Anda di halaman 1dari 69

BAB 4

KESATUAN
SEKERJA (TRADE
UNIONS)

Selepas mempelajari bab ini, anda


seharusnya boleh:
1. Memahami sebab-sebab dan harapan pekerja
menyertai dan
menubuhkan kesatuan sekerja.
2. Mengenal pasti ciri-ciri kesatuan sekerja secara
amnya.
3. Menerangkan perkembangan kesatuan sekerja di
Malaysia
khususnya prinsip-prinsip kesatuan sekerja, bentuk
dan impak
undang-undang serta perkembangan dan
pengaruhnya.
4. Memahami peraturan-peraturan kesatuan sekerja
menurut
Akta Kesatuan Sekerja 1959.

4.1 PENGENALAN
Kesatuan sekerja bukanlah semata-mata
organisasi yang memperjuangkan ekonomi
pekerja atau merundingkan upah dan syaratsyarat pekerjaan dengan pihak pengurusan.
Perjuangan kesatuan sekerja adalah satu
pernyataan kepentingan berorganisasi bagi
melindungi dan memperjuangkan kepentingan
mereka menerusi tindakan kolektif.
Menerusi kuasa perundingan, kesatuan
menambahbaik upah dan syarat-syarat
pekerjaan bagi ahli-ahlinya. Ia merupakan satu
sistem pantauan dan imbangan (check and
balance).

Kita tidak boleh menafikan pentingnya penglibatan


kesatuan sekerja dalam proses pembangunan
ekonomi dan sosial sesebuah negara.
Apabila negara kita mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, kerajaan baru Persekutuan Tanah
Melayu telah mengumumkan polisi menggalakkan
pertumbuhan kesatuan sekerja yang kuat, bebas
dan demokratik. Ini bererti bahawa kesatuan
sekerja mempunyai peranan yang istimewa untuk
dimainkan dalam mengisi kemerdekaan dan
menyumbang kepada hala tuju Negara yang baru
merdeka pada ketika itu.

4.2 APAKAH KESATUAN SEKERJA?


Definisi:
Organisasi bagi pekerja-pekerja dalam rangka kerja
hubungan antara pekerja dan majikan.
Menerusi kesatuan, para pekerja dapat:
Menyusun dan memperteguhkan kedudukan
mereka
Memperjuangkan terma-terma pekerjaan (iaitu
perjanjian
atau persetujuan bersama)
Memelihara ekonomi dan kepentingankepentingan kaum
pekerja.
Kesedaran dan perpaduan.

Tiga elemen yang membezakan


kesatuan sekerja dengan
organisasi lain:
1
2

Sifat keahlian mereka (iaitu nafkah hidup mereka


bergantung dengan memasarkan tenaga mereka).

Tujuan mereka (iaitu untuk melindungi dan mewakili


pekerja-pekerja,
memberi mereka sokongan dan kuasa kolektif dan
menjana
3terma-terma pekerjaan mereka).
Cara yang digunakan oleh mereka bagi mencapai
tujuan (penekanan kepada perundingan secara

Ciri-ciri Kesatuan:
Entiti yang tetap dan demokratik.
Menyelesaikan masalah-masalah
pekerja yang berbangkit
Berterusan memperjuangkan
kepentingan dan keperluan ahli-ahli
pada bila-bila masa.
Mewakili dan melindungi pekerja tanpa
diskriminasi berdasarkan ras, agama,
seks, umur dan lain-lain.

4.3 PENGLIBATAN PEKERJA DALAM


KESATUAN SEKERJA
Di dalam masyarakat yang bebas, kesatuan sekerja
adalah pernyataan
terancang hak-hak utama para pekerja bagi mengatur diri
mereka,
melindungi dan memaju kepentingan mereka melalui
tindakan kolektif.
Penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti kesatuan memberi
kekuatan dan
perpaduan kepada kesatuan, membantu pengembangan
kepimpinan dari bawah dan memastikan kuasa
penawaran dan perundingan yang kuat.
Penglibatan bukan sahaja dilihat dari segi kebaikan
kepada ahli-ahli
kesatuan, malah sebagai kejayaan kesatuan-kesatuan

4.4 KENAPA PEKERJA MENYERTAI


KESATUAN SEKERJA?
Tiga sebab utama penubuhkan atau penyertaan
kesatuan sekerja.

Motif ekonomi

(menambah baik situasi


ekonomi mereka). Penyertaan mereka dalam
kesatuan dapat menambah baik terma-terma dan
syarat-syarat perkhidmatan seperti upah dan
faedah-faedah yang diperolehi. Ini dapat dilakukan
melalui perpaduan mereka di dalam kesatuan.
Apabila mereka bersatu padu, mereka mempunyai
kekuatan secara kolektif untuk berunding dan tawar
menawar dengan majikan bagi mendapat
termaterma dan syarat-syarat perkhidmatan yang

Perlindungan hak-hak.
Daripada diskriminasi oleh pihak pengurusan atau
majikan seperti pilih kasih, membezakan upah
antara individu pekerja dari segi ras, agaman,
jantina (gender), dan sebagainya.
Menurut Allen Flanders, antara sebab utama pekerja
menyertai kesatuan ialah untuk mendapat
perlindungan. Selain melindungi taraf hidup
kebendaan juga sekuriti, status dan maruah insan.
Kesatuan bertindak sebagai watch dog bagi ahliahlinya daripada sebarang layanan yang tidak adil.

Perlindungan sekuriti kerja.


Oleh itu, kesatuan akan cuba melindungi
pekerja daripada pemberhentian secara
beramai-ramai (retrenchment) atau
pemberhentian secara yang tidak adil.

Sebab-sebab sosial.
Sebagaimana yang kita sedia maklum
manusia dikatakan haiwan sosial. Manusia
berkeinginan untuk berada dalam
kelompoknya. Di tempat kerja keperluan
kepada kesatuan adalah penting untuk
memelihara kebajikan dan kepentingan ahliahli yang menganggotai kesatuan.

Sifat konteks organisasi


berkenaan.
Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai bilangan
ahli-ahli kesatuan yang beitu ramai, ia dapat
mempengaruhi atau mendorong pekerja baru
menyertainya. Oleh itu, penyertaan seseorang
individu dalam kesatuan bergantung kepada situasi
di tempat kerja mereka. Ada yang menyertai
kesatuan kerana tekanan rakan-rakan sekerja yang
telah menyertai kesatuan.

Peribadi
Sebaliknya ada pekerja yang melibat penyertaan
mereka dalam kesatuan secara positif. Ada di antara
mereka melibatkan diri dalam kesatuan kerana
memiliki ciri-ciri kepimpinan dan melihat peluang

Soalan dlm teks 4.1

4.5 DEFINISI KESATUAN SEKERJA


MENURUT
ORDINAN KESATUAN SEKERJA
1959
Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 sebagai
apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang
kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja
di mana tempat pekerjaan mereka adalah di
Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut
mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang
mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia
Barat, Sabah atau majikan-majikan yang
mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia
Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang

(a) Dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri


yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri
yang serupa; dan
(b) Sama ada secara sementara atau tetap; dan
(c) Yang mempunyai di antara tujuan-tujuanya satu atau lebih
daripada tujuan-tujuan yang berikut:(i) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dengan
majikan-majikan, bagi maksud menggalakkan perhubungan
perindustrian yang baik di antara orangorang kerja dan
majikan-majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan orangorang kerja atau memperbaiki status ekonomi dan social
mereka, atau meningkatkan produktiviti;
(ii) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dan
orang kerja, atau di antara majikan-majikan dan majikanmajikan;
(iii) Perwakilan sama ada orang-orang kerja atau majikanmajikan dalam pertikaian-pertikaian tred; dan
(iv) Menjalankan, atau mengatur atau membiayai mogok
atau tutup pintu dalam mana-mana tred atau industri
atau peruntukan gaji atau faedah-faedah lain bagi ahliahlinya
semasa suatu mogok atau tutup pintu.

Menurut Akta Perhubungan


Perusahaan 1967
Mana-mana kesatuan sekerja yang
didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang yang berhubungan
dengan pendaftaran kesatuan
sekerja.
Oleh itu, kesatuan sekerja boleh terdiri daripada
kesatuan pekerja-pekerja atau kesatuan majikanmajikan. Namun begitu di Malaysia, pertubuhan
majikan lazimnya tidak menggunakan istilah
kesatuan kerana tiada peruntukan statut supaya

Berdasarkan definisi Akta,


Kesatuan sekerja majikan berasingan daripada
kesatuan sekerja pekerja.
Sesebuah kesatuan tidak boleh menerima keahlian
daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja atau majikan.
Tidak boleh wujud satu kesatuan yang keahliannya
terbuka kepada semua pekerja di Malaysia atau
kepada seseorang yang diambil dari luar Malaysia
dan juga antara timur dan barat Malaysia.
Kesatuan yang berbentuk umum adalah tidak
dibenarkan. Mesti terdiri dalam lingkungan tred,
pekerjaan atau industri yang sama termasuk yang
bersifat bersekutu.

Wu Min Aun menyifatkan peruntukan ini memberi


kesan
yang negatif kepada perkembangan pergerakan
kesatuan sekerja di negara kita. Ini adalah kerana
kesatuan secara umumnya berpecah, keahliannya
kecil dan sumber mereka adalah terhad.
Kesatuan juga tidak semestinya dipanggil atau
dinamakan kesatuan.
Jika sesebuah organisasi atau kumpulan pekerja
yang melaksanakan satu atau lebih daripada
objektif-objektif yang dinyatakan dalam Akta, ia
dianggap telah menubuhkan kesatuan dan
hendaklah menurut semua keperluan
undang-undang yang berkaitan dengan kesatuan
sekerja.

Soalan dalam teks 4.2

4.6 JENIS-JENIS KESATUAN


SEKERJA
Kesatuan sekerja di Malaysia dapat
diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu
(i) Kesatuan sekerja sektor awam;
(ii) Kesatuan sekerja sektor swasta; dan
(iii) Kesatuan sekerja majikan

4.6.1 Kesatuan Sekerja Sektor


Awam
Kesatuan sekerja sektor awam terdiri daripada
sektor kerajaan, badan berkanun dan kerajaan
tempatan. Menurut Akta KS, pekerja-pekerja di
sektor awam hanya boleh menubuh dan
menganggotai kesatuan dalam kementerian,
jabatan atau pekerjaan yang serupa.
Antara kesatuan-kesatuan di sektor awam yang
ramai keanggotaannya ialah
Kesatuan Profesional Perguruan Kebangsaan
(KPPK),
Kesatuan Jururawat Malaya.

4.6.2 Kesatuan Sekerja Sektor


Swasta
Bersifat kebangsaan atau kesatuan dalaman.
Kesatuan yang bersifat kebangsaan mencakupi
semua pekerja dalam tred, pekerjaan dan industri
yang sama atau serupa. Kesatuan-kesatuan yang
besar pula mempunyai struktur yang lebih luas
seperti cawangan di peringkat kawasan dan
tempatan atau komiti di peringkat kilang.
Kesatuan dalaman pula ialah kesatuan yang terdiri
daripada semua pekerja di tempat pekerjaan yang
berkenaan.
Contoh:
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE),
Kesatuan Sekerja Pekerja Telekom (NUTE), Kesatuan Kebangsaan

4.6.3 Kesatuan Majikan


Kebanyakan kesatuan majikan dikenali sebagai
persatuan. Akta memberi hak yang sama kepada
majikan untuk menubuh dan menganggotai
kesatuan majikan tetapi majikan tidak boleh
menganggotai kesatuan sekerja pekerja dan
begitulah sebaliknya.
Peraturan penubuhan dan keanggotaan kesatuan
adalah sama.
Kedua-kedua kesatuan adalah terpisah
mengikut seksyen 2 Akta Perhubungan
Perusahaan.
Contoh
kesatuan majikan ialah The Malayan Agricultural Producers
Association
(MAPA)/Persatuan Pengeluar Perladangan Tanah Melayu di

Objektif Kesatuan Majikan


antaranya ialah:
(i) Menggalakkan dan melindungi kepentingan
ahli-ahlinya;
(ii) Untuk berunding dan tawar menawar dengan
kesatuan
sekerja pekerja;
Dan
(iii) Mewakili ahli-ahli dalam mana-mana
pertikaian
perdagangan antara seseorang ahli dengan
kesatuan
sekerja pekerja.

4.7 KETUA PENGARAH KESATUAN


SEKERJA
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dilantik Yang
di-Pertuan agong bagi mengawal selia,
mengarah dan mengawal secara amnya
perkara-perkara berhubungan dengan
kesatuan sekerja di seluruh Malaysia.
Ketua Pengarah diberi kuasa budi bicara yang
luas dalam menjalankan, menunaikan dan
melaksanakan segala fungsinya berhubungan
dengan penguatkuasaan Akta dan peruntukanperuntukan di dalam Akta Kesatuan Sekerja
1959.

4.8 PERSEKUTUAN KESATUAN


SEKERJA
Kesatuan sekerja-kesatuan sekerja berdaftar di
Malaysia yang anggota anggotanya terdiri
daripada tred, pekerjaan atau industri yang sama
boleh membentuk suatu persekutuan kesatuan
sekerja-kesatuan sekerja.
Sebelum suatu persekutuan itu boleh dibentuk
terdapat beberapa keperluan peraturan yang perlu
dipatuhi, antaranya:
(i) Memaklumkan kepada pendaftar kesatuan
sekerja dan
semua anggota-anggota kesatuan sekerjakesatuan sekerja
14 hari sebelum mesyuarat untuk mengambil

Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu


bulan
dari tarikh ia diwujudkan, ditandatangani oleh setiausaha dan tujuh
orang anggota bagi-tiap satu dan tiap-tiap kesatuan sekerja
berdaftar yang membentuk persekutuan
itu.

Penggabungan,

Jika suatu persekutuan kesatuan sekerja


telahpun ada dalam pendaftaran, suatu kesatuan sekerja yang
berdaftar boleh memohon digabungkan
dengan syarat kesatuan tersebut adalah dalam tred, pekerjaan dan
industri
yang sama atau serupa.

Persetujuan ahli-ahli kesatuan perlu diperolehi untuk


bergabung sama seperti dalam pembentukan suatu persekutuan.

Memfailkan suatu notis kepada pendaftar dengan


ditandatangani oleh setiausaha persekutuan bahawapermohonan
untuk bergabung telah dipersetujui oleh persekutuan berkenaan.
Undang-undang berkaitan dengan kesatuan sekerja juga
diaplikasikan ke atas suatu persekutuan kesatuan sekerja sama

Di negara kita terdapat


beberapa persekutuan
kesatuan sekerja seperti
CUEPACS, NUTP/KPPK.
CUEPACS mempunyai tujuh
kesatuan
sekerja kakitangan awam yang
bergabung dengannya dengan
jumlah keanggotaan melebihi
100,000.

4.9 KEPERLUAN DAN PROSES


PENDAFTARAN
KESATUAN
SEKERJA 1959
4.9.1 Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam
bentuk atau borang yang telah ditetapkan dan hendaklah
ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh orang anggota
kesatuan yang di antaranya boleh terdiri daripada
pegawaipegawai kesatuan.
Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan
apabila
(i) Yuran pendaftaran;
memohon
pendaftaran
iaitu
(ii) Satu salinan
bercetak
kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang
ditandatangani oleh anggota yang membuat permohonan; dan
(iii) Suatu penyata yang mengandungi butiran berikut:
Nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat
permohonannya;
Nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan
Nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan
sekerja itu, dan maklumat lain mengenai pegawai-pegawai yang
diperlukan supaya diberi oleh
Ketua Pengarah dalam sesuatu kes.

4.9.2 Pendaftaran
Ketua Pengarah keluarkan sijil perakuan pendaftaran jika
diterima.

Dalam keadaan-keadaan tertentu Ketua Pengarah hendaklah menolak


daripada mendaftar suatu kesatuan sekerja jika:
(i) Beliau berpendapat bahawa kesatuan sekerja itu mungkin akan digunakan
bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksudmaksud yang bertentangan atau tidak konsisten dengan tujuan dan
peraturannya;
(ii) Sesuatu tujuan kesatuan sekerja itu menyalahi undangundang;
(iii) Beliau tidak berpuas hati bahawa kesatuan sekerja itu telah mematuhi akta
dan peraturan-peraturannya;
(iv) Beliau berpuas hati bahawa tujuan, kaedah dan keanggotaan kesatuan
sekerja itu bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta atau dengan manamana peraturannya; atau
(v) Nama di bawah mana kesatuan sekerja itu akan didaftarkan adalah:
Sama dengan mana-mana kesatuan sekerja lain yang ada, atau hampir
menyerupai nama kesatuan
sekerja lain yang pada pendapat beliau berkemungkinan akan memperdayakan
orang awam atau ahli-ahli salah sebuah kesatuan sekerja itu; atau
Pada pendapat Ketua Pengarah ia tidak diingini melainkan jika kesatuan
sekerja itu mengubah
namanya kepada sesuatu yang boleh diterima oleh Ketua Pengarah. Di samping
itu, Ketua Pengarah boleh meminta maklumat-maklumat lanjut bagi maksud
memuaskan hatinya bahawa sesuatu permohonan pendaftaran itu mematuhi

(a) Pembatalan pendaftaran


Ketua Pengarah boleh memperakukan bahawa
sesuatu kesatuan sekerja dibatalkan
pendaftarannya atau ditarik balik pendaftarannya
berdasarkan perkara-perkara di bawah:
(i) Akta permintaan KS itu apabila ia dibubarkan
iaitu harus
disahkan oleh Ketua Pengarah; atau
(ii) Jika beliau berpuas hati:
Bahawa pengakuan pendaftaran itu khilaf atau
fraud;

Tujuan atau kaedah kesatuan sekerja itu


menyalahi undang-undang;
Bahawa keanggotaan menyalahi undangundang;
Bahawa ia telah atau sedang atau mungkin
akan digunakan bagi sesuatu maksud yang
menyalahi undang-undang
Bahawa kesatuan sekerja itu telah melanggar
sesuatu peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Bahawa wang kesatuan sekerja itu dibelanjakan
atau telah dibelanjakan dengan cara yang
menyalahi undang-undang atau atas tujuan yang
menyalahi undang-undang
otis pemberitahuan pembatalan dikeluarkan minima 30 hari
Bahawa
sekerja
itu notis
tidakatas
wujud lagi.
otis rayuan
dalamkesatuan
masa 30 hari
terima

erhak batalkan pendaftaran dalam masa 30 hari tersebut

SOALAN DALAM TEKS 4.3


1. Terangkan prosedur
pendaftaran Kesatuan Sekerja.

4.10 PENGGANTUNGAN SESUATU


CAWANGAN KESATUAN SEKERJA
Sesuatu cawangan kesatuan sekerja yang
melanggar peruntukan-peruntukan Akta atau
kaedah-kaedah kesatuan boleh digantung oleh
Ketua Pengarah.
Perintah penggantungan itu hendaklah dihantar
ke pejabat berdaftar kesatuan sekerja atau
dengan sendiri diserahkan kepada mana-mana
pegawai cawangan itu. Perintah penggantungan
ini boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah pada
bila-bila masa.

4.11 KUASA MENTERI MENGGANTUNGKAN


KESATUAN
SEKERJA
Akta membenarkan Menteri mengikut budi bicara sepenuhnya
menggantung mana-mana kesatuan sekerja iaitu
(i) Berpendapat ada maksud tidak baik terhadap kepentingan
negara. Tempoh arahan penggantungan itu tidak lebih
daripada enam bulan.
(ii) Menteri boleh juga menggantungkan sesuatu kesatuan
sekerja berdasarkan desakan keadaan memerlukannya
berbuat demikian walaupun sebelum disiarkan dalam warta.
(iii) Menteri juga boleh membuat sesuatu perintah pada masa
tersebut atau pada bila-bila masa terkemudian daripada itu,
memberi arahan-arahan yang bersifat tambahan atau
sampingan atau sebaliknya yang difikirkan perlu dan
bermanfaat termasuk arahan-arahan berkenaan dengan
sesuatu perkara atau prosiding di hadapan mana-mana
pihak berkuasa, yang berhubungan dengan kesatuan sekerja

(iv) Suatu arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah


subseksyen (3).
(v) Boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau diubah oleh
Menteri jika difikirkan perlu atau bermanfaat.
(vi) Adalah sah dan mempunyai kuat kuasa dan efek
sepenuhnya walau apapun yang tidak kosisten atau
bercanggah dnegan apa yang terkandung dalam Akta ini.
(vii) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh
diubah atau dibatalkan oleh Menteri pada bila-bila masa.
(viii) Apabila arahan penggantungan diperintah oleh
Menteri, maka;
Pengakuan pendaftaran kesatuan itu terhenti daripada
berkuatkuasa dan kesatuan itu terhenti daripada
menikmati apa-apa hak, imuniti dan keistimewaaan
sesuatu kesatuan sekerja;
Kesatuan sekerja dilarang daripada menjalankan
sebarang aktiviti; dan
Tiada sesiapa boleh mengambil bahagian dalam
pengurusan atau organisasi atau bertindak atau cuba
untuk bertindak bagi pihak kesatuan atau sebagai
seorang pegawai kesatuan.

SOALAN DALAM TEKS


4.4
1. Akta Kesatuan Sekerja 1959 memberi
kuasa yangluas kepada Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja.
Jelaskan kuasa Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja.

4.12 KEANGGOTAAN
4.12.1 Keanggotaan Seseorang
Belum Dewasa
21 tahun > ahli > 16 tahun
Pelajar bekerja > 18 tahun
Ahli < 18 tahun - tidak layak undi untuk:
(i) Mogok dan tutup pintu dan semua perkara yang
berkaitan dengannya;
(ii) Mengenakan suatu levi;
(iii) Pembubaran kesatuan sekerja atau persekutuan
yang berhubungan dengannya; dan
(iv) Pemindaan kaedah-kaedah kesatuan sekerja iaitu
pindaan tersebut boleh menyebabkan tambahan kepada
liabiliti anggota-anggota untuk mencarum atau
mengurangkan faedah-faedah yang anggota-anggotanya
mempunyai hak.

4.12.2 Keanggotaan PegawaiPegawai Awam dan Pekerja Pihak


Berkuasa Berkanun
Di bawah Seksyen 27 Ordinan 1959
seseorang pegawai awam boleh menyertai
atau menjadi seseorang anggota sesuatu
kesatuan sekerja atau boleh diterima
sebagai aggota mana-mana kesatuan
sekerja dengan syarat mendapat kebenaran
daripada
Yang
di-Pertuan
Agong
atau
telah
KSN Diberi kuasa untuk
diwartakan.

pengecualian pegawai awam yang


dilarang.

Peraturan Kesatuan sekerja tahun 1971 pula telah


mengecualikan pegawai-pegawai awam dalam
pekerjaan, jabatan dan kementerian untuk
menubuhkan kesatuan :
(i) Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia;
(ii) Anggota-anggota mana-mana Perkhidmatan
Penjara;
(iii) Anggota-anggota Angkatan Bersenjata;
(iv) Pegawai-pegawai awam yang bertugas dalam
keupayaan
sulit atau keselamatan;
(v) Pegawai-pegawai awam yang dilarang di bawah
manamana
undang-undang bertulis daripada menubuhkan
atau
menjadi anggota-anggota kesatuan sekerja; dan
(vi) Pegawai-pegawai awam yang memegang

4.12.3 Keanggotaan Kesatuan Pekerja


Badan Berkanun
Pekerja-pekerja pihak berkuasa berkanun
dibenarkan menyertai atau menjadi seorang
anggota atau diterima sebagai seorang ahli oleh
mana-mana kesatuan sekerja tetapi kesatuan
sekerja itu hendaklah dikhususkan khas kepada
pekerja-pekerja yang diambil kerja oleh pihak
berkuasa
berkanun yang berkenaan. Walaupun begitu,
Akta tidak membenarkan pegawai-pegawai pihak
berkuasa berkanun dalam kategori berikut
menyertai atau menjadi anggota kesatuan
sekerja badan berkanun:
(i) Memegang apa-apa jawatan dalam Kumpulan
Pengurusan dan Ikhtisas atau yang sama
dengannya, melainkan oleh suatu arahan bertulis

4.12.5 Pegawai-Pegawai Kesatuan


Sekerja
Tidak layak sebagai anggota eksekutif menurut akta:
(i) Dia bukan warganegara persekutuan;
(ii) Dia belum bertugas atau diambil kerja bagi sesuatu tempoh
sekurang-kurangnya satu tahun dalam manamana penubuhan,
tred, pekerjaan atau industri yang mana kesatuan sekerja atau
persekutuan itu bersangkutan;
(iii) Di telah menjadi seorang anggota eksekutif mana-mana
kesatuan sekerja yang mana pendaftarannya telah dibatalkan
atau ditarik balik atau di bawah mana-mana undang-undang
yang telah dimansuhkan oleh akta;
(iv) Dia adalah seorang pemegang jawatan atau pekerja suatu
parti politik;
(v) Dia telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah
undangundang mengenai pecah amanah, pemerasan atau
intimidasi atau suatu kesalahan yang pada pendapat
Ketua Pengarah menjadikannya tidak layak untuk menjadi

4.12.6 Pekerja-Pekerja Sesuatu


Kesatuan Sekerja
Dibenarkan ambil pekerja dan bayar gaji, syarat
bukan anggota tetap dan eksekutif:
(i) Seorang setiausaha;
(ii) Bendahari; dan
(iii) Orang-orang lain yang perlu bagi maksudmaksud
kesatuan berkenaan atau sesuatu persekutuan
kesatuan sekerja.

Larangan sebagai pekerja


Kesatuan:
(i) Bukan warganegara;
(ii) Jika dia telah disabitkan kesalahan jenayah
oleh manamana mahkaha dan belum
menerima pengampunan
bebas berkenaan dengannya;
(iii) Jika dia adalah seorang pegawai atau
pekerja mana-mana kesatuan sekerja lain; dan
(iv) Jika dia seorang pemegang jawatan atau
pekerja suatu
parti politik.

4.12.7 Pertukaran Nama atau Penyatuan


Minima 2/3 undian sokongan ahli
Atau jika gabungan, minima dari
ahli satu-satu kesatuan direkodkan
undi dan minima 60% setuju

4.12.8 Pemindahan Perjanjian-Perjanjian


Antara satu-satu kesatuan dalam gabungan
Jika sama tred
Tidak boleh memudaratkan mana-mana ahli

Resolusi mesyuarat dihasilkan


Minima 2/3 anggota kesatuan hadir / perwakilan h
Sah jika:
2/3 setuju
Kelulusan Ketua Pengarah

4.12.9 Notis Pertukaran Nama atau Penyatuan


Permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah
Tandatangan oleh Setiausaha dan tujuh anggota
kesatuan berdaftar

Penyatuan:
Tandatangan setiausaha dan tujuh anggota
setiap satu kesatuan gabungan.

Kesannya:
Tidak menghilangkan prosiding dan
tanggungjawab undang-undang
Tidak boleh mudaratkan mana-mana ahli
gabungan daro segi hak dan pemiutang.

4.12.11 Pejabat Berdaftar


Perlu punyai pejabat berdaftar
Perlu maklumkan kepada Ketua Pengarah
Salah: Denda RM50 setiap hari.

4.12.12 Kaedah-Kaedah
Perlu disediakan
Dicetak dalam bahasa kebangsaan atau
bahasa lain
Dipamerkan di pejabat berdaftar
Perlu diberi jika diminta dengan bayaran
tiodak lebih RM1
Jika tidak dicetak (ditaip dsb), perlu
ditandatangani Presiden, Setiausaha dan
Bendahari
Salinan dalam bahasa Kebangsaan mesti
dihantar ke Ketua Pengarah untuk
kelulusan dalam masa 50 hari
Berkuatkuasa sebaik lulus dan didaftar

4.12.13 Undi Sulit

Perlantikan wakil ke mensyuarat agung


Perlantikan pegawai selain pemegang amanah
Perkara berhubung mogok dan tutup pintu
Berkaitan suatu levi
Pembubabaran atau gabungan
Pindaan kaedah yang sebabkan libiliti kepada ahli
Penyatuan dan pemindahan perjanjian.
Perlu disertakan resolusi, kertas undi disimpan minima 6 bulan

4.12.14 Pemberitahuan Mengenai


Pertukaran Pegawai-Pegawai Kerja
dan Pekerja-Pekerja
Perlu pamerkan nama-nama pegawai
pada masa itu dan pegawai
sementara pada masa itu di pejabat
berdaftar
Notis dibuat kepada Ketua Pengarah
dalam mas 14 hari selepas
pertukaran.

4.12.15 Pemberitahuan Mengenai


Pembubaran
Menurut seksyen 42 sesuatu kesatuan
sekerja berdaftar yang dibubarkan dengan
sukarela, perlulah;
(i) Menyerah notis mengenai pembubaran
yang
ditandatangani oleh tujuh oleh tujuh orang
anggota
dan oleh setiausaha kesatuan yang
berkenaan; dan
(ii) Dihantar kepada Ketua Pengarah dalam

4.12.16 Pemegang Amanah


Minima 3 orang pemegang amanah
Bendahari dan Setiausaha tidak boleh jadi
pemegang Amanah
Perbadanan dilulus KP boleh dilantik
Pemegang Amanah tunggal
Butir Pemegang Amanah yang dilantik/tukar
dikemukakan kepada KP dalam masa 14 hari

4.12.17 Hak dan Imuniti Kesatuan Sekerja


Perlu berdaftar dengan KP untuk dapat
hak dan imuniti, seperti:
Tindakan mogok yang sah tidak boleh
dibawa ke mahkamah
Hak untuk mendakwa atas nama
Kesatuan berdaftar

4.12.18 Wang dan Akaun Kesatuan


Wang kesatuan sekerja berdaftar boleh dibelanjakan
hanya bagi tujuan
seperti membayar gaji, elaun dan perbelanjaan pegawai
dan pekerja
kesatuan sekerja, membayar kos dan perbelanjaan
pentadbiran kesatuan sekerja, perbelanjaan dalam
menyelesaikan pertikaian, pampas an bagi anggotaanggota kerana kerugian yang berbangkit daripada
pertikaian tred dan sebagainya
Wang kesatuan sekerja boleh digunakan untuk tujuan
pelaburan dengan syarat mendapat kelulusan daripada
Menteri terlebih dahulu.
Perlu disediakan laporan tahunan.

4.13 HAK DAN TANGGUNGJAWAB


MAJIKAN DAN PEKERJA DAN
KESATUAN MASING-MASING
4.13.1 Hak-Hak Pekerja dan Majikan
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP)
menjelaskan bahawa tiada sesiapapun boleh
campur tangan dengan menghalang atau
memaksa seorang pekerja atau seorang
majikan dalam menjalankan hak-haknya Iaitu
(i) Hak untuk menubuh dan membantu
penubuhan
kesatuan sekerja;
(ii) Hak untuk memasuki suatu kesatuan
sekerja; dan
(iii) Hak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang

4.13.2 Larangan ke Atas Majikan dan Kesatuan


Sekerja Mereka
Berkenaan dengan Tindakan-Tindakan
Tertentu
Adakan kontrak halang pekerja anggotai
kesatuan
Enggan menggaji ahli kesatuan
Diskiriminasi ahli kesatuan
Memecat atau ancaman kepada ahli kesatuan,
niat jadi ahli, sertai aktiviti.
Mendorong pekerja berhenti dari kesatuan
twaran atau imbuhan
Boleh jika ianya untuk kebaikan pekerja
terbabit, cth kenaikan pangkat, atau tugasan
khusus seperti HR

4.13.3 Larangan Terhadap PekerjaPekerja dan Kesatuan Sekerja Mereka


Berkenaan dengan Tindakan-Tindakan
Tertentu
(i) Memujuk seseorang pekerja untuk memasuki
atau tidak
memasuki kesatuan sekerja kecuali dengan
kebenaran
majikan di tempat kerja majikan;
(ii) Mengancam mana-mana orang supaya
menjadi atau tidak
menjadi atau terus menjadi atau berhenti
daripada
menjadi seorang ahli atau pegawai suatu
kesatuan sekerja;
atau

4.13.5 Sikap Majikan Terhadap


Kesatuan Sekerja
Menurut Marilyn, respons majikan
terhadap kesatuan sekerja secara
kasarnya dapat diklasifikasikan seperti
berikut:
(i) Konflik atau permusuhan terbuka;
(ii) Mengawal sikap bermusuhan;
(iii) Berkompromi; dan
(iv) Bekerjasama.

.13.6 Mewujud Persekitaran Tanpa Kesatuan


Wujudkan hubungan yang baik antara majikanpekerja
Contoh:
Upah yang kompetitif / tinggi
Penglibatan pekerja dalampembuatan
keputusan
Menghapus halangan-halangan komunikasi /
status
Peranan Jabatan Sumber Manusia yang baik
latihan,perkembangan
Iklim kerja yang menarik
Layanan kesamarataan tanpa
prejudis/diskriminasi

4.14 ORGANISASI KESATUAN SEKERJA


4.14.1 Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC)
MTUC ialah singkatan kepada Malaysian Trade Union Council
Ditubuhkan pada tahun 1949
Tahun 1958 perkataan 'Majlis'digantikan dengan Kongres Kesatuan
Sekerja Malaya.
Dengan
terbentuknya Malaysia, MTUC menukarkan namanya kepada Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysian Trade Union Congress).
Kehadiran
MTUC dalam arena pergerakan buruh bermula apabila kerajaan
kolonial
mengharamkan pergerakan kesatuan sekerja yang didokongi oleh
komunis (PKM) pada tahun 1948.
MTUC didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1948.
MTUC mewakili pelbagai tred dan industri.

MTUC adalah kesatuan sekerja yang membela kepentingan


pekerja dalam
sektor swasta.
MTUC dipengaruhi atau ditentukan oleh perwakilan yang
mempunyai ahli yang ramai khususnya kesatuan-kesatuan
sekerja yang besar seperti National Union of Plantation Workers
(NUPW - terdiri daripada 83,992 orang ahli pada tahun 1998)
dan sebagainya.

Objektif MTUC ialah


(i) Memberi khidmat nasihat kepada ahli-ahli;
(ii) Menyampaikan pandangan buruh kepada
kerajaan;
(iii) Menyampaikan pandangan pekerja
berhubung
dengan isu-isu nasional seperti
perancangan
pembangunan dan pendidikan;
(iv) Membantu pekerja yang tidak menjadi
ahli kesatuan
sekerja; dan
(v) Menjalankan penyelidikan.

4.14.2 Kongres Kesatuan-Kesatuan


Kakitangan Awam dan
Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
CUEPACS adalah singkatan bagi Congress of Unions of
Employees in the Public and Civil Services.
Didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen
Kesatuan Sekerja.
CUEPACS dianggotai oleh lebih 100 buah kesatuan
sekerja awam dengan keahlian melebihi 250,000 orang
CUEPACS berfungsi sebagai jurubicara bagi pekerjapekerja perkhidmatan awam. Dari segi sejarahnya
CUEPACS pemah berpisah dengan MTUC pada tahun
1969 dan menyertai MTUC semula pada tahun 1981.
Namun begitu CUEPACS sekali lagi berpecah dari MTUC.

Objektif-objektif CUEPACS
(i) Memelihara kepentingan dan menambah baik
pekerjaan kesatuan-kesatuan gabungannya;
(ii) Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan
gabungan dan ahli-ahlinya;
(iii) Berjuang bagi menambah baik keadaaan
pekerjaan
ahli-ahli dalam kesatuan-kesatuan
gabungannya; dan
(iv) Memelihara peraturan-peraturan atau
undang-undang
yang berkaitan dengan kepentingan ahli-ahli
kesatuan
khasnya dan kesatuan sekerja amnya.

4.14.3 Pertubuhan Buruh


Malaysia (MLO)
MLO ialah singkatan bagi Malaysian Labour
Organization
Ditubuhkan ekoran beberapa peristiwa
sebelum tahun 1989, perpecahan
kepimpinan MTUC.
Kemudian menyertai semula MTUC pada
1996

4.14.4 Persekutuan Majikan-Majikan


Malaysia (MEF)
Di pihak majikan atau pengurusan pula terdapat
beberapa kesatuan
sekerja majikan seperti The Malayan Agricultural
Producers Association
(MAPA), The Malayan Commercial Bank Association
(MCBA), The Federation of Malaysian Manufacturers
(FMM) dan sebagainya.
Seperti MTUC, The Malaysian Employers Federation (MEF)
mewakili kesatuan-kesatuan sekerja majikan. Keahlian
MEF terdiri daripada firma-firma individu dan persatuanpersatuan majikan. MEF mempunyai perwakilan dalam
beberapa majlis dan badan seperti Majlis Penasihat Buruh
Kebangsaan
(NLAC), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan
Keselamatan

Objektif MEF ialah


(i) Untuk memelihara semua pertubuhanpertubuhan
majikan;
(ii) Menyelaras dan menyampaikan pandangan
majikan- majikan mengenai hal-hal buruh;
(iii) Menaikkan, melindungi dan membela
kepentingan
majikan-majikan secara umum;
(iv) Memberitahu dan menasihat ahli-ahli
mengenai
implementasi undang-undang buruh; dan
(v) Menasihati ahli-ahli mengenai penyelesaian
pertikaian
perusahaan.

akta- undang-undang yang digubal


oleh parlimen
enakmen- undang-undang yang
digubal oleh DUN Semenanjung dan
Sabah selepas kemerdekaan
ordinan- undang-undang di sarawak,
serta undang-undang yang di gubal di
Sabah dan parlimen SEBELUM
MERDEKA

Anda mungkin juga menyukai