Anda di halaman 1dari 17

NOVEL KEMBARA AMIRA

(Amer Hmzah L.Kadir)


Sinopsis

Novel ini mengisahkan pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira


telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan
ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir.
Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang
telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan
dengan Malique.
Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk
emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang
Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu,
kawasan mereka akan diterokai.
Salah seorang pekerja baru John OHara hilang, Malique, Roslan dan yang lain
cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam
dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof.
Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan
awal manusia.

Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah

kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan
oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut
juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.

Amira mengagak bahawa

mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.


Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah
segala rahsia.

Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar

sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah bapa

kandung kepada Malique (Sabi).

Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana

apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique.


Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta
pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran
dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk
membangunkan projek ITnya.

Tema

Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini


digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti
persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak
kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan
Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Persoalan

1. Persoalan golongan yang berminat mengkaji peninggalan sejarah


Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusdi sedang mencari kebenaran tentang
kehidupan masa lalu melalui ekspedisi arkeologinya di Bukit Mat Raya.
2. Persoalan cinta dan sayang akan alam / hutan
Malique (Sabi) walaupun tinggal di bandar tetapi tetap menyayangi hutan
yang menjadi tempat asalnya sehingga dia bertindak memadam semua data
kajian cari gali emas
Tau sanggup menakutkan pekerja syarikat pembalakan dengan menyamar
sebagai makhluk berbulu demi menyelamatkan hutan tersebut daripada terus
dicerobohi
3. Persoalan hubungan persahabatan yang erat walaupun berbeza bangsa
dan agama
Jacinta sering mengikut Amira semasa cuti sekolah ke tempat ibu Amira
menjalankan kerja-kerja arkeologinya.

4. Persoalan kerenggangan hubungan antara anak dan bapa setelah bapa


berkahwin
Jacinta tidak mahu pulang bercuti bersama-sama ayah dan ibu tirinya kerana
kecewa dan sedih dengan tindakan ayahnya berkahwin lain setelah ibunya
meninggal dunia.
5. Persoalan sikap manusia yang tamak
O Hara sanggup datang ke Bukit Mat Raya kerana telah diupah oleh sebuah
syarikat cari gali emas dari Pulau Pinang untuk mengesan lokasi emas
6. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar
Kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan
khazanah hutan untuk mencari emas yang dilakukan oleh O Hara.
7. Persoalan kepentingan ilmu perubatan tradisional
Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan
Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangan
8. Persoalan kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap
kehidupan
Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan
yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras
membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar mendatangkan kesan buruk
9. Persoalan kehidupan yang sengsara sebagai akibat keruntuhan rumah
tangga.
Tau hidup sengsara dan menyendiri di dalam hutan kerana tidak dapat
menerima kenyataan bahawa isterinya Jennifer / Ipah sanggup
mengkhianatinya dengan melarikan anaknya Malique / Sabi keluar dari
kawasan perkampungan Orang asli dan mengikuti Johnny.

Plot

Pembinaan Plot
(i)

Permulaan
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit
Mat

Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal

manusia.
(ii)

Perkembangan
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah
diselamatkan oleh Itai.

Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan


mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang.

Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak


kewujudan tamadun awal manusia.

Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan OHara.

(iii)

Klimaks

Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang
mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat
berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia
yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv)

Peleraian
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala
Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.

Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan


sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Penceritaan

1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof.
Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling
hujung adalah khemah dapur.
2. Dialog
tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak
Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua
Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.
Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan
anak kepada Tau.
5. Suspens

Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan
untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi
siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan

hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari


dari mana dia datang.

Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang
dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap
mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap
perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang
asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu
menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi
telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Amira
Antara Perwatakan Amira ialah:
1. Seorang yang gemar untuk menghadapi cabaran / melakukan kerja-kerja
mencabar
Semasa cuti persekolahan, Amira mengajak rakannya Jacinta ke Bukit Mat
Raya, untuk turut serta dalam aktiviti cari gali arkeologi yang diketuai oleh
ibunya, Prof. Zaidah. Dia lebih suka menghabiskan cuti persekolahan di situ
daripada menghabiskan masa di rumah atau di pusat beli-belah.
2.

Seorang yang mudah mesra


walaupun baru berkenalan dengan Malique di kawasan Air Terjun Angin, Amira
sudah mesra dan rapat dengan Malique. Perkenalan yang singkat tersebut
menyebabkan Amira teruja untuk mengetahui tujuan Malique berada di hutan
belantara itu. Amira juga sanggup pergi berjumpa dengan Malique seorang diri
di kawasan air tersebut sehingga membahayakan dirinya dan diri Jacinta.
Amira juga menjadi mesra dan rapat dengan Itai yang telah menyelamatkan
Amira daripada lemas dihanyutkan arus deras di kawasan Air Terjun Angin.
Sejak peristiwa itu mereka menjadi rakan baik sehingga Itai sanggup

membawa Amira ke kawasan hulu sungai tempat terdapatnya ketulan emas di


dasar sungai tersebut.
3.

Seorang yang suka bertindak melulu/bersikap terburu-buru


Amira pergi ke kawasan Air Terjun Angin seorang diri tanpa memberitahu
ibunya untuk berjumpa dengan Malique bagi mengetahui cerita sebenar
tentang kedatangan John OHara ke hutan tersebut sehingga menimbulkan
perkara-perkara yang pelik dan menakutkan di kawasan Desa Karpus.
Sebaliknya tindakan Amira menyebabkan Amira dihanyutkan oleh arus sungai
sementara Jacinta pula sesat di dalam hutan.

4.

Seorang yang cepat insaf / menyesali kesilapan yang dilakukan


Setelah peristiwa Amira dihanyutkan oleh arus deras dan Jacinta sesat di
dalam hutan, Amira menyesali tindakannya. Hal ini telah menyusahkan ibunya
kerana kerja-kerja cari gali terganggu. Prof. Zaidah marah akan Amira kerana
bertindak tanpa menggunakan akal sehingga membahayakan dirinya dan
rakannya semata-mata untuk bertemu dengan Malique. Selepas kejadian itu
Amira berjanji kepada ibunya bahawa masalah tersebut tidak akan berulang
lagi.

5.

Seorang yang penyayang


Kejadian Jacinta sesat di dalam hutan yang ditemui tidak sedarkan diri serta
mengalami luka-luka di badannya menyebabkan Amira bersimpati dan
bersedih atas mala pelataka tersebut. Amira begitu prihatin terhadap nasib
yang menimpa rakan karibnya. Dia berasa lega apabila Jacinta pulih kembali.
Amira meminta maaf atas tindakannya sehingga menyebabkan perkara buruk
berlaku ke atas diri Jacinta. Sepanjang Jacinta terbaring di hammock Amirlah
menjaga makan minumnya.
Amira menjaga ibunya yang tercedera dengan penuh kasih sayang setelah
ibunya mengalami kecederaan akibat kemalangan bersama-sama dengan Pak
Lias.

6.

Seorang yang mementingkan hubungan persahabatan


Amira sanggup membawa atau mengajak Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk
mengikuti ibunya dan turut serta dalam cari gali arkeologi supaya Jacinta dapat
melupakan masalah peribadinya. Malah Amira juga sanggup meredah hutan

bersama-sama dengan Itai untuk pergi ke kawasan terdapatnya emas/kuarza


demi persahabatannya terhadap Jacinta.
7.

Seorang yang berani


Amira sanggup dan berani pergi ke kawasan Air Terjun Angin untuk bertemu
dengan Malique, malah sanggup menunggu seorang diri selama 2 jam, namun
Malique tidak muncul kerana pada ketika itu Malique berada di Pulau Pinang.
Amira berani mengikut Itai ke kawasan hulu sungai semata-mata untuk
mengutip emas seperti yang dikatakan oleh Itai
Amira berani mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah untuk mengumpulkan
maklumat tentang kehidupan manusia zaman purba (zaman Neolitik).

8.

Seorang yang berjiwa kental/tahan lasak


Amira terlibat dalam usaha mencari dan menjejaki Malique yang hilang di
kawasan Gunung Gua Gajah
Amira menolak cadangan Itai supaya Amira dan Jacinta berada di bawah kaki
Gunung Gua Gajah sementara Itai, Pak Lias, dan Roslan masuk ke dalam gua
sebaliknya Amira bertekad untuk masuk ke dalam gua tersebut. Amira juga
tidak berasa jijik / geli ketika memijak lantai gua yang dipenuhi tahi kelawar.
Kekentalan jiwa Amira juga dapat dilihat semasa Amira berusaha mencari
Malique di dalam gua, Amira menjelajah di dalam gua sehingga sanggup
memanjat lubang kecil yang dipenuhi akar iaitu laluan ke puncak gunung
walaupun ditegah oleh Pak Lias, dia sanggup membahayakan dirinya untuk
menyelamatkan Malique.

9.

Seorang yang mahir dalam penggunaan ICT


Setelah Amira menjumpai mobile disk, dia berusaha membuka perisian
tersebut dengan bantuan rakan-rakannya. Dengan kemahiran yang dimiliki,
Amira berjaya membuka perisian tersebut apabila Itai mencadangkan Amira
menggunakan nama saintifik emas iaitu aurum sebagai kata laluan. Melalui
perisian tersebut mereka berjaya mengetaui kajian/laporan yang disediakan
oleh Malique tentang cari gali emas di kawasan Bukit Mat Raya yang
merupakan tempat kediaman suku Orang Asli Semai.

10. Seorang yang tidak kenal erti putus asa


Peristiwa mencari Malique membuktikan Amira seorang yang tidak kenal erti
putus asa dalam melakukan sesuatu usaha. Walaupun berjam-jam di dalam
gua Gunung Gua Gajah, sehingga mereka tidak menemukan apa-apa kesan
tentang Malique, namun Amira tidak berputus asa untuk terus mencari Malique,

sedangkan pada ketika itu Pak Lias dan Roslan hampir berputus asa untuk
meneruskan pencarian di dalam gua tersebut.

WATAK SAMPINGAN
1. Jacinta

Berkulit cerah.

Berbangsa Cina.

Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.

Anak seorang jutawan.

Telah kematian ibunya empat tahun lalu.

Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan
ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.

Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya
diungkit.

Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan


menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2. Itai

Berkulit gelap.

Berbadan tegap.

Anak orang asli yang bersekolah di bandar.

Anak kepada Tau.

Bakal ketua kampung.

Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau,
akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya
menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.

Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki


batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan
emas untuk dijadikan loket.

Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk
berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam.

Contohnya Itai

dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki,


meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa
oleh angin.
3. Profesor Zaidah

Wanita pertengahan usia

Ibu kepada Amira

Pensyarah universiti

Meminati bidang arkeologi

Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika
sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof
Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan
dilakukan.

Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah
dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah

disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek


cari gali tersebut.
4. Tau

Seorang yang tinggi lampai.

Berbadan tegap.

Bapa kepada Malique dan Itai.

Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).

Adik kepada Ludin.

Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran


orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan
mereka.

Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan


abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi
ketua kampung.

Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di
Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa
pengetahuan mereka.

5. Malique (Sabi)

Berkulit gelap.

Berambut kasar.

Anak Tau dengan Ipah.

Abang kepada Itai.

Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, Ohara menyuruh Malique
menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta


virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa


Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

Gaya Bahasa

1. Simile
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
2. Personifikasi
Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah
dada
haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari
tidurnya.
3. Hiperbola
Contoh:
Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan
manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu
4. Sinkope

Contoh:
Oi... kau tak teringin benda ni? Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta.
5. Inversi
Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti
semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
6. Kata Ganda
Contoh:
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru
Samantha.
7. Peribahasa
Contoh:
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang
takdir.

Nilai

1. Nilai bekerjasama
Contoh:

Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk


memastikan projek yang dijalankan berjaya.

2. Nilai kasih sayang


Contoh:

Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai
dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri
ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

3. Nilai keberanian
Contoh:

Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh
semua masyarakat orang asli.

4. Nilai cinta akan alam sekitar


Contoh:

Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan


semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut.

5. Nilai semangat bermasyarakat


Contoh:

Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan


Jacinta yang berbangsa Cina.

6. Nilai kesopanan
Contoh:

Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradab telah
menambat hati Prof. Zaidah.

7. Nilai ketaatan
Contoh:

Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang
luar ke kawasan lubuk emas.

8. Nilai amanah
Contoh:

Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada
Tau bertahun-tahun lamanya.

9. Nilai keikhlasan
Contoh:

Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di


Bukit Mat Raya.

10. Nilai tolong-menolong


Contoh:

Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat


kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Pengajaran

1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih sayang yang


secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2.

Kita

seharusnya

memelihara

dan

menghargai

alam

sekitar

yang

dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus


sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu
matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan
hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya,
dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta
yang berbangsa Cina.
5. Kita seharusnya tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya semasa
dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof.
Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Latihan

1. Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara
Amira.
2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.

Jawapan

1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira ialah
persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Persoalan ini

digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan


kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah
persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anakanak.

Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta

kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya

setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu
mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. Persoalan ketiga pula ialah
persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan
penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira. Perwatakan beliau
ialah beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau
juga seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus,
Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan
dilakukan. Selain itu beliau juga seorang yang tidak mudah berputus asa.
Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan
dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau
bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

Anda mungkin juga menyukai