cemerlang dan juga
hadiah yang berupa perlalatan sekolah. Tempoh untuk memegang tag nama Murid
Cemerlang adalah selama seminggu, dan pada hari terakhir minggu tersebut akan
diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
SASARAN
Semua murid Tahap Satu dan Tahap 2.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

.-------------------------------------

------------------------------------------

(SITI AISYAH BINTI HASSAN)

(PN.ARBINA BT ABD RAHMAN)

Setiausaha Bina Insan,

GPK HEM

SK Sri Layang, Genting Highlands

SK Sri Layang, Genting Highlands