Anda di halaman 1dari 5

Teori Kognitif Sosial (Social Cognitive Theory)

Teori Kognitif Sosial (TKS) boleh digunakan untuk rangka kerja kajian ini. Teori ini menekankan
pada pengaruh tingkah laku, peribadi individu dan alam sekitar yang berinteraksi secara
berterusan didalam bentuk salingan. Dengan menggunakan tiga ciri ini ke dalam konteks taman
sekolah, dapat membantu memahami dan membayangkan bagaimana kebun di sekolah boleh
melahirkan interaksi yang dinamik di antara perlakuan, peribadi individu dan faktor persekitaran.

TKS digunakan secara meluas dalam membentuk penglibatan positif kanak-kanak dalam
membentuk tingkah laku yang sihat. Ini juga selari dengan idea-idea yang dibangunkan dalam
mencari kaedah berkesan yang melibatkan pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh, program
taman sekolah dapat member peluang kepada para guru untuk mengajara subjek-subjek
seperti matematik, sains, seni, pendidikan kesihatan dan bahasa bermadah melalui aktivitiaktiviti hands-on. Pada masa yang sama, para guru boleh mengajar kemahiran perlakuan atau
tingkah laku yang diperlukan dalam menjaga kebun sekolah.

TKS digunakan dalam kajian ini kerana rangka kerja yang dicadangkan iaitu mereka bentuk,
melaksana dan menilai sesuatu projek sesuai dalam memupuk pengambilan sayur dikalangan
murid-murid dan melatih sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Kanak-kanak belajar dengan cara memerhati orang lain tidak kira orang dewasa atau pun rakan
sebaya. Justeru itu TKS amat sesuai digunakan di dalam mendidik pelajar tentang kepentingan
pengambilan sayuran dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu,
ciri-ciri lain yang boleh diterapkan melalui TKS adalah pemerolehan pengetahuan atau
kemahiran tertentu dengan cara memerhati orang lain. Pembelajaran ini adalah suatu proses
dalaman yang mungkin akan mendorong kepada sesuatu tingkah laku yang positif.
Pembelajaran ini mungkin juga tidak akan mendorong individu kepada sesuatu tingkah laku
yang positif kerana ia tidak berlaku secara serta merta tetapi perlu dipupuk untuk individu
tersebut menyesuaikan diri sebelum mengamalkan tingkah laku tersebut

FAKTOR TINGKAH LAKU PELAJAR


1. Menunjukkan minat dalam merasa
dan makan sayur-sayuran
2. Menunjukkan perlakuan
bertanggungjawab terhadap alam
sekitar

FAKTOR PERIBADI PELAJAR


1. Sikap dan pemilihan terhadap
sayur-sayuran
2. Tingkatkan pengetahuan
tentang sayur-sayuran dan
alam sekitar

FAKTOR PERIBADI PELAJAR


(IV)
1. Hasil ramalan
2. Kecenderungan pemilihan
3. Keberkesanan kendiri

FAKTOR TINGKAH LAKU PELAJAR


1. Akses atau peluang untuk
memakan sayur-sayuran yang
ditanam
2. Mempamerkan tingkah laku
bertanggungjawab terhadap alam
sekitar
3. Perlakuan rakan sebaya dijadikan
contoh
4. Aktiviti hands-on diterapkan di

FAKTOR TINGKAH
LAKU PELAJAR (DV)
FAKTOR PERSEKITARAN DI
SEKOLAH

1. PENGAMBILAN SAYUR-

SAYURAN

intervensi

1. Pengaruh rakan sebaya


2. Pembelajaran berasaskan
Diambil dan disesuaikan dari Othman, K.I, Abd. Karim, M.S, Karim, R et al (2012).
Factors Influencing Fruits and Vegetables Consumption Behaviour Among Adults in
Malaysia. Journal of Agribusiness Marketing, Vol. 5:29- 46 dan Cullen, K.W et al
(2001). Child-reported family and peer influences on fruit,juice and vegetable
consumption: reliability and validity of measures. Health Education Research 16:2.
187-200
TAJUK KAJIAN:
KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TAMAN TERHADAP PENGAMBILAN SAYURSAYURAN BAGI MURID TAHUN 5

1.1
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan dengan tujuan mendalami kesan pembelajaran berasaskan taman di
sekolah terhadap pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5
1.2

Objektif Kajian

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
i.

Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap hasil

ii.

ramalan tentang pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5


Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di

iii.

kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5


Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap

sekolah

keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5

terhadap

iv.

Mengkaji kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap amalan


pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

1.3
Soalan Kajian
Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif yang
bertepatan dengan tajuk kajian . Persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu:
i.
Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap
ii.

hasil ramalan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5


Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap

iii.

kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.


Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap

iv.

keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.


Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap
amalan pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

1.4
i.

Hipotesis Kajian
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah
eksperimen terhadap hasil ramalan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun

ii.

5
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah
eksperimen terhadap kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi

iii.

murid tahun 5.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah
eksperimen terhadap keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi

iv.

murid tahun 5.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah
eksperimen terhadap amalan pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

Faktor peribadi
Hasil jangkaan
Keberkesanan kendiri
Kecenderungan pemilihan
Faktor tingkah laku
Pengambilan sayur-sayuran
Faktor persekitaran
disekolah
Pengaruh rakan sebaya
Pembelajaran berasaskan
taman

Pembolehubah
Keberkesanan kendiri

Definisi Operasi
Kepercayaan atau keyakinan yang ada dalam diri
seseorang murid untuk mencapai sesuatu tingkah
laku

Pembelajaran melalui pemerhatian

Proses pembelajaran sesuatu tingkah laku dengan


cara memerhatikan rakan sebaya

Hasil jangkaan

Apa yang murid jangkakan jika sesuatu tingkah laku


itu dilakukan

Pengaruh rakan sebaya (modeling)

Belajar sesuatu aktiviti daripada rakan-rakan

Persekitaran

Ransangan secara fizikal

Keupayaan sesuatu tingkah laku

Mengetahui sesuatu tingkah laku tersebut adalah baik


dan melaksanakan tingkah laku tersebut dengan
kemahiran tertentu.