Anda di halaman 1dari 6

ISL Minggu 2- mengumpul maklumat yang berkaitan dengan asimilasi dan integrasi

Negara Malaysia mempunyai pluraliti masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian ini


sering kali dilihat sebagai sesuatu yang unik berikutan perpaduan dan integrasinya yang
kukuh dan mantap. Namun, apakah kepentingan perpaduan dan integrasi dalam
konteks hubungan sesama etnik di malaysia?
Sebelum mengetahui kepentingan-kepentingan tersebut, kita perlu memahami
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perpaduan dan integrasi. Perpaduan
membawa maksud proses penyatuan dari semua asek seperti fizikal, sosial, ekonomi
dan politik. Manakala integrasi pula ialah merujuk kepada semua aspek yang dirangkumi
perpaduan dan proses yang amat kompleks.
Perkara yang paling utama di dalam menyatakan kepentingan perpaduan dan
integrasi ialah kepentingan saling memahami di antara satu etnik dengan etnik yang
lain. Setiap etnik dan kaum adalah berbeza melalui cara hidup, ekonomi, pergaulan dan
sebagainya. Apabila setiap individu yang berasal dari pelbagai bangsa mengetahui dan
memahami di antara satu sama lain, maka pengetahuan untuk bersosial lebih terbuka
dan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai bangsa mahupun agama.
Pembinaan modal insan juga merupakan aspek kepentingan perpaduan dan
integrasi di negara kita. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat
individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat malaysia, berilmu,
berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi dan lain-lain lagi. Meskipun
modal insan ini dilihat sebagai hala tuju negara pada masa hadapan, namun jika
kesemua individu adalah modal insan, maka tentunya tidak akan terjadi lagi peristiwa
hitam 13 mei 1969, kerana setiap orang mementingkan perhubungan di antara etnik.
Menurut dato seri abdullah ahmad badawi, perdana menteri malaysia yakin
bahawa usaha membina bangsa malaysia mampu dicapai menjelang tahun 2020 jika
semua pihak berusaha mempererat perpaduan antara kaum, walaupun terpaksa
berdepan dengan pelbagai cabaran. Perdana menteri juga menegaskan bahawa
permuafakatan masyarakat berbilang kaum dilihat sebagai teras perwujudan bangsa
malaysia dan semua kaum perlu menyesuaikan diri serta bergaul dengan selesa selaku
rakan kongsi dalam proses pembangunan negara.

Menjamin keamanan dan keselamatan tentunya memerlukan strategi yang perlu


diperhalusi dalama usaha membentuk masyarakat berintegrasi berdasarkan acuan atau
model kesatuan dalam kepelbagaian(unity in diversity).
Hubungan yang baik, erat dan saling memahami di antara etnik dapat
menjanjikan kehidupan yang selamat dan aman berikutan tiada siapa pun yang akan
cuba menimbulkan permasalahan dan menimbulkan syakwasangka. Dengan itu,
seorang individu pasti merasa selamat untuk bersosial dan seterusnya membantu
negara dalam menjaga dan meneruskan keamanan.
Hubungan etnik di Malaysia banyak bergantung kepada perpaduan dan juga
integrasi negara. Ianya wajar dimantapkan dari masa ke semasa untuk mencapai satu
tahhap integrasi sosial yang lebih bersepadu. Harapan kita ialah segala rancangan,
perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat

sekarang akan

menjadi tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah negara yang didiami masyarakat
berintegrasi yang bersepadu. Ingatlah bahawa, setiap kaum perlulah saling melengkapi
dan saling membantu antara satu sama lain.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu melalui integrasi dan
asimilasi. Konsep Integrasi adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara.
Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi
disuburkan.

Dalam

konteks Malaysia,

integrasi merupakan satu proses bagi

mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Terdapat 6 bentuk integrasi yang wujud di negara kita . Antaranya ialah
intergrasi wilayah. Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mengandungi 14
negeri.Perkembangan sosio-ekonomi tiap-tiap negeri ini tidak seimbang dan setara di
antara satu sama lain.Oleh yang demikian ,maka wujudlah keadaan di mana
terdapatnya negeri-negeri maju dan negeri-negeri yang kurang maju di negara ini.Oleh
itu ,strategi pembangunan untuk Integrasi wilayah adalah untuk mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah dalam negara ini.Struktur ini
dilaksanakan atas asas keupayaan setiap wilayah atau negeri untuk menggerakkan
pembangunan sektor pertanian dan perusahaan khususnya di negeri-negeri yang
kurang maju.Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian, cemburu

antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan
sebagainya.. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan ekonomi dan
kemudahan sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan pendidikan tinggi
maka di wilayah timur juga turut didirikan institusi tersebut seperti adanya Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sabah dan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah /
Sarawak. Begitulah juga dalam aspek lain.
Bentuk integrasi yang kedua ialah Integrasi ekonomi .Proses perkembangan
ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kumpulan kaum menyertai semua bidang
dan peringkat ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar Ekonomi
Baru(DEB).Dasar ini mengandungi dua matlamat utama iaitu pengambilan pekerjapekerja di berbagai-bagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan.Kedua,hak
milik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya
pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada
jumlah hak milik tersebut.Untuk mencapai matlamat ini,penyusunan semula tenaga
mengikut susunan kaum di negara ini adalah satu tindakan yang penting.Kepentingan ini
amat perlu memandangkan proses penjajahan Inggeris telah mewujudkan perbezaan
yang ketara dari segi penyertaaan kumpulan kaum majoriti di dalam berbagai-bagai
sektor ekonomi di Malaysia..Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut
kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping
meninggikan taraf pembangunan ekonomi negara.
Bentuk integrasi yang ketiga ialah integrasi kebudayaan. Hal ini perlu dilakukan
kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik / kaum seperti Melayu, Cina,
India dan pelbagai etnik lagi di Sabah dan Sarawak. Kaum Mijorriti ialah orang Melayu
dan yang lain merupakan kaum minoriti. Intergrasi kebudayaan ini penting dalam usaha
membentuk kebudayaan kebangsaan iaitu satu kebudayaan yang diterima oleh semua
kaum di Malaysia. Matlamat utamanya ialah perkongsian budaya yang sama dan
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kerajaan turut
melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan sebagai platform kea rah tersebut.
Seterusnya ialah intergrasi sosial. Integrasi ini merupakan satu langkah bagi
mewujudkan satu kelompok atau komuniti yang terdapat pelbagai kaum dalam satu
satu kelompok masyarakat seperti dalam program/ projek perumahan, sukan,
pendidikan dan kesihatan. Dalam proses pemilikan rumah,misalnya imbangan pemilikan

rumah dalam kalangan berbagai kaum adalah penting.Ini kerana,sekiranya wujud


sesuatu keadaan di mana kadar pemilikan perumahan dimonopoli oleh satu-satu kaum
tertentu sahaja,maka akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
kaum-kaum yang lain.Ini akan merumitkan lagi proses perpaduan rakyat.Oleh itu,dalam
program pembangunan perumahan adalah penting diwujudkan kadar pemilikan
perumahan yang seimbang dalam kalangan kaum-kaum di negara ini.Sebagai contoh
dalam projek perumahan, kerajaan telah memberi penetapan bahawa kawasan
perumahan yang didirikan perlu dimiliki oleh pelbagai kaum mengikut peratusan yang
tertentu. Harapan utama dalam hal ini, komunikasi antara kaum akan berlaku lantas
mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Begitulah juga integrasi sosial dalam sukan. Kita
tidak mahu sesuatu permainan itu dimonopoli oleh satu satu kaum sahaja sebaliknya
melibatkan pelbagai kaum. Contohnya dalam permainan ping pong, bola keranjang dan
bola tampar, dahulunya dikuasai oleh pemain berketurunan Cina namun kini sudah ada
orang Melayu dan India mula menyertai permainan permainan ini.
Integrasi pendidikan merupakan salah satu bentuk integrasi yang sangat
penting. Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. Sistem
pendidikan yang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan

, berhasrat untuk

mewujudkan keselarasan dalam pendidikan. Sistem ini digubal supaya dasar-dasar dan
program-program pendidikan dan latihan yang diadakan di semua peringkat
persekolahan,kolej dan universiti akan tertumpu kepada perpaduan.Ini kerana
pendidikan merupakan proses penting bagi menyemai dan memupuk benih-benih
perpaduan dalam kalangan generasi muda,di samping menjadi daya penggerak bagi
melahirkan warganegara yang berdisiplin.Di negara kita kini terdapat sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan namun dalam masa yang sama
pengintegrasian pendidikan turut diwujudkan. Kerajaan juga turut melaksanakan
memperkasakan

sekolah

kebangsaan

yang

merupakan

satu

tindakan

untuk

menggalakkan kaum lain menghantar anak anak ke sekolah kebangsaan. Apabila


penyertaan pelbagai kaum dalam sekolah kebangsaan satu aliran,ini

akan pasti

memantapkan perpaduan dalam kalangan pelajar.


Seterusnya integrasi politik.Seperti juga negara-negara moden yang
lain,Malaysia mempunyai berbagai-bagai kumpulan kaum yang berbeza dari segi
agama,wilayah,pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain.Oleh itu tugas pentadbiran

politik yang utama ialah untuk mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya
masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup aman dan makmur.Satu kaedah yang
mana perpaduan politik negara dapat diwujudkan ialah menerusi konsensus atau
persetujuan rakyat.Sistem pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali supaya rakyat
dapat memilih pemimpin-pemimpin politik pilihan mereka.Pemimpin-pemimpin politik
yang memerintah negara ini hendaklah sentiasa mengamalkan semangat perundingan
dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik bagi memastikan penyertaan bersama
dalam proses pemerintahan negara.Ini dapat dibuktikan pada peringkat awal di mana
parti-parti orang Melayu iaitu UMNO,parti-parti orang-orang Cina MCA dan parti orangorang India MCA telah bergabung untuk melahirkan parti Perikatan. Gabungan ini telah
dapat mewujudkan kerjasama antara tiga buah parti politik yang terbesar di negara ini.
Kesan daripada proses ini telah memberi kestabilan dan taraf pencapaian yang
tinggi dalam perpaduan dan pembangunan negara.Untuk memperluaskan asas
perpaduan dalam pentadbiran politik negara,struktur perikatan parti UMNO.MCA,dan
MIC telah diperluaskan dengan penubuhan Barisan Nasional.Terdapat juga beberapa
buah parti yang dahulunya menjadi parti pembangkang,turut menyertai Barisan
Nasional.Parti-parti ini telah berikrar untuk bekerjasama

bagi melaksanakan proses

pembangunan negara.Persetujuan-persetujuan politik yang telah dicapai oleh parti-parti


di dalam Barisan Nasional ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
bidang

ekonomi,politik,pendidikan,sosial

dan

kebudayaan.Masalah-masalah

ini

diselesaikan menerusi meja rundingan.Dengan wujudnya kerjasama,persefaham dan


persetujuan di kalangan berbagai-bagai parti politik,maka lahirlah suasana yang
tenteram dan perpaduan politik yang kukuh.Secara rtingkasnya,integrasi politik
bermakna integrasi antara berbagai-bagai parti politik supaya asas-asas pertikaian dan
pertelingkahan dapat dibanteras bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan
makmur.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah.
Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan
hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu
amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi
dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan

konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara


pelbagai etnik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan
minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan
antara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubung dengan
penyerapan sehala individu atau kelompok kedalam kelompok yang lain. Satu proses
yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau
sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. Formula: A+B+C = A.
A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik
yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi
bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti
untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses
asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah
diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya besar. Minoriti
yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti
sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses asimilasi
yang menyebabkan nama, bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan
dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa,
Cina Kelantan, Baba dan Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba
dan Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau
agama.

Anda mungkin juga menyukai