Anda di halaman 1dari 32

Tanggungjawab dan Peranan Guru Pendidikan

Moral dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

Disediakan oleh:
Nur Atiqah Binti Abd. Hamid
(920208-12-5390)
PISMP Bahasa Inggeris 1
Semester 5
Ambilan Januari 2012

Pengenalan

Definisi Guru

Definisi Mualim

Definisi Murabbi

Definisi Mudarris

Definisi Muaddib

Definisi Mursyid

Definisi Aspirasi Negara


Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka
(2014),aspirasi membawa maksud
keinginan atau kehendak yang
kuat untuk mencapai sesuatu

Tanggungjawab dan peranan guru dalam Rukun


Negara

Tujuan Rukun Negara

Pernyataan Rukun Negara


Bahawasanya negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh
masyarakat, memelihara satu cara hidup
demokratik, mencipta satu masyarakat yang
adil dimana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dengan berbagai corak, membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden. Maka kami, rakyat
Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai citacita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang
berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan
kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.

Rukun 1: Kepercayaan kepada


Tuhan

Rukun 2 : Kesetiaan kepada Raja


dan Negara

Rukun 3 : Keluhuran
Perlembagaan

Rukun 4 : Kedaulatan Undangundang

Rukun 5 : Kesopanan dan


kesusilaan

Tanggungjawab dan peranan guru dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Peranan Pertama
Guru perlulah menyiapkan diri dengan ilmu
serta maklumat terkini.
Ini
menunjukkan
bahawa
guru
tersebut
mengamalkan budaya menuntut ilmu sepanjang
hayat.
Hal ini sangat penting kerana guru yang
berkualiti sentiasa memperkemaskan diri agar
sentiasa bersedia untuk menyampaikan ilmu
kepada murid-murid.
Guru yang berilmu dapat mendidik murid
menjadi seorang yang juga berilmu.

Peranan Kedua
Guru perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam
menyediakan murid-murid dengan ilmu yang berkualiti
agar murid-murid bersedia menghadapi dunia luar kelak.
Guru bertanggungjawab memainkan peranan dalam
melahirkan murid-murid yang seimbang secara holistik
atau menyeluruh.
Tanggapan yang mengatakan bahawa seorang murid
hanya perlu fokus dalam akademik adalah salah sama
sekali.
Seorang murid yang cemerlang perlulah seimbang dari
segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah.
Murid yang hanya cemerlang di dalam peperiksaan tidak
boleh dikatakan sebagai murid yang seimbang dan
cemerlang secara keseluruhan kerana dia tidak
mencakupi seluruh aspek kecemerlangan diri.

Peranan Ketiga
Guru
turut
bertanggungjawab
dalam
membangunkan rohani serta mendidik emosi muridmurid.
Kekuatan rohani dapat dicapai melalui penekanan
agama.
Kebanyakan sekolah di Malaysia, kem ibadat dan
seumpamanya telah menjadi salah satu aktiviti
tahunan.
Ini
menunjukkan
bahawa
pihak
sekolah
menitikberatkan aspek kerohanian kerana mereka
mengerti bahawa kerohanian yang mantap mampu
mendidik diri para pelajar.

Emosi juga turut mempengaruhi


tingkah laku seseorang individu.
Emosi
yang
sihat
dan
stabil
membolehkan individu memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti-aktiviti yang lain.
Sekiranya
seorang
murid
mempunyai gangguan dari segi
emosi, dia tidak boleh menumpukan
perhatian.
Kesannya,
objektif
pembelajaran tidak tercapai

Tanggungjawab dan peranan guru dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

Peranan Pertama
Guru perlulah mengamalkan kemahiran
professional iaitu kemahiran berfikir serta
kemahiran konstruktif.
Hal ini kerana para pelajar perlulah dididik
untuk menggunakan daya fikir yang tinggi
dan minda yang memampukan mereka
untuk belajar sepanjang hayat.
Kemahiran berfikir dan konstruktif juga
perlu juga terarah kepada pandangan jauh
dan luar biasa.

Peranan Kedua
Guru juga berperanan dalam menggilap potensi
pelajar.
Sesetengah pelajar tidak mengetahui potensi atau
bakat mereka.
Jadi, gurulah yang perlu membantu mereka untuk
mengetahui potensi mereka sendiri.
Sekiranya potensi murid tidak diketahui maka murid
akan kerugian dan tidak dapat membina diri kearah
yang lebih baik.
Guru haruslah bijak mengaplikasikan teori atau
kaedah dalam mengcungkil bakat murid-murid agar
tidak disia-siakan begitu sahaja.

Peranan Ketiga
Guru bertindak sebagai role model kepada
murid-murid.
Guru yang sentiasa menunjukkan contoh yang
baik seperti membudayakan salam, ucapan
terima kasih, minta maaf serta menghormati
murid-murid, secara tidak langsung muridmurid akan mencontohi teladan guru tersebut.
Seandainya guru mengamalkan budaya yang
negatif seperti mencarut, menggunakan bahasa
yang kasar dan tidak menghormati muridmurid,
maka
murid-murid
juga
akan
mencontohi guru tersebut bahkan bisa menjadi
lebih teruk

Peranan Keempat
Guru bertindak sebagai pembimbing murid-murid.
Selain itu, guru juga perlulah memastikan bahawa
muridnya mempunyai kemahiran serta berupaya
menangani masalah dengan sendiri.
Guru bertanggungjawab dalam memastikan muridmurid berupaya menggunakan segala kemahiran yang
ada seperti kemahiran menganalisa, menyelesaikan
masalah dan sebagainya.
Guru juga turut menjadi pembimbing dalam
membantu
murid
menangani
masalah
dalam
kehidupan sehariannya seperti masalah keluarga,
pelajaran, rakan dan sebagainya.

Kesimpulan

Guru merupakan salah satu agen terpenting dalam


menyumbang kearah pembangunan negara iaitu dengan
merealisasikan aspirasi negara.
Guru mempunyai pengaruh yang besar kerana setiap
negeri di dalam Malaysia memerlukan guru di sekolahsekolah.
Oleh yang demikian, produk ataupun sasaran lebih ramai.
Maka, guru mempunyai bahagian yang besar dalam
merealisasikan agenda negara ini.
Tanpa guru, barangkali aspirasi negara memerlukan masa
yang lebih panjang untuk dicapai.
Disamping membentuk akhlak dan sahsiah murid, guru
juga berperanan dalam segenap aspek kehidupan murid
tersebut seperti mengajarnya mengenal erti kehidupan
selain daripada ilmu yang hanya bisa didapati di dalam
bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai