Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

CADANGAN

BENGKEL ASAS
KEPEMIMPINAN
DAN ASAS
TADBIR
ORGANISASI
2010
(BAKAT 2010)

13 sehingga 14 Mac 2010


Sekolah Menengah (P) Jalan Air Panas
DISEDIAKAN OLEH:

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort,
47000, Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor
No. Tel: 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102
Blog: http://iqclassmanagement.blogspot.com
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com

PENGENALAN

Organisasi merupakan sebuah pergerakan yang disertai oleh sekumpulan manusia. Mereka
melakukan sesuatu tugasan atau tanggungjawab berdasarkan objektif yang ditetapkan.
Kebiasaannya organisasi akan diwakili oleh pemimpin dan pasti setiap pemimpin akan ada
pengikutnya. Organisasi amat perlu dalam kehidupan kita seharian. Ini disebabkan oleh cara
hidup manusia yang mementingkan kehidupan sosial. Bermula dari organisasi kekeluargaan
sehinggalah kepada persyarikatan atau perjabatan yang diwujudkan oleh kerajaan atau
swasta.
Namun seringkali bermain diminda kita, bagaimana organisasi ini mampu berkesan. Berkesan
kepada persekitaran atau masyarakat setempat. Kadangkala juga kita dengar, bagaimana
organisasi ini gagal berfungsi dengan baik yang akhirnya berpecah atau bercerai bagi
sesebuah keluarga. Ada juga yang dapat kita dengari atau lihat keberjayaan sesebuah
organisasi yang akhirnya memberikan manfaat kepada persekitarannya. Si ketua berperanan
dengan baik sehinggakan para pengikutnya bekerja keras dan menyumbang sebaik mungkin
untuk organisasi mereka. Akhirnya kesungguhan sumbangan itu bukan sahaja dapat
dirasakan oleh organisasi tersebut bahkan masyarakat yang dapat kita lihat dan fahami
seperti tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh sesetengah pihak swasta atau pergerakan
organisasi bukan kerajaan yang terus menyalurkan pelbagai manfaat yang dapat dikongsikan
semua rakyat di negara ini.
Maka, Bengkel Asas Kepemimpinan dan Asas Tadbir Organisasi 2010 atau lebih
dikenali sebagai BAKAT 2010 telah kami bina bagi merungkai rahsia keberjayaan
pengurusan sesuatu organisasi yang berkesan. Bengkel yang dibentukkan modulnya selama 2
hari 1 malam akan mengetengahkan kemahiran asas khususnya buat pelajar-pelajar sekolah
menengah, bagaimana daya kepemimpinan mereka yang baik dan hebat akan mampu
mendorong organisasi ke arah lebih cemerlang. Tidak setakat itu sahaja, mereka juga perlu
melengkapkan diri mereka dengan beberapa kemahiran penting yang juga dimuatkan di
dalam modul BAKAT 2010.

MATLAMAT AKHIR PROGRAM

Peserta akan dapat memperbaiki penampilan diri sebagai pemimpin serta dapat memimpin
rakan-rakan organisasi dengan berkesan.

OBJEKTIF PROGRAM

Selepas menyertai program ini, pelajar akan dapat;


1. Membentuk penampilan pemimpin yang berkaliber;
2. Memperbaiki komunikasi dalam organisasi;
3. Menambah kemahiran bermesyuarat serta;
4. Mempelajari teknik berkesan mengetuai organisasi.

JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Jangkamasa perlaksanaan adalah selama 2 hari 1 malam. Bermula 3.00 petang hari pertama
(13 Mac 2010) sehingga jam 4.00 petang hari kedua (14 Mac 2010).

TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM

Tertakluk kepada persetujuan dan perbincangan.

SASARAN PESERTA PROGRAM

Maksimum 80 orang peserta dari kalangan kepimpinan pelajar. Tertakluk kepada syarat yang
ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

PIHAK PENGANJUR PROGRAM

Unit Displin
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Air Panas

KOS PENGANJURAN PROGRAM


2

RM 2,000.00 untuk bilangan pelajar maksimum seramai 80 orang sahaja. Untuk setiap
pelajar yang lebih, bayaran dikenakan untuk setiap orang pelajar sebanyak RM20.00 sahaja.
Bilangan pelajar hendaklah ditentukan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari bekerja
sebelum dari tarikh program berlangsung.
Kami akan sediakan bahan untuk peserta iaitu;
1. Buku Nota Peserta,
2. Alatulis seperti pen dan kertas A4;
3. Fail peserta; serta
4. Sijil Penyertaan.

KOS SEWAAN TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM


Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

JADUAL PERJALANAN PROGRAM

Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

PELAN PEMBELAJARAN PROGRAM

Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 4.

PENUTUP

Perlaksanaan BAKAT 2010 ini akan meninggalkan pengharapan besar pihak sekolah kepada
generasi kepimpinan baru sekolah agar dapat melaksanakan tugasan serta amanah yang
diberikan dengan berkesan dan sistematik. Melalui kursus yang ringkas dan padat, pastinya,
hasil tidaklah mampu memberikan kesan yang besar kepada pelajar. Segala usaha yang
dibuat, anggaplah ia sebagai sentuhan pertama yang memerlukan tugasan lanjutan buat kali
kedua, ketiga dan seterusnya. Harapan kami, dengan hadirnya BAKAT 2010, akan mampu
memberikan pembelajaran serta pengalaman kepada peserta untuk menjadi peribadi yang
berkesan di dalam sesebuah organisasi. Moga-moga kita dapat melahirkan generasi yang juga
akan berkesan untuk keluarga, masyarakat dan negara mereka.

LAMPIRAN
SENARAI TEMPAT DAN KOS SEWAAN
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)

BI
L

NAMA TEMPAT

KOS SEORANG
(RM)

35.00

2,800.00

4,800.00

50.00
50.00

4,000.00
4,000.00

6,000.00
6,000.00

50.00

4,000.00

6,000.00

55.00

4,400.00

6,400.00

55.00

4,400.00

6,400.00

De Congkak Forest, Sungai


Congkak
SUKIDA Resort, Semenyih
Kem El-Azzhar, Morib Banting
Ulu Kali Training Centre, Batang
Kali, Hulu Selangor
Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah
Alam
Warisan Sembilang Resort

1.
2.
3.
4.
5.
6.

JUMLAH KOS +
KOS
PERUNDINGAN
IQ CLASS
MANAGEMENT
(RM)

KOS x 80
ORANG
PESERTA
(RM)

Tertakluk kepada perubahan semasa.

JADUAL
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)
HARI
MASA
4.30 pagi
5.15 pagi

HARI PERTAMA (8 Mei


2010)

Bangun dan bersiap diri


Qiyamullail dan Diskusi Pagi
Solat Subuh berjemaah dan
Tazkirah Subuh

6.15 pagi
7.45 pagi
8.15 pagi
9.00 pagi
10.30 pagi
11.00 pagi
12.45 tengahari
2.30 petang
4.15 petang
5.15 petang
6.30 petang
7.30 malam
8.45 malam
4

HARI KEDUA (9 Mei 2010)

Pendaftaran dan taklimat


awal peserta
Taklimat Kursus
Aktiviti Pemecah
Bendungan
Minum pagi dan Solat Sunat
Dhuha
BAKAT 1
Makan tengahari dan solat
Zohor berjemaah
BAKAT 2
Minum petang dan Solat Asar
berjemaah
Aktiviti Kejelikitan
Kumpulan
Makan malam dan bersiap diri
Solat Maghrib berjemaah,
Tazkirah Maghrib dan
Diskusi Petang
Solat Isyak berjemaah

Senaman Pagi
Sarapan pagi dan bersiap diri
BAKAT 4
Minum pagi dan Solat Sunat
Dhuha
BAKAT 5
Makan tengahari dan solat
Zohor berjemaah
Resolusi dan Majlis
Perasmian Penutup BAKAT
2010
Bersurai

9.15 malam
10.45 malam
11.30 malam

BAKAT 3
Minum malam dan persiapan
diri
Tidur

LAMPIRAN
PELAN PEMBELAJARAN
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)
Bil

Tajuk Slot

1.

Aktiviti
Taklimat dan
Pemecah
Bendungan

2.

BAKAT 1

3.

BAKAT 2

4.

Aktiviti
Kejelikitan
Kumpulan

5.

Tazkirah
Maghrib dan
Diskusi Petang

6.

BAKAT 3

7.

Tazkirah Subuh
dan Diskusi
Padi

8.

BAKAT 4

8.

BAKAT 5

Objektif
1. Mengetahui peraturan dalam BAKAT 2010;
2. Mengenali fasilitator;
3. Memulakan perkenalan awal dengan peserta lain;
serta
4. Membentuk kumpulan sepanjang BAKAT 2010.
Tajuk: Gaya Kepimpinan
1. Memahami apa itu kepimpinan;
2. Mempelajari gaya-gaya kepimpinan berkesan serta;
3. Membincangkan ciri-ciri pemimpin berkaliber.
Tajuk: Komunikasi Berkesan Di Dalam Organisasi
1. Memahami apa yang dikatakan komunikasi;
2. Mempelajari tatacara komunikasi di dalam
organisasi serta;
3. Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan di
dalam organisasi.
1. Membina kesefahaman kumpulan;
2. Mempelajari teknik berkesan dalam perhubungan
serta;
3. Membentuk pemikiran terbuka.
Tajuk: Membina Fokus Yang Betul
1. Memahami sebab mengapa mereka berada di
BAKAT 2010; serta
2. Mengetahui fokus sebagai seorang pemimpin
remaja yang berkaliber.
Tajuk: Mengurus Mesyuarat
1. Memahami apa itu mesyuarat;
2. Mengenali bentuk-bentuk mesyuarat serta;
3. Mengetahui teknik-teknik mesyuarat berkesan.
Tajuk: Pupuk Matlamat Yang Jelas
1. Memahami kepentingan matlamat yang jelas; serta
2. Membina matlamat dalam kehidupan sebagai
pemimpin teladan.
Tajuk: Pemimpin dan Pengikut; Siapa KETUA?
1. Membezakan diantara pemimpin dan pengurus;
2. Membincangkan peranan ketua dan pengikut serta;
3. Memahami fungsi daya kepemimpinan di dalam
organisasi.
Tajuk: Ketua, Pengikut dan Situasi
1. Memupuk rasa bertanggungjawab di atas amanah
yang diberikan;
2. Mengaplikasikan setiap perkara yang telah
dipelajari serta;
3. Menguruskan sebuah majlis rasmi.

Modus Operandi
Taklimat, permainan
bermodul dan LDK

LDK

Ceramah dan bengkel

Permainan bermodul

Ceramah pendek dan


bengkel
LDK dan Main
Peranan
Ceramah pendek dan
bengkel

Permainan bermodul

Main Peranan