Anda di halaman 1dari 19

Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil

sesuatu kesusasteraan.Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada


perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau 'macam'.
Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan
persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks
kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan
dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre
novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu
pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh
genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradsional dan Puisi
Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradsional seperti pantun, syair,
gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradsional
ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin
dikemukakan dalam sesebuah puisi itu.

PEMBAHAGIAN GENRE DI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


Sub-topik ini akan membincangkan pembahagian genre di dalam Kesusasteran
Melayu dengan lebih mendalam. Anda akan mempelajarai Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.

1. Kesusasteraan Melayu Tradisional


Rajah di bawah menghuraikan bahagian-bahagian dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional dengan lebih jelas.

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:


Prosa
Puisi
Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:
Naratif
Bukan Naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:
Naratif Lisan
Naratif Tulisan
Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:
Mitos
Legenda
Cerita Rakyat
Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:
Cerita Jenaka
Cerita Binatang
Cerita Dongeng
Cerita Dongeng ialah:
Lipur Lara
Cerita Teladan
Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu:
Pengaruh Hindu

Pengaruh Islam
Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:
Sastera Panji
Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:
Sastera Transisi
Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:
Sastera Hikayat
Sastera Sejarah dan
Sastera Epik.
Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:
Epik Kebangsaan
Epik Melayu-Islam
Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah:
Sastera Kitab
Sastera Ketatanegaraan
Sastera Undang-Undang
Sastera Suf
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
Puisi Narati
Puisi Bukan Naratif
Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan
kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu:
Puisi Tradisional Warisan Melayu
Puisi Tradisional Warisan Islam
Puisi Tumpangan
Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
Puisi Tumpangan Warisan Melayu

Puisi Tumpangan Warisan Islam


Rajah 1.10 menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya.

Puisi tumpangan

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula
menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan Warisan Islam
semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa
Arab.

Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi suf. Puisi jenis ini
memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang paling
terkenal ialah Hamzah Fansuri.

2. Kesusasteraan Melayu Moden


Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun, pada
peringkat ini kita akan berbicara tentang novel, cerpen, drama, sajak, biograf dan
esei atau kritikan sahaja.

Rajah di bawah memperjelaskan lagi genre-genre di dalam kesusasteraan melayu


moden.

Kesusasteraan Melayu moden

Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang


disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu
terdiri atas:
Plot yang kompleks;
Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;
Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan
Suasana serta latar ceritanya beraneka.

Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang
daripada cerpen. Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan itu
asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru.

Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya
tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya
tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya
yang relatif.

Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam


kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang
digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya.
Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu,
pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.

Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja,


terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang
ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap,
pemikiran watak-watak yang difokuskan.

Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang
karya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba kesusahan. Sewaktu
menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiri
derita dan kekecewaannya dengan membunuh diri. Namun demikian, setelah

mendapat semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangi sungai
itu.

Cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan dan majalah. Sungguhpun


begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, cerpen-cerpen pilihan dikumpul dan
dibukukan. Contohnya, kumpulan-kumpulan cerpen Janji Sutinah selenggaraan
Rosnah Baharuddin dan Kelapa Nan Sebatang selenggaraan Ramli Isin dan Razak
Mamat.

Ciri-ciri utama drama ialah:


Aksi;
Konflik; dan
Persembahannya sekali jalan sahaja.
Jenis-jenisnya ialah:
Tragedi;
Komedi;
Tragi-komedi;
Opera;
Pantomin; dan
Bangsawan.
Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu
cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal.
Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain. Drama berbentuk
komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk
menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. Contohnya Cam
Ni Cam Tu oleh Hafsham.

Ada pula drama yang menggabungkan unsur tragedi dengan komedi. Drama jenis
ini dinamakan tragi-komedi. Contohnya Anak Kerbau Mati Emak karya Bidin Subari.
Opera mementaskan sebuah cereka dengan iringan muzik, nyanyian dan lakonan.
Cerita-cerita yang biasanya dipersembahkan ialah cerita daripada Kesusasteraan
Melayu Tradisional seperti Siti Zubaidah Perang China dan Jula Juli Bintang Tujuh.

Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya


hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan
perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan pantomin
dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar
seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.

Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan yang
bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu. Bangsawan amat popular pada era
sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. Cerita-cerita yang
dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripada kisahkisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan.

Antara pengarang yang terkenal dengan karya berbentuk drama dan contoh drama
mereka ialah:
Mustafa Kamal Yassin Atap Genting Atap Rumbia
Usman Awang Tamu di Bukit Kenny
Noordin Hassan Sirih Bertepuk Pinang Menari
Abdul Rahman Napiah Pengadilan

Biograf bermaksud catatan hidup. Kata biograf ialah cantuman kata bio
yang bererti hidup dan graf yang bermaksud catatan. Dengan kata lain, biograf
ialah cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang.
Tokoh di dalam karya biograf biasanya terdiri daripada pemimpin yang berjasa
kepada masyarakat. Contohnya Riwayat Hidup Tun Datu Mustafa yang ditulis oleh
Abdullah Hussain. Lawan kepada biograf ialah autobiograf, iaitu karya yang
mencatat tentang diri sendiri. Contohnya Hikayat Abdullah yang ditulis oleh
Abdullah Munsyi.

Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benarbenar wujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan. Pengarangnya
akan membentangkan persoalan kemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya

secara objektif mahupun subjektif berasaskan niatnya. Di dalam konteks


kesusasteraan, esei sastera membicarakan segala hal yang bersangkutan dengan
karya, tokoh, dan isu-isu semasa.

Kritikan bermaksud mempertimbangkan baik buruk sesebuah karya yang telah


disiarkan atau dibukukan. Mereka yang menceburi bidang ini dipanggil kritikus.
Kritikus wajib mempunyai ilmu yang mapan untuk menangani sesebuah karya.
Kedangkalan ilmu akan menyebabkan kritikan yang diutarakan itu tidak adil dan
saksama. Pada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh para
pengkritik untuk menilai sesebuah karya sastera. Hal ini akan dibincangkan
kemudian.

Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya


terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada
daripada Indonesia atau Barat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Punggok atau
nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor puisi moden di
Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat.
Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara termuat di dalam Majalah Guru keluaran
Disember 1933. Lihat petikannya:

Di dalam gelombang hambur-menghambur


Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.

Petikan di atas kelihatan seperti pantun kerana dapat dikesan rangkap dan rima
akhirnya. Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima a-b-a-b. Kedua-duanya
ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telah menyimpang
daripada pantun dan syair kerana tidak ada pembayang, semuanya maksud, dan
rima akhirnya bukan a-a-a-a.

Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya. Kebebasan


itu bermaksud lari daripada puisi tradisional. Bertitik tolak dari sinilah lahir sajak-

sajak lain yang bebas daripada ikatan puisi tradisional dan menjadi satu genre
Kesusasteraan Melayu Moden yang popular. Sajak telah digunakan untuk:
Menyampaikan pemikiran;
Meluahkan perasaan; dan
Menggambarkan sesuatu kejadian.
Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, sajak memenuhi ruang akhbar dan
majalah. Kesemuanya dihasilkan khusus untuk meluahkan perasaan dan
membangkitkan semangat juang menentang penjajahan. Selepas itu, sajak menjadi
alat untuk mengisi kemerdekaan, membentuk pemikiran, atau menggerakkan
pembangunan. Antara penyair yang terkenal di tanah air sekarang ialah Usman
Awang, Muhammad Haji Salleh, A. Ghafar Ibrahim, Siti Zainon Ismail, A. Latif
Mohidin, Kemala, dan T. Alias Taib.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Tarikh :20/2/2012
Hari : Isnin
Kelas : 5 Zamrud
Mata pelajaran : BM
Masa : 8.00 8.30
Bilangan pelajar : 33/33
Tajuk : Syair Sekolahku Selamat
Objektif : Murid-murid dapat :
1. menyanyikan syair dengan nada dan intonasi yang betul.
2. memprosakan maksud syair
3. mengesan nilai murni daripada syair
BBM : kad manila, kad imbasan panjang, edaran (petikan syair), edaran latihan (menulis
maksud syair, nilai murni)
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : ayat majmuk
Ilmu : kemasyarakatan
Nilai : menghargai warisan budaya, kebersihan, keselamatan
KBKK : menghuraikan, mengenalpasti

Langkah
/ Isi Pelajaran
masa
Set induksi
Ciri-ciri pantun yang
(8.00 8.05)
telah dipelajari sebelum

Aktiviti
Pengajaran Catatan
dan Pembelajaran
Aktiviti guru :
Bertanya
ciri-ciri

ini.

Perkembangan1. Menyanyikan
(8.05 8.27)
serangkap syair

pantun.
Aktiviti murid:
Menyatakan
ciri
pantun:
rangkap
suku kata
rima akhir
Aktiviti guru:
-Melekatkan
kad Rujuk
manila di papan putih Lampiran
yang
tertulis 1
serangkap syair.
-Membimbing muridmurid menyanyikan
serangkap syair
dengan intonasi yang
betul baris demi baris.
Aktiviti murid:
Menyanyikan
syair
baris
demi
baris
dengan
bimbingan
guru.

Aktiviti guru:
-Mengedarkan petikan
2. Menyanyikan
syair syair bertajuk Syair
mengikut barisan meja Sekolahku Selamat
di kelas.
-Meminta
murid- Rujuk
murid menyanyikan Lampiran
syair
mengikut 2
barisan meja murid:
Baris 1 (rangkap 1)
Baris 2 (rangkap 2)
Baris 3 (rangkap 3)
Baris 4 (rangkap 4)

Aktiviti murid:
Menyanyikan rangkap
syair mengikut baris
seperti yang diminta
oleh guru.
Aktiviti guru:
Menerangkan
maksud
serangkap
syair seperti pada
langkah 1.

3. Memprosakan puisi.

Aktiviti murid:
-Mendengar
penerangan guru.
Aktiviti guru:
- Mengarahkan muridmurid
masuk
kumpulan
masingmasing.
Guru
mengedarkan
latihan memprosakan
rangkap puisi dan
meminta
wakil
kumpulan membuat
perbentangan.
Aktiviti murid:
Murid-murid masuk
kumpulan,
mengisikan
edaran
latihan
maksud
rangkap syair dan
seterusnya
membentang
hasil
kerja kumpulan.

Aktiviti guru:
-Guru menayangkan
kad imbasan yang
tertulis nilai murni
dan menyuruh murid
mengenalpasti
di
bahagian mana dalam
4. Nilai murni yang syair nilai itu berada
terdapat dalam syair.
dan
seterusnya
membuat
ulasan
kepada nilai tersebut
berdasarkan petikan.
Aktiviti murid:
Melihat nilai yang
guru tunjukkan dan
menggariskan di syair
tempat nilai itu berada
dan
seterusnya
membuat
ulasan
kepada
nilai
berdasarkan petikan.
Penutup
(8.27 8.30)

Memberitahu pelajaran Aktiviti guru:


akan datang
Meminta
murid
menyatakan ciri-ciri
sajak yang mereka
tahu dan memberitahu
sajak akan dipelajari
pada unit akan datang.
Aktiviti murid:
Menyatakan ciri-ciri
sajak yang mereka
tahu.

Lampiran 1
Serangkap syair
Dindingnya bersih tidak berkarah,
Pagarnya teguh semua arah,
Dijaga rapi tak sudah-sudah,
Murid selamat umpama di rumah.

Lampiran 2
Petikan syair.
Tajuk : SYAIR SEKOLAHKU SELAMAT
Tersergam indah kukuh dan megah,
Nampak bergaya anggun terserlah,
Tempat belajar berpenat lelah,
Rasa kasihku telah tertumpah..
Mencurah rasa kepada guru,
Agar diri dapat dibantu,
Rajin belajar menuntut ilmu,
Hidup berjaya yang kami tuju.
Kalau sekolah selalu ceria,
Hati tidak gundah-gulana,
Rindu terasa amat membara,
Malam-malam teringat jua.
Pergi sekolah hati nan riang,
Semua kawan dikasih disayang,
Sentiasa bersama susah dan senang,
Walau banyak rintangan yang datang.

Lampiran 3
Latihan : Tuliskan maksud syair
Kumpula
n

Rangkap

Maksud

Lampiran 4
Kumpulan : ______
Rangkap
1

Nilai
Kebersihan

Petikan daripada syair


Tersergam indah,kukuh dan megah

1
2
3
4

Membuat ulasan:
1. Nilai : kebersihan:
Ulasan : Kita hendaklah menjaga kebersihan sekolah kita agar sekolah kita tersergam
indah, kukuh dan megah.
Rangkap : _____
Nilai

Ulasan :

Lampiran 5 (rujukan guru)


Kumpulan : _____
Rangkap

Nilai

Petikan daripada syair

Kebersihan

Tersergam indah,kukuh dan megah

bersungguh-sungguh

Tempat belajar berpenat lelah

Gigih

Rajin belajar menuntut ilmu

kasih sayang

Rindu terasa amat membara

Setia kawan

Sentiasa bersama susah dan senang

Membuat ulasan:
1. Nilai : kebersihan:
Ulasan : Kita hendaklah menjaga kebersihan sekolah kita agar sekolah kita tersergam
indah, kukuh dan megah.
Rangkap : _____
Nilai

Ulasan :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA


MELAYU TAHUN 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh/ Hari
Masa
Kelas
Bil. Pelajar
Mata Pelajaran
Pemahaman
Tajuk

: 9 Oktober 2012
: 10.45 pagi 11.45 pagi ( 1 jam )
: 4 Bestari
: 33 orang pelajar
: Bahasa Melayu
: Wawasan Kita

: Membaca lancar bahan sastera dengan gaya


penyampaian yang menarik dan menjawab soalan
pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
: Murid sudah dapat mengenal bentuk-bentuk puisi
seperti sajak, syair dan pantun
Bahan
: Buku Teks, Radio, Kaset, Lembaran Kerja
Nilai
: Bekerjasama, Bertolak Ansur, Berani ,Mendengar
Arahan Guru
Kemahiran
: Kecerdasan Pelbagai - Verbal Linguistik

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

Puisi :
Pantun Nasihat
Sajak Sekolah
Ku
Syair Guru
Perkembangan
Langkah 1
Puisi sajak
1.

Aktiviti Guru
Guru memilih tiga
orang murid untuk
membacakan tiga jenis
puisi yang berbeza di
hadapan kelas

Aktiviti Murid
Murid membacakan
puisi yang diberikan
dengan intonasi yang
sesuai

Guru meminta murid 1. Murid membuat 4


untuk duduk dalam 4
kumpulan berlapan
kumpulan berlapan
2. Beberapa orang
2. Guru meminta murid
murid menjelaskan
murid lain menjelaskan jenis puisi yang telah
jenis puisi yang dibaca
dibaca oleh rakan
3. Guru menjelaskan ciri- mereka
ciri sajak dan cara-cara 3. Murid mendengar
mendeklamasi sajak
dan mencatat
penerangan guru di
dalam buku latihan

Langkah 2

Puisi sajak

Langkah 3

Puisi sajak : 1. Guru meminta murid 1.


Lembaran
mencari maksud
kerja
perkataan dan
menjawab soalan dalam
lembaran kerja secara
berkumpulan
2. Guru memberi
mimbingan kepada
murid untuk
2.
mendapatkan jawapan
yang betul semasa
pembentangan
Sesi bersoal
Guru menyoal murid
jawab
beberapa soalan

Penutup

1.

Guru
1. Murid mendengar
memperdengarkan
cara deklamasi sajak
rakaman
dari radio kaset
mendeklamasikan sajak2. Mengikut kumpulan
2. Guru meminta murid
yang ditetapkan,
mendeklamasikan sajak murid melaksanakan
dalam buu teks secara
aktiviti yang telah
individu, kumpulan dan diarahkan oleh guru
kelas
Murid diminta
mencari maksud
perkataan dan
menjawab soalan
kefahaman pada
lembaran kerja yang
telah diedarkan
dalam kumpulan
Murid membuat
pembentangan

Murid menjawab
soalan yang di tanya

Jenis puisi
Pantun
Sajak
Syair

Kumpulan murid
K1 :
Mendeklamasik
sajak
K2 :
Menggayakan is
sajak
K3 : Melakarkan
isi sajak
K4 : Melagukan
sajak

1.

Apa yang
telah kamu
pelajari hari
ini ?
2. Bagaimanakah
cara untuk kita
mengenal jenis
puisi?
3. Apakah nilai
yang dapat
kamu peroleh
semasa aktiviti
berkumpulan ?

mengenai dan sekaligus oleh guru


membuat rumusan
mengenai pembelajaran
hari itu

Refleksi : Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, 31 daripada 33orang murid memahami dan
menjawab soalan dengan baik. Keseluruhannya, semua murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai