Anda di halaman 1dari 2

Konsep-konsep Muzik

Irama, melori ekspresi merupakan konsep muzik utama yang


dikenal pasti. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat
dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama iaitu irama, melori
dan ekspresi.
1.Irama
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa
( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu
susunan bunyi.
1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang
berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan
penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu
detik diukur dengan nilai not muzik.
1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan
2,3,4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama dalam
setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian
meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.
1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama
seringkali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih
diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain.
Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.
Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik
yang berkenaan.
1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik
dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam

tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan


dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan
Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit
mengikut sukatan metronome.

Anda mungkin juga menyukai