Lagu Rasa Sayang

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

LAGU RASA SAYANG

Rasa sayang hey


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
...............................................................
....................
Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
(ulang *)
Pergi hutan berjalan kaki,
Nampak burung terbang tinggi,
Kalau kita suka hati,
Sambil jalan kita menyanyi.
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.
Pergi ke kedai membeli getah,
Pergi bersama adik Irfan,
Jangan suka membuang sampah,
Mesti jaga kebersihan.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke pasar pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu,

Jangan pergi mandi di lombong,


Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi........

Anda mungkin juga menyukai