Anda di halaman 1dari 17

INTERAKSI

ANTARA
TAMADUN
MOHD ZAHIRWAN HALIM
BIN ZAINAL ABIDIN
CITU UiTM PERAK

Pengenalan
Interaksi, komunikasi, pertembungan dan perhubungan antara
tamadun manusia telah wujud sejak zaman berzaman
Walaupun ianya berbeza, namun wujud usaha untuk
mendekatkan jarak yang memisahkan antara peradaban itu
melalui tranformasi idea, teknologi ataupun asimilasi budaya
dan tamadun keilmuan
Interaksi antara peradaban mengambil masa yang panjang dan
ia lazimnya berjalan tanpa disedari oleh komuniti terbabit
Cth: Perpindahan tamadun Islam ke Barat semasa pemerintahan
Andalus (711-1492 M) mengambil masa yang panjang sekiranya
diperhatikan kepada pemerintahan Islam tersebut
: Perpindahan Tamadun Barat ke atas negara-negara jajahan
semasa era kolonial malahan masih berterusan sehingga
kini
Negara yang didiami pelbagai kaum, bangsa, budaya dan agama
juga akan menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun

Definisi Interaksi Antara Tamadun


Iaitu penyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan
melalui asimilasi dalam jangkamasa tertentu sehingga budaya
tempatan hilang identitinya
Cth: Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, Cina Peranakan
di Kelantan, budaya Timur dan Barat sehingga budaya Barat
mampu mendominasi

Tahap Interaksi
Dalam konteks negara Malaysia sekarang, interaksi telah
berlaku melalui beberapa tahap iaitu:
1. Interaksi budaya masyarakat setempat dengan budaya luar
yang dibawa oleh para pedagang dan pengunjung ke Tanah
Melayu
Cth: Kedatangan pedagang Arab telah membawa kepada
penyebaran agama Islam ke TM kerana Islam sesuai
dengan fitrah dan citarasa semulajadi masyarakat setempat

Cth: Kedatangan pedagang Arab telah membawa kepada


penyebaran
agama Islam ke TM kerana Islam sesuai
dengan fitrah dan citarasa
semulajadi masyarakat
setempat. Tambahan pula, Islam telah diterima di kalangan
raja-raja Melayu yang menggalakkan lagi
penyebaran
Islam.
: Penerimaan Islam bermula dengan Megat Iskandar Syah
(Parameswara) pada 1403 M, telah menjadi pemangkin
kepada
agama Islam untuk mendominasi pemikiran dan
budaya hidup
masyarakat Melayu
: Kehidupan telah bertukar daripada kehidupan yang
dipenuhi unsur- unsur khurafat dan animisma kepada
mentauhidkan Allah serta
beramal dengan ajaran-ajaran
Islam yang berpandukan kepada
kitab al-Quran dan alSunnah

2. Kehadiran bangsa dan warna kulit yang berlainan


apabila kedatangan penjajah Inggeris
Cth: Imigran Cina dan India di TM. Pada peringkat awal,
mereka masih menghormati hak-hak orang Melayu sebagai
penduduk asal TM namun perkara ini terhakis apabila
berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Konflik ini dapat
ditangani sehingga kaum-kaum tersebut dapat menerima
Malaysia adalah negara yang didiami masyarakat majmuk
3. Interaksi antara budaya Timur dan Barat.
- budaya Barat yang tidak berpaksikan kepada agama
menyerap masuk ke dalam budaya tempatan
- Berlakunya kerosakan akidah dan juga akhlak
- Budaya hidup masyarakat Islam dan Melayu telah
terhakis

Faktor-Faktor Interaksi
1.

Agama
Agama berkait rapat dengan tamadun dan kebanyakan tamadun muncul
serentak dengan agama. Cth: Tamadun Islam
Agama-agama lain di dunia termasuk Yahudi, Kristian,Hindu dan Buddha
juga muncul dengan pegangan dan kepercayaan terhadap kuasa Tuhan yang
menjadi pengimbang dan pengawal kepada tamadun masing-masing
Namun, tidak semua tamadun dipengaruhi agama seperti tamadun Greek
yang berasaskan rasionalisme dan tamadun Barat yang menolak agama
kerana menganggap agama penghalang kemajuan. Barat telah mencipta
ideologi-ideologi moden seperti Sekularisma bagi mengambil tempat agama.
- Sejarah: Pihak gereja telah menolak sains dan menganggap sains itu sihir
sehingga menyaksikan ribuan saintis telah dibunuh. Antaranya ialah Galileo
Galilie
Dalam Islam, aktiviti dakwah amat digalakkan dan didorong oleh Nabi
Muhammad S.A.W. . Oleh itu, para pendakwah telah merantau ke seluruh
pelosok dunia untuk menyampaikan agama Islam. Para pedagang juga
berperanan untuk membantu proses dakwah ini kepada penduduk tempat
yang disinggahi
Atas dasar agama, telah berlaku interaksi yang menyaksikan pertukaran
agama penduduk setempat kepada agama yang lain kerana sesuai dengan
budaya dan adat hidup mereka. Cth: Penduduk Nusantara kepada Islam
kerana dalam konteks Alam Melayu, orang-orang Melayu pernah melalui
proses pertukaran agama dari kepercayaan animisme, Hinduisme,
Buddhisme dan Islam

2. Keserasian antara budaya dan tamadun


Percampuran budaya tempatan dengan budaya luar yang
ada keistimewaan tersendiri yang mampu menarik
perhatian
Cth: Pakaian
- Songkok di pakai sebagai pakaian rasmi di Malaysia
dan Indonesia
- Cina Kampung pakai kain sarung dan semutar
sebagaimana
orang Melayu Kelantan
:Budaya
- Adat persandingan
- Melenggang perut
3. Penjajahan
Masyarakat tempatan menerima budaya penjajah yang
berjaya mendominasi budaya tempatan sehingga budaya
tempatan dianggap kolot

Cth: Pakaian
- tie, kot, seluar, topi, baju kemeja
: Cara Makan
- garpu, sudu, pisau
: Pergaulan
- bebas antara lelaki dan perempuan
: Hiburan
- Nyanyian, tari menari
:
Tulisan
- Tulisan Jawi kepada huruf Roman
: Bahasa
- Melayu kepada Inggeris

4. Perdagangan
Berlakunya hubungan duahala dalam tempoh masa yang
panjang
Kesannya, berlaku asimilasi budaya masing-masing
Cth: Hubungan dagang antara bangsa Arab dan Melayu
- Masyarakat Melayu telah memeluk Islam
- Wujudnya tulisan Jawi
- Arab dan Islam: Penggunaan kapur barus dalam
memandikan mayat
- Bahasa: Penggunaan beberapa perkataan Arab
dalam
bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan
agama seperti
kadhi, hukum,fatwa, akad, nikah
- Senibina: dibina kubah dan menara sebagaimana di
T.Arab

5. Pendidikan dan ilmu pengetahuan


Berlaku apabila penduduk tempatan dihantar belajar ke tempattempat di luar jajahan mereka
Cth: Pelajar Melayu dihantar ke T.Arab dan Eropah untuk
belajar
Adanya pengaruh dari budaya tempat belajar masing-masing
Wujudnya matapelajaran seperti ilmu bahasa. Cth:
-Bahasa Arab: Balaghah, Nahu dan Saraf
-Bahasa Inggeris: Grammar
Penubuhan sekolah dan universiti sebagaimana di T.A dan
Eropah
Matapelajaran moden telah dibawa masuk ke Nusantara seperti
Matematik, Sains, Ilmu Alam, falsafah
Berlakunya revolusi pemikiran dikalangan para pelajar kerana
terpengaruh dengan revolusi ditempat mereka belajar
Cth: Gerakan Tajdid dan Islah di Mesir mempengaruhi
sebilangan pelajar Melayu yang belajar di al-Azhar
: Fahaman Sekular dan Liberal di Barat

6.Ibadah dan ziarah


Terutamnya semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah
ke Mekah dan Madinah
Dalam jangkamasa yang lama, berlakunya interaksi
Apabila pulang, memakai jubah kopiah, serban
Makanan: Roti Arab, buah kurma
Orang Arab: Pandai dan faham berbahasa Melayu
Makanan: Makan nasi seperti Nasi Arab dan Bukhara
7. Perkahwinan
Perkahwinan antara pasangan berlainan budaya
menyebabkan berlakunya asimilasi
Cth: Melayu-Cina, Melayu-Arab
Budaya pasangan akan meresap secara beransur-ansur ke
dalam diri pasangan
Bagi yang beragama Islam, yang haram tidak boleh
diamalkan

Kesan Interaksi
1.

Kesan Positif
a) Interaksi secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka
antara budaya tempatan dengan budaya yang dibawa masuk
sama ada masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknya
Cth: interaksi melalui ibadah dan ziarah ke Tanah Suci atau
penghantaran pelajar ke luar negara terutama Timur Tengah
- ia tidak menjadi masalah kerana interaksi dua budaya yang
tidak jauh bezanya dengan budaya kelompok alam Melayu,
terutama dari sudut kepercayaan dan agama
Yang penting, budaya yang serasi dengan pengamalan agama
Islam tidak menjadi masalah untuk berinteraksi dan ia boleh
diharmonikan dan mudah diterima kerana Islam bersifat
universal
Dalam kelompok alam Melayu contohnya, interaksi tidak
menjadi masalah kerana budaya seakan-akan sama dan
pengamalan Islam juga sama
Cth: Mengamalkan mazhab Shafie dalam hukum Islam
: Makanan ruji: Nasi
: Budaya ketimuran seperti sopan santun, berbudi bahasa,
hormat
menghormati

b) Berlakunya pertukaran idea dan nilai yang baik antara


sesebuah tamadun dan interaksi berlaku dengan produk
tamadun yang lebih cemerlang
- Cth: Kebangkitan tamadun Islam, di samping bersumberkan
ajaran Islam yang tulen, namun penyerapan tamadun Yunani,
Parsi, Greek, India, Mesir dan China telah menjadikan tamadun
Islam unggul dalam sejarah ketamadunan. Contohnya:
-ilmu falsafah, telah diterjemah kitab-kitab falsafah Yunani,
Parsi dan Greek.
-Matematik-India
c) Penyerapan dan transformasi dilaksanakan dengan kuasa
politik dan penguasaan polisi sains
- Cth: Usaha khalifah-khalifah Abbasiyah dan Andalus terhadap
tamadun-tamadun klasik yang ditakluki telah menggiatkan
lagi perkembangan tamadun Islam kerana ketamadunan
mereka
dapat diaplikasi dalam tamadun Islam
: Tamadun Barat juga terhasil melalui penjajahan mereka
ke
atas wilayah dan umat Islam

2. Kesan Negatif
a) Interaksi secara pertembungan mengejut yang sukar diterima oleh
masyarakat tempatan disebabkan perbezaan yang jauh dengan
budaya tempatan dan berlainan agama
- Menyebabkan berlakunya peperangan dan penentangan terbuka
-Usaha sesebuah tamadun untuk mendominasi tamadun lain serta
memaksa idealismanya ke atas tamadun lain
-Cth: Penjajahan tamadun Barat ke atas tamadun Melayu seperti
penaklukan Inggeris dan Portugis
- Memaksa nilai-nilai tamadun mereka ke atas tamadun Asia
dan Afrika yang memperlihatkan penentangan dan pemberontakan
seperti dominasi politik dan pentadbiran,
agama serta hubungan
sosial sehingga tidak menghormati
adat dan istiadat tempatan
- Ini disebabkan mereka menganggap tamadun mereka lebih
baik dan beradab dari tamadun lain. Contoh di Turki apabila
Mustapha Kamal Attartuk telah menghapuskan nilai-nilai
tamadun
Islam dan memadamkan nilai-nilai keislaman dari
sejarah dan diri
warga Turki

b) Berlakunya pertelagahan kaum oleh kerana sukar untuk


diterima oleh budaya masing-masing
-Cth: Undang-undang: Hukum Islam tidak diterima bukan
Islam
: Makanan: Makanan haram tidak boleh dimakan oleh
orang
Islam
: Politik: Orang Cina tidak boleh terima ketuanan
Melayu
walaupun mereka imigran
: Cth: Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia, peristiwa
pertelagahan
antara umat Islam dan Kristian di Pulau
Madura, Indonesia

Kesimpulan
Faktor agama telah membataskan dan menghalang
interaksi dari berlaku secara berleluasa
Pencapaian terbesar dalam interaksi peradaban ialah
dalam bidang ilmu pengetahuan yang berlaku tanpa
dominasi malah berjalan secara universal dan berterusan
antara tamadun-tamadun tanpa had masa dan tempat
Tamadun dan peradaban ialah dinamisme (proses) yang
sentiasa berubah-ubah dan berinteraksi dengan tamadun
atau peradaban lain. Kesannya, berlaku perubahan dan
perkembangan yang menghasilkan identiti baru ke atas
sesebuah tamadun
Interaksi menyebabkan berlakunya tindakbalas antara
pelbagai tamadun yang bertembung dan peradaban atau
tamadun yang dominan akan mempengaruhi peradaban
yang tidak dominan.

Rujukan
Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, et. al. ,( 2008
), Kenalilah Tamadun. Shah Alam: UPENA,
Uitm.
Fadzlullah Hj. Shuib ( 2007 ), Pemikiran
dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: AlHidayah Publication