Anda di halaman 1dari 3

NOTA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU

UNIT 1: IDENTITI DIRI


Identiti diri merupakan gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya.
Setiap individu juga mempunyai potensi diri iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi.
CARA-CARA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI
Mengenalpasti potensi diri.
Mencatatkan perkembangan diri.
Menghubungkan potensi diri dengan cita-cita.
Mengambil daya usaha untuk mencapai cita-cita.
UNIT 2: PENYELESAIAN KONFLIK
Penyelesaian Konflik
Berkongsi masalah dengan individu yang dipercayai.
Berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Menjaga maruah diri.
Bijak memilih rakan.
Berkongsi minat dan pengalaman
Sikap Asertif
Tegas
Mempunyai harga diri
Tidak terpengaruh dengan ajakan negatif rakan.
Berfikir dengan matang.
Menjauhi tingkah laku antisosial.
Berupaya menimbangkan baik buruk sesuatu keputusan.
TEMA 2: KELUARGA BAHAGIA
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
Saling menyayangi sesama keluarga.
Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
Peka terhadap perasaan anggota keluarga.
Amalan gaya hidup yang sihat.
Perlakuan yang beradab.
CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
Berkomunikasi secara sopan.
Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
Menjaga keselamatan anggota keluarga.
Menghargai anggota keluarga.
Menjaga kebersihan rumah/ persekitaran.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
BANGGA TERHADAP SEKOLAH
Mengenali sejarah/identiti sekolah.
Menghargai budaya sekolah.
Menjaga keceriaan sekolah.
Belajar bersungguh-sungguh.
Berbakti kepada sekolah.
CONTOH-CONTOH BUDAYA SEKOLAH
a. Budaya Sekolah Berdisiplin
Beratur dengan tertib.
Ponteng sifar.

Kes salah laku yang minima.


Ketepatan waktu.

b. Budaya Sekolah dalam Taman


Kebersihan dan keindahan persekitaran.
Amalan Kitar Semula.
c. Budaya Sekolah Penyayang
Kempen warga sekolah penyayang.
Program mentor-mentee
Tabung penyayang.
Bantuan Kebajikan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
d.Budaya Sekolah Cemerlang Kokurikulum
Cemerlang dalam aktiviti sukan.
Aktif dalam aktiviti, kelab, persatuan dan unit uniform.
Mengambil bahagian dalam program komuniti.
PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH
Penglibatan diri dalam aktiviti sekolah.
Sahsiah dan sikap yang positif.
Mematuhi peraturan sekolah.
Memberi sokongan moral.
Mengharumkan nama sekolah.
Menghormati warga sekolah.
CIRI-CIRI/SIKAP MURID YANG POSITIF
Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
Sentiasa berdisiplin.
Menghormati pendapat komuniti sekolah.
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat.
KEBAIKAN SAHSIAH DAN SIKAP POSITIF MURID KEPADA SEKOLAH
Sekolah menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk belajar.
Sekolah menjadi tempat kecemerlangan murid.
Sekolah mendapat sokongan daripada ibubapa dan komuniti di sekitar sekolah.
Peningkatan budaya ilmu.
Budaya penyayang dapat dipupuk.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM
CIRI-CIRI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM.
Disampaikan oleh tukang cerita atau penglipurlara.
Berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
Mengandungi teladan dan nasihat yang berguna.
Disampaikan dari mulut ke mulut.
JENIS-JENIS CERITA RAKYAT
Cerita hikayat.
Cerita asal usul.
Cerita jenaka.
Cerita binatang.
Cerita kepahlawanan.
Cerita lipur lara.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI.
Proses pilihan raya.
Hak-hak asasi individu terjamin.

Persamaan dan keadilan.


Kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
Membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara.
Warganegara yang patriotik.
Ketelusan dalam membuat keputusan.

CIRI-CIRI NEGARA DEMOKRASI


RAJA BERPERLEMBAGAAN
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang.
PILIHAN RAYA
Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih.
BADAN PERUNDANGAN
Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang di peringkat Persekutuan.
PARTI-PARTI POLITIK
Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak kea rah pemerintahan sebuah
negara demokrasi yang makmur dan stabil.
BADAN PELAKSANA
Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif.
BADAN KEHAKIMAN
Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
CABARAN MENGEKALKAN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Perpaduan kaum.
Kelestarian alam sekitar.
Kesedaran Sivik.
Empati terhadap golongan kurang berupaya.
KESEDARAN SIVIK
Memelihara kepentingan semua pihak.
Menjaga kemudahan awam.
Mematuhi peraturan dan undang-undang.
Memulihara dan mengekalkan alam sekitar
Pembangunan infrastruktur.
MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020
Masyarakat ICT
Memelihara kelestarian alam sekitar.
Sistem pengangkutan yang canggih.