Anda di halaman 1dari 6

Profil Diri:

Nama
Jawatan
Sekolah

: Lutfi Bihar bin Abd. Latif


: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: SK Seri Perdana
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah.
Kod Sek. : KBA2090
PPD
: Kota Setar

Tajuk:
Pemantapan Penulisan Kertas 2
Bahasa Inggeris

Perancangan
Justifikasi:

Hampir 70% murid tahun 5 tidak menguasai penulisan kertas 2 bahasa Inggeris.

Hasil dari temubual dengan guru mata pelajaran dan juga borang soal selidik.

Menggunakan kaedah tulang ikan (Ishikawa) dalam mengenal pasti masalah.

Hasil dari program ini akan dapat membantu murid dalam proses membuat ayat
mudah bahasa Inggeris.

Matlamat utama adalah untuk membuat 5 ayat mudah dalam soalan 1 kertas 2
bahasa Inggeris.

Kajian Keperluan:

Perbezaan latar belakang murid.

Dianggap sukar oleh murid-murid terutama di kelas belakang.

Perasaan rendah diri dan malu merupakan antara faktor murid-murid tidak berminat
untuk berusaha seperti rakan-rakan yang berada di dalam kelas yang cemerlang.

Murid-murid berasa rumit untuk membuat ayat dalam bahasa Inggeris kerana tidak
faham konsep atau cara yang lebih mudah.

Subjek bahasa Inggeris dapat dilonjakkan lagi peratus lulus jika murid dapat
menguasai kertas 2 bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Program

Jawatankuasa telah dibentuk untuk melaksanakan program ini yang dianggotai oleh
guru-guru panitia bahasa Inggeris dan juga penyelaras makmal komputer sekolah.

Dalam mesyuarat jawatankuasa, semua ahli bersetuju untuk menggunakan


kepakaran dalaman hasil dari cetusan idea daripada program penandaarasan.

Dapat menjimatkan kos dengan menggunakan penceramah dalaman daripada


menjemput penceramah luar.

Penglibatan seluruh ahli jawatankuasa amat membanggakan kerana konsep atau


cara untuk membuat ayat yang ditonjolkan dikira sangat menarik.

Penyelaras makmal komputer juga amat membantu dalam penyediaan gambargambar untuk bahan bantu mengajar di dalam makmal komputer.

Guru-guru yang terlibat juga memberi input-input untuk penambahbaikan dalam


penyediaan bahan untuk ceramah.

Penilaian

Pos mortem diadakan untuk mendapatkan maklumat dari ahli jawatankuasa dan segala
penambahbaikan akan dapat dilakukan pada program yang akan datang.

Kaedah penilaian untuk peserta yang digunakan untuk menilai projek adalah dengan
menggunakan borang soal selidik.

Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menilai keberkesanan program ini.

Menggunakan Skala Linkert. Setiap soalan akan diterangkan terlebih dahulu supaya murid
faham.

94% bersetuju dengan semua penyataan yang dikemukakan dan hanya 6% sahaja tidak
bersetuju.

Item 1-5 berkenaan dengan kualiti penceramah dan juga program ini.

Manakala item 6-8 menjurus kepada manfaat dan faedah yang diperolehi murid.

Bagi item 6, 97% murid-murid bersetuju bahawa program ini berjaya menarik minat mereka
terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. Ini mungkin disebabkan mereka berjaya membuat ayat
mudah dalam bahasa Inggeris.

Refleksi

Kekuatan;

Pengelolaan:

Pengagihan tugas yang seimbang.

Tugas yang diberi lengkap dengan garis panduan untuk melaksanakan tugas.

Fungsi pengurusan guru besar:

Berupaya mengorganisasikan sumber-sumber di dalam sekolah dengan cekap dan berkesan.

Guru, kewangan, aset, ilmu dan kepakaran.

Kelemahan;

Tidak mempunyai tempat yang kondusif untuk menampung pelajar yang ramai untuk sesuatu
program yang agak besar.

Sekolah tidak mempunyai dewan.

Murid terpaksa berhimpit dan ada murid yang mula mengganggu rakan mereka.

Penambahbaikan;

Usaha untuk mendapatkan tempat yang lebih selesa dengan bantuan agensi luar dengan
kerjasama PIBG.

Akan diteruskan dengan murid dari tahun 4 dan tahun 6 kerana hasil dari program ini amat
menggalakkan.

Akan menjemput penceramah dari luar dan konsep yang diguna pakai akan dicadangkan
kepada penceramah tersebut.

Akan diperluaskan kepada guru-guru subjek lain yang berminat untuk mempelajari konsep ini.

Gambar Sekitar Program