Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN.

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa
adalah suatusaluran yang membolehkan kanak

kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan


penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkankanak-kanak berhubung
antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan
berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya,
memberi pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan
bahasa ini bukan sahaja dapatmerapatkan perhubungan kanak

kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak

kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.


2.0 LAPORAN KAJIAN : PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK.2.1 DEFINISI
BAHASA.
Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87) adalah satu sistem lambang
bunyisuara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia.Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua (1985:40)
cetakan kesepuluh pulamenghuraikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang
arbitari, yang diperguna oleh paraanggota suatu masyarakat untuk bekerjasama,
berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.Disertakan juga di sini pendapat dari
seorang tokoh bahasa terkemuka tanah air, Raminah HjSabran (198
5) , banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa.
Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi
mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Jadi dapatlah
disimpulkan bahawa bahasa merupakan suatu sistem lambang pertuturan yang
terdiri daripada leretan bunyi- bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli
sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung. Bahasa juga boleh dikatakan
sebagai saluran bagi membolehkan kanak-kanak menyusun dan menyatakan idea
atau pengalamannya.
2.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan bahasa ketika
peringkatkanak-kanak 2.2.1 UMUR
Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah seiring dengan peningkatan
usia seseorangkanak-kanak . Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara
umur dan kematanganterutama sekali alat suara dan akal. Secara normal, kanakkanak tidak bercakap selagi belummatang.

2.2.2 KESIHATAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu
terutamanyadalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit,
kurang aktif dan sentiasaterasa letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan
alam sekitar dan seterusnya menganggukelancaran pertuturan.
2.2.3 JANTINA
Secara umumnya, kanak-kanak perempuan lebih cepat bertutur jika dibandingkan
dengankanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak perempuanlebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang.Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan
lebih mudah difahami. Selain itu merekalebih banyak perbendahaaan kata.
Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakapdan lebih cepat
membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak perempuan ada juga
yanglambat mengalami perkembangan bahasa.
2.2.4 KECERDASAN
Kecerdasan dan kebolehan berbahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat
pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanakkanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap
tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi
mempunyai sifat istimewa kerana dapatmemerhati dan memahami erti perkataan
dan percakapan.
2.2.5 KEADAAN KELUARGA
Perkembangan bahasa kanak-kanak dari keluarga yang berstatus tinggi dan
sederhana akanlebih pesat jika dibandingkan dengan kanak-kanak dari keluarga
berstatus rendah. Selain itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih banyak. Saiz
sesebuah keluarga juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kakak.
Sebagai contoh , dalam situasi sekiranya kanak-kanak itu berstatus anak tunggal
maka dia akan lebih cepat bercakap kerana mereka lebih banyak berinteraksi
dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala kanak-kanak

yang mempunyai ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri
maka perbendaharaan katanya sedikit.
2.2.6 PERSEKITARAN
Faktor persekitaran berkait dapat dengan keadaan keluarga. Secara amnya,
perkembangan bahasa lebih pesat sekiranya kanak-kanak membesar dalam
lingkungan persekitaran yangsihat mendapat segala kemudahan. Jika persekitaran
kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan
percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan katayang betul dan lebih luas.
2.3 SISTEM BAHASA

Dalam bahasa melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada :
2.3.1 FONOLOGI
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanakkanak secaraumumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa
apa yang dituturkan.Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini
berlaku pada peringkat agahan.Pada mulanya kanak-kanak memperoleh fonemfonem yang kasar dan perbezaan fitur yangketara. Tetapi ia akan beransur maju
kepada fonem-fonem yang halus dan jelaskedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan
oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalahseperti berikut:

2.3.3 SINTAKSIS
Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan
sintaksis,kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan
semasa umur satu tahundan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur
dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata
ataupun konteks bagi menafikan pertanyaandan sebagainya. Ayat-ayatnya padat
dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dankurang ataupun tiada langsung kata
kerja. Selepas lima tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa.
Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupayamenghasilkan ayat pasif atau yang
lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman danhubungannya dengan
struktur luar.Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan
mudah dengan tepatseperti:
Ambilkan buku mak.

Mana roti adik.?


Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan
perkataandengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua
perkataan muladigunakan seperti: Ayat
penyata: Saya minum., Kunci kakak., Nenek balik.

Ayat negatif: Ibu belum masak.

Ayat perintah: Jangan tutup radio.

2.3.4 SEMANTIK
Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak
berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi

bahasaketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada


peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian
memperluaskan
perbendahaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak
hanyamemahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam
sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan
maknanya. Pada usia 2tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka
mempelajari daripada konsep konkritkepada konsep abstrak. Dan seterusnya dapat
menyusun makna perkataan mengikuttatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak
pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Orang dewasa harus
memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa mereka.Mengikut Piaget,
perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitusensori
motor, praoperasi dan operasi konkrit.
2.3.4.1 Peringkat sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:
Apabila dia sedang lapar. Dia akan kata mamam.

Apabila dia tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata mamam bermaksud dia
nak
makan roti itu.Apabila dia melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan
menggelengkan kepala bermaksud makanan sudah habis.
2.3.4.2 Peringkat Praoperasi
Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak mula memahami ada
perkataanyang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih
dalam peringkat konkritdan tidak memahami perkataan abstrak.Peringkat operasi
konkritPeringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana
kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna.
Namun pada masa yang samamereka masih bergantung kepada proses sedia ada
dan pengalaman terus. Sebagai contoh,mereka memahami fungsi rumah, ruang
tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.Perkembangan semantikkanak-kanak
adalah seperti berikut:
Umur Kebolehan semantik
6-12 tahun Dapat memahami perkataan sertamenunjukkan onjek yang
dinamakan.1-1 tahun Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan
sebulan pada usia 1 tahun.

Perbendaharaan kata terdiri daripada namaorang (mama, abah) dan benda


maujud(kasut, roti, buku)2-3 tahun Perkembangan perbendaharaan kata
diiringidengan menyifatkan objek Dapat memahami perkataan yang lebihabstrak

seperti perasaan suka dan sedih.Lebih banyak perbendaharaan kata


(1000kata)Dapat menamakan objek atau kejadian danmengkategorikannya.4-6
tahun Berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa(10000 perkataan sehingga
mencecah hujung prasekolah)Memahami lawak jenaka dan metaforaMemahami
cerita lisan ataupun yang dibacadi dalam buku.Memahami dan menghafal seni kata
laguatau puisi.
2.3.5 PRAGMATIK
Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara
seseorangmenyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial
yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut
peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk
secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang
tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabilaada perkara yang penting untuk
dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan sepertimenggunakan maaf
saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harusmengetahui
bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi respondalam
satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada
budayamasyarakat. Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara
pragmatik berkembangseperti berikut:

Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk


berhubung danmenyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa
untuk memahami isyaratmereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak
berlaku secara berperingkat dandipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian
kerana, proses perkembangan bahasadiperingkat kanak-kanak bergantung kepada
quantiti perbendaharaan kata yang berjayadiperoleh dan dikuasai. Perkembangan
bahasa juga mempengaruhi perkembangan daya pemikiran. Jadi bagi melahirkan
kanak-yang bijak dan petah berkata-kata persekitaranmemainkan peranan yang
penting. Oleh itu, amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga danmasyarakat
termasuk golongan pendidik seperti guru prasekolah memahami keadaan
ini.Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi menggalakkan
minatmembaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan sudut bacaan
yang diisidengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan pihak
keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di
rumah bagi melahirkan golongankanak-kanak yang pintar.

Anda mungkin juga menyukai