Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA PELAJAR GURU:

KOD DAN NAMA KURSUS:


SJH 3063E KAEDAH PENGAJARAN
SEJARAH

SEMESTER: DUA/ 2014

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

24 JULAI 2014

21 OGOS 2014

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan kaedah pengajaran Sejarah. (1.2)
2. Mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan
pengajaran sejarah. (2.2)
3. Merancang persediaan mengajar mata pelajaran Sejarah yang lengkap. (2.3), (2.5)
4. Melaksanakan pengajaran mikro dan makro berdasarkan persediaan mengajar.
(4.4), (5.5)
5. Membuat refleksi pengajaran untuk penambahbaikan dalam pengajaran Sejarah.
(7.2), (7.5)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2
Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.

Menjelaskan konsep dan prinsip-prinsip asas Teori Kecerdasan Pelbagai, Kaedah


Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kaedah Pembelajaran Kontekstual dan
Kaedah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan.

2.

Menganalisis dan menilai dan mengaplikasi prinsip-prinsip asas Teori Kecerdasan


Pelbagai, Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kaedah Pembelajaran
Kontekstual dan Kaedah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah Tahun Empat (SK).

3.

Menghasilkan sebuah penulisan yang dapat menganalisis dan menilai keberkesanan


serta kelebihan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai, Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer, Kaedah Pembelajaran Kontekstual dan Kaedah
Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah Tahun Empat (SK).

4.

Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

5.

Dalam kumpulan membuat persembahan powerpoint tugasan 1, 2 dan 3.

Tugasan Projek (100%)


Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara elemen
penting dalam kemahiran pedagogi untuk mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Tugasan 1 (60%)
Berdasarkan penyataan di atas jelaskan konsep dan prinsip-prinsip asas Teori Kecerdasan
Pelbagai, Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kaedah Pembelajaran Kontekstual
dan Kaedah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan. Anda juga dikehendaki menganalisis dan
menilai dan mengaplikasi prinsip-prinsip asas Teori Kecerdasan Pelbagai, Kaedah
Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kaedah Pembelajaran Kontekstual dan Kaedah
Pembelajaran Inkuiri-Penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun
Empat (SK).
Tugasan 2 (10%)
Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas.
Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.
Tugasan 3 (30%)
Dalam kumpulan, anda dikehendaki membuat persembahan powerpoint tugasan 1 dan 2 di
atas.
Panduan Pelaksanaan Projek
1.

Tugasan ini dibuat secara individu dan berkumpulan.

2.

Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.

Format penulisan tugasan adala seperti berikut:


3.1.

Muka depan hendaklah mengikut tamplet terkini.

3.2.

Fon Arial.

3.3.

Saiz huruf - 11

3.4.

Langkau 1.5 baris.

3.5.

Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4.

Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi15
muka surat( termasuk persembahan visual).

5.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7.

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 100%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


1.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh. konsisten dan terperinci.

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:


a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas prinsip dan konsep asas
kaedah-kaedah pembelajaran yang tersebut di atas.
b. Menganalisis dan menilai dan mengaplikasi

kaedah-kaedah

pembelajaran yang tersebut di atas.


c. Rumusan yang sesuai dengan tajuk.
d. Pembentangan tugasan dalam bentuk powerpoint.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah


dikemukakan.
4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5.

Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6.

Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa


yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7.

Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak
yang lain)

Disediakan oleh:
(M.ELANGKO A/L MUNIANDY)
Penyelaras Kursus SJH 3063E
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh:

(DR.MUHAMMAD RAINI B. MAT RAHIM )


Ketua Jabatan Sains Sosial
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh:
(DR.MOHD AZHAR BIN BAHARI )
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai