Anda di halaman 1dari 4

4.

0 Intonasi

Intonasi merupakan teknik vokal yang berkait-rapat dengan ketepatan nada (pitch).
Intonasi inilah yang akan mewujudkan kejernihan dan kenyaringan suara. Dalam erti
kata lain timbul kelunakan suara untuk pendengaran. Syarat-syarat utama untuk
penguasaan intonasi ialah pendengaran yang baik, kawalan pernafasan dan rasa
muzikal.
Intonasi dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengawalan organ
vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.
Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:
a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur
dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.
Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a) Glissando vokal dengan sebutan O dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ah.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:
Hee hee hee ! Apa khabar ?

Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang
renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian

meliputi tenaga, intensiti, kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ton
nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal
intensitinya. Apabila vokal seperti ah disokong dengan pernafasan dan dibentuk dengan
mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ini memberikan ton yang bergema dan
intonasi yang baik.

Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Beliau
berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.
Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Udara
melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan melalui
bunyi vokal (a,e,i,o,u). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang atau
syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti vokal
menentukan pic dan intonasi.
Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh
pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal
asas. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur
memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan.
Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut
mengikut bunyi vowel. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang
sederhana. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal
terbuka seperti ah dan oo.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut;


(a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a,e,i,o,u).
(b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan
hingga ke nilai not yang panjang.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.
Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
(a) Glissando vokal dengan sebutan o.
(b) Menguap dengan bunyi ah.
(c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi, dan siulan.
(d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut:
Hee hee hee! Apa khabar?
(e) Ah -Hm

Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik;


1.
2.
3.
4.

Jangan memaksa atau menolak ton keluar.


Jangan menjerit.
Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul.
Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama
rata.

Warna dan Ekspresif Ton;

Biasa (Ah dan Oh)

Gelap (Awe dan Oo)


Terang (Ee dan Ay)

Anda mungkin juga menyukai