Anda di halaman 1dari 14

MEMBANGUNKAN KEPIMPINAN PEGAWAS SEKOLAH

MENENGAH MELALUI PENDEKATAN MODUL LATIHAN


Jamaludin Ahmad, Azammuddin Zainuddin, Amini Amir Abdullah, Othman
Jailani & Norasyikin Mohaiyuddin
Universiti Putra Malaysia
mal@putra.upm.edu.my
PENDAHULUAN
Salah satu aspek yang dapat membantu dari sudut mutu sahsiah pengawas adalah
melalui pemantapan kursus yang berkaitan dengan kemahiran kepimpinan. Sejajar
dengan hasrat negara untuk melahirkan insan yang sempurna melalui penjanaan
sumber manusia atau modal insan.
Beberapa perkara utama yang berkaitan dengan kajian akan dibincangkan
dalam bab ini. Perkara yang akan dibincangkan ialah latar belakang kajian yang
memberi tumpuan kepada cara bagaimana untuk menerapkan kemahiran
kepimpinan dalam kalangan pengawas di sekolah menengah. Juga dihuraikan
pelaksanaan aktiviti bersifat motivasi yang diperkenalkan melalui modul Program
Kepimpinan Pelajar (PKP) yang menjurus kepada matlamat modul, sahsiah diri,
kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang
dan pengucapan awam.
Sebelum itu, dijelaskan masalah berkaitan dengan pelaksanaan modul PKP
iaitu berkaitan dengan kesahan modul. Objektif kajian dibuat agar dapat melihat
sejauhmana kesahan modul yang dibina oleh pengkaji. Bab ini juga akan
membincangkan tentang pendekatan model yang digunakan, penyataan masalah
kajian, persoalan kajian, tujuan kajian, kepentingan pembinaan modul latihan,
batasan kajian dan definisi pembolehubah.
Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan
dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh
dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat
sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah
pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan
pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin.
Pemimpin sebenar memainkan peranan sebagai pendorong dan
menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka
itu sealiran dengan matlamat organisasi. Dua golongan pemimpin yang ada,
antaranya golongan pertama ialah pemimpin yang semulajadi mempunyai bakat
kepimpinan dan golongan kedua ialah golongan pemimpin yang memperolehi
kemahiran pemimpin melalui proses pembelajaran.
Pemimpin dalam kalangan pelajar adalah pengawas yang
bertanggungjawab membantu guru dan pihak sekolah untuk mengurangkan
masalah-masalah disiplin di sesebuah sekolah. Namun begitu, faktor dalaman
individu dalam pemilihan pemimpin perlu dinilai berdasarkan kebolehan mereka
1

mengendalikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan dalam masa yang sama


mereka juga adalah sebagai pelajar. Kemampuan pelajar memikul tanggungjawab
sebagai pelajar dan sebagai pengawas perlu diambil kira.
Sebagai pemimpin, untuk menjalankan tugas-tugas yang mendorong orang
bawahan, seseorang pemimpin atau ketua perlu menjadi seorang yang mudah
disukai oleh orang bawahannya. Ini tidak bermakna pemimpin itu menjadi
seorang yang popular disebabkan dia tidak mahu bersikap tegas dan mengambil
tindakan yang tidak popular ke atas orang bawahan yang melanggar peraturan
(Ainon Mohd, 2003). Sebagai contoh pemimpin ulung dan unggul dalam Islam
ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang terserlah keperibadian, akhlak, corak
pemikiran dan cara pentadbirannya sehingga disegani oleh setiap negara ketika
itu.
Aspek pertama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang ingin menjadi
pemimpin terbaik kepada diri sendiri adalah faktor motivasi. Tanpa motivasi,
sesiapa pun tidak mungkin berusaha bersunguh-sungguh bagi melaksanakan
setiap aktiviti yang berkaitan dengan dirinya. Apabila tiada dorongan
menyebabkan sifat malas ataupun jemu menguasai diri (Ahmad Zabidi Abdul
Razak, 2003).
Faktor ini mendorong saya untuk mengasah bakat melalui pembinaan
modul kepimpinan untuk kedua-dua golongan tersebut. Bagi golongan pertama, ia
menjadi pengukuhan kemahiran, manakala golongan kedua menjadikan modul
latihan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
PENYATAAN MASALAH
Kebanyakan masyarakat sekarang memandang pemimpin adalah tempat untuk
menyelesaikan sebarang masalah. Namun tidak semua masyarakat dapat
menyelesaikan masalah berkaitan dengan kepimpinan yang ada.
Antara masalah yang timbul berkaitan dengan kepimpinan ialah ciri
personaliti pemimpin sekolah tidak selari dengan tanggungjawab yang diberi
sebagai pemimpin yang menjalankan amanah sebagai pengawas sekolah. Sebagai
pemimpin sekolah mestilah mempunyai karisma diri dalam menjalankan tugas.
Mempunyai akhlak dan tingkahlaku yang boleh menjadi ikutan pelajar lain. Apa
yang berlaku sekarang ini, terdapat pemimpin sendiri yang melakukan kesalahan
seperti pelajar biasa lakukan.
Pemimpin kurang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapinya dalam konteks pengawas sekolah. Kursus-kursus dan latihan
kepimpinan kurang dilaksanakan di sekolah menyebabkan matlamat untuk
membantu pihak sekolah dan guru mengurangkan masalah pelajar kurang
berkesan.
Pemimpin tidak berminat untuk menjalankan tugas
yang
dipertanggungjawabkan sebagai pengawas sekolah. Kelemahan ini dikenalpasti
berpunca dari pemilihan yang kurang tepat sebagai calon pemimpin sekolah.
Ismail Noor (2004), seorang pemimpin memerlukan penumpuan. Mereka tidak
hanya memimpin dengan mengarah, tetapi juga melalui contoh yang baik.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu mengembeling segala


kemahiran dan bakat yang ada dalam diri seseorang individu dalam menjalankan
tugas sebagai pemimipin. Mereka mampu untuk mengenalpasti pemain yang
terbaik dalam kumpulannya, menilai fungsi dan peranannya, mengimbangkannya,
dan mengguna kepelbagaian yang ada dalam kalangan ahli-ahli kumpulan
pemimpin itu sendiri.

KEPENTINGAN PEMBINAAN MODUL LATIHAN


Kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah untuk menilai dan melihat
sejauhmana keberkesanan pemimpin atau pengawas sekolah. Selama ini Unit
Disiplin sentiasa melatih pelajar untuk menjadi pengawas yang berkesan.
Kajian ini juga penting untuk menilai sejauhmana kemahiran yang mereka
perolehi dari kursus-kursus atau seminar memberi kesan yang mendalam dalam
diri pemimpin tersebut. Kemahiran yang dimaksudkan seperti kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran merancang sesuatu program, bekerja berpasukan dan
kemahiran memimpin orang bawahan.
Penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang akademik juga penting bagi
pemimpin untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada pelajar lain. Biasanya
pemilihan pemimpin di sekolah berasaskan penguasaan dan pencapaian mereka
dalam bidang pelajaran.
Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk membolehkan bakal
pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin. Justeru,
dengan melaksanakan modul ini pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan
kebolehan sebagai seorang pemimpin. Kedua adalah untuk menerapkan nilai dan
kemahiran sebagai pemimpin. Ketiga adalah untuk melahirkan pemimpin yang
serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah. Tujuan
yang terakhir ialah untuk memberi panduan pihak sekolah untuk melaksanakan
program kepimpinan berdasarkan modul kepimpinan.
Persoalan Kajian
1.

Bagaimana membina modul kepimpinan pengawas?

2.

Bagaimana menentukan kesahan kandungan modul kepimpinan?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian deskriptif.
Menurut Sidek Mohd Noah (2002) kajian deskriptif bertujuan untuk memberi
penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu bidang. Kajian
deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menguji kesahan kandungan modul
kepimpinan yang dibina. Kajian deskriptif amat sesuai digunakan bagi kajian ini
kerana ia tidak bertujuan menguji kebenaran sesuatu hipotesis dan tidak
mengawal sesuatu pemboleh ubah. Kajian ini menerangkan peringkat pembinaan
modul kepimpinan yang berasaskan model pembinaan modul Sidek 2001. Kajian
ini juga telah menguji kesahan kandungan modul kepimpinan tersebut yang dibina
khusus untuk pelajar peringkat sekolah menengah.
Kaedah Pembinaan Modul
Modul kepimpinan pengawas ini telah dibina berasaskan model pembinaan modul
Sidek 2001. Berdasarkan model ini, terdapat dua peringkat dalam pembinaan
modul iaitu yang pertama, peringkat menyediakan draf modul dan peringkat
kedua, mencuba dan menilai modul. Kajian ini mengambil kira kedua-dua
peringkat. Namun, pada peringkat yang kedua, penyelidik hanya menentukan
kesahan kepada modul yang dibina.
Menyediakan Draf Modul
Proses menyediaan draf modul perlu melalui pelbagai tahap bermula dengan
pembinaan matlamat dan berakhir dengan penyatuan modul. Penyelidik telah
memulakan penyediaan modul kepimpinan dengan menentukan secara umum
matlamat pembinaan modul tersebut. Tujuan pembinaan modul ini telah
dinyatakan pada bahagian sebelum ini diantaranya, untuk membolehkan bakal
pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin yang
dimuatkan dalam kandungan modul ini. Justeru dengan melaksanakan modul ini,
pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan kebolehan sebagai seorang
pemimpin, menerapkan nilai dan kemahiran sebagai pemimpin dan melahirkan
pemimpin yang serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin
sekolah. Modul ini juga dibina dalam usaha memberi panduan dan memudahkan
pihak sekolah untuk melaksanakan program kepimpinan secara sistematik dan
efisien.
Langkah kedua dalam penyediaan draf modul, penyelidik perlu
mengenalpasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa. Teori
asas yang digunakan sebagai asas pembinaan modul ini adalah teori Path-Goal
atau Jalan ke Matlamat. House (1971) dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak (2003)
menyatakan pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang memuaskan
apabila pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan bagi mendapatkan ganjaran
selaras dengan prestasi cemerlang, dan juga mengurangkan batasan-batasan ke
arah pencapaian prestasi yang cekap. Ini bermakna pemimpin hendakalah

bertindak seolah-olah dia membantu kakitangan mencapai kepuasan keperluannya


melalui prestasi cekap dan memuaskan. Teori ini menekankan tingkah laku
seorang pengawas akan diterima oleh pelajar lain jika mereka melihat tingkah
laku pemimpin. Justeru, pengawas perlu dilengkapkan dengan karisma dan sikap
kepimpinan untuk diterima oleh pelajar lain sebagai satu contoh dan ikutan ke
arah mencapai prestasi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.
Penyelidik juga telah menjelaskan rasional keperluan dan kehendak
kepada modul kepimpinan ini. Modul ini dihasilkan khusus untuk mengasah bakat
kepimpinan kedua-dua golongan pemimpin. Golongan pertama ialah pemimpin
yang semulajadi mempunyai bakat kepimpinan dan golongan kedua ialah
golongan pemimpin yang memperolehi kemahiran pemimpin melalui proses
pembelajaran. Bagi golongan pertama, ia menjadi pengukuhan kemahiran,
manakala golongan kedua menjadikan modul latihan ini sebagai satu proses
pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
Falsafah yang didapati daripada penggunaan modul ini juga telah
dijelaskan oleh penyelidik. Pelbagai falsafah yang diterapkan oleh penyelidik
melalui modul ini, antaranya adalah peserta dapat membina keyakinan diri dan
kemesraan diantara pemimpin. Sikap ini amat penting dalam membina kerjasama
yang sangat diperlukan bagi kejayaan sesuatu organisasi. Peserta juga dapat
memupuk sifat-sifat yang baik sebagai seorang pemimpin yang akan menjadi role
model kepada rakan pelajar yang lain. Falsafah lain yang dapat dicapai oleh
peserta setelah melaksanakan aktiviti modul ini adalah sikap saling bertoleransi
dan persaingan yang sihat dalam memberi dan menerima pandangan orang lain.
Modul ini juga dapat membantu pelajar dalam membina sikap tanggungjawab
terhadap diri, tugas, organisasi dan sekolah. Falsafah lain yang cuba ditanam di
dalam modul ini adalah supaya peserta dapat menerima kekurangan diri dalam
usaha memperbaiki dan memanfaatkan bakat atau kelebihan diri untuk kebaikan.
Konsep modul ini adalah berbentuk permainan, penceritaan, perbahasan,
perbincangan, pembentangan dan pertandingan. Konsep permainan diterapkan
bagi menyampaikan pengisian modul dengan lebih menyeronokkan. Konsep
penceritaan dan perbahasan pula diketengahkan bagi melatih peserta dengan
pengucapan umum dan sekaligus memberi peluang peserta memberi dan
menerima pandangan secara terbuka. Konsep perbincangan dan pembentangan
melatih peserta untuk bekerja dan bertindak dalam kumpulan. Konsep
pertandingan juga diwujudkan dalam sebahagian aktiviti bagi membentuk
persaingan sihat di antara peserta bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang
bagi diri, organisasi pengawas dan sekolah.
Kumpulan sasaran bagi modul ini adalah pengawas peringkat sekolah
menengah. Ini kerana keperluan terhadap modul ini di peringkat sekolah
menengah. Pemerhatian penyelidik sendiri mendapati modul yang dijalankan oleh
pihak Majlis Agama Islam Selangor di sekolah-sekolah menengah agama di
Selangor kurang memberi kesan dan kurang selaras dengan kursus yang
dijalankan di sekolah-sekolah peringkat menengah lain.
Pembinaan modul ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah
menengah yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Pembinaan modul
ini juga dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek yang mempunyai dua
peringkat iaitu peringkat menyediakan draf modul dan peringkat kedua ialah

mencuba dan menilai modul. Namun proses pembinaan modul ini tidaklah sampai
ke peringkat kedua, hanya diperingkat pembinaan modul latihan sahaja.
Modul latihan kepimpinan ini terhad kepada lapan puluh orang sahaja
dalam satu-satu masa pelaksanaannya. Bilangan fasilitator yang diperlukan adalah
seramai enam orang.
Jumlah masa yang digunakan bagi menjalankan kesemua aktiviti dalam
modul ini adalah 24 jam. Justeru, penyelidik telah menentukan tempoh masa
selama 3 hari 2 malam bagi membolehkan modul ini dilaksanakan dengan
sempurna. Tempoh masa ini amat bersesuaian bagi mencapai tujuan yang telah
ditetapkan.
Seterusnya, penyelidik membuat kajian keperluan atau need assessment
pada pihak yang berkepentingan atau yang berkaitan dengan kumpulan sasaran.
Penyelidik telah menemui banyak maklumbalas hasil perbincangan dengan
beberapa orang guru pengawas dan hasil pemerhatiannya sendiri sebagai guru
besar sekolah. Maklumat yang diperolehi menyatakan keperluan sekolah terhadap
modul ini. Sekolah mempunyai kesukaran mengendalikan kursus khas untuk
melatih pengawas disebabkan tiada panduan yang khusus. Justeru sekolah
biasanya memberi tanggungjawab tersebut kepada konsultan luar, namun
pengisian yang diberi adakalanya tidak mengikut kehendak atau matlamat sekolah
sendiri (Haslina, guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat,
komunikasi peribadi. 28 Januari 2008). Menurutnya lagi, kebanyakan kursus atau
kem yang dijalankan bagi melatih pengawas hanya menitik beratkan hal
kepimpinan namun tidak menyemai semangat cintakan sekolah.
Iza Shazlinda pula menyatakan selain sikap kepimpinan yang diterapkan
di dalam sesebuah kursus, peserta perlu disemaikan dengan disiplin yang tinggi.
Ini kerana, dikalangan pengawas juga seringkali menghadapi masalah disiplin.
Walaupun masalah tersebut adalah masalah disiplin yang ringan namun, ia boleh
menjejaskan prestasi dan sikap kepimpinan seseorang pengawas dan organisasi
pengawas itu sendiri sebagai role model kepada pelajar seluruhnya (Iza Shazlinda,
guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28
Januari 2008).
Menurut sumber lain, modul kepimpinan amat perlu bagi memberi
panduan kepada guru dalam melaksanakan kursus khas untuk pengawas. Ini
kerana, kursus yang dijalankan tanpa panduan yang khusus dirasakan kurang
memberikan kesan. Sesetengah kursus hanya mendedahkan mengenai kemahiran
kepimpinan secara teoritikal tanpa memberi pendedahan kepada pelajar secara
praktikal. Justeru, apabila sesuatu keadaan yang memerlukan pengawas untuk
melakukan pengucapan umum, penyelesaian masalah atau membuat keputusan,
hanya segelintir pengawas yang telah semulajadi mempunyai bakat kepimpinan
yang akan terkehadapan. Ini akan menyukarkan pihak sekolah dalam
mengendalikan sesuatu urusan (Arsyad Mohammad, guru pengawas Sekolah
Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28 Januari 2008).
Setelah tiga tahap dalam peringkat pertama itu selesai, barulah penyelidik
dapat meneruskan proses membina modul dengan menetapkan objektif pada
setiap aktiviti yang dijalankan, memilih isi kandungan yang bersesuaian bagi
setiap objektif yang ditetapkan, mengatur strategi atau langkah-langkah bagi

melaksanakan aktiviti, menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan sebagai alat


bantu modul bagi melancarkan dan memudahkan perjalanan modul. Penyelidik
juga perlu memilih media penyampaian yang sesuai digunakan agar pengisian
modul yang ingin disampaikan mampu menarik minat peserta untuk mengikuti
modul yang dihasilkan. Langkah akhir peringkat ini, draf modul yang terhasil
disatukan sebelum menjalani proses di peringkat kedua iaitu mencuba dan menilai
modul.
MENGUJI KESAHAN KANDUNGAN MODUL
Sidek Mohd Noah (1997) menyatakan bahawa terdapat tiga kaedah untuk menguji
kesahan sesuatu alat ukuran iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria dan
kesahan gagasan (Sidek Mohd Noah (2005). Kesahan kandungan memberi fokus
kepada kandungan item-item dalam ujian, kesahan kriteria menekankan kepada
perbandingan suatu skala skor dengan pemboleh ubah luaran atau kriteria yang
diketahui atau dipercayai mengukur sifat yang hendak dikaji dan kesahan gagasan
menurut Tuckman(1978) dalam Sidek Mohd Noah (2005) adalah kesahan yang
didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu gagasan atau kuantiti
hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku atau manifestasi yang dijangkakan akan
berlaku. Kajian ini dijalankan bagi mengukur kesahan kandungan bagi modul
kepimpinan yang diasaskan daripada model pembinaan modul Sidek 2001.
Menurut Majid Konting (2004), kesahan kandungan bagi modul boleh diukur
melalui penilaian daripada pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan.
Pakar Penilai
Dalam kajian ini, penyelidik telah menemui tiga orang pakar bagi menguji
kesahan kandungan modul kepimpinan yang telah dibina. Pakar penilai tersebut
adalah Tajularipin Bin Sulaiman, Jemelah Bt Mansor dan Junaidah Bt Tukimin.
Pakar penilai ini telah dicadangkan oleh penyelia iaitu Jamaludin Ahmad. Mereka
dipilih dari sudut kecemerlangan mereka memimpin sebagai pengetua sekolah dan
ahli akademik. Surat pelantikan penilai luar telah diajukan terlebih dahulu untuk
makluman pakar-pakar tersebut. Kemudian, pakar-pakar tersebut ditemui sekali
lagi untuk menyerahkan borang soal-selidik dan modul yang hendak dinilai.
Penilaian tersebut mengambil tempoh selama lebih kurang dua minggu.

Alat Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan bantuan soal selidik kesahan kandungan yang
dibina oleh Jamaludin Ahmad (2002) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin
Ahmad (2005). Soal selidik ini dicipta berdasarkan kepada pandangan Russell
(1974) tentang syarat-syarat kesahan modul yang dikemukakan oleh beliau. Soal
selidik ini memerlukan jawapan berbentuk skala Likert lima mata iaitu (1)sangat
setuju, (2)setuju, (3)tidak pasti, (4)tidak setuju dan (5)sangat setuju. Oleh yang
demikian, sesuatu modul yang telah dinilai oleh pakar menggunakan soal selidik
tersebut dikira nilai peratusannya dengan menggunakan formula berikut:

Jumlah skor (X)


___________________________X 100% = Pencapaian Kesahan Kandungan
Skor Maksimum (25)
Jumlah skor yang diberikan oleh pakar melalui skala Likert akan
dijumlahkan (X) dan skor ini akan dibahagikan dengan skor maksimum skala
likert (25) dan kemudiannya didarabkan dengan 100. Jika peratusannya melebihi
70 peratus maka modul ini mempunyai kesahan kandungan yang baik dan
begitulah sebaliknya jika peratusannya kurang daripada 70 peratus, modul ini
tidak mempunyai kesahan kandungan yang baik.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan maklum balas pakar terhadap Kesahan Kandungan Modul
Kepimpinan, peratusan yang diperoleh sebanyak 68% hingga 92%. Penilai
pertama menilai kandungan modul ini adalah baik bagi program kepimpinan. Skor
yang diberi oleh pakar pertama ialah 92% . Pakar sangat setuju dengan kandungan
modul menepati sasaran populasinya. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar
menengah dalam membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga
boleh digunakan dan dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang
diperuntukkan dalam modul latihan ini, pakar juga amat bersetuju kandungan
modul boleh dilaksanakan dengan sempurna. Pakar juga bersetuju kandungan
modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar setuju
kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin yang
cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk mengubah sikap
melalui aktiviti yang telah dirancang.
Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan
kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .92. Walau
bagaimanapun beberapa penambah baikan seperti kandungan, ciri-ciri pemimpin,
aktiviti ceramah dan ulasan akhir masih boleh dibaiki. Namun begitu secara
keseluruhan penilaian pakar pertama seperti dalam jadual 1.

Jadual 1:
Pandangan pakar pertama terhadap kandungan modul
kepimpinan

1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.


2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar sangat setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang
ditetapkan.
4. Pakar setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan
pelajar.
5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin cemerlang.

Maklum balas pakar penilai kedua memberi skor markah 80% dengan
menyatakan kandungan modul ini secara keseluruhannya sesuai digunakan untuk
menanamkan kepimpinan di kalangan pengawas sekolah. Pakar sangat setuju
dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya iaitu pemimpin yang
dipilih di kalangan pelajar. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar menengah dalam
membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga boleh digunakan dan
dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang diperuntukkan dalam
modul latihan ini, pakar juga bersetuju kandungan modul boleh dilaksanakan
dengan sempurna. Pakar juga amat bersetuju kandungan modul ini boleh
meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Walau bagaimanapun beliau
mensyaratkan fasilitator yang akan menjalankan modul ini benar-benar faham dan
mahir dalam memainkan peranan agar falsafah disebalik aktiviti ini tercapai.
Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah
pemimpin yang cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk
mengubah sikap melalui aktiviti yang menyeronokkan. Ulasan penilaian
berdasarkan jadual 2.
Jadual 2:
Pandangan
kepimpinan

pakar

kedua

terhadap

kandungan

modul

1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.


2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.
4. Pakar sangat setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi
kepimpinan pelajar.
5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin yang cemerlang.

Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan


kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .80. Walau
bagaimanapun pakar mengharapkan fasilitator dapat memainkan peranan mereka
secara berkesan agar falsafah disebalik aktiviti yang dirancang difahami dan dapat
dihayati oleh peserta. Aktiviti yang dirancangkan dalam modul ini menarik dan
Insyaallah peserta kursus seronok untuk melakukannya.
Maklum balas pakar penilai ketiga memberi skor markah 68%. Bagi item
pertama pakar bersetuju kandungan modul ini menepati sasaran populasinya iaitu
pemimpn pelajar peringkat sekolah menengah. Kandungan modul ini juga boleh
dilaksanakan dengan sempurna mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun bagi
item empat, beliau menyatakan tidak bersetuju kandungan modul ini boleh
meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar juga tidak pasti kandungan
modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin cemerlang. Ulasan
penilaian berdasarkan dalam jadual 3.
Jadual 3:
Pandangan
kepimpinan

pakar

ketiga

terhadap

kandungan

modul

1. Pakar setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.


2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.
4. Pakar tidak setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan
pelajar.
5. Pakar tidak pasti kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin yang cemerlang.

Secara keseluruhannya skor markah yang diperolehi adalah sebanyak 68%


sahaja. Jumlah ini menunjukkan kesahan kandungan ini berada di paras baik.
Pakar juga menyatakan kandungan modul ini hanya dapat memberi kesedaran
tentang peranan kepimpinan, tetapi kurang berkesan mengubah tingkahlaku dan
sikap pelajar untuk menjadi pemimpin yang mempunyai jati diri, tabah dan boleh
berdepan dengan sebarang situasi. Ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan
di bawah paras baik dengan pekali kesahan kandungan .68.
Jika dilihat secara keseluruhan bagi setiap item ujian, item satu pada skor
markah ketiga-tiga pakar ialah 82.66% iaitu di atas paras baik. Ini menunjukkan
bahawa kesahan kandungan keseluruhannya adalah baik dengan pekali kesahan
kandungan .82. Walaupun seorang dari tiga orang pakar menilai di bawah paras
baik kesahan kandungan modul kepimpinan ini.
Menurut Tuckman dan Waheed (1981) serta Abu Bakar Nordin (1995)
dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005) telah menyatakan bahawa
aras penguasaan atau pencapaian 70% dianggap telah menguasai atau mencapai
tahap pencapaian yang tinggi. Oleh itu, pandangan pakar mengenai kesahan
kandungan modul Kepimpinan Pelajar adalah tinggi.

10

Kesimpulannya, kesahan kandungan modul yang akan dilaksanakan di


Sekolah Agama Menengah Hulu Langat bagi para pengawas dianggap baik
setelah melihat kepada pandangan Rusell (1974) dan pandangan pakar seperti
yang disarankan oleh Mohd Majid Konting (1998). Ia dikukuhkan lagi dengan
pandangan pakar yang menyatakan kandungan modul ini boleh manarik minat
peserta kursus untuk melakukannya.
RUMUSAN
Oleh sebab sifatnya yang abstrak, penentuan kesahan sesuatu alat ukuran atau
modul bukanlah sesuatu yang mudah. Masalah utamanya ialah aspek ini tidak
dapat diukur secara langsung. Untuk menentukan kesahan kandungan modul ini,
kaedah yang digunakan ialah seperti yang disarankan oleh Majid Konting (2004)
iaitu dengan mendapatkan penilaian daripada tiga orang pakar yang berkaitan
dengan modul dan kepimpinan. Penilaian pakar bertujuan untuk menguji
kesesuaian item yang digunakan bagi mengukur domain yang terpilih.
Kesahan kandungan modul ini telah mengambil kira syarat-syarat kesahan
modul menurut pandangan Russell (1974) dalam Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005). Syarat kesahan ini juga telah menjadi asas
pembentukan soal selidik (Jamaluddin, 2002) kesahan kandungan modul yang
dimajukan kepada pakar-pakar penilai. Sesebuah modul yang mempunyai kesahan
yang baik itu memerlukan ciri-ciri seperti yang berikut; menepati sasaran
populasinya, situasi pengajaran atau kaedah pelaksanaan modul adalah
memuaskan, masa yang diambil untuk menghabiskan modul adalah mencukupi,
berjaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan berjaya mengubah sikap
pelajar ke arah lebih cemerlang. Walau bagaimanapun, kesahan modul ini tidak
dapat dimantapkan dengan kajian rintis untuk mendapatkan maklumbalas pelajar
disebabkan masa yang agak terhad.
IMPLIKASI
Modul ini dibina khas untuk melatih kepimpinan pengawas sekolah. Justeru,
dengan penghasilan modul ini, penyelidik berharap dapat memberi implikasi
kepada program-program yang dijalankan kepada pengawas sekolah peringkat
sekolah menengah di Malaysia. Modul ini dapat digunakan sebagai bimbingan
kepada guru-guru atau fasilitator dalam menjalankan program kepimpinan
pengawas sekolah menengah.
Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pendekatan yang
digunakan untuk menentukan kesahan dalam kajian ini adalah sesuai. Ini tentunya
merupakan berita gembira kepada pembina-pembina modul samada modul
pengajaran, modul motivasi, modul latihan dan modul akademik dalam
menentukan kesahan modul. Pembina-pembina modul boleh menjadikan kaedah
untuk menentukan kesahan kandungan modul ini sebagai salah satu cara dalam
melaksanakan penyelidikan mereka. Malah, penyelidik-penyelidik yang ingin
menjalankan penyelidikan berkaitan dengan modul boleh menggunakan kaedah

11

pencarian kesahan kandungan modul di dalam menjalankan penyelidikan


berkaitan dengan modul.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul kepimpinan ini dapat
meningkatkan kemahiran di kalangan pengawas sekolah. Oleh itu ia memberi
ruang kepada penyelidik lain untuk mengkaji keberkesanan modul ini dari aspekaspek yang lain pula selain daripada kemahiran-kemahiran kepimpinan itu sendiri.
Penghasilan modul yang khusus kepada peringkat pelajar sekolah menengah ini
juga diharap dapat memberi idea kepada penyelidik atau penyelidik lain untuk
menghasilkan modul kepimpinan bagi peringkat sekolah rendah, institusi
pengajian tinggi mahupun di peringkat organisasi.
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh mengenai kesahan kandungan modul,
maka disarankan beberapa cadangan khususnya pada pembinaan modul dan
pelaksanaannya di sekolah.
1.
Oleh sebab kesahan kandungan modul ini tinggi, maka dicadangkan agar
modul ini dilaksanakan dengan komprehensif dan bersungguh-sungguh di semua
sekolah sekiranya mereka memerlukan kursus kepimpinan. Modul ini tidak terhad
di sekolah yang dikaji sahaja malah boleh juga ke sekolah-sekolah bantuan penuh
kerajaan, sekolah swasta, sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah
agama negeri, sekolah agama persekutuan mahupun sekolah teknik.
2.
Ternyata kesahan kandungan modul boleh diperoleh dengan mengikut ciriciri modul Sharifah Alawiah Alsagoff (1981). Oleh itu dicadangkan agar para
penyelidik dan pembina modul yang baharu menggunakan kaedah ini dalam
menentukan kesahan modul selain daripada menggunakan kaedah yang selalu
digunakan, iaitu dengan mendapatkan pandangan dan penilaian pakar.
3.
Untuk mendapatkan pandangan pakar dalam menentukan kesahan
kandungan sesuatu modul, dicadangkan agar para penyelidik dan pembina modul
yang baharu mengguna soal selidik kesahan kandungan yang telah dibangunkan
oleh Jamaludin Ahmad (2002).
4.
Firman Allah bermaksud: sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri. Dengan adanya modul ini,
secara tidak langsung boleh membuka minda pemimpin untuk mengubah diri
sendiri.
Ringkasnya pembinaan modul kepimpinan ini mempunyai prosedur yang lengkap
dalam usaha membentuk aktiviti berkaitan dengan pembinaan modal insan atau
penjanaan sumber manusia. Oleh kerana tujuan utama pembinaan modul
kepimpinan ini hanya untuk melihat kesahan kandungan sahaja, maka penulis
memfokuskan kepada aktiviti yang menjurus kepada pelaksanaannya yang dinilai
kesahan modul tersebut. Sasaran utama modul ini juga telah ditetapkan untuk
pengawas sekolah menengah sahaja.

12

Bagaimanapun oleh kerana kajian ini tidak menjalankan ujian


kebolehpercayaan modul, adalah wajar kajian-kajian berbentuk kebolehpercayaan
dijalankan bagi mengukuhkan lagi modul kepimpinan ini.

RUJUKAN
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2001). Komunikasi Untuk Pemimpin. Selangor:
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2003). Memimpin Diri Sendiri. Selangor: PTS
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Anastasi, A. (1976). Psychological Testing. New York : MacMillan.
Ainon Mohd, (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat
Kerja. Selangor : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Byrd, M. (2007). Educating and Developing Leaders of Racially Diverse
Organization. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara Manusia. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Ismail Noor. (2004). Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w : Pengurusan Altruistik
Model Ikutan Sepanjang Masa. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distribution Sdn Bhd.
Jamaludin Ahmad. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan
Modul Program Maju Diri ke atas Motivasi Pencapaian di kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Negeri Selangor. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
Jawatankuasa Bengkel Soft Skills Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
(2006). Modul Kamahiran Insaniah (soft skills) Institusi Pengajian Tinggi.
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Jurgens, J.C., & Dodd, J.L. (2003) Women's Institute for Leadership
Development: A W.I.L.D. Venture.
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Kamarudin Hj Husin, (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan
Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
McLay, M. & Brown, M. (2003) Using the Concept Mapping To Evaluate the
Training of Primary School Leaders.
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Mariah Kamaruddin. (2006). Semakan Kegunaan Modul Pembimbing Rakan
Sebaya Kementerian Pelajaran Malaysia. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
Mohamed Sulaiman. (1996). Kepimpinan Dan Pengurusan Strategik
Untuk Kecemerlangan Organisasi. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil.
5: Universiti Sains Malaysia.

13

Mohd Hanim Mohd Tahir & Azahari Ismail. (1985). Modul Teknik-teknik
Dorongan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Majid Konting, (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka.
Muhyiddin Yassin. (1998). Memperkasa Kepimpinan: Menjurus Masa Depan.
Selangor: Pusat Kajian Kepimpinan Dan Pembangunan.
Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia (2006), Modul
1 & 2 : Learning Outcome Initiatives. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Salihan Siasis, Ahmad Mohd Isa, Kamel Ariffin Mohd Atan dan Zul Azlan
Hamidin. (1987). Modul Perancangan Pendidikan Matematik. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain. (2005). Teori-teori
Komunikasi. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan Pengajaran Individu dengan
Tumpuan Khas kepada modul Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 3, 1, 54-62.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah , Teori dan
Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan
Aplikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana
Membina Modul Latihan dan Modul akademik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Silverthorn, Thorn dan Svinicki (2006) It's Difficult to Change the Way We
Teach: Lessons from the Integrative Themes in Physiology Curriculum Module
Project. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Yap Yee Khong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Pengukuran
Penilaian Dalam Pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Longman
Malaysia Sdn Bhd.
www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html (14 Januari, 2008)
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/sulai/index.html (14 Januari, 2008)
Snider, E., Oneill, K., & Gray, C. (2007) SREB Leadership Curriculum Modules:
Engaging Leaders in Solving Real School Problems--Curriculum Framework and
Module Summaries. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/

14

Anda mungkin juga menyukai