Anda di halaman 1dari 29

1

STRATEGI
STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh
diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia
terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagaibagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh
yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid
dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:
Strategi pemusatan guru

Strategi pemusatan murid, dan

Strategi pemusatan bahan pelajaran


Strategi Pemusatan Guru
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam
bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam
kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan
dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru
merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan
mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas,
demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang
menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

CiriCiri Strategi Pemusatan Guru


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid
berperanan sebagai penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid
banyak mendengar.

Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka.
Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan
emosi.

Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran
murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi.

Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat
tidak diberikan perhatian.
Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.
Strategi Pemusatan Murid
Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam
bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama
ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan
diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main
peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi
pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

CiriCiri Strategi Pemusatan Murid


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan
peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolongmenolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan
minat diberikan perhatian.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Strategi Pemusatan Bahan
Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan
manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
Bahan pengajaran
Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video,
televisyen dan projektor.
Bahan pembelajaran
Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja,
pembilang, bahan bercetak dan komputer.
Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam
program pendidikan khas. Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos
(1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi
pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini
memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.

CiriCiri Strategi Pemusatan Bahan


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru
atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran.

Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pengajaran.

Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk
semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan
bahan pembelajaran.

Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.
Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit
Ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara satu sama lain di samping perlunya kemahiran dan kreativiti
seseorang guru itu untuk memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam
objektif pelajaran pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang dinyatakan sememangnya mempunyai
kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan murid adalah yang paling ideal dalam melaksanakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa
pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif
pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran

3
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan
yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran
akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru
menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar
pendidikan seni.
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan
oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
bilik darjah. Di antaranya ialah :
1. Pembelajaran masteri
2. Kajian masa depan
3. Konstruktivisme
4. Belajar cara belajar
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran akses kendiri
7. Kemahiran berfikir
8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
9. Pembelajaran konseptual
10. Pembelajaran Kontekstual
Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada
pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan
berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran
dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar
Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran
kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:
1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar
berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya.
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara
mendengar, melihat dan memberi maklum balas.
3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui cara
yang berbeza.
4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di
samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.
5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti
mereka sendiri.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru
perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah
mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah
mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan
bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting

4
ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi
pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.
APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI
Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom
menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk
murid itu menguasai pembelajarannya.

Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara
individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan
pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategistrategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan
dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.Pembelajaran secara ini
memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran
seterusnya.
TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI

Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan
membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.

Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan
dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis.
Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini
disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah
murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian. Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan,

5
kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pengajaran
dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIPPEMBELAJARAN
-

Semua

murid

normal

boleh

menguasai

semua

yang

diajarkan

oleh

guru.

- Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun


supaya

daripada mudah kepada yang sukar


difahami
murid.

boleh

- Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai pembelajaran maka guru perlu mendorong
pelajar

untuk

menguasai

sesuatu

yang

diajar.

- Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
- Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam
masa

- Arahan
CIRI-CIRI

yang
pengajaran

dan

pembelajaran

bagi

singkat.
setiap

PEMBELAJARAN

unit

pembelajaran

mestilah

jelas.

MASTERI

Pelaksanaan
berasaskan
tahap
kemajuan
seseorang
murid.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk
atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai
hasil
pembelajaran
yang
ditetapkan
dalam
topik
yang
sedang
dipelajari.
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit
pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan
memudahkan
mereka
menguasai
tajuk-tajuk
atau
unit
berkenaan.
Setiap
unit
pembelajaran
dinyatakan
dalam
bentuk
Hasil
Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.
Aras
Masteri
bagi
setiap
Hasil
Pembelajaran
ditetapkan
pada
aras
80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke
unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai
sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai
80%.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai
strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar,
kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya
memudahkan
pencapaian
hasil
pembelajaran
yang
telah
ditetapkan.
Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.Penilaian yang
dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian
Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum
dikuasai
oleh
murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan
penguasaan
atau
pencapaian
hasil
pembelajaran.

Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang
telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran
dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Penentuan Hasil Pembelajaran


Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit
pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan
memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan
bantu belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk membina ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran
dinyatakan berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam, bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
Dinyatakan secara eksplisit, jelas dan terperinci. Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara seperti kebolehan
dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru
perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang diperuntukkan untuk
mengajar.
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan
berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah penerangan, penjelasan, bercerita,
huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi. Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan
kaedah bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan,
demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.
Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid.
Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru.

7
Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini
bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian
dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti murid yang cerdas,
sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai, mengenal pasti
sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran, menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang
perlu dijalankan, menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
Pembelajaran Masteri boleh dijalankan
mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran, selepas sesuatu unit
pembelajaran atau selepas tempoh tertentu seperti mingguan,
bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan Susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid
dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga
terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan
pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri.
Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan
pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti
pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain,
membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan
bahan visual, mempermudah dan mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran
melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid
menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti
idea utama.
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk
memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid,
menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan
iaitu, pengukuhan dan pengembangan.
Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi
latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan
maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea
utama dan mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit
pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara
terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian.
STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Pelbagai strategi telah dicadangkan oleh tokoh dalam pembelajaran masteri dalam pelaksanaannya. Antaranya
adalah Model Pembelajaran Masteri Block dan Anderson yang menyenaraikan sembilan proses iaitu (Ornstein
dan Hunkins, 2004):
Clarify - Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan untuk belajar.
Inform - Mengajar pelajaran, bergantung kepada arahan keseluruhan
Pretest - Memberi kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan, pelajar boleh memeriksa kuiz mereka sendiri.
Group - Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan tidak masteri (80% boleh
dianggap masteri).
Enrich and correct - Beri pengayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan pemulihan kepada kumpulan
yang tidak masteri.
Monitor - Pantau pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru dan beri sokongan untuk setiap kumpulan
berdasarkan saiz dan juga persembahan.
Posttest - Beri kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri
Assess performance - Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai masteri dengan ujian sumatif.
Reteach - Jika tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan dan pemulihan pengajaran (belajar dalam
kumpulan kecil, tutorial bersendirian, bahan pengajaran alternatif, kerja rumah tambahan, membaca banyak
bahan, praktikal dan latih tubi).
ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan
dinilai.
Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan
bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk
pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau
instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.
Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap
kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan
pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih
kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran,
pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.
Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka
sendiri , antaranya:
i.Modul dan pakej pembelajaran.
ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (Programmed
Instruction).
iii.Audio-tutorial.
iv. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalansoalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
v. Pembelajaran berbantukan komputer.
Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai.
Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar
bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab

9
secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para
pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi
membantu pelajar-pelajar berkenaan.
Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau
sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran
kerja atau latihan.
KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
- Mendiagnosis
murid
untuk
mengetahui
tahap
pencapaian
murid.
Mengetahui
perbezaan
murid.
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Mengurus
pelbagai
bahan
bantu
mengajar.
Menyimpan
rekod
kemajuan
murid.
Menjalankan
penilaian
sumatif
untuk
mengesan
hasil
pembelajaran.
- Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang
berlainan.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah
atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

KONSTRUKTIVISME
Apa yang dimaksudkan dengan konstruktivisme?
Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga
merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan
dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.
Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada
murid seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang
murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak
mungkin berlaku dimana seseorang guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran
tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

10

Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep
baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka
atau apa yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat
baru telah dapat disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka,
barulah suatu kerangka baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina.
Proses inilah yang dinamakan sebagai Konstruktivisme.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua pekara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini dibiarkan atau tidak diperbetulkan dengan baik,
kefahaman dan pegangan asal mereka itu akan tetap kekal.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Apakah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan Pendekatan Konstruktivisme?
Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme peranan guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Perspektif ini akan
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kebolehan
murid meniru dengan tepat apa yang disampaikan oleh guru kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kebolehan murid membina
konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan
penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembinaan idea atau konsep daripada pengalaman murid. Perubahan juga dapat
dilihat daripada pengajaran secara deduktif kepada pengajaran secara induktif.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme mementingkan guru
dan murid memainkan peranan yang saling bersandar diantara satu sama lain.

PERANAN GURU

PERANAN MURID

1. Guru tidak menganggap bahawa minda Murid tidak mengangap guru


sebagai
murid adalah seperti tin kosong yang
pembekal maklumat tetapi sebagai
salah
perlu diisikan dengan fakta dan pengeta satu sumber pengetahuan untuk
membantu
-huan baru.
mereka mencari maklumat dan menggalak-kan mereka berfikir dan berkomunikasi.

11

2. Guru berperanan sebagai seorang


Murid bertanggungjawab terhadap
segala
fasilitator dan pembimbing.
usaha untuk mencari pelbagai cara
untuk
memproses maklumat dan menyelesaikan
masalah.
3. Guru berperanan sebagai pengurus bilik Murid berdisiplin dalam membuat
keputu
darjah untuk menangani hal-hal disiplin -san sendiri untuk melibatkan diri
dalam
murid dengan sempurna.
aktiviti pembelajaran.
Apakah ciri-ciri guru konstruktivisme?
Diantara ciri-ciri guru konstruktivisme adalah seperti berikut:
1. sentiasa memberi galakan dan boleh menerima pandangan, pendapat serta inisiatif
pelajar.
2. menggunakan data dan maklumat asal yang belum diproses serta menggunakan
bahan-bahan yang membawa kearah kemahiran manipulatif, interaktif dan
kemahiran fizikal.
3. dalam membuat rangka kerja, biasanya menggunakan terminologi kognitif seperti
pengkelasan, analisis, meramal dan merekacipta.
4. memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi untuk menghidupkan suasana
pengajaran dan pembelajaran, menukar arahan dalam strategi dan mengubahsuai isi
pelajaran.
5. mengenalpasti kefahaman murid terhadap sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum
kefahamannya dikongsikan.
6. menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk berdialog , samaada dengan guru atau
sesama mereka.
7. menggalakkan penggunaan kaedah inkuari dikalangan pelajar dengan
mengemukakan soalan yang menekankan kemahiran berfikir, open-ended
questions dan menggalakkan pelajar untuk mengemukakan soalan sesama sendiri.
8. melihat dan mengambil kira perkembangan respon pelajar diperingkat awal.
9. mengikat pelajar melalui pengalaman yang mungkin tidak sama dengan hipotesis
asalnya dan ini akan menimbulkan perbincangan.
10. memberi masa yang cukup selepas sesuatu soalan dikemukakan.
11. memperuntukkan masa yang sesuai untuk pelajar membina hubungan dan
mewujudkan metaphors.
12. melatih keinginan semulajadi pelajar melalui kekerapan penggunaan model
kitaran pembelajaran.
Apakah strategi yang perlu digunakan?
Strategi yang perlu digunakan oleh seorang guru yang mengamalkan pendekatan
konstruktivisme dalam pengajarannya bolehlah dirujuk kepada peta konsep dibawah.

12

13

Pentingnya Pembelajaran Masteri


1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang
belum mencapai tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran.

2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah
melalui pembelajaran masteri.

3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana:


a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
rendah

b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah

mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang


tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk
menguasai sesuatu perkara yang diajar.

Konsep Pembelajaran Masteri


1.

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya


pelajar dapat menguasai apa yang diajar.

2.

Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu
prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:

a.

ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan

b.

pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti

3.

Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat
menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit
pembelajaran atau tajuk yang lain.

4.

Rajah 1 meringkaskan proses pembelajaran masteri.

5.

Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:

a.

menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;

b.

menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;

c.

merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan

d.

melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka

14

menjadi pelajar berdikari.

6.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya

anda:

a.

menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang


berpusatkan kepada pelajar

b.

menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai

c.

mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami
dan menghayati sesuatu perkara;

d.

menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah


menguasai perkara yang telah diajar; dan

e.

menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri


1.

Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk
melaksanakannya.

2.
a.

Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;

b.

Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;

c.

Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan

d.

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

3.

Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat
sekurang-kurangnya markah 80%

4.

Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu
harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri


1.

Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.

2.

Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran

15

masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara
tersirat.

3.
a.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:


Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

b.

Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk


pembelajaran masteri;

c.

Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
dapat menjadi pelajar berdikari;

d.

Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui
ujian diagnostik;

e.

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan

f.

Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

4.

Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah


dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.

5.

Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakanrakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

6.

Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.

7.

Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu
perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa
untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri


1.

Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
belajar dan menguasai apa yang diajar.

2.

Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di
antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
sebaya dalam kumpulan.

3.

Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

a.

tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai

16

b.

belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi

c.

betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar

d.

memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai

e.

membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

4.

Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Rumusan
1.

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk


memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.

2.

Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu
prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan
pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

3.

Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:

a.

menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;

b.

mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;

c.

mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;

d.

merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;

e.

menilai secara formatif dan sumatif; dan

f.

menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga


menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.

5.

Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan
dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan
memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.

6.

Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan
pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

17

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)


BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)
Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik
pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar
supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses
pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk
mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan
yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu
pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara
untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam
mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu pelajar supaya mampu
dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran BCB,
pelajar juga mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat
sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan oleh
guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah)
dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan
mencatat nota dan kemahiran menghafal
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami
perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea
yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam
perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya
saling berkaitan.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai
oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana
menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan
dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam
perbincangan di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.
Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses
komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu
menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi
perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu

18

mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari
Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau
pengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya, yang
pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan
tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal terebut..
Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang
sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Caranya, pelajar perlu
mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang
diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang
sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.
Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan.
Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran.
Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi
memperoleh maklumat yang dikehendaki.
2. Kemahiran Membaca
Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu
bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.
Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:
a. Skimming
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran
keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila
kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi
perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat
dalam surat khabar tersebut.
Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebanyakan
orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak
bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai
pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi
tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan. Skimming
amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui
internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada
sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat
yang ingin diperoleh oleh pelajar.
Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar boleh
membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca
perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga hanya ayat

19
pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin
disampaikan oleh penulis.
Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu
bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui
tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti
data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau
carta.
b. Scanning
Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang
lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran membaca
secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul
dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi, pelajar
tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata
kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca secara imbasan
melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan
khusus atau frasa-frasa tertentu.
Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satu kaedah
cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan. Scanning
juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh
mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau
glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat
untuk pemahaman.
Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak lebih
daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa
yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya
selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan
sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan
yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca
untuk belajar
c. Baca Laju
Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam
masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama
kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan
kemahiran bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad
secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang
diperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar
yang cepat.
d. Bacaan berat atau bacaan intensif
Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan

20
informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan
penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai kemahiran membaca
intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi. Pelajar juga
perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan
berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan
memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.
3. Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota
BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan
membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama
kemahiran menulis nota dan menulis cepat.
Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi,
fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar
atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran.
Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam mengulang kaji pelajaran
pada masa-masa mendatang.
Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat
dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah boleh dibaca
dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar menulis
sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini membantu
peljar menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran ini akan
mampu memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawab soalan
peperiksaan.
4. Kemahiran Mengingat atau Menghafal
Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal
merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah
dipelajari sebelum ini.
Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman
tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal
banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini,
maklumat atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran
mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan
kekal dan mampu digunakan semula pada masa yang diperlukan.
5. Kemahiran Mengumpul Maklumat
Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang paling utama. Dalam
hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari, tetapi
juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat tersebut
dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

21
Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumat
tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata
bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajar menguasai
kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber pembelajaran,
kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan buku, rujukan
kamus atau rujukan melalui sumber internet.
Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa
kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan
pemerolehan ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara
belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja
pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran
pelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu
membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek
pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

pembelajaran akses kendiri


PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Tujuan:
- untuk memotivasikan murid agar bersikap lebih berautonomi selaras dengan aspirasi negara dalam
menghasilkan individu bestari yang dalam erti kata merupakan murid terarah kendiri ( self-directed ).
- Boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan prinsipprinsip yang luwes, kesepaduan kemahiran dan pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid.
- Hasil yang diharapkan ialah berjaya menghasilkan murid yang:
a) Berkemahiran
b) Berketrampilan
c) Berakhlak
d) Dapat sesuaikan diri dengan pelbagai situasi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Takrifan:
- merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta
membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
- bahan pembelajaran direka dan diurus agar murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap
kemampuan serta gaya pembelajaran mereka
- akhir sekali sebagai maklum balas, pentaksiran kendiri disediakan
Pemikiran tentang pembelajaran akses kendiri:
- murid perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif, bukan hanya memberi respon kepada rangsangan
guru sahaja

22
- murid harus menjana idea dan mencari peluang belajar
- guru berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid memperoleh
kemahiran yang diperlukan
- program ini dibentuk bagi menggalakkan murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri lantas menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat,
kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza.
Kepentingan pembelajaran akses kendiri di sekolah:
a) Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas
b) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka
c) Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran
d) Melatih murid belajar secara kendiri
e) Membimbing dan membantu murid di mana perlu
- murid sendiri akan:
a) tetapkan matlamat pembelajaran mereka
b) sediakan rancangan pembelajaran mereka
c) menyempurnakannya
- bagi mencapai tujuan itu, murid perlulah:
a) Kenalpasti keperluan mereka
b) Kenalpasti tahap kebolehan mereka
c) Tetapkan matlamat pembelajaran sendiri
d) Kenalpasti masa pembelajaran yang ada
e) Sediakan pelan pembelajaran yang realistik
Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri
- sebuah bilik khas bagi menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk
kegunaan murid.
- Mengandungi ruang untuk: belajar dalam suasana senyap
: aktiviti peralatan audio visual
: aktiviti berpasangan dan berkumpulan

Kriteria Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri

a) Lokasi
Mudah dikunjungi
Senang diawasi oelh guru/pentadbir untuk jamin keselamatan bahan, peralatan dan ruang bilik
b) Reka bentuk
Ruang/sudut bilik harus ceria dan menarik galakkan kunjungan murid
Persekitaran selesa, bebas tekanan, kondusif dan tidak formal
c) Susun atur
Ada pelbagai sudut seperti sudut bacaan, komputer, audio visual, permainan, bekerja, pameran dan
lembaran kerja

23
Susunan perabot kemas memudahkan pergerakan
d) Ruang/ Sudut/Laluan
Tempat khas simpan bahan kotak, almari, peabot, tikar
e) Pusat mudah alih
Guna kotak/troli

Bahan-bahan dalam Pusat Pembelajaran Akses Kendiri


Bahan bercetak
Lembaran kerja
Buku bacaan/rujukan
Majalah/akhbar/jurnal
Peta/poster
Soalan ujian/peperiksaan/dsb.
Bahan bukan bercetak
Bahan audio visual
Permainan
Bahan Multimedia
Prisian pendidikan
Alat perisian mengarang
Cakera padat
Cakera padat video
Hasilan murid
Tulisan: esei, sajak, puisi, kajian ringkas
Lukisan
Kraf tangan
Boneka
Pentas boneka
Pelbagai boneka

Kesimpulan:
Bagi memastikan keberkesanan program ini, guru perlu sentiasa memperingkatkan kualiti, jenis dan
mempelbagaikan bahan untuk menari minat murid menggunakan bahan-bahan di pusat pembelajaran
ini. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan di pusat ini mencabar dan menarik untuk ketekalan
penggunaan pusat ini.
Pusat ini akan lebih popular dikalangan murid jika terdapat hubungkait antara pembelajarn di dalam
kelas dengan bahan yang disediakan di pusat ini.

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

24

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini
melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi,
membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran boleh diertikan
sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan
penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang
tersembunyi.
Proses berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen
iaitu:
pengetahuan
kemahiran kognitif
sikap dan nilai
Konsep Kemahiran Berfikir
Terdapat beberapa konsep yang sering digunakan dalam membincangkan kemahiran berfikir.
Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi.
Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity,
accuracy and worth of information or knowledge claim . Beliau menambah bahawa pemikiran
kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi mental yang
spesifik.
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga melihat
perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan masalah .
Bagi Mayer (1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.
Leming (1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan dalam
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai
persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses
menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.
Alvino (1990) pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan dengan
konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:
Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang popular dengan mengkategorikan kemahiran
berfikir daripada pengetahuan konkrit kepada abstrak, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Tiga kategori yang akhir dianggap kemahiran aras tinggi.
Pemikiran kreatif: Cara melihat ataupun melakukan sesuatu yang dicirikan oleh empat
komponen iaitu kelancaran dalam menjana idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan
mudah), ketulenan (menggambarkan sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi ( membina idea
yang lain).
Pemikiran kritis: Proses dalam menghuraikan ketulenan, ketepatan atau pun nilai bagi sesuatu
perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat situasi secara
keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Kadangkala dipanggil juga sebagai
pemikiran logikal dan pemikiran analitikal.
Kemahiran berfikir: satu set kemahiran yang asas dan lanjutan serta subkemahiran yang
menguasai proses mental seseorang. Kemahiran ini mengandungi pengetahuan, kecenderungan
dan operasi kognitif dan metakognitif.

25

Teknik-teknik dalam kemahiran Berfikir


Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis,
krisis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh
Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh
dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan
mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya.
Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif,
kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.
Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau
semasa membuat keputusan.
Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku
dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.
Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.
Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu
perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
Ciri-Ciri Utama Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan
munasabah. Melalui kemahiran ini, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut:
menganalisis sesuatu masalah secara terperinci
menyenaraikan ciri-ciri utnuk mendapat gamabaran yang lebih menyeleluruh mengenai sesuatu
konsep
kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza
menyusun isi dalam bentuk menaik atau menurun
membuat keputusan rasional
membuat penilaian secara menyeluruh.
Kemahiran berfikir secara kreatif
Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:
menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah
membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu memutuskan
satu tindakan wajar
membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza
meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat membayangkan apa
yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.
membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.
mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk
menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.
mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan
umum
menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsep-konsep
yang berlainan

26
membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di dalam
pemikirannya.
merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan dalam
proses pengakaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir secara menaakul
Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat
pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini akan membantu guru
membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi
olehnya.
Strategi berfikir
Strategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi
langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk
mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI PENDEKATAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1.0 Pengenalan
Teknologi maklumat dan komunikasi atau Internet Communication Technology(ICT) semakin
memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini kerana
teknologi semakin canggih dan maju dalam kehidupan seharian kita. Melalui teknologi
maklumat dan komunikasi atau ICT, segala maklumat hanya dihujung jari kita sahaja. Dalam
sistem pendidikan, ICT boleh dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.
Kajian Clements (1987) dan Hough Dan Ellis (1997) mengatakan bahawa Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang
kreatif. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah dengan menggunakan ICT
harus diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik,
mencabar dan interaktif.
2.0 Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2.1 Definisi
Penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Antara
contoh teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer, telefon bimbit, kamera, mesin
fax, television dan banyak lagi.
2.2 Kepentingan Pendekatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pada zaman sekarang ICT telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat tidak

27

mengira peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hal ini kerana ibu bapa yang memberikan
kebenaran atau menggalakkan anak-anak menggunakan komputer. Tambahan lagi, setiap
buah keluarga mampu memiliki sebuah komputer untuk dimanfaatkan oleh setiap individu
yang ada dalam keluarga itu. Ada banyak kepentingan pendekatan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak dapat merangsang kreativiti dan pemikiran melalui pendekatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dunia sains dan
teknologi diterapkan ke dalam silibus mata pelajaran di peringkat tadika dan prasekolah. Hal
ini supaya dapat menjana idea baru mengikut kreativiti dan tahap pemikiran kanak-kanak.
Contohnya, selepas memberi penerangan tentang haiwan ayam menggunakan gambar visual
yang realiti, guru meminta murid-murid mewarna gambar ayam secara kreatif.
Selain itu, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar. Kanak-kanak akan
berasa mencabar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi di samping dapat menarik minat mereka. Contohnya, guru
memaparkan tayangan video jenis-jenis haiwan sama ada melalui projector atau CD. Grafik
yang dipaparkan adalah lebih kelihatan realiti berbanding lukisan tangan. Oleh itu, muridmurid memperolehi gambaran haiwan yang betul.
Penggunaan pelbagai media seperti grafik, bunyi, dan video ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Media-media tersebut dapat menarik minat murid-murid sekaligus mereka
dapat mengetahui fungsi-fungsi media itu. Media video memberi gambaran tentang sesuatu
peristiwa sama ada secara realiti atau direka cipta oleh pencerita kartunis. Media bunyi pula
memainkan peranan penting supaya karakter atau sesuati keadaan itu kelihatan hidup.
Manakala grafik berfungsi untuk menarik perhatian penonton.
Seterusnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar secara berulang kali. Guru
menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti television, projector, papan slide dan
sebagainya tetapi inti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan atau diubah dari masa ke
masa. Contohnya, guru menggunakan television untuk menayangkan video cerita pengajaran
atau pun video lagu. Langkah ini diambil supaya murid-murid tidak merasa cepat bosan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Pendekatan Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembelajaran kendiri
untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Di peringkat sekolah rendah di mana
kanak-kanak yang berumur sembilan tahun dilatih untuk mengakses laman sesawang bagi
mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Di peringkat tadika pula, guru akan melakukan
pengaksesan tersebut dan diperhatikan oleh kanak-kanak menerusi pancaran projector. Hal ini
kerana kanak-kanak tadika belum sesuai dilatih untuk mengakses laman sesawang kerana
tahap pembelajaran untuk mengakses adalah sukar bagi peringkat umur mereka.
Akhir sekali, ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan
dengan teratur dan bersistematik. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang tenteram
memudahkan guru menyampaikan maklumat tentang inti pengajarannya. Murid-murid juga
memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat mengingat apa yang telah dipelajarinya. Di samping
itu, dapat menjana pemikiran mereka ke tahap yang lebih baik.

28

2.3 Kelebihan dalam Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak


Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah melalui pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menyumbang beberapa
kelebihan dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Pembelajaran berpusat kepada kanak-kanak boleh dilakukan melalui proses
penerokaan dan penemuan. Penerokaan dan penemuan dilakukan melalui paparan maklumat
yang bersesuaian dengan inti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana tahap kefahaman
kanak-kanak adalah berbeza-beza. Di samping itu, mereka juga cepat keliru sekiranya guru
menyampaikan banyak maklumat terperinci mengenai mata pelajaran yang diajar. Oleh itu
penerangan yang dibuat haruslah ringkas dan padat dengan maklumat secara umumnya.
Membawa sikap positif kepada kanak-kanak dengan memberikan mereka peluang
yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional. Pada zaman yang serba canggih
ini merupakan satu faktor di mana guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk
teknologi sekali sekala untuk menarik minat murid supaya belajar. Murid juga memperoleh
ilmu pengetahuan yang baru melalui penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya guru hanya
menggunakan cara pengajar tradisional semestinya kanak-kanak sudah bosan.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal yang
dilihat dalam paparan teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh praktikal yang dipaparkan
adalah melalui grafik, bunyi dan video. Mereka dapat membezakan apa yang baik dan tidak
baik untuk diteladani atau dijauhi. Guru sebagai pembimbing kepada murid-murid supaya
mereka faham apa yang disampaikan melalui paparan tersebut. Oleh itu, guru haruslah
memberi sedikit sinopsis tentang paparan gambar video sebelum meneruskan sesi
pembelajaran.
ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan
secara aktif. Oleh itu, kanak-kanak yang mencari dan bukan menerima dengan proses satu
hala sahaja. Keadaan ini dapat menjana pemikiran kanak-kanak secara kreatif, krisis dan
inovatif. Kanak-kanak sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi dan guru selalunya
dapat melihat apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis
sebuah kapal angkasa dengan reka bentuk yang unik.
Seterusnya, ia dapat meningkatkan latih tubi kanak-kanak dalam proses pembelajaran.
Pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menaikkan semangat kanak-kanak untuk terus belajar. Oleh itu, apabila guru memberikan
latih tubi kepada murid-murid, mereka akan membuatnya dengan tekun dan bersungguhsungguh. Murid-murid semakin aktif dan rajin apabila guru dapat mengekalkan minat mereka
untuk terus belajar dalam suasana yang teratur.

4.0 Rumusan

29

Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam kehidupan


seharian. Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga diguna pakai oleh kanakkanak. Hal ini kerana teknologi mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh
kanak-kanak apabila mereka mengunakannya.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk
kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan inovatif malah dapat memberi banyak pengetahuan
tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihan yang boleh
diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan kepada anak-anak
untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Guru juga
haruslah mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer kerana ia sangat penting
dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai