Cara Pemulihan Tulisan Literasi Bahasa
Cara Pemulihan Tulisan Literasi Bahasa
SULAIMAN
4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan
4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan
Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di
sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain
diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini.
Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada
murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya
membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat
penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai
untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan
murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini
dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat.
Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan
membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan
pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah
untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam
bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah
murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu
menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang
membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai
langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.
250 2
200 3
175 4
140 5
125 6
120 7
115 Menengah atas 93 Maktab 80
Pematahan balik untuk 100 perkataan
60
50
40
30
25
23
21
17
10
5. Memberi ujian tara
Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca seorang
murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat berpandukan data
murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji pembacaan di dalam Bahasa Inggeris.
Dengan itu, berikut diturunkan di antara ujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk
pengetahuan dan makluman sahaja.
a. Gates Primary Reading Test : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred 1,2, dan 3.
Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit.
b. Gates Reading Survey for grades 3 to 10 : Ujian ini menguji empat aspek pembacaan
iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan ketepatan.
c. Iowa Silent Reading Test : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga 8.
d. SRA Reading Record : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8 hingga 13.
Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan, kefahaman, maksud
perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf, membaca iklan, penggunaan
indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat, dan perbendaharaan kata am.
6. Memberi ujian yang direka oleh guru
Berbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalangan murid dapat
dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah.
Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan. Semua murid
dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks mereka yang belum dibaca
mereka lagi. Semua murid disuruh mula membaca pada masa yang sama, dan disuruh
membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10 atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti
membaca, dan disuruh menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan
yang dibaca dan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua
murid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid faham bahan yang
dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkara yang dibaca. Bahan-bahan
lain, selain dari buku teks seperti majalah, surat khabar, novel, atau bahan bacaan yang sesuai
boleh digunakan. Sebaik-baiknya, semua murid harus membaca bahan yang sama. Untuk
menguji kefahaman sahaja, amatlah baik jika masa yang digunakan oleh murid tidak
dihadkan, kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid benar-benar faham bahan
yang dibacanya. Jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman adalah seperti
berikut :
a. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta semata-mata.
b. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta yang dimaksudkan, atau tidak begiti
nyata dalam bacaan.
c. Soalan yang menguji sama ada murid dapat mengumpulkan maklumat penting dalam
sesuatu perenggan.
d. Soalan yang menilai kebolehan membaca dan memahami soalan.
e. Soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai makna perkataan.
Dari ujian-ujian ini, guru bilik darjah dapat membuat skel norma atau purata bagi pembacaan
untuk darjahnya atau untuk sekolahnya.
7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan)
Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan menentukan
kelemahan membaca, guru harus memilih murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
Walaupun demikian, perlu ditegaskan di sini bahawa semua murid perlu memperbaiki teknik
membacanya, tidak kira sama ada murid tersebut perlu pengajaran pemulihan, atau tidak.
Murid-murid yang berkebolehan biasa dan berkebolehan lebih tinggi dalam bilik darjahnya
harus diberi pengajaran biasa. Untuk murid yang jauh ketinggalan dan tiada harapan untuk
mengejar kemajuan rakannya dalam darjah yang sama. Mereka ini harus diberi pengajaran
asing atau mereka harus disatukan dengan murid yang sama kebolehan untuk diberi
pengajaran pemulihan. Perkara ini harus dimulakan pada awal tahun supaya masa tidak
terbuang, dan pengajaran pemulihan dapat dimulakan awal-awal lagi.
4.3 Kaedah pengajaran pemulihan membaca dan penilaiannya.
4.3.1 Teknik am
Pengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harus dilaksanakan
berdasarkan maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatan fizikal yang menyebabkan
kelemahan itu ( masalah penglihatan, pendengaran, kekurangan makanan, atau zat makanan,
atau penyakit teruk) maka masalah ini harus dirujuk kepada pihak berkenaan (klinik atau
hospital). Kira-kira 95 % masalah penglihatan dapat diatasi dengan penggunaan kaca mata.
Walau bagaimanapun, kerja pengajaran pemulihan harus jangan dimulakan kiranya masalah
fizikal murid yang sepatutnya dapat dirawati, masih belum diberi pertolongan.
Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlah lembab dari segi
kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahan dengan menggunakan contoh
dan unit-unit konkrit dalam usaha membina perbendaharaan kata mereka. Oleh kerana murid
lembab ini biasanya tidak suka membaca, kerana terpaksa membaca bahan bacaan yang
terlalu susah untuknya, maka berikut dikemukakan langkah-langkah untuk panduan guru bagi
mengatasi masalah ini.
a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, dan maklumatmaklumat seronok yang terkandung di dalamnya.
b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta ringkasan
buku tersebut.
c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya. Cerita pendek,
dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kata terhad amatlah sesuai untuk
murid ini.
d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan.
Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yang bijaksana mungkin
dapat menemui ibu bapa murid tersebut untuk mengurangkan masalah ini jika masalah
tersebut dapat dikawal.
Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harus dipertimbangkan dan
digunakan untuk merancang sesuatu rancangan pemulihan. Setip murid yang lemah amatlah
berbeza jika dibandingkan dengan murid lemah yang lain. Rancangan pemulihan dan
seterusnya teknik mengajar haruslah berpandukan maklumat setiap murid dalam rancangan
tersebut. Walau bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh digunakan.
a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuat oleh guru
ialah menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebih daripada kebolehannya yang
sebenar. Bahan yang baru dan lebih tinggi tidak dapat dipelajari selagi bahan asas belum
dikuasai.
b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harus ditunjukkan
kepada murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-rekod lain. Ini akan
menggalakkan murid tersebut berusaha lagi.
c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan mirip kepada
keadaan sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihan sahaja tanpa
memasukkan perkara-perkara yang bermakna tidak akan menimbulkan kesan. Keperluan
murid harus diambil kira.
d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapat melahirkan
rasa puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannya lagi.
e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Murid memerlukan
pengalaman yang baru.
4.3.2 Teknik khusus.
Beberapa teknik khusus boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan dalam bidang
membaca. Berikut diturunkan secara kasar teknik khusus yang boleh digunakan diikuti
dengan pemerian tiap-tiap satu secara lebih terperinci.
4.3.2.1 Teknik pengajaran pemulihan membaca.
1. Menambahkan perbendaharan kata.
a. Menambahkan perbendaharaan kata yang dilihat.
b. Membaca selalu.
c. Penggunaan kamus.
d. Kajian perkataan secara sistematik.
e. Kajian punca perkataan.
2. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.
3. Menambahkan kadar kecepatan membaca.
a. Membaca untuk maklumat penting
i . Latihan
ii . Menyatakan tajuk utama
iii . Menyatakan idea pusat.
x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, seperti member,
relax, best, dan sebagainya.
xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti.
Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalaman guru. Latihan
seperti ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atau tahap kebolehan membaca.
Tahap yang rendah akan menggunakan perkataan yang mampu digunakan oleh murid ditahap
itu.
e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia banyak
perkataan menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan, iaitu tanpa
menggunakan imbuhan akan memudahkan mengingati makna berbagai-bagai bentuk
perkataan itu kemudian. Kemudian makna imbuhan pula harus dikaji supaya makna sesuatu
ayat itu jelas difahami dari segi makna asal dan bersama dengan imbuhannya.
II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.
Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui makna perkataan,
tetapi tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini, guru harus memberi murid
pelajaran fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara boleh digunakan untuk belajar menyebut
bunyi perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu daripada caracara itu adalah seperti berikut :
w.. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin?
r... Bagaimanakah bunyi kucing berehat?
Sy Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supaya
Jangan bisang?
C . Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin?
OwApakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan?
O . Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangka
berlaku.
Gr Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak)
Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalaman guru bilik
darjah.
III. Menambahkan kadar kecepatan membaca.
Apabila seseorang murid itu sudah mula pandai membaca, menambahkan kadar membacanya
adalah perkara yang paling mudah. Kadar kecepatan membaca seseorang murid itu biasanya
bergantung kepada tabiatnya. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan dan digunakan dalam
usaha menambahkan kadar kecepatan membaca.
a. Membaca selalu. Cara yang mudah dan yang baik untuk menambahkan kecepatan
membaca iailah dengan membaca selalu bahan bacaan yang mudah dibaca dan yang seronok.
Murid yang lambat membaca biasanya kurang membaca. Mereka hanya membaca buku teks
sekolah yang memerlukan bacaan perlahan, dan perhatian sepenuhnya.
b. Penggunaan masa yang terhad. Cara yang kedua yang mudah digunakan untuk
mempercepatkan kadar membaca ialah dengan menghadkan masa membaca. Katakan sesuatu
cerita, atau rencana itu memerlukan setengah jam untuk dibaca dengan kadar biasa, hadkan
masa ini kepada dua puluh minit pula. Dengan cara ini, pembaca terpaksa membaca pantas
supaya rencana tersebut selesai dibaca pada masa yang terhad itu. Dalam mengikuti cara ini,
pada mulanya setengah-setengah makna dalam rencana itu akan kabur sedikit, tetapi lamakelamaan perkara ini dapat diatasi.
c. Penggunaan alat-bantu kadar membaca. Berbagai-bagai alat Bantu kadar membaca telah
direka dan dijual di negara maju. Untuk kegunaan guru bilik darjah di negara ini, cara yang
paling mudah dan murah untuk menambahkan kecepatan muridnya membaca ialah dengan
menggunakan sekeping kad yang ditolak oleh guru, atau rakan murid. Sebelum menggunakan
teknik ini, guru harus memastikan kadar pembacaan seseorang murid terlebih dahulu.
Katakan murid tersebut mengambil masa tujuh saat untuk membaca satu baris. Masa ini
boleh dikurangkan kepada enam saat. Caranya seperti berikut :
i . Suruh murid membaca sesuatu bahan seperti biasa.
ii . Apabila murid tersebut telah membaca satu, atau dua baris, sekeping kad akan digunakan
untuk menutup baris yang baru lalu.
iii . Untuk tiap-tiap satu baris,guru harus mengira enam saat, sama ada dengan menggunakan
jam, atau dengan mengira seperti satu-ribu-satu, satu-ribu-dua, dan sebagainya, hingga
enam kali untuk enam saat.
iv . sedikit demi sedikit masa ini boleh dikurangkan agar kadar pembacaan murid tersebut
bertambah cepat.
Berbagai-bagai alat lain boleh digunakan, tetapi kesemuanya menggunakan prinsip yang
sama.
IV. Menambahkan kefahaman membaca
Tujuan utama semua rancangan membaca ialah untuk menambahkan kefahaman. Perkara
yang diperkaitkan dengan kefahaman membaca ialah keadaan fizikal, rasa hati, kecerdasan
akal, perbendaharaan kata, kadar membaca, pengalaman membaca, minat dan latihan dalam
sesuatu bidang yang tertentu.
Panduan am untuk menambahkan kefahaman tidak dapat diberikan, kerana kefahaman
membaca biasanya dikaitkan dengan isi kandungan, dan kecekapan tertentu. Walau
bagaimanapun, beberapa keperluan membaca dapat dilatih oleh guru.
a. Membaca untuk maklumat penting. Biasanya, bukan semua perkara dalam sesuatu
perenggan itu penting. Murid harus dapat membaca dan mengingat perkara yang penting
sahaja. Perkara lain tidak perlu diingat, dan membaca perkara yang tidak penting ini dengan
teliti adalah membuang masa semata-mata. Beberapa latihan untuk mencapai matlamat ini
dapat dikemukakan oleh guru. Antaranya adalah seperti berikut.
i . Latihan kefahaman : seperti menanya soalan penting, maklumat penting, memberikan tajuk
yang sesuai, dan sebagainya.
ii . Mengarang tajuk utama : seperti contoh tajuk di surat khabar.
iii . Menyatakan idea pusat : di dalam sesuatu perenggan. Berbagai-bagai bahan bacaan boleh
digunakan untuk tujuan ini.
iv . Mencari ayat utama : latihan mencari ayat utama dalam sesuatu perenggan harus
diberikan juga. Biasanya, murid tidak tahu bahawa kebanyakan perenggan mempunyai ayat
utama yang biasanya terletak di permulaan, atau di akhir perenggan. Kadang-kadang ayat ini
mungkin terletak dimana-mana sahaja dalam perenggan tersebut.
v . Membaca sepintas lalu : kebolehan membaca sepintas lalu harus diajar awal, khususnya
untuk membolehkan murid yang sudah lancar membaca untuk memilih buku yang ingin
dibacanya, atau untuk mencari maklumat penting. Membaca sebuah buku sepintas lal,
bukanlah bermaksud membaca dengan penuh ertikata membaca. Apabila seseorang murid
membaca sepintas lalu, ia hanya mencari maklumat yang dikehendakinya seperti, melihat
jadual isi kandungan, dan melihat bab-bab tertentu secara kasar sahaja tanpa membaca tiaptiap perkataan. Perkara-perkara kecil, seperti tajuk kecil, petikan dan sebagainya tidak perlu
dibaca. Sebaik-baiknya sebelum membaca sesuatu bahan bacaan ( kecuali cerita yang
seronok) maka lebih baik jika pembaca membaca bahan itu sepintas lalu secara kasar dahulu,
kerana ini akan mengurangkan masa membaca bahan tersebut sepenuhnya, sebab bentuk
keseluruhan bahan itu sudah diketahui.
b. Membaca untuk maklumat terperinci.
Kadang-kadang murid perlu juga membaca Sesuatu perkara dengan terperinci. Contohnya
ialah membaca langkah-langkah tertentu untuk ujikaji, mengikuti peraturan mengenai
penggunaan sesuatu alat dan sebagainya. Bacaan seperti ini memerlukan perhatian yang
sepenuhnya agar perkara-perkara kecil dan terperinci tidak tertinggal.
Sebagai kesimpulan, guru pemulihan membaca membaca perlu mengajar, menggabungkan
teknik dan bahan pengajarannya, dan menilai kemahiran yang diperlukan muridnya supaya
dapat membaca. Berikut diturunkan kemahiran ini untuk panduan guru dan untuk
memastikan bahawa murid tersebut telah menguasainya.
i. Kemahiran dekod : kemahiran persepsi
Persepsi visual setiap huruf
Persepsi visual urutan huruf
Persepsi pendengaran sebutan bunyi konsonan, diftong dan dwilambang.
Persepsi pendengaran perkataan dalam urutan.
ii . Kemahiran dekod mengenal perhubungan fonem-grafem
Analisa fonetik perkataan.
Analisa struktur perkataan.
Perkaitan perkataan yang dilihat dengan perkataan yang diingat dan disebut : bersama
maknanya.
Kemahiran membaca secara automatik.
iii . Kemahiran kefahaman.
Memberi makna sesuatu fakta
Memahami makna satu urutan fakta ( perenggan atau cerita )
Membuat kesimpulan atau penutup
Membuat atau mengingat perkara-perkara yang terperinci dalam sesuatu cerita.
Membuat seperti yang diarahkan.
Mengikuti satu urutan arahan (seperti dalam resepi)
Mencari perhubungan yang menyebabkan sesuatu.
Meramal sesuatu akan terjadi atau berlaku.
Menyelesaikan masalah, termasuk mencari maklumat yang diperlukan.
Menilai maklumat untuk kepentingan dan keesahannya.
iv . Kemahiran belajar.
Mengetahui urutan abjad
Mengetahui dan dapat menggunakan berbagai-bagai bahagian buku (tajuk, jadual isi
kandungan, indeks, glosari, dan sebagainya)
Menggunakan format buku ( susunan buku kepada bahagian tertentu, bab dan perenggan)
sebagai panduan untuk mencari idea penting
Mengelaskan bahan kepada tajuk-tajuk tertentu.
Menggunakan bahan rujukan (panduan telefon, kamus dan sebagainya)
Membaca peta,graf,jadual, dan carta.
Menggunakan fail-fail dan bibliografi.
Membuat rencana kasar dan ringkasan.
mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat,
bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.
4.4.1 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS
Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah
memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis).
Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru
hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis
terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan
menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.
Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut
Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru
hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.
Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia
menulis untukmemastikan pergerakan yang betul.
Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan
yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid
menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.
Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk
membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh
digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap
menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk
menarik minat murid ketika menulis.
4.5 Kesimpulan
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran
mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan kumpulan
sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan perbandingan keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka. Selain itu, ia turut
meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos
yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran
adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Kaedah
Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasil yang
membanggakan.
Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara tidak
langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat ingin
berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang positif
kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah
suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk
menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari.
Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang dirancang dapat diikuti
dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah wujud dalam diri mereka,