Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

2.0

Ciri-Ciri Baru Yang Akan Dimasukkan Dalam Komputer Baru

3.0

Ciri-Ciri/Fungsi-Fungsi Lama Yang Akan Dikekalkan Dan Dibuang

4.0

Prinsip-Prinsip Yang Akan Diguna Pakai Dalam Merekabentuk


Komputer Generasi Baru

5.0

Kesimpulan

11

6.0

Rujukan

13

1.0 PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan)
dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan
keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa
pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit
storan utama. Program atau atur cara komputer mengandungi jujukan
arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah
dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Komputer

berkenaan

segala

aspek

dalam

pengurusan

dan

pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer


dan

perisian

untuk

mengubah,

menyimpan,

melindungi,

memproses,

memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan


waktu. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah menerangkan
perbezaan definisi data, maklumat dan pengetahuan
Jadual 1.1: Definisi Data, Maklumat, dan Pengetahuan

Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan


enam fungsi bagi kerja maklumat iaitu mengumpul, memproses, menjana,
menyimpan, mendapatkan semula dan menyampaikan. Dalam kebanyakan
kes, dua atau lebih fungsi dilaksanakan secara serentak. Ini dinyatakan
dalam jadual di bawah yang menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT.
2

Definisi

Contoh

Mengumpu
l

Fungsi

Mengumpul rekod aktiviti untuk


digunakan kemudian.

Memprose
s

Proses mengubah, menganalisis,


mengira dan mensisntesiskan semua
bentuk data atau maklumat.

Menjana

Mengumpul maklumat ke dalam


bentuk yang berguna, sama ada
sebagai teks, audio atau imej.
Proses pengkomputeran dalam
menyimpan data dan maklumat untuk
digunakan kemudian.

Membaca maklumat
pengundi, membaca
meter elektrik.
Mengira undi,
pemprosesan bil elektrik,
pemprosesan perkataan,
pemprosesan cukai.
Bil elektrik, jadual, graf,
carta di atas cakera,
pita, fail CD-ROM
Rekod cukai pendapatan,
rekod keahlian
persatuan, rekod
kesalahan trafik.
Faks, e-mel, mel suara,
laporan

Menyimpa
n

Mendapatk
an
maklumat
Menyampa
i

Menempatkan data dan


memperolehnya kembali.
Mengambil, menghantar, atau
mempersembahkan

E-mel, mel suara

Jadual 1.2: Enam Fungsi Teknologi Maklumat

Jadual 1.3: Empat Manfaat Teknologi Maklumat

Manakala dari segi manfaatnya pula telah disenaraikan seperti dalam


jadual di atas. Secara umum, ada dua kategori peluang yang ditawarkan oleh
IT iaitu: IT telah digunakan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah dan membantu manusia.
Komputer pada saat ini merupakan suatu keperluan bagi setiap orang.
Komputer menjadi suatu bahagian yang penting bagi setiap kehidupan
manusia kerana melalui komputer kita boleh melakukan berbagai aktiviti
sehingga memudahkan urusan dan menjimatkan waktu pekerjaan tersebut.
Komputer ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai
jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan,
pengiklanan,

pemberitahuan,

memperoleh

maklumat,

telekomunikasi

menyimpan

dan

maklumat,

sebagainya
mengambil

untuk
semula

maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.


Komputer dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat
keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya komputer sangat
membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi
dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang
baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran
pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru,
bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok
dan sebagainya.
Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai
sumber melalui computer untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P &
P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera
padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi
komputer

seperti

e-mail,

pengkalan

hamparan

eletronik, internet,

data,

pemprosesan

perkataan,

perisian persembahan dan lain-lainnya.

Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan
4

komunikasi

adalah

untuk

membantu

organisasi

mencapai

matlamat-

matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke


atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan
merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
Pendidikan

jarak

jauh

dibolehkan

dengan

wujudnya

rangkaian

pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan


pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang
tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat.
Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit
dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar
dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu
berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui
internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih
banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu
sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
Perdagangan

elektronik

ditakrifkan

sebagai

penggunaan

telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan


kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa
depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membelibelah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa
gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu,
lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan
akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan
yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
Komputer tidak hanya digunakan oleh orang dewasa saja, namun
anak-anak pun juga boleh menggunakannya dan mereka boleh belajar
sambil bermain. Beberapa fungsi dari komputer yang sering dimanfaatkan
5

oleh manusia ialah terdapatnya pengisian yang lengkap di dalam komputer


yang boleh kita gunakan. Komputer

juga membolehkan kita berinteraksi

dengan pengguna lain di belahan dunia manapun, asalkan berhubung


dengan jaringan internet seperti Facebook, Twitter dan sebagainya yang
mana semakin hari mereka semakin mempercanggih sarana tersebut demi
kepuasan penggunanya.
Pemantapan fungsi-fungsi komputer dari segi aplikasi luaran dan
dalaman dari masa ke semasa amat perlu bagi memenuhi keperluan dan
kepuasan pengguna. Ini kerana pengguna akan sentiasa menginginkan
pemproses yang lebih berkualiti, lebih berprestasi dan mempunyai fungsifungsi yang lebih interaktif dan memudahkan bagi menjalankan kerja-kerja
harian mereka.
Oleh yang demikian, untuk tugasan kali ini saya sebagai jurutera
komputer di Silicon Valley, USA akan mereka bentuk komputer generasi baru
bagi mendalami dan memantapkan lagi fungsi-fungsi komputer dari segi
luaran dan dalaman untuk memudahkan pengguna di masa hadapan.

2.0 CIRI-CIRI BARU YANG AKAN DIMASUKKAN DALAM KOMPUTER BARU.


Seiring

dengan

perkembangan

zaman,

dan

kemajuan

ilmu

pengetahuan serta teknologi yang begitu cepat bukanlah hal yang mustahil
bagi manusia untuk menikmati berbagai layanan yang semakin canggih dan
fungsi-fungsi baru dari komputer pada masa akan datang. Oleh yang
demikian konsep komputer baru yang akan saya perkenalkan adalah
komputer model pena. Komputer ini direka bersaiz kecil sebesar telefon

bimbit dan kelebihannya adalah ia boleh dimasukkan didalam poket dan


sangat memudahkan untuk dibawa kemana-mana.
Komputer pena ini akan direka seperti telefon pintar yang ada di
pasaran di mana ianya mempunyai sokongan wireless dan bluetooth. Ini bagi
memudahkan perkongsian dan mampu menyambung dengan peranti
multimedia lain, seperti kamera, telefon, dan speaker yang boleh
menggunakan akses bluetooth, sehingga tidak memerlukan kabel
penghubung lagi. Komputer pena ini juga akan dilengkapi dengan sokongan
kamera depan dan belakang.
Antara ciri-ciri lain, komputer ini juga akan dilengkapi dengan teknologi
3D Hologram. Teknologi 3D Hologram ini sangat membantu berbagai
keperluan manusia di zaman sekarang. Kesibukan dan mobiliti yang tinggi
dapat diatasi dengan teknologi komunikasi ini. 3D Hologram ini lebih kurang
sama dengan 3G dan webcam, tetapi ia mempunyai kelebihan yang
luarbiasa iaitu dapat mengzahirkan gambar/objek dalam bentuk 3D dan
sistem hologram ini adalah dapat berfungsi sebagai salah satu alat
komunikasi. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengubati rasa rindu
kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang jauh dimata.
Teknologi yang dikenali sebagai hologram ini akan memudahkan
pengguna berbual mesra dengan menggunakan aplikasi video chatting
kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui komputer anda
melalui projektor. Projektor kecil yang terdapat pada komputer itu akan
memancarkan imej video maya apabila anda sedang menggunakan aplikasi
tersebut.
Dalam dunia pendidikan hal ini dilihat sangat membantu. Jika zaman
dahulu setiap pelajar dan pensyarah/guru harus hadir dalam satu ruangan
yang sama supaya dapat bertemu mata ke mata, tapi tidak perlu lagi dengan
adanya teknologi ini. Proses pembelajaran dapat dilaksanakan walaupun
tidak berada dalam satu bilik yag sama.
7

Projektor kecil yang ada pada komputer ini juga boleh digunakan
sebagai alat bantu semasa pembentangan tanpa memerlukan projektor yang
lain. Pengguna tidak perlu lagi membawa dua tiga beg untuk membuat
pembentangan kerja ataupun kerja sebagai pendidik yang memerlukan
projektor dalam sesi pengajaran. Hanya tukarkan sahaja kepada mode
pembentangan maka projektor ini akan berfungsi memancarkan gambar
keluar dan saiz output juga boleh dilaraskan. Projektor yang dibina pada
komputer ini mampu memberi kemudahan yang optimum kepada pengguna.
Komputer ini akan dilengkapi bola tetikus di tengah-tengahnya yang
membolehkan pengguna mengawal fungsi komputer dan aplikasi dengan
hanya menyentuh bayangan di udara melalui hologram yang dipancarkan
dari projector komputer. Komputer pena yang bersaiz telefon ini boleh
diletakkan

di

atas

tapak

tangan

sahaja

atau

di

atas

meja

untuk

membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.


Komputer

ini

juga

akan

disertakan

dengan

kemudahan

virtual

keyboard yang mana papan kekunci ini sangat fleksibel kerana boleh
digunakan dimana sahaja dan bila-bila sahaja dan ianya tidak memerlukan
ruang yang besar untuk membawanya seperti papan kekunci yang ada di
pasaran sekarang. Ini kerana virtual keyboard ini dibangunkan dengan
pembangunan teknologi laser untuk permukaan rata. Sinar laser yang
dipancar dari sudut khas komputer akan memancar grafik ke permukaaan
yang rata yang membentuk sebuah papan kekunci maya.
Seperti mana komputer riba yang mempunyai charger untuk mengecaj
bateri pada komputer, komputer ini menggunakan teknologi solar untuk
mengecaj bateri computer. Hanya letakkan komputer di tempat caj yang
dibina seperti kotak, dalam beberapa jam bateri komputer itu akan penuh
dan boleh digunakan semula. Kelebihan caj semula menggunakan teknologi
solar ini adalah sangat memudahkan pengguna apabila berada di luar.
Mereka tidak perlu bersusah payah mencari plug untuk caj semula computer
8

tersebut seperti yang berlaku sekarang. Bateri komputer ini juga akan
berhenti mengecaj dan pengaliran elektrik juga turut berhenti serta merta
apabila bateri sudah penuh dicajkan. Ini bagi menjaga ketahanan bateri
supaya tidak cepat rosak.
Model yang tampil dengan reka bentuk yang kecil bagi tujuan
penjimatan ruang ini juga turut mempertingkatkan kebolehan pada fungsi
lain seperti sambungan rangkaian komuniti sosial dan aplikasi pengecaman
muka sebagai kata laluan log masuk.
3.0 CIRI-CIRI/FUNGSI-FUNGSI LAMA YANG AKAN DIKEKALKAN DAN DIBUANG
Walaupun komputer yang akan direka mengalami anjakan teknologi
yang berbeza seperti sekarang, namun masih terdapat ciri-ciri lama yang
akan dikekalkan contohnya dari segi sistem operasi yang akan digunakan.
Pada masa sekarang window 8 sangat relevan untuk dikekalkan dan dibina di
dalam komputer pena ini. Ini kerana antaramukanya (charm bar) yang
interaktif untuk mencapai aplikasi sangat sesuai dengan komputer yang
menggunakan konsep hologram ini. Oleh sebab itu, kerjasama dengan
syarikat Microsoft perlu untuk membina komputer ini supaya perisian di
dalam komputer ini disokong oleh perisian-perisian yang dihasilkan oleh
Microsoft.
Selain itu, fungsi wireless dan bluetooth masih dikekalkan seperti
komputer

sekarang.

Ini

bagi

memudahkan

perkongsian

dan

mampu

menyambung dengan peranti multimedia lain, seperti kamera, printer, dan


speaker

yang

boleh

menggunakan

akses

bluetooth,

sehingga

tidak

memerlukan kabel penghubung lagi. Secara keseluruhannya, fungsi-fungsi


lama

komputer

masih

dikekalkan

malah

dipertambahbaikkan

agar

penggguna lebih teruja dan lebih praktik dalam urusan seharian.


Penggunaan

skrin

seperti

komputer

pada

masa

sekarang

iaitu

menggunakan teknologi lcd tidak lagi digunakan kerana sudah tersedia


9

hologram yang lebih fleksible dari segi saiznya dan penggunaannya. Tidak
ada lagi masalah skrin rosak atas sebab terlalu panas dan sebagainya. Ini
akan mengurangkan kos penyelenggaraan komputer tersebut dari segi
penjagaan skrin yang mana pengguna tidak perlu berfikir untuk menangani
masalah tersebut.
Selain digunakan untuk melaksanakan tugas dan berkomunikasi secara
maya, komputer juga kini berperanan penting sebagai medium utama dalam
fungsi hiburan seperti permainan muzik dan filem, permainan video dan
televisyen. Bagi membawa kemudahan itu kepada pengguna, komputer ini
juga tampil dengan teknologi hiburan berdefinisi tinggi. Menerusi nisbah 16:9
dan sokongan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi, ia menghasilkan imej
berkualiti dan menarik. Paparannya juga menawarkan penonton dengan
pengalaman hiburan sebenar seperti di pawagam. Ini akan memberi
kepuasan tanpa batasan kepada pengguna.

4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG AKAN DIGUNA PAKAI DALAM MEREKABENTUK


KOMPUTER GENERASI BARU
Objektif utama pembinaan teknologi komputer adalah tidak lain dan
tidak bukan untuk menolong pengguna dan organisasi menyelesaikan
masalah dan memulakan kreativiti di mana ia membolehkan mereka bekerja
lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu mereka dalam aktiviti harian.
Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin kerja, membolehkan
mereka

menumpukan

perhatian

untuk

menyelesaikan

masalah

dan

memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual di bawah menerangkan


kepentingan lapan prinsip IT.
Jadual 1.3: Lapan Prinsip Teknologi Maklumat

10

Dalam merekabentuk komputer pena ini, prinsip utama yang akan


digunakan adalah kebolehgunaan (usability) yang bermaksud, sesuatu
rekaan mestilah mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna,
mudah dipelajari dan sebagainya. Ini adalah salah satu prinsip yang
digunakan

dalam

kebolehgunaan

menghasilkan

merupakan

salah

komputer
satu

faktor

rekaan

terbaru

kerana

yang

digunakan

untuk

mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem atau


rekaan.
Selain itu, prinsip lain yang akan diberi perhatian adalah dari segi
keselamatan komputer. Keselamatan komputer merupakan satu ciri penting
11

untuk sistem pengoperasian sebab maklumat yang tersimpan dalam sistem


komputer adalah penting dan bernilai tinggi kepada suatu organisasi. Oleh
yang demikian, komputer pena ini akan didatangkan bersama-sama sistem
keselamatan khas yang lebih kuat contohnya seperti membina kata kunci
(password) dengan menggunakan cap jari. Hanya cap jari yang didaftarkan
didalam komputer ini sahaja yang dibenarkan untuk mengakses komputer
tersebut. Perisian antivirus khas juga dibina bagi menghalang virus-virus dari
mengganggu keselamatan data.
Komputer ini juga direka berprinsipkan fleksible yang mana ianya
mampu dibawa kemana-mana kerana siznya yang kecil dan boleh dibesarkan
saiz

output

mengikut

keselesaan

pengguna

dengan

menggunakan

kemudahan hologram. Rekabentuk komputer ini yang ringkas dan bersifat


semulajadi

adalah bertujuan

untuk

mempercepatkan

interaksi

antara

pengguna dengan sistem.


Teknologi yang direka ini juga berdasarkan prinsip inovasi yang mana
teknologi hologram bukanlah lagi mimpi dan cerita-cerita dongeng yang
tidak mampu diwujudkan. Perkembangan teknologi dari masa ke semasa
juga akan membawa cara berfikir pengguna menjadi lebih inovatif dan
kreatif.

5.0 KESIMPULAN
Perkembangan teknologi komputer dari zaman ke zaman memang
terasa sangat cepat dan menakjubkan. Namun, diharapkan agar persaingan
inovasi-inovasi yang akan ada di masa yang datang dapat memberikan
12

manfaat bagi kehidupan manusia dan tampak positif terhadap lingkungan


sekitar.

Perkembangan

teknologi

juga

diharapkan

semakin

ramah

lingkungan, sehingga tidak akan merosakkan bumi, tempat tinggal, serta


kehidupan seharian kita.
Semakin lama dunia teknik akan semakin berkembang, dari teknologi
komputer,

sampai

elektronik

dan

otomotive

ikut

bersaing

dalam

mengembangkannya. Perkembangan di zaman moden mengikuti para


pengembang teknik untuk memperbaharui produknya demi perubahan dan
pengembangan
meningkatkan

di

era

masa

kecanggihan

dan

depan,

di

kehebatan

mana

para

pengembang

dari

produk

teknologinya

terutama pada komputer.


Kini kita kembali kepada perkembangan teknologi komputer masa kini,
meskipun komputer sudah menjadi alat yang multifungsional dan teknologi
yang digunakan sudah berkembang sangat pesat tetapi fungsi yang dimiliki
masih sangat terbatas (sebagai contoh: komputer hanya digunakan sebagai
alat bantu pekerjaan pejabat, dan hiburan saja) dan tidak semua orang
memerlukan atau memakai komputer. Untuk itulah, maka dimasa depan
nanti komputer harus benar-benar menjadi alat yang serbaguna di mana
penggunaannya dapat mnyokong semua aktiviti keperluan manusia dan
dapat memberikan kemudahan dalam segala hal dan juga benar-benar
bersifat

user-friendly

sehingga

semua

golongan

masyarakat

dapat

menggunakannya.
Semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding
bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan
dalam kehidupan dan pekerjaan. Namun begitu, perlu diingat jika komputer
digunakan

untuk

tujuan

yang

tidak

mendatangkan

faedah,

maka

implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya


supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini. semua pihak
perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer
13

sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran.

Di samping

menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan


banyak faedah.

Hal ini bertepatan dengan dasar

kerajaan dan saranan

Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan.
Kesimpulannya,

komputer

masa

depan

diharapkan

akan

dapat

berinteraksi secara langsung dengan otak manusia tanpa melalui perantara


seperti keyboard, mouse, monitor, dan lain-lain. Sehingga nantinya setiap
orang tetap dapat mengakses komputer sambil berjalan tanpa perlu
menunduk untuk melihat display dari komputer seperti komputer saat ini
seperti laptop atau telefon pintar. Itulah beberapa perkembangan teknologi
komputer masa depan yang dapat semakin mempermudah kehidupan
manusia. Kerana menurut fungsi utama teknologi adalah diciptakan supaya
dapat mempermudah kehidupan manusia.

[2548 patah perkataan]

14

6.0 RUJUKAN
MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT 2203 Konsep Asas Teknologi
Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
MALAYSIA, Open University. (2005). CBAD2103 Analisis dan Rekabentuk
Sistem. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
MALAYSIA, Open University. ( 2005). Analisis Dan Pemodelan Data, Kuala
Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.
Mohd Yazid, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, Wan
MohdNasir (2000).
Kejuruteraan Perisian. FSKSM : UTM
Royger Jackson Simamora. (2012). Pengantar Teknologi Informasi.
http://www.slideshare.net/RoygerSimamora/sejarah-perkembangankomputer-36988406
Ridzwan Md Amin (2004). Parallelisma - Trend Mega Komputer Masa Depan.
Utusan
Malaysia, 10 November.

15

Anda mungkin juga menyukai