Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN

PENGAJIAN AM
PREPARED BY: ABBINASH SANTHANA KRISHNAN

Budaya warisan yang mempunyai nilai budaya yang tinggi perlu dijaga dan
pada masa yang sama, langkah yang sesuai perlu diambil untuk mengekalkan
nilai budaya tersebut.jelaskan.

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan
budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional
mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian,
makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara
kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai
kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing
terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran.
Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan
kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti
ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan
nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam
turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita
saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim,
seterusnya memupuk perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.
Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi
generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan


warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta
pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami
budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas.
Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga
perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan
ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan
Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti
kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan
mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat
untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga
akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa
bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta

Rangka:

Pendahuluan :
-

Isi-isi
-

Penutup
-