Anda di halaman 1dari 15

CARA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH.

TULIS SEBUAH KARANGAN MENGENAI TAJUK


TERSEBUT.

RANGKA KARANGAN
Pendahuluan - DEFINISI -MAKSUD -

Ayat al-quran yang pertama- Demi masa


masa itu emas / masa tidak menunggu kita.

isi 1

perenggan 2
hobi / aktiviti yang bermanafaat - baik contoh dan huraian
Contoh : Bersukan - badminton -badan sihat- cergas -otak cerdas
Huraian :

isi 2

penanda wacana. Berjumpa-ziarah- saudara mara-pergi ke perpustakaan


contoh -hurai - ayat majmuk.

isi 3

penutup

penanda wacana-membaca-

: kesimpulannya, sebagai kesimpulan

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan"
dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat
diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat.
Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan
hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta
teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat
dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan
maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja
rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka
mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka.
Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu
sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Anda mungkin juga meminati:


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009
LAPORAN AKTIVITI PEND AGAMA ISLAM
LinkWithin

Faedah Aktiviti Lawatan


Jauh berjalan luas pandangan ialah ungkapan yang mengambarkan seseorang akan memperolehi
banyak pengalaman jika banyak berjalan atau mengikuti lawatan.
Justru itu, lawatan merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada para pelajar. Dengan
menyertai aktiviti tersebut seseorang pelajar akan memperolehi banyak maklumat. Contonya jika
melawat ke Melaka, kita akan dapat melihat banyak tempat-tempat bersejarah.
Selain itu, semangat patriotisma lebih mudah disemai sekiranya kita melawat ke tempat-tempat
bersejarah. Contohnya jika melawat Memorial Tun Abdul Razak, kita dapat mengetahui
perjuanagan bekas Perdana Menteri Malaysia.
Setelah penat belajar, melancong merupakan cara terbaik bagi seseorang untuk merehatkan
fikiran dan tubuh badan. Fikiran akan lebih tenang dengan menyertai aktiviti lawatan. Kita akan
lebih bertenaga dan bersemangat.

Industri pelancongan, di negara kita memerlukan sokongan daripada orang ramai terutamanya
rakyat tempatan. Dengan pelbagai aktiviti lawatan akan mendorong lebih banyak lagi hotel-hotel
dan rumah rehat dibina. Dengan itu akan dapat meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi
negara.
Kesimpulan daripada pernyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa lawatan sememangnya
banyak mendatangkan faedah. Sama ada kepada diri sendiri atau kepada negara. Janganlah kita
jadi seperti katak di bawah tempurung.
Anda mungkin juga meminati:
Pendaftaran Tahun 1 dan Pembelian Buku 2010
Bersama-sama Menuju Puncak Kejayaan
PERASMIAN 'KABIN' SURAU
LinkWithin

Fakta : Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan


Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau
buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala
jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh
itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjungmengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran
anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling
mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti
ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat
mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran
kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia
menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormatmenghormati dan kasih sayang sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran
terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman
dan harmoni.

Fakta: Faedah memanfaatkan Perpustakaan


Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang
boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan
membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid
dalam pelajaran.
Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang
selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok
dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan
mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan
mereka.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai
peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku
mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid
dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam
kehidupan mereka.
Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu
membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah
perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, muridmurid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku
tertentu di perpustakaan.

Labels: KARANGAN FAKTA

Karangan Jenis Fakta : Kebaikan Buah-buahan Tempatan


Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh
buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan
masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai
jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buahbuahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi
sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini
tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih

gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu
negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak
kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan
import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya
atau miskin.

Labels: KARANGAN FAKTA

Faedah Menabung
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung
perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab
itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan
makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita
sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan
berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu
juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan
jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta
kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di
dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh
digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa
dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat
sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana
'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Labels: KARANGAN FAKTA

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK


Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng,
keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak
keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.
Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan
pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu
pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label
pembungkus makanan tersebut.
Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini
melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya
kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak hari ini lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh
orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga
yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan
yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.
Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering
menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh
dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan,
digunakan untuk membeli makanan ringan.
Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau
tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan
anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar


Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan
bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara
akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan

tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik
kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam
keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini
diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuhtumbuhan untuk dijadikan suber makanan.
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang
menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan
pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang
dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan
terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita
memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan
terus membiak.

perlu
yang
perlu
dapat

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam


sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang
terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid


Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan
sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi
ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid
ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas,
bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan
mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda
oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran.
Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa
belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan
mencerahkan masa depan mereka.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta
rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua
darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai
pemimpin di masa hadapan.
Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid yang
berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri.
Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah .

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan Negara
Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi
perpustakaan kerana mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah,
surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu sudah tentulah perpustakaan memberi
banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila kita membaca di situ,
sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah. Contohnya apabila kita membaca surat khabar,
kita akan mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan
mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia atau
dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti
melepak dan sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat
pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah mesti senyap, memulangkan buku dalam
tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita
kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.
Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca
buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita
menulis karangan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka
mengunjungi ke perpustakaan supaya kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk
membentuk pelajar kretif, progresif, dinamis, berdaya saing dan berwawasan.
Kegaiatan yang merangkumi persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan
untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini dijalakan selama dua jam seminggu.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak
feadahnya.Aktiviti
kokurikulum
menekankan
amalan
bekerja
secara
berpasukan.Hasilnya setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan
material.
Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar
memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam
kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan individu yang tegas,beretika dan cekal
dalam menangani kemelut seharia.
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang
memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif.
Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang
memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo.
Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran
kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan
sahsiah setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

Faedah Belajar Secara Berkumpulan


Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.setiap murid perlu memilih
kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah.
Pelajar-pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan .Pelajar yang lebih
lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak.mereka juga dapat
mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Selain itu,belajar secara berkumpulan juga
dapat mungurangkan kos membeli bahan bacaan dan latihan.Pelajar boleh berkongsi
buku rujukan bersama-sama.
Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan antara
satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana
yang menyeronokkan. Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian
diri sendiri.ini dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid.
ia dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid-murid.

Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang


dan teratur. Murid -murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai
tujuan belajar.

Contoh-contoh Karangan Jenis Fakta / Rencana


Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang Penggunaan Komputer.
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sainss. Penggunaannya begitu meluas
dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang. Komputer sering digunakan di pejabatpejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan
penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.
Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan
penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat
membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan
komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya. Pendek kata
penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang
serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.
Tajuk : Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai
Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari. Biasanya
banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai.
Apabila banjir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan
mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya
yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita
berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : Kepentingan Kenderaan
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada
pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan
oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.

Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini
termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan
yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van,
keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh
pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu
memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan
ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu,
kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka.
Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat
diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah
pembangunan.
Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan
menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki
kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana
hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia


Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan
Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan
seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi,
memang banyak sumbangan yang wujud.
Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah
untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin
pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah
ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.
Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan

terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain
dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu
perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa
jam atau minit sahaja.
Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini.
Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk
memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja.
Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi
dan sains ini.
Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih
selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah
berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan
manusia lebih baik kehidupannya.
Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap
kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan
buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan
sains dan teknologi ini.

Faedah Bergotong-royong
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergoyong-royong:.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau
mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja
yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah
dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah
untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain
menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan
pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni
ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan
amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan
sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini
dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu
masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini
wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya
mengundurkan diri dahulu.

Faedah Membaca
Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.
Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama
ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam
pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk
menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk
menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan
duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang
gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika
keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan
seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik
dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu
untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang
diberikan oleh pihak sekolah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan
berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri
seseorang itu.