Anda di halaman 1dari 1

Tidak ramai orang mampu menghadapi kegagalan, menerima kegagalan,

sanggup mengambil risiko untuk gagal lebih-lebih lagi pula mampu untuk belajar
daripada kegagalan. Majoriti manusia takut kepada kegagalan, hal itu
membuatkan mereka berusaha untuk tidak gagal melalui cara yang paling
mudah iaitu tidak mencuba.
Manakala dalam masa yang sama, setiap hari kita semua berhadapan dengan
kegagalan demi kegagalan di sana sini. Para pelajar gagal di dalam pelajaran,
gagal menyiapkan tugasan, guru gagal mendidik pelajarnya, ibubapa gagal di
dalam rumahtangga, anak-anak gagal menjadi anak yang baik, suami gagal
menjadi suami yang baik, isteri gagal menjadi isteri yang baik.

Berikut adalah 10 kata bijak dari para tokoh dunia tentang bagaimana seharusnya
kita menghadapi kegagalan:
1. Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan. (John F. Kennedy)
2. Keberhasilan tidak diukur dengan apa yang anda dapat, namun kegagalan yang
telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan
rintangan yang datang bertubi-tubi. (Orison Swett Marden)
3. Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit
kembali ketika kita jatuh." (Confusius)
4. Banyak kegagalan dalam hidup ini disebabkan manusia tidak menyedari betapa
dekatnya mereka dengan keberhasilan disaat mereka hampir menyerah. (Thomas
Alva Edison)
5. Kegagalan dapat dibahagi kepada dua sebab. Yakni, orang yang berpikir tapi
tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berpikir. (W.A.
Nance)
6. Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu
kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)
7. Tiada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan terjadi kerana persiapan, kerja
keras, dan mahu belajar dari kegagalan. (General Colin Powell)
8. Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua, iaitu mereka yang berfikir gagal
padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan dan
tak pernah memikirkannya. (John Charles Salak)
9. Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan tidak mengatakan apaapa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa. (Denis Waitley)
10. Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan lagi dengan
lebih baik. (Henry Ford)

Anda mungkin juga menyukai