Anda di halaman 1dari 18

ii )Sumber-Sumber Matematik Yang Terdapat Di Sekolah.

iii) Klasifikasi Sumber Matematik

1) Bahan Bantu Mengajar :

Kotak sifir

Carta Empat operasi Asas

Carta Pembilang

Model Bentuk 3-D

Carta Bentuk 3-D

Kad- kad Soalan

Carta Nombor

Carta Nombor

Carta Bentuk 2-D

Carta Bentuk 2-D

Alat Penimbang

Jam Dinding

Kit Model Wang

Alat Penyukat

2) Bahan Cetakan:

Buku Rujukan Matematik Guru

Buku Aktiviti Murid

Buku Teks

Lembaran Kerja

Lembaran Kerja

Lembaran Kerja

Lembaran Kerja

Buku Aktiviti Murid

Buku Aktiviti Murid

3) Teknologi Dalam Matematik:

Program-Program Komputer

Kalkulator Saitifik Moden

Penggunaan Projektor

4) Kemudahan Matematik :

Sudut Matematik

Taman Matematik

Makmal Matematik

Bilik Sumber Matematik

Model Abakus

Abakus

v) REFLEKSI DAN RUMUSAN

NAMA

: MUHAMAD KHAIRI BIN ABDUL RAHMAN

NO Matriks

: PPG-MTE C/010/06/11

NO IC

: 830303-07-5257

SUBJEK

: MATEMATIK RESOS

KOD

: 3106

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya dan rakan saya menyiapkan tugasan
atau kerja kursus matematik resos ini dengan jayanya. Selain itu,ucapan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing untuk subjek ini iaitu Pn.Noor Adilah Binti
Osman yang banyak membantu kami untuk menyiapakan tugasan ini.
Dalam resos matematik ini kami telah diberi satu tugasan iaitu membuat satu
laporan mengenai mencari dan mengklasifikasikan sumber-sumber matematik yang
terdapat di sekolah antaranya bahan bercetak, bahan bantu belajar,teknologi dalam
matematik dan kemudahan matematik. Sebelum ini,sepanjang tugas saya sebagai
seorang guru di sekolah,saya hanya didedahkan sumber sumber matematik ini
secara langsung sahaja dan tidak meneliti serta untuk klasifikasikan sumber-sumber
ini secara teperinci. Sumber-sumber yang saya gunakan untuk aktiviti p&p selama
ini digunakan hanya sebagai alat bantu ajar sahaja tanpa mengkajinya. Setelah
menjalankan tugasan yang diberikan ini banyak perkara yang dapat membantu saya
mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai sumber-sumber matematik yang
terdapat di sekolah. Ini telah menjadikan subjek matematik ini lebih menyeronokkan
untuk dipelajari oleh setiap orang. Sebagai seorang guru saya rasa lebih gembira
kerana sumber-sumber matematik yang tedapat di sekolah ini merupakan satu batu
loncatan untuk saya mendidik murid dengan lebih cemerlang. Selain itu,sumber-

sumber ini sebenarnya membantu saya mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pengajaran


di dalam bilik darjah.
Tetapi, sebenarnya terdapat juga kelemahan yang terdapat pada sumbersumber matematik ini. Sebagai contoh,sekolah saya menghadapi masalah untuk
menyediakan bilik untuk menyimpan alat bantu mengajar sehingga terpaksa
meletakkannya di pusat sumber sekolah. Ini juga akan menyusahkan guru-guru
untuk menggunakan bahan-bahan tersebut kerana terpaksa mencarinya di pusat
sumber yang tidak mengklasifikasikan bahan-bahan tersebut. Selain itu, kekurangan
sudut dan ruang untuk meletakkan sudut matematik juga menjadi satu masalah
pada sekolah saya. Jadi,kebanyakan sudut matematik hanya diletakkan di kelaskelas tertentu sahaja. Ini menyebabkan hanya segelintir murid sahaja yang dapat
menikmati sudut matematik ini.
Sebagai langkah untuk mengatasinya,pihak sekolah telah cuba berusaha untuk
menyediakan bilik-bilik dan sudut-sudut matematik dengan meminta kebenaran
pihak jabatan pelajaran dan pejabat pelajaran daerah untuk pihak sekolah untuk
mengubahsuai beberapa setor yang terdapat di sekolah yang tidak lagi digunakan
untuk dijadikan bilik sumber matematik dan juga mewujudkan sudut matematik di
dalam sekolah. Cadangan cadangan ini telah diusulkan dan di dalam proses untuk
mendapat kelulusan. Sekiranya,perkara ini dapat di atasi ia akan memberi manfaat
yang sangat berguna kepada guru dan juga setiap murid.
Akhir kata,sepanjang saya menyiapkan tugasan ini,pelbagai cabaran dan
dugaan yang saya hadapi tetapi dapat saya atasi dengan baik. Di dalam tugasan ini
juga terdapat pengetahuan baru yang saya dapat antaranya saya dapat mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai resos matematik,selain itu,dapat mempelajari cara
menggunakan teknologi baru dalam matematik dan dapat memberi banyak idea
untuk saya gunakan sumber-sumber matematik di dalam aktiviti pengajaran saya di
bilik darjah.

BIBLIOGRAFI
1. http://ipkt.org/v1917/course/info.php?id=51
2. http://www.kamaludin.net/sumber/Model%20Konstruktif.pdf
3. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2012/april-2012/773-fokus/1063matematik-dan-penerokaan
4. http://panitia-math-smsl.blogspot.com/2012/05/ubahsuai-bilik-sumbermatematik.html
5. Foresman, Scott.(2000).Interactive mathematics: Lesson and Tools.NJ:Prentice
Hall.
6. Burns, Marilyn.(1992).About Teaching mathematics.Maths Solution.
7. National Curriculum Council.(1991). Prime Calculators:Children and Mathematics
UK: Simon and Schuster.

Anda mungkin juga menyukai