Anda di halaman 1dari 8

SKOP KERJA

KEHADIRAN
BERTUGAS

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12


September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di
sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula.
Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira
pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan
ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut
jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau
pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan
dan para pelajar.

KEPATUHAN TUGAS
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan
sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa tiba dan
menurunkan tandatangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
sebelum mendapatkan keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan
memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau
jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah.
Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar
apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar
kecuali dengan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi
sekolah untuk mengawasi para pelajar dan melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
7. Para guru yang ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh
ketiadaan guru adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

TUGAS AKADEMIK
GURU

1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang


bermutu tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan
yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua
kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua Jabatan atau guru kanak mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak
dan menuntukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan
diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas
kecuali guru mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu
dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi
guru itu.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang
ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar,
terluang/rehat disekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh
mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru
yang tidak hadir.
7. Guru perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,
menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan bantu mengajar dan
memeriksa buku latihan murid.

1. Kementerian

Pendidikan

telah

menetapkan

peraturan

mengenai

BUKU RINGKASAN
MENGAJAR

pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan

dilaksanakan dengan sepenuhnya.


2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu
persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan
kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap
kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod yang telah siap diisi untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku
Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan
ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir
tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.

PERHUBUNGAN GURU &


PELAJAR

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa
bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Displin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera
perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran displin yang dilakukan oleh
pelajar. Kes-kes pelanggaran displin yang serius hendaklah dilaporkan kepada
Guru Besar atau guru displin.
3. Tiap-tiap guru adalah dipertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan
displi. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar
untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai
pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat,
memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan
sekolah.
5. Guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah mengawal displin pelajarpelajarnya.
6. Guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai
untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajar yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut
hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan
dengan segera.

PAKAIAN

PAKAIAN/POTONGAN RAMBUT/

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertuga di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupaun pada waktu

PELAWAT/KERATAN AKHBAR
petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.
POTONGAN RAMBUT

1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu
diurus dan kelihatan kemas bagi guru perempuan.
PELAWAT
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam
bilik darjah.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan jurujual hanya boleh dibuat di
dalam blik guru sahaja.
KENYATAAN AKHBAR
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak
atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

SURAT RASMI

SURAT RASMI/LAWATAN/

1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada
dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru

KUTIPAN WANG
Besar.

LAWATAN
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan
Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, boring permohonan hendaklah dikirim ke
Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim
sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.
KUTIPAN WANG
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan
dan kelab perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak
disalahgunakan oleh persatuan dan kelab. Pembukaan akaun bank
adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.

Anda mungkin juga menyukai