Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

NAMA: THISHANTINI A/P RAVIDARAN


Saya telah berjaya melaksanakan fail pembelajaran untuk mata pelajaran
Kompetensi Kecerdasan Emosi. Tugasan ini telah diberikan oleh Encik Hong Kim
Guan yang merupakan pensyarah bimbingan kami bagi mata pelajaran Kompetensi
Kecerdasan Emosi.
Mata pelajaran ini telah mencetuskan pemikiran serta meningkatkan
kefahaman saya tentang Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam setiap komponen
yang dijalankan, saya tentu akan menghadapi masalah seperti tidak memahami
tajuk komponen tersebut. Ini akan mencetuskan perasaan marah saya. Sekiranya
saya tidak menangani emosi marah saya itu dengan baik, saya mungkin akan
menyelesaikan tugasan saya dengan sebarangan. Tindakan ini merupakan sikap
yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, saya harus menguruskan emosi negatif saya
dengan bijak agar menghasilkan tugasan yang baik.
Melalui tugasan ini, saya telah memahami kepentingan Kompetensi
Kecerdasan Emosi bagi seseorang pelajar mahupun seseorang bakal guru. Sebagai
seorang bakal guru, saya harus mengaplikasikan pengetahuan Kecerdasan Emosi
untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pada suatu hari nanti, saya akan berhadapan
dengan masalah kerja di sekolah, hubungan dengan rakan sejawat dan masalah
anak-anak murid di sekolah. Oleh itu, dengan pengetahuan tentang Kecerdasan
Emosi, saya dapat menangani masalah-masalah yang dihadapi secara bijak dengan
kawalan emosi yang baik.
Dengan lebih memahami tentang kompetensi sosial, saya tahu
pentingnya menguasai kemahiran sosial dalam kerja berpasukan. Oleh itu, dalam
tugasan seterusnya terutama bagi tugasan berkumpulan, saya harusmenguruskan
emosi diri secara bijak. Saya harus bertolak ansur, bersedia mendengar dan
menerima pandangan daripada ahli kumpulan lain. Ini dapat memberikan
peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian. Secara tidak langsung,
hubungan yang baik sesama rakan-rakan dapat terjalin dan dikekalkan.

Saya juga tahu kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam


perhubungan dengan orang lain. Saya harus mengawal emosi diri seperti marah
dalam menghadapi konflik dengan orang lain. Masalah konflik dan perselisihan
faham sering berlaku pada diri kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya
berpendapat

kita

harus

berfikir

secara

rasional

dengan

memahami

dan

mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh menjadikannya hilang akal seperti


kata-kata dan perlakuan orang lain yang akan menyinggungkan perasaan. Dengan
itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan secara bermuafakat tanpa perasaan
marah.
Tahap pencapaian Kompetensi Kecerdasan Emosi guru akan
menentukan tahap pencapaian Kompetensi Kecerdasan Emosi dikalangan pelajar.
Saya ingin menjadi seorang guru yang berkesan dan berjaya pada masa depan.
Oleh yang demikian, saya harus belajar untuk menangani emosi negatif yang
terdapat dalam diri saya dengan cara yang sihat. Kesimpulannya, saya telah
mendapat banyak manfaat melalui tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Hong Kim Guan dan rakan-rakan saya
yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya sepanjang membuat fail
pembelajaran dijalankan.

Sekian, terima kasih

http://rikhanfuadi.blogspot.com/2010/11/kompetensi-sosial.html
http://www.scribd.com/doc/39294535/KOMPETENSI-KECERDASAN-EMOSI

Anda mungkin juga menyukai