Anda di halaman 1dari 9

SENI KREATIF DALAM MATEMATIK

PUISI MATEMATIK
Contoh Puisi Dalam Matematik:
Tajuk puisi : Disember
Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,
Di sinilah bermula dua belas bulan itu,
Januari, Febuari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi.
September, Oktober, November dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember
Tajuk puisi: Berapa banyaknya?
Berapa banyaknya saat dalam seminit?
Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.
Berapa banyaknya minit dalam satu jam?
Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.
Berapa banyaknya jam dalam satu hari?
Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.
Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.
Rumusan
Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan
tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.
Penggunaan Disember adalah kerana kebanyakkan kanak- kanak menyukai bulan
tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulanbulan yang lain.
Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti
bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan
sebagainya.

MUZIK DALAM MATEMATIK

Muzik merupakan salah satu daripada cabang seni. Adakah muzik dan
matematik saling berkait antara satu sama lain? Terdapat banyak perbincangan
yang boleh mengaitkan hubungan antara matematik dan muzik. Kebanyakkannya
merangkumi spekulasi yang hanya menekankan kaitan antara dua bidang ini secara
umum dan luaran sahaja. Hubungan di antara matematik dan muzik boleh difahami
tetapi pemahaman matematik itu sendiri adalah penting, kita harus menyedari
bahawa angka dan matematik bukanlah sesuatu yang tidak bernyawa dan dingin.
Muzik yang juga merupakan penjelmaan yang ketara dari angka, menyerlahkan
keindahan dan perasaan (emosi) dalam dunia matematik. Kedua-dua bidang
berkongsi pelbagai ciri-ciri yang sinonim. Oleh itu, matematik dan muzik mempunyai
intelektual, spiritual dan asas yang kukuh.

Apabila kita membuat atau menyelesaikan permasalahan matematik, orang


disekitar, tempat dan aktiviti merupakan satu gangguan. Berlainan pula dengan
muzik, apabila kita terlibat dengan keindahan muzik dan teori-teorinya secara
metamatik kita mungkin berada di sebuah pesta dan bersuka ria. Ini adalah
bercanggahan dengan aktiviti dimana kita hanya menumpukan kepada matematik
sahaja (dunia luar merupakan gangguan). Kita boleh berkongsi keindahan
matematik dengan ahli matematik sahaja tetapi kita boleh berkongsi muzik dengan
sesiapa sahaja. Sekiranya kita membuat kajian di sekitar kita, masyarakat akan
hanya mengaitkan matematik dengan kalkulator dan angka sahaja di mana
semuanya berbentuk aritmatik sahaja. Matematik adalah pemikiran kritis. Matematik
adalah penyelesaian masalah. Matematik adalah bagaimana kita bekerja dengan
kaedah yang telah sedia ada, diketahui dan memahami apa yang belum dipelajari.
Walaupun matematik sentiasa dikaitkan dengan teori dan fakta semata-mata hanya
yang

benar-benar

keajaibannya

menyelaminya

sahaja

yang

memahami

keindahan

dan

Pemuzik mempunyai kemahiran yang tinggi dalam matematik?

Dalam muzik, setiap not mewakili frekuensi yang berbeza. Tetapi dimanakh
penggunaan matematik itu diaplikasikan? Ini mungkin persoalan yang timbul diminda
pembaca. Diketahui frekuensi ialah pengukuran tempoh dalam sesaat. Maka setiap
not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Nada setiap
lagu boleh menjadi rancak, lambat dan sebagainya. Ini bermakna pemuzik
mempunyai pengetahuan yang baik! Gabungan not-not yang digubah menghasilkan
lagu yang indah dan kadangkala membuai perasaan. Berikut merupakan contoh notnot yang digunakan dalam menggubah sesebuah lagu.

Jenis Not
A
Bb
C
C#
D
Eb
E
F
F#
G
Ab

Frekuensi, 1/T (Hz)


440.00
466.16
523.25
554.36
587.32
622.25
659.25
698.46
739.99
783.99
830.60

Not yang dihasilkan berdasarkan


frekuensi yang berbeza

Contoh:
A = 440.00
Bb = 440.00 x (12 x 2)
= 466.16 Hz.

Jadual menunjukkan not-not yang digunakan dalam bidang muzik

Maka jelas di sini, nahawa matematik mempunyai hubungan dengan


kesenian, iaitu seni muzik. Pentafsiran mengenainya sangat mengkagumkan! Tidak
dinyatakan disini, semua ahli muzik atau pemuzik mempunyai kemahiran matematik
yang tinggi berbanding mereka yang tidak berkecimpung dalam bidang tersebut. Ini
adalah kerana penggunaan konsep matematik yang tersirat dalam muzik
menyebabkan sesetengah daripada mereka hanya menghasilkan muzik tanpa
mengetahui aplikasi matematik terhadapnya. Justeru diharap pembaca Dunia
Matematik mendapat manfaat daripada artikel ini dan cuba menggunakan konsep
matematik di sekolah dalam bidang seni yang lain.
CONTOH LAGU MATEMATIK:
BELAJAR MATEMATIK
Mengapa adik-adik bersusah hati
Belajar matematik seronok sekali
Nombor, tambah dan tolak, darab dan bahagi
Kalau selalu mencuba, mudah sekali.
Fikir dan terus fikir jangan kau berhenti
Pandailah matematik pandai kau mengira
Ayuhlah adik-adik belajar matematik
Kalau tekun berusaha nanti kau berjaya
Belajar matematik dengan gembira
Fahamilah asasnya nanti tak lupa
Cuba berulang kali gunakan minda
Pandailah matematik banyak faedahnya
Lagu/lirik: Kam Rudin Hj. A. Samah

LAGU BONGKAH

Mengenal sifat-sifat bongkah


Kamilah bongkah pelbagai rupa
Ada yang bulat permukaan rata
Kubus, kuboid, Sfera, kon, piramid, silinder
Bersisi tegak melengkung pun ada.
Bersisi empat sama kubus namanya
Berbucu lapan duabelas sisinya
Enam permukaan yang sama rata
Buahlah dadu itulah contohnya.
Kuboidlah pula segiempat tepat
Ibarat kotak tiada bezanya
Bersifat sama kubus bersaudara
Cuma panjang sisi saja yang berbeza
Beralih pula kepada sfera
Tidak bersisi tiada bucunya
Satu permukaan itulah sahaja
Seperti bola bumilah contohnya
Piramid pula dua bentuknya
Tapak segiempat tepat dan juga sama
Berlima bucu juga permukaan
Kedua-duanya bersisi lapan
Tin minuman boleh diibaratkan
Dua sisinya tiga permukaan
Silinder pula mengambil giliran
Tidak berbucu dan bersempadan
Bongkah terakhir kon dikenali
Merata tempat aiskrim diisi
Satulah bucu dan satulah sisi
Dua permukaan boleh didapati

CERITA DALAM MATEMATIK

Contoh Cerita Dalam Matematik :


Ratu Lebah Yang Tamak
Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya
tinggal Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut
terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual
madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu
Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak
setiap hari.
Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu
di kawasan kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang
madu yang banyak, 5 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah
yang tamak itu. Sedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah
berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa
pulang madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2
bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu
itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu.
Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu
yang banyak.
Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual
madu. Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak
bekas yang berisi madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di
sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2
dan seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain.
Setelah puas, 5 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan
tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja
mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu
semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun,
mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu
semula. Setibanya mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual
madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.


5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang
masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak
sehingga perut kamu penuh.
Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu
untuk terbang nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang
dan mahu menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat
dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang
lain. Mereka semua tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu
dan akhirnya mereka mati.
oleh : Ainismaira
Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu
rugi.

SENI DRAMA DALAM MATEMATIK


Contoh Drama Matematik :

Matematik & Drama dalam BM/BI


Persembahan Kotak Otak malam itu memang stail teater seperti persembahan antidadah oleh kumpulan The Fallen Leaves semasa di UM bulan Oktober 2008.
Mengisahkan pengalaman dan perjalanan sekumpulan anak-anak muda Malaysia
dalam program arts & cultural exchange di UK selama 3 minggu.
Prop hanya sebuah kotak dan benda-benda yang menjadi simbol kepada setiap
karakter yang dimainkan.
Kostum yang dipakai pula dimanipulasikan mengikut cerita.
Dan mereka juga naik tren ramai-ramai.
Dan sudah pasti semuanya mime.
Pak Akin pergi tonton sebab hendak cari seberapa banyak pendedahan yang boleh.
Melalui persembahan dari kumpulan lain.
(Selain daripada dapat cuci mata ha ha)
[(Dan memang senang nak cuci mata kat mana-mana show pun ha ha)]
***
Dah lama Pak Akin tak dicabar oleh Matematik.
Selepas selesai Matematik Kejuruteraan yang ke-6 di UTP, Pak Akin tidak bertemu
lagi dengan Matematik setakat ini. (OK lah.. Gua ada jumpa Matematik jugak di
tempat kerja)
Yang ada hanya differential equations.
Tambah tolak darab bahagi pula hanya dilakukan dengan 100% kiraan kalkulator
saintifik.
Matematik adalah passion.
Tadika-Darjah 1-2-3-4-5-6-Tingkatan 1-2-3-4-5-Tahun asas-1-2-3-sekarang
A-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A(D)-A-A-A-B
Bagi Pak Akin,
Matematik dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.
Sebab yang penting dalam Matematik adalah nombor-nombor, simbol-simbol.
(Dan juga otak kiri)
Bagi Pak Akin,Teater dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.
Sebab yang penting dalam teater adalah sub-teksnya (dan banyak lagi).
(Dan juga otak kanan)
Disediakan Oleh :
Muhamad Khairi Bin Abdul Rahman dan Rahshidi Bin Ramli
Kelas MTE-C
Program PPG Ambilan Jun 2011

Anda mungkin juga menyukai