Anda di halaman 1dari 2

SK LKTP AIR TAWAR 5,

KOTA TINGGI
MINIT CURAI KURSUS ORIENTASI DSKP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 5
Nama
Guru

: NOOREZAYU BINTI MOHD SAID

Penganjur : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


Tempat

: PKG BANDAR MAS, KOTA TINGGI

Fasilitator

: JURULATIH UTAMA
KEBANGSAAN

Tarikh

: 20 21 MEI 2014

Masa

: 8.00 PAGI 4.30


PETANG

LAPORAN :
1. TAKLIMAT UMUM KONSEP KSSR
Latar belakang menuntut kepada Sistem Pendidikan Negara yang
memberi penekanan kepada pembangunan modal insan ,
pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan
maklumat dan seterusnya menghasilkan pelajar yang celik minda.
Teras ke 2 PIPP membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Transformasi kurikulum KSSR melibatkan bahan, bentuk, organisasi,
kandungan, pengurusan kurikulum, pentaksiran, pedagogi dan
peruntukan masa.
KSSR - memfokuskan konsep 3M dan menaakul.
2. DSKP Matematik Tahun 5
Mengandungi 4 bidang pembelajaran iaitu Nombor dan Operasi,

Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra dan Statistik dan


Kebarangkalian.

Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secara mendalam


melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Pentaksiran yang perlu dilakukan oleh guru Matematik Tahun 5 adalah
merangkumi PENGETAHUAN MATEMATIK, KEMAHIRAN DAN PROSES serta
SIKAP dan NILAI.
Pentaksiran dalam PENGETAHUAN MATEMATIK merupakan pentaksiran
kemahiran/ tajuk-tajuk dalam bidang pembelajaran.
Pentaksiran dalam KEMAHIRAN DAN PROSES pula merupakan

pentaksiran dalam kemahiran Matematik seperti PENYELESAIAN


MASALAH, PENAAKULAN, PERKAITAN, PERWAKILAN, KOMUNIKASI,
KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN INSANIAH dan KEMAHIRAN
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI.
Pentaksiran NILAI & SIKAP pula meliputi aspek peribadi, interaksi,
prosedural dan intrinsik.
Setiap guru matematik perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah
dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Disediakan Oleh,
Noorezayu Binti Mohd Said

Anda mungkin juga menyukai