Anda di halaman 1dari 1

i) PENGENALAN

Untuk kursus ini, tugasan yang telah ditetapkan ialah tentang resos-resos yang
terdapat dalam matapelajaran matematik. Sebagai seorang guru yang sedang bertugas
dan akan bertugas untuk satu tempoh jangka masa yang panjang, seharusnyalah
mengetahui resos-resos terkini yang boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran
dan pengajaran dan mampu memenuhi aspirasi kementerian.
Kursus ini mendedahkan kepada kita tentang resos yang ada dalam subjek ini
yang kadangkala kita sendiri pun tidak tahu akan namanya. Sebagai seorang guru
matematik, bersesuaian dengan alaf baru dan peredaran zaman ini, sesuai matlah
setiap pendidik khususnya untuk subjek ini didedahkan sebanyak mungkin tentang
bahan-bahan ini.
Secara umum, kategori sumber matematik yang utama terbahagi kepada
beberapa bahagian. Dimulakan dengan bahan cetakan, bahan bantu mengajar,
teknologi dalam matematik dan kemudahan dalam matematik.
Pemerolehan

pengetahuan

dan

menggunakan

konsep

serta

kemahiran

matematik akan menjadi lebih cekap. Apabila selesai menyiapkan tugasan ini,
seseorang guru itu telahpun dilengkapi dengan maklumat-maklumat terkini tentang
sumber-sumber yang terdapat dalam matapelajaran matematik. Guru-guru juga akan
mampu mengenalpasti bahan rujukan yang boleh diambilkira sekiranya hendak
mendapatkan rujukan.
Ianya juga bertujuan member peluang kepada para pelajar untuk meneroka
aplikasi pelbagai resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana
pengalaman sebagai seorang guru hampir 12 tahun ini, hanya beberapa kali sahaja
kami menggunakan ABM untuk mengajar. Terdapat pelbagai jenis resos dalam
pembelajaran dan pengajaran matematik antaranya ialah internet, rencana, jurnal,
CD_ROM, buku teks, ABM, model 3-D, TV pendidikan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai