Anda di halaman 1dari 2

Low Jun Wen

Soalan 5: Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari yang
mudah atau senang sebelum mengajar perkara yang susah atau abstrak.
Sejauh manakah anda setuju dengan pandangan beliau.
Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari mudah atau
senang sebelum mengajar yang susah. Sebagai seorang bakal guru, saya
sememangnya bersetuju dengan pandangan ahli falsafah Islam ini kerana kaedah
pengajaran dan pembelajaran ini membawa banyak manfaat kepada murid dan juga
guru.
Kaedah pembelajaran ini amat berkesan bagi murid-murid yang lemah dan
seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana
aktiviri yang dijalankan amat bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari susah tidak sesuai dengan
kebolehan murid-murid serta mematahkan semangat mereka untuk terus belajar.
Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merancang aktiviti yang
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan
memberi bimbingan kepada golongan murid yang lemah supaya mereka tidak
mudah berasa jemu semasa belajar.
Di samping itu, kaedah pembelajaran ini dapat merangsangkan kemahiran
berfikir murid-murid. Selalunya, murid-murid diberikan aktiviti hands on untuk
memahami sesuatu konsep sains. Bahan yang digunakan untuk eksperimen adalah
mudah didapati dan selalu digunakan dalam kehidupan harian kita. Jadi, murid-murid
dapat menghubungkan pengalaman harian dengan aktiviti hands on dengan mudah
supaya dapat memahami sesuatu konsep sains itu. Jika murid itu diajar dengan
konsap sains terlebih dahulu, kemungkinan besar murid itu akan membuat
eksperimen itu mengikut konsep yang diajar dan tidak dapat berfikir secara kreatif
untuk menyelesaikan masalah. Apa yang lebih teruk ialah murid itu mengubah
keputusan pemerhatian kepada jawapan yang mengikut konsep sains itu. Ini secara
tidak langsung akan merendahkan nilai kejujuran murid tersebut.
Kaedah pembelajaran ini juga sesuai untuk murid-murid yang lebih pandai.
Kaedah pembelajaran dapat menyediakan murid dalam golongan ini ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam sebelum guru meneruskan aktiviti pengajaran
yang lebih susah. Murid-murid ini dapat menyerap apa yang diajar oleh guru dalam
masa yang singkat kerana guru diumpamakan membuat ulang kaji dengan murid
dalam golongan ini semasa mengajar yang mudah. Ini secara tidak langsung

Low Jun Wen


mengukuhkan ingatan murid dalam sesuatu topik. Oleh itu, murid dapat
menggunakan ilmu yang berguna ini dalam kehidupan seharian dengan kerap.
Selain itu, kaedah pengajaran ini dapat memupuk nilai tolong menolong
antara murid. Semasa menjalankan aktiviti dalam kelas, murid yang sudah
menguasai isi pengajaran guru diminta membantu murid yang belum menguasai
sesuatu topik itu. Murid yang sudah menguasai isi pengajaran itu akan memberi
bimbingan kepada murid yang lebih lemah supaya meraka dapat bersama-sama
meneruskan ke aktiviti pembelajaran yang lebih lanjut. Pada zaman IT ini, muridmurid lebih sukar berkomunikasi dengan rakannya dengan selesa. Kemahiran
berkomunikasi mereka semakin berkurang dengan kegunaan laman sosial seperti
Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Mereka akan berasa malu atau tidak
tahu cara bercakap apabila berhadapan dengan rakan mereka. Oleh itu, murid akan
menguasai kamahiran berkomunikasi dengan rakan mereka dengan baik semasa
mereka memberi bimbingan dan dorongan kepada rakan mereka.
Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai
faedah dengan mengajar yang mudah dan senang erlebih dahulu sebelum
meneruskan pengajaran ke tahap yang susah. Namnu begitu, guru juga harus
mengambil inisiatif dengan membuat rancangan pengajaran sebelum masuk ke
kelas supaya keadaan dalam kelas tidak kelam kabut semasa mengajar.

Anda mungkin juga menyukai