Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)


( TUGASAN PROJEK)
Program: PPG

Nama Guru Pelatih :

Tajuk Kursus : Guru dan Cabaran Semasa


Kod Kursus : EDU3093

Semester : 8

Tarikh Mula : 08 FEBRUARI 2015

Tarikh Hantar : 07 MAC 2015

I. Hasil Pembelajaran Kursus :


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.
Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran semasa.
Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.
Mengenal pasti tekanan emosi guru serta langkah menanganinya.
Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan.
Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.

Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4, dan 5

II. Objektif Projek:


1. Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan hasil temubual dan pemerhatian
terhadap satu isu dalam pendidikan.
2. Menganalisis dan menilai punca-punca, tahap keseriusan dan kebimbangan sesuatu
isu berdasarkan data, kajian dan maklumat yang sah
3. Menghuraikan hujah cadangan dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah
tersebut pada masa hadapan.
4. Membuat rumusan yang konkrit dan secara ilmiah terhadap proses penambahbaikan
berterusan dalam perkhidmatan perguruan.

(OLL & dijanakan oleh komputer, tanda tangan tidak diperlukan )

III. Tugasan Projek (100%)


Dunia pendidikan pada hari memegang tanggungjawab yang sangat besar bagi mencapai
aspirasi negara ini. Namun begitu terlalu banyak cabaran yang perlu ditangani oleh guru.
Sehubungan dengan itu para guru perlu bersedia dalam menangani cabaran ini. Antara
cabaran dan isu guru-guru ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Gejala sosial
Integrasi nasional
Guru dan perundangan
Inovasi dalam pendidikan
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan murid

A. Pengumpulan Data ( 30 %)
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai salah satu cabaran/isu
yang dinyatakan di atas.
2. Anda perlu menjalankan temubual kepada sekumpulan responden untuk melihat :
i. Punca isu itu wujud
ii. Tahap keseriusan/kebimbangan isu yang dipilih
iii. Langkah-langkah yang telah diambil
(Temubual yang dijalankan hendaklah dirakam dan anda perlu membuat transkripsi. Bahan
tersebut dihantar bersama penulisan akademik anda)
3. Selain temubual anda juga di minta mengumpul dan merekod maklumat, agar
data yang diperolehi mempunyai bukti kukuh dan boleh dihujahkan.
B. Penulisan Akademik ( 50 %)
Berdasarkan data yang dikumpul di atas (A), bincangkan perkara-perkara berikut:
i. Latarbelakang isu, pernyataan masalah, objektif penulisan dan persoalan kajian.
ii. Penganalisisan dan persembahan data, maklumat dan sumber yang sah
menggambarkan tahap keseriusan/kebimbangan isu tersebut.
iii. Menganalisis dan menilai isu yang anda pilih itu terhadap sistem pendidikan hari
ini.
iv. Membahaskan hujah anda terhadap langkah-langkah penambahbaikan yang
boleh dilakukan agar aspirasi pendidikan di Malaysia tercapai.
C. Rumusan ( 20% )
Berdasarkan penulisan ilmiah anda semasa melaksanakan tugasan A dan B di atas, anda
dikehendaki membuat satu rumusan ilmiah yang merangkumi aspek-aspek berikut:
i.
ii.
iii.

Menganalisas isu, data dan maklumat yang dibahaskan memberi impak kepada
tahap prefesionalisme keguruan
Mensintesis dapatan penulisan ini terhadap proses penambahbaikan mutu
pendidikan negara.
Menilai tahap dan kualiti guru dalam peranan membangunkan nusa bangsa
dalam konteks pendidikan di Malaysia

D. Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan ini adalah dilaksanakan secara individu
2. Anda digalakkan bergerak secara kolabotratif untuk mengumpul dan menganalisis data
dan maklumat
3. Format penyediaan tugasan adalah seperti berikut :
i.
Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 11 Arial dan langkau
baris 1.5.
ii.
Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)
iii.
Semua lampiran perlu disertakan antaranya: soalan temu bual, borang pemerhatian,
hasil temubual , dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan tugasan anda.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Panjang tugasan keseluruhan lebih kurang 15-20 muka surat
( tidak termasuk lampiran dan rujukan)
6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut:


1.
2.
3.
4.
5.

Penguasaan kandungan/data/maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pemindahan Pembelajaran
Pengelolaan
Nilai Keguruan

F. Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik analitik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh:

(HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD)


Penyelaras Kerja Kursus Projek.
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTI

Pakar Bidang (SME)


Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTI

Disahkan oleh :

(SALINA BINTI OMAR)


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTI.
(OLL & dijanakan oleh komputer, tanda tangan tidak diperlukan )

Anda mungkin juga menyukai