Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran melayan dan mendengar :

Kemahiran ini membuatkan saya lebih banyak mendengar masalah murid bermula
dari awal. Murid-murid banyak menceritakan masalah mereka sekiranya pendengar
melayan dan mendengar dengan teliti terhadap perkara yang mereka cuba
sampaikan. Kemahiran melayan murid perlu diaplikasikan sebelum kita memulakan
sesi kaunseling lagi. Kemahiran ini saya aplikasikan semasa sedang menunggu
murid yang berjumpa dengan saya untuk menceritakan masalahnya.
Melalui pemerhatian saya, murid tersebut sangat pasif semasa aktiviti di
dalam kelas dijalankan. Kemudian, untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan,
saya telah memantau murid tersebut diluar waktu pengajaran sama ada semasa
rehat mahupun semasa guru tidak masuk ke kelas.
Saya mulakan dengan menunggunya diluar bilik guru lagi. Apabila dia terlihat
saya,

pertama

sekali

yang

saya

lakukan

adalah

melontarkan

senyuman

menunjukkan kemesraan dan kesediaan saya menerimanya. Kemudian, saya


mempelawa dia duduk dan mula bertanyakan tentang permasalahannya
Saya : Shukri sepanjang cikgu mengajar kelas 5 Cerdik, cikgu lihat kamu
kelihatan seperti tiada mood untuk belajar. Boleh kamu beritahu cikgu apa
masalah kamu?
Shukri : Saya tiada masalah cikgu.
Saya : Kalau tiada masalah, kenapa kamu tidak mengambil bahagian semasa
rakan lain melakukan tugasan? Jadi, itu jelas menunjukkan kamu
mempunyai masalah. Ceritalah pada cikgu.
Shukri : Cikgu, kawan-kawan saya tidak mahu berkawan dengan saya kerana
mereka kata saya jahat.
Saya : Kenapa mereka kata kamu jahat? Kamu pernah membuat kesalahan?
Shukri : Saya pernah bergaduh dengan rakan sekelas saya sebab dia kata
saya busuk dan gelakkan saya. Saya marah dia kerana sangat sakit hati.
Kemudian, kami bergaduh. Tapi, selepas itu kami bermaafan semula
setelah dibawa berjumpa kepada guru disiplin. Tapi semasa di dalam

kelas, dia cuba mengejek saya lagi, saya pun menangis sebab kawan yang
lain turut mengejek saya. Lama kelamaan barulah mereka berhenti.
Sehingga sekarang saya tidak mahu berkawan dengan mereka. Mereka
jahat sebab gelakkan saya.
Saya : Emm...macam itu rupanya. Jadi, mereka juga tidak mahu berkawan
dengan kamu lagi?
Shukri : Ada yang mahu berkawan tapi saya yang tolak.(Katanya sambil
mengerutkan wajahnya seperti berasa menyesal.)
Saya : Baiklah Shukri. Sekarang cikgu faham situasi kamu. Kamu
sebenarnya masih lagi berasa marah terhadap kawan-kawan kamu.
Sekiranya kamu teruskan sikap seperti ini, kamu akan kesunyian dan akan
mengalami kebosanan. Kamu kena tahu, kalau kamu tidak mahu berkawan
dengan orang lain dan selalu berseorangan, sekiranya kamu dalam
kesusahan, tiada siapa yang sudi membantu kamu. Pernahkah kamu
mengalami peristiwa di mana tiada seorang pun yang sudi menolong kamu
semasa kamu dalam kesusahan?
Shukri : Pernah. Peristiwa itu berlaku semasa saya terlupa membawa duit
belanja ke sekolah. Saya lapar tetapi tiada seorang pun yang mahu
memberikan wang kepada saya.
Cikgu : Kalau macam itu, kamu seharusnya sedar tindakan yang kamu ambil
ini adalah kurang tepat. Sekiranya kamu mudah memaafkan kesalahan
orang lain, hidup kamu bahagia kerana hati kamu tidak timbul perasaan
benci. Ini juga sekaligus akan membantu kamu kekal ceria sepanjang hari
dan selalu melibatkan diri dengan aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan oleh guru kamu. Sekiranya itu berlaku, kamu
bukan sahaja ramai kawan bahkan kamu berpeluang menjadi pelajar yang
pintar kerana pelajar-pelajar yang pintar mempunyai hati yang baik kerana
selalu memaafkan orang lain. Kamu mahu menjadi pelajar pintar?

Shukri : Nak.(sambil menganggukkan kepalanya).


Cikgu : Kalau begitu, apa yang perlu kamu lakukan sekarang?
Shukri : Saya perlu berkawan semula dengan mereka dan melupakan segala
kesalahan mereka kepada saya.
Cikgu : Bagus. Betul itu Shukri.
Selepas saya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Shukri, dia mula
mempunyai kawan-kawan di dalam kelas khasnya. Ini membuatkan dia kelihatan
lebih bersemangat semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Perkara yang paling mengejutkan, dia juga memperoleh keputusan
yang baik. Dia menunjukkan peningkatan baik menyebabkan guru kelasnya sungguh
kagum dengan Shukri.
Semasa membuat kaunseling individu terhadap murid tersebut, saya telah
mengaplikasikan SHOVELER (di bawah kemahiran mendengar dan melayan).
Memandang terus ke arah murid tersebut. Merespon terhadap perkara yang
diceritakan dengan anggukan kepala. Kemudian memperbetulkan kedudukan badan
dengan mencondongkan badan ke hadapan bagi menunjukkan saya sedang fokus
kepada masalah mereka. Selain itu, kontek mata juga perlu melihat secara terus
agar kepada murid tersebut agar dia dapat merasakan yang saya memang betulbetul tengah fokus mendengar luahan hatinya.
Semasa menjalankan kaunseling ini, saya tidak memberikan hukuman terus
kepada murid tersebut sekalipun diperakui bahawa dia sendiri yang menolak untuk
berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. Tapi, sebaiknya kita mendengar
sehingga habis dan memberikan cadangan agar dia dibimbing untuk berfikir dan
menilai baik dan buruk. Lagipun, cikgu perlu tahu keseluruhan cerita agar tidak
memberikan tindakan yang salah.

Semasa

Shukri

menceritakan

masalahnya

kepada

saya,

saya

juga

mengaplikasikan kemahiran interpretasi tingkahlaku non-verbal Shukri. Saya


perhatikan gerak-gerinya serta raut wajahnya kerana perasaan dan emosi lebih
mudah ditafsirkan dengan tindakan non-verbal. Ternyata Shukri sangat marah
terhadap tindakan rakan-rakannya. Ini dibuktikan dengan tangannya yang
menggenggam kain seluar menunjukkan dia sedang geram dan marah.
Dorongan minima dan anggukan kepala antara kemahiran yang acap kali
saya lakukan kerana mudah dan tidak menganggu fokus murid semasa sedang
menceritakan masalahnya kerana percaya saya masih dengar luahan mereka.
Dorongan minima yang saya ucapkan umpamanya hmm... dapat dilihat melalui
dialog di atas.
Kemahiran mengenalpasti masalah diaplikasikan semasa murid sedang
menceritakan masalah-masalahnya. Saya cuba mengingati maklumat-maklumat
yang dia sampaikan dan cuba membandingkan atau mengimaginasikan dengan
maklumat-maklmat yang saya kumpul melalui pemerhatian sebelum berjumpa
dengannya untuk memberikan kaunseling. Kemudian, saya juga melakukan
pemerhatian terhadap rakan-rakan sekelasnya.
Akhir sekali, saya memberikan saranan dan cadangan kepada Shukri agar
dapat menerima dan memaafkan kawan-kawannya yang melakukan salah dan silap
kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai