Anda di halaman 1dari 6

Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada

kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:


Merosakkan tulang.
Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk


Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan


Merosakkan urat.
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat


Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur

Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah


Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir

Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih


Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana


Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut


Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan
lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut

Merosakkan pundi hempedu.


Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan


Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ragam lauk/makanan yang dimakan,
semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais

Merosakkan otot dan lambung.


Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang


Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan
menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup
yang positif.

Semoga bermanfaat

8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri | Tubuh badan yang sihat akan menjana
minda yang cergas lagi cerdas. Apabila tubuh kita sihat, kita akan bertenaga untuk
melakukan kerja seharian dan juga melakukan amal ibadat yang diperuntukkan kepada
kita. Di sini terdapat 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri yang dapat kita
sama-sama praktikkan.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat
sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal
fikiran.
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian
pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman. (HR. Muslim)
3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).
(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada
Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki , peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan
lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa
menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di
hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah jangan marah diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat
kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada
kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka
perlu berbaring.
Kemudian membaca Taawwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wudhu dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di
hati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada
sifat iri hati. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat-sifat mahmudah.
8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya,
banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi
yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Kepentingan menjaga kesihatan
Dapat mengelakkan menjangkiti penyakit berbahaya.
Kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbukadalam melakukanperkara yang
positif.

Kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerjaharian tanpa sebarang
masalah.
Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa doktor.
Kerajaan dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan danboleh menggunakan wang
tersebut untuk pembangunan negara.
Anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
Tidak akan mengalami masalah seperti menjangkti penyakityang akan menangguhkan
masa semasa menjalankan sesuatuperkara.
Dengan tubuh badan yang sihat, anda boleh selalu ke Negaralain melancong untuk
menambahkan pengetahuan anda.
Anda boleh datang ke sekolah untuk mempelajari pelbagai ilmupengetahuan.
Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankanpelbagai aktiviti mental,
fizikal, sosial dan fisiologi.
Mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktivitiriadah dan menghadapi
cabaran apabila timbulnya kecemasan. S

SAMA-SAMA KITA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W =)


S

Sumber: 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri - Fuh.My

Anda mungkin juga menyukai