Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 Pilih satu negara dan bincangkan budayanya.

Negara Perancis
Negara Perancis, siapa yang tidak kenal dengan negara ini. Perancis yang merupakan
sebuah negara maju dari segi segala bidang misalnya ekonomi, politik, sosial termasuklah bidang
olahraga. Dalam bidang keamanan dan keharmonian juga perancis adalah salah satu anggota
tetap keamanan PBB. Sekiranya melihat dari segi bidang teknologi, Perancis memiliki pesawat
tangguh seperti Mirage dan di dalam bidang olahraga pula Perancis memiliki pasukan bola sepak
yang tangguh dan biasa menjuarai piala dunia dan juga piala Eropah . Selain itu, Perancis adalah
salah satu negara maju keenam dengan ekonomi terbesar di dunia. Adalah sesuatu yang harus
dibanggakan iaitu Perancis menerima 82 juta pelancong asing setahun, hal itu menjadikan negara
Perancis sebagai negara yang paling banyak dikunjungi berbanding dengan negara-negara lain di
dunia.
Ini adalah sedikit pengenalan kepada negara pilihan saya iaitu Perancis. Tidak dapat
dinafikan bahawa negara Perancis memiliki pelbagai unsur kebudayaan dari segi pakaian, adat,
musik, tarian, masakan dan sebagainya. Masakan Perancis atau lebih dikenali dalam Bahasa
Perancis iaitu, cuisine franaise adalah sejenis tradisi dan amalan masakan yang berasal dari
negara Perancis. Ianya berpunca dari berkurun-kurun perubahan sosial dan politik negara
Perancis. Zaman Pertengahan membawa Guillaume Tirel, lebih dikenali sebagai Taillevent.
Zaman moden, bermula pada kurun ke-17, meskipun, melihatkan suatu gerakan terhadap lebih
kurang rempah dan lebih kegunaan liberal herba dan teknik halus dalam masakannya. Masakan
Perancis bersifat sangat beragam, dan hampir menyerupai variasi masakan negara China. Hal ini
disebabkan oleh keragaman rakyat Perancis yang merasai makanan yang lazat serta
menyajikannya dengan cara yang menarik. Keragaman ini juga disebabkan oleh keadaan
geografi dan iklim yang mempengaruhi pengeluaran berbagai jenis bahan makanan, serta juga
sejarah Perancis yang panjang yang dikatakan bahawa dengan mempelajari masakan Perancis
ianya bererti memahami negara Perancis itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa disebabkan
oleh keanekaragamnya, masakan Perancis mendapatkan penghargaan sebagai Warisan Budaya
Dunia UNESCO pada tanggal 16 November 2010 yang berlangsung di Narobi, Kenya. Hal ini
disambut meriah oleh

perdana menteri Francois Fillion yang menyatakan bahawa hal ini

merupakan kali pertama masakan suatu bangsa dijadikan sebagai warisan dunia. Sebagai

contohnya terdapat dua jenis makanan yang sangat popular di negara Perancis iaitu Aioli dan
Fougasse. Aioli adalah sejenis masakan sos mayonis bawang putih dari selatan Perancis. Ini
adalah masakan iringan besar ikan bakar atau roti. Yang kedua Fougasse pula sejenis roti
tradisional dari selatan Perancis yang juga disebut sebagai fouace di beberapa negara.
Seterusya adalah, tarian tradisional negara Perancis iaitu tarian Balet. Balet merupakan
bentuk tarian formal yang berasal dari Istana era Renaissance Itali, yang kemudiannya
berkembang selanjutnya di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert. Ia merupakan
tarian berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri. Ia berpengaruh sebagai bentuk
tarian seluruh dunia dan diajar di sekolah tarian seluruh dunia yang menggunakan kebudayaan
dan masyarakat mereka sendiri bagi memodenkan seni ini. Tarian balet direka tari, dan termasuk
membuat mimos, berlakon, dan menurut muzik balet di mana biasanya dimainkan orkestra tetapi
kadangkala menurut penyanyi. Ia paling dikenali dalam bentuk balet klasik disebabkan
tekniknya, seperti "en pointe" dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan
tepat, licin, dan kualiti yang berupa syurgawi.
Seterusnya adalah pakaian tradisional negara Perancis. Hasil daripada pencarian saya,
negara Perancis mempunyai dua pakaian tradisional. Iaitu Mantova dan Incroyables &
Merveilleuses. Mantova adalah pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh para ratu-ratu di
negara Perancis. Mantova ini menampilkan siku-panjang, diborgol lengan, dan overskirt itu
biasanya ditarik kembali atas pinggul. Yang kedua pula, Incroyables & Merveilleuses yang
merupakan suatu pakaian tradisional yang digunakan oleh para bangsawan untuk menunjukkan
kemewahan mereka.
Negara Perancis juga sangat terkenal dalam bidang seni bina. Tidak dapat dinafikan
bahawa terdapat beberapa tempat dan monument yang mampu menjadi bukti kepada kenyataan
tersebut. Antaranya adalah Arc de triomphe de ltoile. Arc de triomphe de ltoile atau biasa
dikenal sebagai Arc de Triomphe adalah monumen di Paris yang berdiri di tengah area Place de
ltoile, di hujung barat wilayah Champs-lyses. Bangunan ini dibangunkan atas perintah
Napoleon Bonaparte dengan tujuan untuk menghormati jasa tentara kebesarannya. Yang kedua
adalah, Eiffel Tower. Menara Eiffel merupakan sebuah menara besi yang dibangunkan di Champ
de Mars di tepi Sungai Seine di Paris. Menara ini telah menjadi ikon global Perancis dan salah
satu struktur binaan yang terkenal di dunia. Dinamai oleh perancangnya, iaitu Gustave Eiffel.

Menara Eiffel adalah bangunan tertinggi di Paris. Seterusnya adalah, Louvre. Ia merupakan
Piramida Louvre rancangan I.M. Pei yang merupakan pintu masuk ke galeri berada di bawah
piramida kaca tersebut. Yang keempat pula adalah, Museum Louvre di Paris, Perancis. Ini adalah
salah satu museum terbesar dan paling terkenal di dunia. Gedungnya, bekas sebuah istana
bangsawan, terletak di pusat Perancis antara sungai Seine dan Rue de Rivoli. Lapangannya kini
terdapat di piramida gelas Louvre. Sebahagian daripada istana tersebut dibuka sebagai museum
pada 8 November 1793, pada saat Revolusi Perancis. Di dalam museum ini, terdapat karya-karya
seni terkenal dunia dan salah satunya adalah Mona Lisa karya Leonardo da Vinci.
Seterusnya adalah Montmartre. Montmartre merupakan sebuah bukit (butte Montmartre)
setinggi 130 meter, memberikan namanya berdasarkan kepada daerah sekitarnya, di utara Paris
ke-18, bahagian dari Tepi Kanan, Montmartre dikenal karena Basilica of the Sacr Cur
berkubah putih di puncaknya Gereja lain yang lebih tua di bukit ini adalah Saint Pierre de
Montmartre, yang dianggap sebagai lokasi di mana perintah pendeta Jesuit ditetapkan.
Seterusnya Notre Dame de Paris. Notre Dame de Paris (Bunda Kita di Paris, ertinya gereja di
Paris yang dipersembahkan pada Bunda Maria), yang biasanya disebut sebagai Notre Dame,
adalah gereja di sebelah timur le de la Cit di Paris, Perancis, dengan pintu masuk utama di
barat. Seterusnya adalah, Palais Garnier. Palais Garnier adalah salah satu bangunan di Paris,
Perancis yang berfungsi sebagai gedung pertunjukkan opera. Bangunan ini direka oleh Baron
Haussmann pada tahun 1858, dan dibangunkan oleh Charles Garnier tahun 1861. Dikatakan
bahawa panggung Palais Garnier ini mampu menampung 450 pelakon dan auditoriumnya
mampu menampung 2000 orang.
Jadi, negara Perancis keseluruhannya memiliki unsur-unsur kebudayaan yang menarik
dan unik. Tidak dapat dinafikan bahawa Perancis merupakan sebuah negara yang terkenal
dengan seni dan modennya. Negara ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan anak muda
Malaysia. Hampir semua orang ingin melancong ke negara Perancis disebabkan oleh
keagungannya dari segi kebudayaan dan keseniannya.

Soalan 2- Budaya dalam sistem pendidikan negara Perancis.


Pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan
yang diamalkan adalah berbeza mengikut masa,tempat,dan adat resam yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat. Pendidikan diperoleh daripada pelbagai sumber dan bentuk. Perkembangan
sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak melahirkan elemen
baharu dalam bidang pendidikan. Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak
pada golongan raja yang memerintah. Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas
istimewa. Di Perancis usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan
belia. Pendidikan yang dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains,
matematik, dan vernakular.
Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan
sepanjang tempoh zaman pencerahan dan revolusi perancis. Dalam tempoh tersebut
,pembangunan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menigkat dan menjadi lebih
signifikan. Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat membaca yang lebih
besar.Hal ini terjadi kerana ledakan pencetakan yang menigkatkan permintaan daripada pembaca
daripada pelbagai golongan masyarakat dan kelas sosial. Sebelum Zaman Pencerahan negara
Perancis, sistem pendidikan belum begitu dipengaruhi oleh Revolusi Saintifik. Apabila Revolusi
Saintifik menembusi pandangan tradisional pada masa itu, agama,dan kepercayaan karut telah
digantikan dengan hujah dan fakta saintifik yanb membawa kepada pandangan bahawa semua
orang mempunyai kapasiti yang sama dan pendidikan tidak harus terhad kepada kelas tertentu
atau jantina.
Kadar celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 meningkat dengan ketara. Pendidikan
terawal disediakan untuk semua kelas masyarakat di negara Perancis. Majoriti masyarakat
Perancis adalah celik huruf dan 50 peratus daripada mereka telah memperolehi apa yang
dipanggil sebagai Certificate detudes yang diberikan selepas tamat pendidikan rendah pada usia
12 tahun. Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana masalah
yuran yang dikenakan pada abad ke 17. Peningkatan bilangan kedai kopi, kelab, akademi, dan
sebagainya menjadi lokasi sebagi memperolehi pendidikan. Kedai kopi atau dikenali sebagai
University Penny di negara Perancis menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul, membaca,
belajar, dan berdebat antara satu sama lain. Kedai kopi mempunyai reputasi sebagai pusat

pembelajaran yang tidak formal pada masa dahulu di negara Perancis. Walaupun kedai kopi
umumnya boleh diguna semua orang kebanyakan daripada kedai-kedai kopi ini tidak
membenarkan wanita menyertai pebincangan. Secara amnya, kadar celik huruf telah menigkat
bagi kedua-dua jantina. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan daripada segi pendidikan,
yang diterima kedua-dua jantina pada masa dahulu. Kemunculan feminisme dalam pendidikan
semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis telah menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita. Bilangan wanita yang
menerbitkan karya mereka dalam bahasa perancis pada abad 18 kekal sekitar 55-78 . Bilangan
penulisan oleh wanitaterus meningkat selepas Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga 1800.
Pada masa kini pula, sistem pendidikan di negara Perancis sangat berpusat, terancang,
dan bercabang. Hal ini dibahagi menjadi tiga tahapa yang berbeza. Antaranya adalah, pendidikan
dasar (enseignement primaire), pendidikan sekunder (enseignement secondaire), pendidikan
tinggi (enseignement suprieur). Pendidikan mempunyai kedua-dua unsur awam dan swasta.
Rancangan untuk Penafsiran Pelajar Antarabangsa, diselaraskan oleh OECD, saat ini jajaran
pendidikan Perancis sebagai terbaik 25 di dunia, yang tidak jauh lebih tinggi atau lebih rendah
daripada rata-rata OECD.
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan dan transformasi idea.
Sistem pendidikan di Perancis sentiasa mengalami kemajuan

dan proses ini berterusan

sepanjang tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis. Perkembangan sistem pendidikan
di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak melahirkan elemen baharu dalam
bidang pendidikan. Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan
raja yang memerintah. Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa . Di
Perancis usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan
yang dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains, matematik, dan
vernakular. Menurut Artikel 2 Perlembagaan, bahasa Perancis ialah satu-satunya bahasa rasmi
Perancis sejak tahun 1992. Ini menjadikan Perancis satu-satunya negara Eropah barat tidak
termasuk negara kecil yang mempunyai satu bahasa rasmi sahaja.

Soalan 3- Kepentingan guru memahami budaya.


Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan
adat resam. Perpaduan yang terjalin dalam kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum, merupakan resepi utama kepada kegemilangan dan kejayaan negara Malaysia
mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan adalah satu perkara yang sangat penting bagi
setiap negara atau bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu perlembangaan,
tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara
lain di dunia. Tugas seseorang itu, adalah sangat penting di mana merekalah yang mampu
menyemai perasaan cinta akan negara di samping sanggup mempertahankan negara kita.
Seseorang itu digelar sebagai guru. Tidak dapat dinafikan bahawa guru bertanggungjawab dan
memainkan peranan penting dalam melahirkan warganegara yang berjiwa patriotic. Untuk itu,
pemahaman guru terhadap konsep budaya perlu berada pada tahap maksimum. Sebagai seorang
guru, mereka perlu memahami konsep budaya supaya dapat menjalankan kewajipakan mereka
dengan sepenuhnya.
Yang pertamanya adalah, sekiranya guru memahami konsep budaya dengan tepat, mereka
dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid-murid yang mereka didik. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat pertama bagi seseorang murid memperoleh
pendidikan dan kesedaran. Perkara-perkara yang dipelajari oleh mereka dalam jangka masa ini,
akan sentiasa berada dalam kotak ingatan mereka. Jadi, sekiranya guru berupaya menerapkan
unsur-unsur budaya dalam kalangan murid, mereka tidak akan melupakannya dan terus berusaha
untuk menjaganya masa masa hadapan. Dalam kalangan masyarakat Malaysia, budaya mendidik
kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang
menyakitkan hati rakan di mana ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Ini bermakna dalam
menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama
manusia. Ia juga merupakan salah satu unsur kebudayaan. Jadi, memahami konsep kebudayaan
oleh guru, mampu membantu mereka dalam proses melahirkan golongan murid yang
berpengetahuan dalam konsep budaya.
Yang keduanya adalah, sekiranya seseorang guru itu memahami konsep budaya, beliau
akan berasa lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid-murid dalam sesebuah kelas di mana

mereka terdiri daripada pelbagai budaya. Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan sebegini biasa
dialami oleh seseorang guru. Jadi, pemahaman guru yang mendalam tentang konsep budaya ini,
dapat menyiapkan mereka dari segi mental untuk menghadapi murid-murid yang mempunyai
pelbagai budayanya yang tersendiri. Sebagai contohnya, pemilihan strategi pengajaran yang tepat
juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih
berkesan bagi aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai
budaya dan latar belakang. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang
dianuti murid. Keadaan sebegini hanya akan berlaku dengan adanya pemahaman yang mendalam
bagi seseorang guru tentang konsep budaya.
Yang seterusnya adalah, penting juga bagi seseorang guru memahami konsep budaya
kerana ianya dapat menjadikan seseorang guru bersikap berhemah dan menghormati nilai serta
amalan budaya setempat. Tidak dapat dinafikan bahawa guru perlu mempunyai sikap berhemah
supaya mereka dapat melahirkan warga murid yang berhemah. Seseorang guru yang mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang konsep budaya, secara tidak langsung mereka juga akan
mempunyai pengetahuan tentang perkara-perkara yang patut dan yang tidak patut mereka
lakukan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, aspek
bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan
bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang
sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Kesimpulannya, bagai aur dengan tebing, begitulah juga perpaduan dan kebudayaan yang
telah menjadi dua perkara asas yang perlu diberi penekanan jika kita mahu mewujudkan
keseimbangan dalam kalangan masyarakat. Terutamanya ke arah membina sebuah masyaratkat
yang lebih harmoni, apa tah lagi dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum, agama dan
budaya saperti negara kita Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai