Anda di halaman 1dari 19

KEJURUTERAAN

GENETIK 2014
NAMA : EN AL YASSER BIN MD
ISA

APAKAH ITU KEJURUTERAAN


GENETIK?

Adalah satu teknik yang digunakan untuk


memindah dan mengubah suai gen bagi
menghasilkan satu organisma termodifikasi
genetik yang di ingini

Menghasilkan atau mengubah suai sesuatu produk.


Meningkatkan mutu hasil penternakan atau tanaman.
Membangunkan pengunaan mikroorganisme dalam sesuatu
tujuan yang khusus

MANFAAT KEJURUTERAAN
GENETIK

Penyelidikan genetic yang dijalankan di institusi-institusi


pengajian tinggi dan di intitusi-institusi penyelidikan di
Malaysia telah membawa banyak manfaat kepada kita,
khususnya dalam bidang pertanian, ternakan, dan bidang
perubatan.

INDUSTRI PERTANIAN

Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang


mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi
baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan
mereka yang tidak menentu justeru, dengan menggunakan bioteknologi
masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak
serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan.
Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan
lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya :
> Buah yang besar
> Buah tanpa biji
> Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan
haiwan
perosak
> Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.

Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ?

Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini


menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika
proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat mencacatkan
penghasilan pembentukan biji benih.

Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding
pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen
pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi
supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi
petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.

Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak


menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat
meningkatkan hasil jualan petani.

INDUSTRI TERNAKAN

Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan


sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun
diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka
ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan
keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian
haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah
kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.
Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang
berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran
populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini
sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia
seluruh dunia

Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang


pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang
sebagai contohnya :
> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak
> Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di
bervitamin
> Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan
persekitaran
Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini
semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur
yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang
yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru
lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen
yang telah diterapkan.

INDUSTRI PERUBATAN

Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus,


vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah
intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia.

Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing


manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan
lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya
dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa
disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam
aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada
haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam.

Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen


khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang
lebih cepat dan mencukupi.

Dalam kemalangan pula atau


pembedahan kadang kala
memerlukan darah simpanan untuk
menyokong tubuh pesakit dan kini
bekalan darah sangat kurang di
bank darah. Penyakit genetik
seperti 'cri du chat', sindrom Down
boleh diatasi dengan mengubahsuai
gen-gen abnormal kepada gen
normal melalui terapi gen contohnya.
Pesakit barah yang menderita
akibat pertumbuhan sel mutasi boleh
menerima manfaat juga melalui
pemodenan dalam era bioteknologi.

CONTOH MUTU KEJURUTERAAN


GENETIK

Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya.

Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya


datang dari pokok kacang soya transgenik.

Penghasilan tapai dan air tuak.

Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari


segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita
lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah
bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.

KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK


Agama
Moral
Keselamatan
Pencemaran
Kesihatan

Alam

AGAMA
Selain

kesannya terhadap
kesihatan dan alam.
makanan yang dihasilkan melalui
kaedah bioteknologi ini juga tidak
terlepas daripada isu halal
haramnya.

ASPEK KESELAMATAN

Kontroversi kejuruteraan genetik ialah berkaitan dengan tahap


keselamatannya terhadap kesihatan pengguna.

Tinjauan yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)


menunjukkan bahawa 92 peratus responden di Kanada menyatakan
kebimbangan mereka berhubung dengan kesan jangka panjang
kepada manusia, manakala 61 peratus.

Adakalanya pihak pihak tertentu menyalahgunakan pengklonan ini


untuk mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan pihak lain.
Contohnya untuk menghasilkan klon manusia yang kejam untuk
tujuan peperangan.

ASPEK KESIHATAN

Kejuruteraan genetik mengubah sifat asli


makanan yang kita makan. Tanpa ujian
jangka panjang, tiada siapa tahu jika
makanan ini selamat. Contohnya, kesan
sampingan racun serangga hanya
diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.

PENCEMARAN ALAM

Pengaruh organisma yang diubah secara


genetik di dalam rantai makanan boleh
merosakkan ekologi setempat, dan
menyebabkan perubahan yang tidak
dijangka pada alam sekitar. Organismaorganisma baru akan bersaing dengan
tumbuhan liar sejenisnya dan ada
kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus.

ASPEK MORAL

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang


genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah
kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul
masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang
mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang
kerjanya hanyalah mengambil upah untuk
mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun
akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan
dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya.

ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetic telah membangkitkan banyak isu dari segi social,


agama, ekonomi, Negara, dan moral. Persoalan seperti berikut yang
sering dikemukakan.
Adakah makanan yang diubahsuai secara kejuruteraan genetik ini
selamat untuk dimakan?
Apakah kesan sampingan jika memakan makanan yang diubahsuai
secara kejuruteran genetik?
Apakah jenis penyakit yang boleh dirawati?
Siapakah yang diberi layanan pertama untuk mendapat rawatan
penyakit genetic, orang kaya atau orang miskin?
Bolehkah tumbuhan yang tahan racun serangga mengacuk dengan
tumbuhan lain secara semula jadi dan menghasilkan mutan baru?

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik


buat manusia .
Cuma kita harus sedar limitasi yang wujud.
Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk
membawa masalah kepada kehidupan manusia
hendaklah diharamkan oleh kerajaan.
Teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan
manusia dan bukannya membawa impak negatif.