Anda di halaman 1dari 20

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP

FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

SOALAN TUGASAN
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar
daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja ia boleh didefinisikan
sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang
berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
Jawab persoalan berikut berasaskan penyataan yang dinyatakan di atas merujuk
kepada bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda.
1.

Huraikan punca-punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Anda juga


dikehendaki menjelaskan contoh proses kerja mekanikal yang boleh
menyebabkan kemalangan berlaku.
(10 markah)

2.

Huraikan langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil oleh pihak


pengurusan sekolah anda untuk mengelakan daripada berlaku kemalangan.
(5 markah)

3.

Program

pencegahan

kemalangan

diperkenalkan

untuk

mencegah

kemalangan
berlaku di bengkel kemahiran hidup.
Huraikan perlaksanaan pencegahan kemalangan yang dilaksanakan di sekolah
anda. Huraian perlu menyentuh langkah-langkah pencegahan dan tindakan
pencegahan.
(10 markah)
4.

Jelaskan tindakan yang perlu anda ambil jika berlaku kemalangan semasa
menjalankan kerja amali di bengkel kemahiran hidup.
(10 markah)
(Jumlah: 35 markah)

1
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

1.0 PENGENALAN
Kita sering didedahkan dengan berbagai berita mengenai kemalangan di tempat
kerja melalui pelbagai media. Kerap juga dilaporkan tentang berita kemalangan
yang sama atau berulang sama ada kejadian tersebut berlaku di tempat yang sama
atau di tempat lain. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa kita
tidak mengambilnya sebagai satu iktibar. Akibatnya kita merasakan kemalangan itu
bagaikan lumrah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebenarnya melibatkan banyak
pihak seperti majikan, pekerja dan masyarakat. Selain itu, agensi-agensi yang
berkaitan dengannya seperti pihak bomba, hospital, polis dan lain-lain organisasi
termasuk pihak berkuasa tempatan turut berfungsi secara bersepadu bagi
mengawasi, mencegah dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam
menangani masalah ini.
Dalam konteks yang mudah, keselamatan boleh diertikan sebagai suatu keadaan
terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja ia
boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan
keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan
kawasan lingkungannya.
Sejajar dengan perkembangan ekonomi dan proses industrialisasi yang sedang
berlaku, aspek keselamatan di tempat kerja yang standard adalah diperlukan. Oleh
itu, konsep keselamatan industri diperkenalkan dan didefinisikan sebagai pekerja
yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat
kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.
Di sekolah Bengkel Kemahiran Hidup disediakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
kelas Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Hidup dilengkapi dengan segala mesin
dan alatan tangan yang berkaitan dengan pembelajaran mata pelajaran ini bagi
memenuhi sukatan pelajaran Tahun 4 hingga Tahun 6
2
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

2.0 KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL


Sepertimana yang anda ketahui kemalangan yang berlaku dalam bidang mekanikal
adalah berkait rapat dengan penggunaan mesin atau jentera oleh pengendalinya.

2.1

Punca-punca Kemalangan

2.1.1 Kecuaian Pengguna/Pengendali


Dalam hal ini para pengguna yang melakukan kerja telah mengabaikan
peraturan dan tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang
betul. Walaupun para pengguna telah diingatkan agar mematuhi arahan yang
ditetapkan sebelum memulakan kerja tetapi mereka tidak mematuhi arahan
yang ditetapkan. Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau
menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau senda. Tergesa-gesa
melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran. Keadaan
rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar,
memakai barang perhiasan dan sebagainya.
2.1.2 Keadaan Peralatan/Perkakasan
Sebelum memulakan kerja, pengguna tidak membuat pemeriksaan terhadap
mesin atau peralatan yang hendak digunakan. Jika berlaku kerosakan
pengguna tidak segera melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia.
Sebelum menggunakan mesin pengendali seorang itu mestilah tahu
dan faham cara mengguna dan memberhenti mesin dengan cara yang
betul.
2.1.3 Keadaan Tempat Kerja
Pengguna atau pengendali mesin dan peralatan tidak memastikan
kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling. Contohnya penggunaan
kasut yang sesuai, sarung tangan, penutup hidung, mulut serta mata bagi
mengelakkan kecederaan atau kemalangan. Tidak mematuhi tanda-tanda
amaran dan arahan yang terdapat di mesin seperti tanda larangan jangan
sentuh, elakkan tangan basah ketika menggunakan mesin, mudah pecah atau
mudah terbakar. Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan
perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar
3
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

seperti terlalu hampir dengan simpanan minyak petrol, thiner, tong gas,
minyak tanah, tarpin atau spirit putih.

2.2

Contoh Proses Kerja Mekanikal Yang Boleh Menyebabkan


Kemalangan

2.2.1 Mengangkat Mesin


Penggunaan peralatan atau mesin bagi melakukan tugasan seperti
menggeluar atau mengangkat mesin secara sendirian, berpasangan atau
menggunakan troli, kereta sorong hendaklah benar-benar kukuh serta berhatihati kerana jika mesin atau peralatan tergelincir atau jatuh kecederaan boleh
berlaku.
2.2.2 Penggunaan Mesin
Peralatan atau mesin yang hendak digunakan perlulah sentiasa dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penggunaannya pula hendaklah
dengan kaedah yang betul bagi menjamin keselamatan diri daripada ditimpa
kemalangan dan keselamatan alat daripada mengalami kerosakan. Antara
contoh situasi kerja yang boleh mengundang bahaya kemalangan disebabkan
oleh peralatan atau mesin serta perlakuan penggunanya yang salah ialah
tidak peka dalam pengendalian mesin gergaji ketika memotong kayu seperti
tidak mengenalpasti keadaan mata gergaji mesin yang sudah rosak, skru
pada mesin gergaji tidak diketatkan, berkarat atau tumpul serta keadaan kayu
tersebut berpaku di tempat garisan memotong. Hal ini jika tidak peka akan
mengundang resiko kemalangan seperti mata gergaji tertanggal atau patah
yang boleh mendatangkan kecederaan pada diri pengguna tersebut. Dalam
penggunaan gerudi tangan pula, pengguna tidak memastikan mata pengerudi
tidak diketatkan dan cara memegang gerudi dengan betul seperti hanya
memegang sebelah tangan sahaja. Hal ini boleh menyebabkan mata gerudi
terpelanting atau gerudi tersebut terjatuh menimpa kaki atau mencederakan
tubuh badan.
2.2.3 Penyelenggaraan Mesin
Menyelenggara atau membaiki mesin dalam keadaan bergerak atau tiada
penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yang
sempurna tentang cara untuk mengendali serta bahaya yang berkaitan
4
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

dengan mesin tersebut. Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin


sehingga mesin dibaiki oleh orang yang berkelayakan.

3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG DIAMBIL OLEH


PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH.
Keselamatan dan organisasi bengkel merupakan perkara utama yang
ditekankan kepada murid sepanjang berada di dalam bengkel. Murid
diajar tentang aspek keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan amali.
Pengurusan bengkel pula diterapkan kepada murid melalui organisasi bengkel.
Murid juga dilatih melakukan kerja pengurusan bengkel secara teratur.
Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel. Keadaan bengkel
yang kemas dan teratur dapat menjamin keselamatan semasa menggunakan mesin
serta peralatan bengkel. Sesuatu kemalangan boleh berpunca daripada
keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel yang
selamat

amat

penting

untuk

mencegah

kemungkinan

berlakunya

kemalangan.
Antara langkah-langkah keselamatan yang telah diterapkan ketika bekerja untuk
mengelakkan kemalangan berlaku ialah tidak dibenarkan memegang atau
menyentuh bahagian mesin atau benda kerja yang tajam semasa mesin atau jentera
sedang beroperasi. Pihak sekolah atau guru yang bertanggungjawab dengan bilik
bengkel Kemahiran Hidup hendaklah memastikan mesin mempunyai suis
keselamatan saling mengunci agar apabila berlakunya kecemasan mesin tersebut
terhenti secara automatik. Sistem pembumian yang sempurna terhadap
mesin amat diperlukan agar sebarang lintar pintas atau renjatan elektrik terhadap
mesin dapat dielakkan.
Selepas penggunaan, seseorang itu hendaklah mematikan suis kuasa sepenuhnya
apabila mesin tidak digunakan atau semasa dibersihkan. Laporkan kepada penyelia
atau guru yang berkaitan dengan bengkel kemahiran hidup jika terdapat sebarang
kerosakan pada mesin semasa atau selepas digunakan dengan kadar segera.
Keadaan fius mestilah dalam keadaan baik dan betul untuk mengelakkan arus
elektrik atau beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.
Pihak penyelia akan mempastikan bahagian-bahagian mesin yang berbahaya
5
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

seperti mesin gergaji, gerudi tangan telah dipasang dengan peralatan perlindungan
iaitu pengadang.
Pihak pentadbir sekolah khususnya guru besar dikehendaki memantau
Bengkel Kemahiran Hidup dari semasa ke semasa bagi memastikan
keadaan keselamatan dalam bengkel sentiasa terjamin. Segala rekod
penyelenggaraan mesin atau jentera sentiasa disemak agar setiap mesin
itu dalam keadaan selamat digunakan. Guru atau penyelia yang
bertanggungjawab terhadap mesin hendaklah melaporkan dengan segera
kepada pihak pentadbir sekolah untuk membuat tindakan susulan jika
terdapat mesin itu rosak dan sukar dibaiki.

4.0

Program Pencegahan Kemalangan

Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar


daripada bahaya, bencana atau gangguan. Keselamatan merupakan perkara
untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks
keselamatan kerja pula boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan
teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja,
bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan lingkungannya (Suma'mur, 1981).
Oleh yang demikian latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan
orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. Pencegahan
merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan
kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada:
(a) Pelajar /pekerja
(b) Kakitangan
(c) Kelengkapan dan peralatan

4.1

Langkah-langkah Pencegahan

Kemalangan adalah peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan.
Kemalangan merupakan peristiwa yang berlaku secara tidak disengajakan akibat
sebab-sebab yang tidak diketahui. Kemalangan berlaku kerana pekerja telah
melakukan pekerjaan yang tidak selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak
selamat.
6
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Antara langkah untuk mencegah kemalangan ialah menghapuskan gangguan


yang boleh menghalang kerja berjalan dengan lancar. Hal ini bermaksud bengkel
Kemahiran Hidup hendaklah dalam keadaan yang bersih, alatan disusun rapi di
panel alatan dan ada papan peraturan keselamatan. Oleh itu guru berkenaan telah
menyediakan stuktur organisasi bengkel. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan tertentu. Kumpulan ini diketuai oleh seorang murid dikenali sebagai
fomen. Fomen dibantu oleh seorang penolong fomen. Fomen ini bertanggungjawab
ke atas setiap kumpulan. Tiap-tiap kumpulan pula dianggotai oleh seorang ketua
kumpulan dan ahli-ahli. Mereka menjalankan tugasan harian di dalam bengkel
seperti menyapu lantai, membuka, menutup dan membersihkan tingkap serta
menyusun bangku, menyimpan alatan dan bahan di tempat asal selepas
m en gg u n a ka n n ya .

Me re ka

a ka n

b e rgi l i r-gi li r

me la ku kan

ke rj a

m en gi ku t j ad u a l ya n g te l a h ditetapkan. Jadual tugas diletakkan di papan


kenyataan di dalam bengkel sebagai panduan untuk murid melakukan
tugasan mereka. Penggunaan bengkel perlu direkodkan. Hal ini demikian untuk
memastikan kelas yang menggunakan bengkel sentiasa mengekalkan kebersihan
dan teratur susunan peralatan serta perabotnya.
Gambar Bengkel
Menggunakan alat-alat yang selamat ketika melakukan kerja. Contohnya setiap
peralatan yang digunakan itu hendaklah dalam keadaan yang sempurna, baik,
sesuai, tidak berkarat atau tidak rosak.

7
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan hendaklah


dipamerkan. Peraturan keselamatan am diadakan untuk memastikan tidak
berlakunya kemalangan

atau

kecederaan

di

dalam bengkel. Peraturan

keselamatan am di dalam bengkel haruslah dipatuhi setiap masa terutama ketika


menjalankan sesuatu projek. Keselamatan am di tempat kerja meliputi aspek-aspek
keselamatan diri, keselamatan rakan, dan keselamatan alatan dan bahan yang
digunakan. Carta peraturan keselamatan am ini telah dipamerkan di dalam
bengkel, iaitu di tempat yang mudah dibaca dan diamalkan oleh murid.
Setiap guru mata pelajaran Kemahiran Hidup diwajibkan melatih pelajar
menggunakan mesin dan alatan dengan betul dari semasa ke semasa atau setiap
kali kerja-kerja dilakukan dalam bengkel. Hal ini bertujuan agar setiap pelajar mahir
menggunakan peralatan yang terdapat dalam bengkel. Murid haruslah ikut arahan
guru semasa melakukan aktiviti
Memakai peralatan perlindungan yang sesuai dan kemas ketika bekerja seperti
pakaian, kasut, topi keselamatan, sarung tangan dan sebagainya. Langkah-langkah
keselamatan diri ini haruslah dipatuhi. Yang berikut adalah pakaian yang sesuai
semasa bekerja di dalam bengkel.
Pakaian yang sesuai di dalam bengkel

8
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Murid hendaklah mengelakkan sikap mementingkan diri semasa bekerja di


bengkel. Amalan sikap tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu dengan
yang lain haruslah diutamakan. Setiap murid perlulah menegur rakan yang
melakukan amalan yang tidak baik semasa bekerja di dalam bengkel. Murid
juga harus bersedia menerima teguran daripada rakan. Nasihat-menasihati dan
bersedia menerima teguran adalah amalan yang mulia. Berbincang dan
berkongsilah idea dengan rakan sebelum menjalankan aktiviti atau projek di dalam
bengkel.

4.2 Tindakan Pencegahan


4.2.1 Sistem Keselamatan Kebakaran
Sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan kepada
tindakan pencegahan dan perlindungan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. la juga
merupakan satu strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko bahaya
kebakaran. Sistem ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan dan
perlindungan kebakaran.
(a) Pencegahan Kebakaran
Beberapa

langkah

telah

diambil

bertujuan

untuk

mencegah,

menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa


berlaku kebakaran. Antara langkah tersebut ialah melalui pendidikan dan
latihan seperti mengadakan sesi ceramah tentang bahaya-bahaya kebakaran
9
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

ketika dalam bengkel. Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api,


kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan
peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan. Semasa
ceramah juga beberapa klip video tentang kebakaran juga dipertontonkan.
Dalam bengkel telah ditubuhkan pasukan bomba sukarela yang kerap dilatih dan
telah diberi kemahiran untuk memadamkan kebakaran. Menerapkan konsep
pencegahan kebakaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengadakan
latihan bersama "Mork Drilf' di sesebuah bengkel, bangunan atau tempat
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa
kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan
tersebut. Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau tempat yang
dikhaskan serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan.
(b) Pelan Kawat Kecemasan
Pelan kawat kecemasan ialah arahan laluan keluar murid dari bengkel jika
berlaku kecemasan seperti kebakaran. Pelan kawat kecemasan perlu
dipamerkan di dalam bengkel. Latihan kawat kecemasan pula diadakan di luar
waktu Kemahiran Hidup. Latihan ini mestilah mengikut pelan kawat kebakaran
sekolah.
Pelan Pergerakan Pelajar Dalam Bengkel Ketika Kecemasan

10
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Penguatkuasaan dan pemantauan perlu dilakukan secara berkala. Oleh itu


seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan seperti
yang

termaktub

dalam

Akta

Bomba

341/1988

serta

membuat

pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada


dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa serta mengkaji dan
meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan
seperti sistem kebombaan.
Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat
Penggunaan dan penyenggaraan alatan dan bahan yang betul oleh guru dan
murid perlu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di dalam bengkel.
Selain itu, penyenggaraan alatan dan bahan juga bertujuan supaya alatan dan
bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bilabila masa. Biasanya alatan tangan dipamerkan di panel alatan yang dilekatkan di
dinding bengkel. Panel alatan ini dikunci supaya murid tidak mengambil alatan
tangan tanpa kebenaran guru. Mengamalkan penyimpanan alatan tangan di
dalam kotak alatan tangan atau trol berdasarkan kesesuaian dan kemudahan
yang terdapat di sekolah.
11
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Guru dikehendaki menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa murid


mengambil alatan tangan di panel alatan seperti melantik ketua kumpulan di
setiap meja kerja. Hanya ketua kumpulan sahaja yang dibenarkan mengambil
dan memulangkan alatan tangan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan di
dalam bengkel. Memastikan setiap ketua kumpulan beratur ketika mengambil
alatan dan bahan.

(b) Perlindungan Kebakaran


Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu perlindungan pasif dan
perlindungan aktif.
(i)Perlindungan pasif

Perlindungan

kebakaran

pada

bangunan

dengan

mengambil

kira

kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan


struktur bangunan seperti jalan keluar keselamatan, pemetakan,
paras akses perkakas bomba, ruang akses menentang kebakaran,
kekemasan dalam siling.
(i)Perlindungan aktif

Sistem

kebombaan

yang

dipasang

pada

sesebuah

bilik/bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu


mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran
sama ada secara automatik atau manual.

12
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

4.2.2 Latihan Keselamatan


Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak dan
penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang demikian orientasi
keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus kepada:
(a) Mengadakan Kod Bertingkah-laku
Contoh: Polisi keselamatan ialah garis panduan tindakan keselamatan.
Panduan pelaksanaan:
Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program
Merupakan tanggungjawab pihak pengurusan terhadap keselamatan.
Prosedur perlaksanaan adalah secara bercetak.
Falsafah

polisi

merangkumi

arahan

keselamatan

dalam

semua

keadaan
di semua aspek.
Merupakan penyataan yang jelas tentang clemonstrasi penggunaan peralatan,

perbincangan keselamatan clan sebagainya.


Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti laporan

pemeriksaan berkala.
(b) Mewujudkan Arahan Keselamatan
Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan peralatan

bengkel atau sebagainya.


Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat.
Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan.
Menyediakan peti cadangan keselamatan.

(c) Kumpulan Sasaran untuk Latihan Keselamatan


Semua golongan pelajar adalah dalam sasaran teratas kerana mereka inilah

yang terlibat secara langsung dengan kerja/tugasan dan sentiasa terdedah


kepada r i s i k o k e m a l a n g a n . S e t e r u s n y a a d a l a h w a r g a s e k o l a h
yang

bertanggungjawab

terhadap

soal

keselamatan,

latihan,

peningkatan dan kesihatan pekerja atau individu-individu lain yang difikirkan


sesuai. Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.

4.2.3

Rekod Keselamatan dan Kemalangan


13

NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Tujuan menyimpan rekod ialah membantu untuk membuat laporan yang tepat dan
lengkap, panduan keberkesanan langkah pencegahan, asas penilaian keberkesanan
program keselamatan, menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa,
menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat serta menjadi sumber
fakta bagi analisis yang dijalankan. Antara jenis rekod keselamatan ialah buku rekod
kemalangan, pemeriksaan keselamatan serta laporan mesyuarat jawankuasa
keselamatan program keselamatan
Buku rekod kemalangan penting diletakkan di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Buku ini mengandungi maklumat tentang kecederaan atau kemalangan yang
berlaku semasa aktiviti amali dijalankan. Buku ini dapat mempertingkat pengurusan
makmal, memastikan kemalangan yang sama tidak berulang, menjadi sumber
rujukan kepada pihak yang tertentu jika sesuatu kemalangan itu memerlukan
siasatan lebih lanjut. Buku ini juga digunakan sebagai bukti untuk menentukan
sama ada langkah-langkah pencegahan kemalangan yang diamalkan berkesan
atau tidak.
Contoh Format Buku Rekod Kemalangan

4.2.4 Kit Pertolongan Cemas


Kit pertolongan cemas perlu ada di dalam

14
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

bengkel Kemahiran Hidup sebagai


langkah keselamatan sekiranya berlaku
kemalangan atau kecederaan kecil. Kit
pertolongan cemas mestilah diletakkan di
tempat yang mudah dilihat dan diambil.
Pastikan isi kandungannya berada dalam
keadaan baik dan mencukupi. Kit pertolongan
cemas tidak perlu dikunci. Bahanbahan yang perlu ada di dalam kit pertolongan cemas ialah pembalut gulung,
kain tekap, kain anduh, kapas, plaster luka, garam ammonia, gunting kecil, pin
keselamatan, ubat pembasmi kuman (antiseptik) dan ubat kuning (akriflavin).
4.2.5 Alat Pemadam Api
Guru perlu memastikan alat pemadam api diletakkan di
tempat yang mudah dilihat di dalam bengkel. Hal ini
demikian sekiranya berlaku kebakaran, alat pemadam api
ini mudah diambil untuk memadamkan kebakaran. Pastikan
alat pemadam api boleh berfungsi dengan baik dan selamat
digunakan. Alat pemadam api hendaklah diperiksa secara
berkala oleh pihak bomba.

5.0

Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kemalangan.

Jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan semasa membuat kerja amali
di dalam bengkel, tindakan yang sewajarnya harus diambil oleh setiap murid, guru
dan juga pihak pentadbir sekolah.
5.1 Tanggungjawab Saya Ketika Berlaku Kemalangan
Proses pertolongan cemas sering bermula sebelum sebarang perhubungan terus
berlaku antara orang perseorangan dengan mangsa kecederaan. Cara kita
mendekati sesuatu peristiwa dan langkah-langkah segera yang kita ambil untuk
keselamatan dan meminta bantuan boleh menyumbangkan kepada keselamatan
mangsa kecederaan.
15
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

(a) Menilai Situasi Kecemasan


Kita seharusnya menilai dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku.
Seterusnya melihat dan mengawasi bahaya lain terhadap diri kita dan mangsa
kecederaan. Menanya diri kita sendiri tentang sebarang bahaya yang
berterusan? Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya? Adakah saya
memerlukan bantuan orang lain yang pakar?
(b) Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat

Keadaan yang menyebabkan kemalangan mungkin masih terdedah kepada


bahaya yang berterusan. Kita mestilah meletakkan keselamatan diri kita di
tempat yang pertama. Kita tidak boleh membantu orang lain jika kita sendiri
menjadi mangsa kecederaan.
Lazimnya langkah yang mudah dalam sebarang kecemasan, misalnya menutup
suis elektrik, sudah cukup memastikan kawasan itu selamat. Kadangkala
prosedur yang rumit diperlukan. Kita hendaklah berwaspada dan jangan
biarkan diri kita dan mangsa kecederaan berada dalam risiko dengan
bertindak di luar kemampuan kita.
Jika kita tidak dapat menyingkirkan bahaya yang mengancam nyawa,
kita hendaklah cuba menjauhkan bahaya itu. Cuba hindarkan bahaya daripada
mangsa kecederaan. Sebagai satu tindakan terakhir, pindahkan mangsa
kecederaan

daripada

bahaya.

Dalam

situasi

tertentu,

kita

perlu

mendapatkan peralatan dan bantuan pakar.


(c) Memberi Bantuan Kecemasan

Sebaik sahaja bantuan kecemasan boleh diberikan, nilai setiap kecederaan


melalui

kaedah

pemulihan

pernafasan

ABC.

Keputusan

kita

akan

menghasilkan tindakan dan dalam keadaan kecemasan tindakan kita perlu


cepat dan tepat. Oleh itu sekiranya kita bersendirian, tentukan apabila
bantuan diperlukan dan ke tahap mana bantuan tersebut diperlukan. Fikirkan
juga siapa yang boleh memberi bantuan, di mana bantuan boleh didapati
dan cara mendapatkan bantuan tersebut. Sementara itu pastikan dengan
16
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

pantas sama ada mangsa sedar sepenuhnya, tidak sedarkan diri tetapi masih
bernafas, tidak bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi dan tidak
mempunyai denyutan nadi.
(d) Mendapat Rawatan Segera Di Hospital
Sekiranya mangsa tersebut mendapat kecederaan yang parah dan sukar diberi
bantuan serta perlu mendapat rawatan lanjut, kita seharusnya dengan segera
menghubungi pusat kecemasan atau terus membawa mangsa ke hospital.
5.2 Contoh Kemalangan Serta Tindakan Yang Perlu Dilakukan.
5.2.1 Luka dan Lebam
Di dalam makmal, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti
pecahan kaca daripada peralatan kaca makmal terutamanya semasa
mencuci. Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang
tumpul.Kapilari-kapilari

darah

pecah

dan

memasuki

tisu-tisu,

memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit. Dalam


proses kerja mekanikal yang menyebabkan luka dan lebam adalah
disebabkan oleh terkena mata mesin gergaji, serpihan logam, kayu atau
benda yang terpelanting
Rajah 3.2: Luka
Bagi luka yang kecil, rawatan yang perlu lakukan ialah saya akan mencuci
tangan dengan menggunakan sabun dan air panas. Jika luka tersebut kotor,
saya perlu terlebih dahulu membersihkannya dengan menggunakan air yang
mengalir. Kemudian saya keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan
tisu atau tuala yang steril. Selepas itu, saya akan menutup sementara luka
dengan menggunakan pembalut kasa yang steril. Seterusnya saya akan
membersihkan kulit di sekeliling luka dengan sabun dan air atau pencuci
yang dapat menanggalkan gris. Buang pad kapas daripada luka dan gunakan
pad kapas yang baru setiap kali mengesat luka. Akhir sekali saya akan
mengelap luka sehingga kering dan kemudian membalut dengan
pembalut berperekat atau plaster.

17
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Cara rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang teruk), saya akan
menanggalkan atau menggunting pakaian untuk mendedahkan luka.
Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam seperti kaca yang mungkin akan
mencederakan kita. Memberi tuaman atau tekanan terus ke atas luka
dengan tapak tangan serta melakukannya dengan pembalut yang bersih.
Kemudian saya perlu mengangkat dan mengampu anggota yang
tercedera pada aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu
perlahan-lahan jika anggota itu mengalami keretakan. Membaringkan
mangsa itu. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke
bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan. Membiarkan
sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian menggunakan satu balutan
steril. Membalut luka dengan sempurna dan tidak terlalu ketat. Jika terdapat
objek lain yang tertonjol keluar, letakkan pad pada mana-mana bahagian
objek itu sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa
menekan objek itu. Menyokong atau mengampu dengan teguh bahagian
anggota yang tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah.
5.2.2 Terbakar dan Melecur
Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering
daripada kebakaran atau bahan mengakis. Melecur adalah disebabkan oleh
haba yang basah seperti wap atau cecair panas. Dalam proses

kerja

mekanikal yang menyebabkan terbakar dan melecur adalah disebabkan oleh


kepanasan melampau dari mesin atau tersentuh pada mata gergaji
mesin yang baru digunakan.
Perkara yang perlu dilakukan ialah menghentikan atau mengurangkan kesan
terbakar dengan penyejukan pantas untuk menghalang kerosakan yang
lebih teruk kepada tisu-tisu. Kurangkan bengkak dan ringankan kesakitan
dengan menyiram air sejuk. Dalam kes yang melibatkan terbakar akibat
bahan kimia, kepantasan adalah sangat penting. Curahkan air sejuk dengan
banyak kepada bahagian yang terlibat.
Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran airpaip, manakala
18
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

terbakar di bahagian badan yang lain gunakan pancuran air kecemasan


dan untuk mata, gunakan tempat mencuci mata yang terdapat di bengkel.
Seterusnya saya perlu lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar
yang terdedah sangat mudah dijangkiti kuman. Melindungi bahagian yang
terlibat sebaik-baiknya dengan 'sterile bum sheet atau kain yang bersih dan
tidak berbulu boleh digunakan. Akhir sekali saya perlu mendapatkan bantuan
perubatan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan
yang sangat kecil.
5.2.3 Kecederaan Elektrik
Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan
mangsa pengsan, serta jantung dan nafas terhenti. Arus elektrik
menyebabkan luka terbakar atau selaran pada anggota badan dikedua-dua
tempat di mana arus elektrik memasuki badan dan meninggalkan badan
untuk "dibumikan". Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang
pada lazimnya menghalang mangsa daripada melepaskan kabel elektrik.
tidak mendekati mangsa sehingga kita diberitahu bahawa bekalan kuasa
telah diputuskan. Jauhkan diri sekurang-kurangnya 18 meter dan
pastikan orang ramai berada jauh dari mangsa.
Bagi kes kecederaan elektrik tindakan yang perlu diambil ialah mengambil
langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan. Jika mangsa tidak sedarkan
diri, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan,
merawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan jika
perlu. Seterusnya menelefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera.
.

6.0 Kesimpulan

19
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN

HBLS 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP


FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)
(SEMESTER SEPTEMBER 2007)

PUSAT PENGAJIAN WILAYAH


SARAWAK
IPTAR KOTA SEMARAHAN

Rujukan

20
NAMA PELAJAR :
TUTOR
:

ENCIK MOHAMMAD BIN JOL (0138071950)


ENCIK CHAI KIM SHIN