Anda di halaman 1dari 42

ARAB SAUDI

MODEN:
KEMUNCULAN, PEMBANGUNAN & PENGARUH BARAT
Oleh
Prof. Madya Hj. Fadhlullah Jamil

PETA ARAB SAUDI MODEN DAN JIRAN-JIRANNYA

PETA ARAB SAUDI TEMPAT-TEMPAT YANG


PENTING

Pengenalan:
Arab Saudi moden diasaskan oleh Amir Abdul
Aziz ibn Abdul Rahman al-Saudi (bergelar Ibn Sa
ud). Berketurunan Amir Muhammad ibn Saud,
pengasas Dinasti Sa udi yang pertama.
Namun, pihak Eropah menggelarkannya Ibn Sa ud
& ini menjadi ikutan seluruh dunia hingga kini.
Negara moden ini ditegakkan selepas runtuhnya
Kerajaan Arab Sa udi kedua yang digulingkan
oleh Dinasti Rashidi, wakil Sultan
Turki
Uthmaniyyah.
Amir Abdul Aziz dilahirkan pada 1880 di al-Riyadh,
Nejd atau Arabnya disebut, Nejed (wilayah Arab
Tengah).
Semasa, beliau masih muda, ayahnya telah
digulingkan oleh al-Rashidi dari Hail, Nejed. AlRashidi adalah wakil kerajaan Uthmaniyyah di
Istanbul.

Keluarga Saudi telah berlindung di istana Shaikh

Mubarak al-Sabah (sebut, as-Sabah), Raja Kuwait.


1901 - dia (21 tahun) bersama 40 orang
pengikutnya keluar dari Kuwait dengan azam
untuk
menakluki
kembali
bekas
kerajaan
keluarganya.
Dalam suatu serangan mengejut pada waktu
malam, dia berjaya menakluki
al-Riyadh dan
membunuh gabenornya (ahli keluarga al-Rashid).
1905 beliau berjaya mengukuhkan kuasanya di
Nejed Tengah kerana Empayar Uthmaniyyah
telah menjadi semakin lemah diasak oleh kuasakuasa Eropah yang diketuai oleh Great Britain.
Britain & sekutunya mahu hancurkan kuasa Islam
& Uthmaniyyah sekali gus.
Selepas berjaya menundukkan para pemimpin
kabilah, Ibn Saud telah membentukkan beberapa
Hijrah (perkampungan) yang serba lengkap.

Hijrah

(jamanya, hujjar) adalah perkampungan


yang didirikan bagi menukarkan kehidupan kaum
Badwi yang berpindah randah kepada kehidupan
tetap (bermukim). Ia juga bermakna berpindah
daripada keadaan buta huruf (illiterate) kepada
celek huruf (literate) seperti yang dituntut oleh
Islam!
Sebanyak 200 buah hujjar telah didirikan di Nejed.
Tujuannya
utk.
memperkukuhkan
gerakan
membela Islam dan juga kuasa Saudi dalam
perikatan (kerjasama) antara keluarga Saud
dengan keluarga Syaikh Muhammad ibn Abdul
Wahhab. Sh. Ibn Abdul Wahhab
- seorang
mujaddid (reformis ) Islam.
Ajaran Wahhabi (Wahhabiyyah):
Keyakinan & Amalan Islam mengikut ajaran Ibn
Abdul Wahhab (Wahhabi) sahaja yang
perlu
ditegakkan! Huraian Islam yang lain adalah sesat!

Wahhabi sebenarnya tidak sesat! Hanya tegas (keras)

dalam pendekatannya dan menekankan beramal ikut


al-Quran dan Sunnah secara ketat (rigid @ syadid).
Adakala, ia utamakan soal furu (ranting agama). Dia
mengira yang utama soal Tauhid, tiada kompromi,
yakni seperti ajaran Islam yang sebenarnya!
Oleh itu, Wahhabi tolak amalan al-istiazah (ajaran
mencari perlindungan dan menaruh harapan kepada
pihak selain Allah); menolak bid ah (rekaan dalam
aqidah dan ibadat) sebagai sesat!
Jadi, ia tolak pemujaan para wali dan menziarah kubur
(maqam) para tokoh Sufi. Lawat kubur hanya boleh
(dibenarkan) untuk ingat Allah dan hakikat kematian
(ingat balasan Akhirat, supaya manusia jadi baik).
Sumpah hanya kerana Allah sahaja, tidak boleh minta
bantuan wali, bomoh, perantaraan (medium) dan
sebagainya. Bertindak bukan kerana Allah = kafir,
iaitu syirik, melainkan seseorang itu kembali
bertaubat!

Ibn Abdul Wahhab umat Islam boleh selamat dan maju

jika mengikut al-Quran & Sunnah dalam segala hal


agama, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.
Umat Islam boleh jadi kafir atau hampir kepada
kekafiran jika mereka menolak ajaran Tauhid atau
secara sedar mengamalkan bid ah dalam hal ibadat.
Kubur mesti dibina secara sederhana, tanpa hiasan
tembok atau struktur yang melambangkan kemegahan
(kebesaran) seseorang itu.
Umat Islam mesti tolak tahayyul & khurafat dan
sebaliknya mengamalkan ijtihad (gunakan akal) dalam
menyelesaikan
masalah
muamalat
(transaksi
masyarakat). Namun, ijtihad mesti ditangani oleh
ulama bukan sesiapa sahaja.
Umat Islam mesti laksanakan amar ma ruf (menyuruh
yang baik) dan nahyu anil mungkar (mencegah yang
mungkar).
Contohnya,
Islam
menekankan
salat
berjemaah dan pembayaran zakat (amalan baik);
mengharamkan rokok dan dadah (amalan buruk serta
sesat).

Tidak boleh memuja para wali (saints) atau

orang suci (holy men). Golongan Wahhabi hanya


berbeza dengan mazhab Ahli Sunnah (Sunni )
yang lain dalam hal furu (ranting agama) dan
bukan dalam soal asas (fundamental). Jadi, ia
tidak sesat. Tetapi, Syi ah memangnya sesat!
Sebelum mewujudkan perkampungan, Ibn Saud
telah membentuk kumpulan Ikhwan (pejuang
Islam yang terikat dengan Wahhabisme).
Golongan Wahhabi (Ikhwan) yang asalnya Badwi
ini dididik agar taat kepada Ibn Sa ud dan Islam
semata-mata.
1913: dengan bantuan Ikhwan, Ibn Sa ud telah
menakluki
al-Ahsa (al-Hasa) membuka
negaranya kepada perdagangan antarabangsa
dan juga hubungan dengan luar negeri melalui
Teluk Parsi.

Penaklukan

al-Ahsa
juga
penting
kerana kemudiannya di wilayah itu
dijumpai hasil minyak (1930-an) yang
seterusnya memperkayakan Arab Sa
udi hingga kini.
Juga dengan perluasan kuasanya ke alAhsa, Ibn Sa ud mula berhubung
dengan
British
(penjajah)
yang
berminat untuk mengukuhkan kuasanya
di kawasan Teluk Parsi dan
negaranegara Timur seperti Iran, India dan
seterusnya hingga ke Asia Tenggara
dan kepulauan di Nusantara serta Hong
Kong. British mesti
agung & kuat
(supreme).

British lebih suka bersahabat dengan Ibn Sa ud

berbanding dengan Empayar Uthmaniyyah


kerana bimbang terhadap kekuatan kerajaan itu
& pengaruh Jerman, sekutu Uthmaniyyah, akan
menjadi kuat dan mencabar kuasanya.
1921:

Ibn Sa ud akhirnya menewaskan


musuhnya
Ibn Rashid dan menghapuskan
pengaruh
Uthmaniyyah
di
Nejd.
British
membantu
dengan wang & senjata (1,300
senapang). Wakil British (Sir Percy Cox)
menentukan garis perbatasan antara Arab Sa
udi dengan Kuwait, Bahrain, Negara-Negara
Teluk
& Yaman (ikut kepentingan British
sendiri). British membantu juga Ibn Sa ud
menewaskan penentangnya, Duwaish Jiluwi dari
Nejed yang anti-Barat.

Ibn Saud juga menumpukan tenaganya

untuk menghapuskan pengaruh keluarga


Sharif (Sharif Husain) di Hijaz yang
bersekongkol
dengan
British
dalam
menentang Kerajaan Uthmaniyyah. Umat
Islam umumnya menolak Sharif Husain
kerana dia
(belot) bekerjasama dengan
British
dalam
memerangi
Sultan
Uthmaniyyah
dalam
Perang
Dunia
Pertama (1914 1918). Sharif
Husain
menggerakkan Pemberontakah Arab pada
1917 dengan dokongan British.
Sementara itu, perang telah berlaku
antara Ibn Sa ud dengan Sharif Husain
(yang dinasihati Lawrence of Arabia, wakil
British).

1925:

dengan
persetujuan
British
secara senyap, Ibn Sa ud (yang dibantu
Captain William Shakespeare, agen
British) berjaya mengalahkan
Sharif
Husain
(Gabenor
Makkah)
dan
mengusirkan
keluarga
Sharif
(Hasyimiyyah) keluar dari Tanah Arab
buat selama-lamanya.

Tapi,

untuk kepentingan penjajahan,


British juga membantu (menaungi)
Keluarga
Hasyimiyyah
untuk
menegakkan negara-negara baru, iaitu
Jordan (Urdun) dan Iraq moden. Dalam

Kuasa umat Islam dihancur dan dikekang!

Palestine diuruskan British (1922) untuk


pihak Yahudi Zionis dengan kerjasama Liga
Negara-Negara (kawalan U.S.), minyak
dikuasai mula pada 1930-an dan lantaran
itu kawalan politik, tentera serta ekonomi
ditegakkan!
Perang Dunia Pertama wilayah-wilayah
Islam buat pertama kali dikucar-kacirkan
dan dikuasai oleh Barat (British, Perancis,
Itali dan sebagainya).
Kini (abad ke-21) dgn. cara sama (dalam
fasa
ketiga),
Amerika
dan
sekutu
Eropahnya serta Israel
menganyang &
memotong negara-negara Islam seluruhnya
untuk kepentingan mereka sendiri!

Selepas menewaskan Sharif Husain,

Ibn Saud menegakkan kuasanya di


Hijaz dan prestijnya berkembang.
Misalnya, sebagai Khadim Haramain
(Penjaga Dua Bandar Suci, iaitu
Makkah & Madinah) dia mengetuai
seluruh umat Islam & beroleh
kekayaan melalui tugas mengurus
Haji serta perdagangan yang datang
bersamanya.
Pada
waktu
yang
sama, hubungan Sa udi dgn. dunia
luar menjadi semakin luas.

Namun, suasana baru, menjadikan Arab Sa udi

bersikap lebih prakmatik dan membuat perubahan


yang adakalanya bertembung dengan ajaran
Islam dan aspirasi Wahhabi yang sebenarnya.
Sejak itu, bermulalah pertembungan
kuasa
dengan Ikhwan.
Pihak Ikhwan marah kerana Ibn Saud mula
berkompromi
dengan
Kafir
(British)dan
bertoleransi dengan umat Islam dari luar (Syiah)
dan Qadiani (India/Pakistan)
yang sebenarnya
sesat.
Namun,
pemberontakan puak Ikhwan telah
dihancurkan oleh Ibn Sa ud pada 1930. Setelah
berjaya melumpuhkan kekuatan Ikhwan, Ibn Saud
memenangi hati saki bakinya dengan bantuan
material. Walau bagaimanapun, penentangan ala
Ikhwan tetap muncul semula sekitar tahun 1970an dan kemudiannya dengan gerakan al-Qaedah.

Modernisasi, Ketegangan dan Kontradiksi


Bermula 1921, Ibn Sa ud menggunakan

gelaran Sultan di Nejed. Berikutnya,


baginda
menumpukan
perhatiannya
kepada pembangunan dan modernisasi.
Walaupun,
Wahhabiyyah
diisytiharkan
sebagai mazhab pegangan negara dan alQuran
diproklamasikan
sebagai
asas
Perlembagaan dan Sunnah juga diterima
sebagai panduan negara, namun pindaan
tetap dibuat dalam aspek politik, ekonomi
dan sebagainya. Hal ini, memang tidaklah
pernah diakui dan Arab Saudi juga cuba
memperlihatkan
gambaran
Islamnya
dengan
menunaikan
beberapa
aspek
hudud dan pengurusan Haji.

Melalui

cengkaman kuasa dengan


bantuan kaum keluarga Sa udi dan
konco-konconya
yang
diberi
kemewahan
dan
pangkat
(suatu
bentuk rasuah) dan juga kawalan
tentera melalui kerjasama sekutu
Baratnya
British
dan
berikutnya
Amerika, Ibn Saud berjaya menegak
& mengekalkan kuasa serta membuat
perubahan yang dia sendiri mahu.
Perubahan dapat dibuat selepas Ibn
Sa
ud
berjaya
mengatasi
penentangan ulama dan pasukan
Ikhwan.
Ulama
diatasi
melalui

Antara Pembaharuan yang dibuat:


Penggunaan kereta sbg. pengangkutan di Riyadh,
ibu negeri Sa udi, pada akhir 1920-an. Lebih bagi
kerajaan.
Ibn Sa ud juga guna kereta (motor-car) untuk
pergi memburu di kawasan padang pasir &
menyelesaikan
soal-soal
pentadbiran
yang
dilakukan bersama para pegawainya di kem-kem
rehat yang sering bertukar. Biasanya, fail-fail dan
surat-surat rasmi di bawa untuk perbincangan di
kem-kem itu. Tiada pejabat yang tetap. Motor-kar
juga bukan untuk pengangkutan rakyat
kemewahan Ibn Sa ud & penyokongnya!
Hanya selepas Perang Dunia Kedua, barulah Ibn
Sa ud mempunyai sebuah arkib untuk menyimpan
dokumen-dokumen dan surat-surat rasminya. Jadi
pentadbiran pada mulanya tidak teratur!

Kementerian-kementerian

bercorak
moden
hanya
dibina kemudiannya secara berperingkat-peringkat.
Biasanya, pihak raja bertemu rakyat
dalam majlis
untuk berbicara seolah-olah rakyat diberi peluang
untuk mengeluarkan pandangan mereka. Tetapi,
hakikatnya
pihak
raja
yang
membuat
segala
keputusaan. Kedudukan Ibn Sa ud menjadi kuat
dengan sokongan para pembesar dan pemimpin kabilah
yang diikatkannya dgn. baginda melalui perkahwinan,
kenduri (jamuan) diraja, pemberian pencen dan hadiahhadiah lumayan.
Jadi, demokrasi sebenarnya tidak berfungsi, meskipun
syura diadakan di kalangan keluarga Sa udi hanya utk.
ambil hati rakyat.
Raja seterusnya berkuasa secara mutlak dgn. dokongan
keluarganya dengan segala kemewahan. Begitulah
sistem politik Saudi hingga kini (bercorak feudal Arab),
walaupun mereka bercakap tentang Islam & dasar
Wahhabi. Keadilan yang sebenarnya tidak terjamin.

1932 - Kerajaan Di Raja Arab Saudi (Al-Mamlakah

al- Arabiyyah as-Saudiyyah) telah diisytiharkan


dgn perlindungan British.
Dgn, itu juga, sebuah Komite Politik telah dibentuk
terdiri drp. Raja (al-Malik), segelintir amir (putera
di raja) dan beberapa orang penasihat asing serta
pegawai utk. urus hal ehwal negara.
Antara penasihat asing itu Hafiz Wahbah (Mesir),
Khalid al-Hakim & Yusuf Yasin (Syria), Fuad
Hamzah (Lubnan), & St. John Philby (Abdullah,
seorang Inggeris Muslim yang asalnya agen
British). Namun, soal kewangan Ibn Sa ud bincang
sendiri (secara tertutup) dgn. Penasihat utamanya,
Abdullah b. Sulaiman (Menteri Kewangan).
Gerakan
Ikhwan dihancurkan dgn. sokongan
kewangan para peniaga kaya yg. mempunyai
hubungan rapat dengan Ibn. Sulaiman (Menteri
Kewangan)! Peniaga kaya tidak kukuh pegangan
agama (kira untung, yakni keduniaan).

Di Arab

Saudi menjadi tradisi yang para peniaga


kaya patut membiayai apa sahaja keperluan keluarga
di raja. Sokongan kewangan bererti ta at!
Pada 1920-an & 1930-an zakat dipungut sbg. cukai
utama.
Selain itu, ekon. Sa udi dikuatkan dengan kutipan 8%
cukai ke atas barang-barang perniagaan dari al-Ahsa
dan Hijaz.
Di bawah Ibn Sa ud, hanya beberapa kementerian
telah diasaskan.
1932:
selain
Komiti
Politik,
hanya
terdapat
Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal
Luar. Pada 1944, baru wujud Kementerian Pertahanan
sepenuhnya.
1930-an, tiada Kementerian Hal Ehwal Agama. Ibn Sa
ud hanya berbincang dengan ulama dalam Majlis Syura
mingguan.
Melalui
persidangan
ini
banyak
isu
diselesaikan antaranya, penggunaan kereta, kapal
terbang, talipon dan kedatangan misi Amerika utk.
mencari-gali minyak pada tahun 1933.

Secara ini, ulama (yang lemah) telah menerima

pendapat Ibn Sa ud dan keadaan ini umumnya


terus berlaku dalam masyarakat Saudi hingga kini.
Perang Dunia Kedua (1939 - 1945):
Perkembangan ekonomi negara Sa udi mula
mendapat banyak cukai drp. minyak. Orang luar
Amerika dan Barat
yang lain masuk secara
beramai-ramai bagi mengurus hal minyak
dan
memberi khidmat teknikal. Arab, malangnya tiada
ilmu yang lengkap, meskipun Islam menekankan
pentingnya ilmu dalam setiap aspek kehidupan!
Malangnya, tidak ramai antara mereka yang mahu
belajar! Kadar buta huruf tinggi!
Dgn perkembangan yang baru itu - materialisme

(suatu produk dari tamadun Barat) & sekularisme


terus menular ke Arab Sa udi, terutamanya di
kota-kota besar seperti Jiddah dan Dahran!

Salah satu masalah yang dihadapi oleh Ibn Sa ud

pada
awal
pemerintahannya
ialah
pemberontakan Ikhwan yang tidak bersetuju
dengn program-program pembaharuan.
Misalnya,

mereka menentang usaha beliau


memperkenalkan mesin-mesin baru & peralatan
seperti perkhidmatan taligraf, talipon, radio dan
sebagainya.
Ikhwan
juga
menentang
keras
segala
perundingan yang diadakan oleh pihak kerajaan
Sa udi dengan kafir, iaitu penjajah British yang
berpengaruh di sekitar kawasan Teluk Parsi dan
daerah utara Semenanjung Tanah Arab.
Dalam hal ini, Ikhwan sahaja tidak sepatutnya

dipersalahkan. Ibn Sa ud juga turut bersalah!

Ikhwan dalam pendidikan mereka tidak terdedah

kepada hal ehwal dunia moden, sedangkan Islam


menuntut
supaya
semua
umat
Islam
perlu
didedahkan kepada ilmu fardhu ain & fardhu
kifayah.
Meskipun Ibn Sa ud sering bercakap bahawa Islam
adalah sebuah agama dan cara hidup yang
sempurna, namun beliau tidak berusaha untuk
memajukan sebuah sistem pendidikan yang kemas
lagi jitu mengikut acuan Islam yang sebenarnya.
Sebaliknya, sistem feudal & dan pengalaman hidup
cara Badwi yang ditonjolkannya, walaupun dia lebih
cerdik & dan bijak berbicara berbanding dengan
rakyat Badwi (Ikhwan) tempatan.
Mengenai hal ini, Muhammad Asad (asalnya, Leopold
Weiss, Yahudi), seorang tokoh ilmuan Muslim dan
diplomat terkemuka, telah menyatakan bahawa
kekeliruan telah wujud dalam fikiran Ikhwan tentang
maksud bid ah (innovasi atau ciptaan baru).

Ini kerana mereka diberi ilmu yang minima, melibatkan aqidah,

jihad dan ibadat-ibadat (ritual) dan tiada faham tentang soal


dunia dan perkembangan yang sedang berlaku di luar Tanah
Arab.
Ikhwan tidak dididik dan dilatih dengan sempurna untuk hidup

dalam dunia moden. Yang ditekankan ialah hanya asas-asas


Islam dan taat setia kepada Ibn Sa ud.
Dalam Islam, Allah menegaskan dengan jelasnya:












Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka)
bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerusakan. (Al-Qasas: 77).

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:


Sebaik-baik manusia ialah seorang yang benar-

benar beriman dan dia bekerja untuk kejayaan


dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Sunan Ibn
Majah, vol.2, hlm. 725).
Umat Islam mesti hidup mengikut acuan Islam dan
dididik menurut al-Quran & Sunnah dan bukan
dikongkong
dengan
adat
tempatan
yang
adakalanya sesat dan merugikan atau ikut
kesesatan Barat.
Pada mulanya tiada masalah kerana Ikhwan terlibat
hanya dengan jihad (dalam konteks perang fizikal)
memerangi
kabilah-kabilah di gurun pasir dan
menguatkan kedudukan Ibn Sa ud.
Masalah mula timbul dengan penaklukan Hijaz
antara tahun 1924 25 yang menyebabkan rakyat
Sa udi berhubung dengan dunia luar, termasuk
orang kafir.

Keadaan

ini
membawa
perubahan
dan
perkembangan baru yang mencetuskan cultural
shock (kejutan budaya) kepada rakyat Saudi
(termasuk Ikhwan) yang hanya biasa dengan
corak hidup tradisional (Badwi) yang sempit dan
tertutup.
Dengan pendidikan yang terhad & condong ke
arah penafsiran Islam yang literal dan semangat
jihad
yang
berkobar-kobar
menyebabkan
golongan ini bukan sahaja menolak pembangunan
moden, malah melihat segala perkembangan
baru itu dengan rasa jijik & bahaya kepada iman.
Dengan itu, mereka bertindak ganas tanpa
sebarang kesabaran apabila mereka melihat
amalan-amalan baru yang adakalanya bersifat
tidak Islami atau jelek di Jordan dan Iraq sehingga
membawa masalah kepada pihak British dan Ibn
Sa ud sendiri.

Dalam pada itu, Ibn Sa ud juga gagal membina sebuah

masyarakat Islam yang benar-benar tersusun dengan


persamaan (equality @ musawah) dan keadilan (justice @ aladl) menurut tuntutan Islam.
Perhambaan

masih wujud pada zamannya dan hanya


dihapuskan secara rasmi oleh penggantinya yang kedua, alMalik Faisal, pada tahun 1964. Rakyat Muslim asing, termasuk
Melayu, tidak dilayan dengan penuh mesra sebagai saudara
Islam yang sepatutnya. Hak mereka tidak sama dengan warga
Arab.

Kabilah-kabilah yang menyokongi kerajaan monarki Sa udi

dan yang terikat dengan Ibn Saud melalui perkahwinan atau


keturunan (kabilah yang sama) memangnya menerima layanan
yang istimewa. Misalnya, keluarga Saudi dan Sudairi
mempunyai kedudukan politik & sosial yang paling tinggi.
Tetapi, mereka yang lain, termasuk penduduk kota-kota yang
berketurunan bukan
Arab, ada masanya menghadapi
diskriminasi dan gangguan serta layanan kasar polis-polis Sa
udi. Hal ini, ada juga berlaku kadangkalanya pada masa kini
bagi orang yang melakukan umrah.

Al-Malik

Abdul Aziz (Ibn Saud) juga mengabaikan


pendidikan bagi putera-puteranya sendiri, meskipun Islam
mewajibkan pendidikan bagi semua penganutnya &
menuntut agar pendidikan serta latihan diberi kepada umat
Islam supaya mereka menjadi hamba-hamba Allah yang
berilmu lagi berguna dan berakhlak mulia dalam menjaga
pergaulan antara sesama manusia. Allah telah berfirman
dalam wahyu-Nya yang pertama:

Bacalah

dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang


menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang
mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(al-Alaq: 1-5)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang


Islam (lelaki mahupun wanita). Riwayat Bukhari
dan Muslim).
Dan,
Yang paling baik antara manusia sekelian ialah dia
yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
(al-Hadith).
Golongan wanita juga, termasuk keluarganya
sendiri, tidak diberi sebarang pendidikan, selain
asas-asas agama & tiada diberi peluang untuk
berperanan dalam masyarakat. Adat yang begini
memangnya tidak selari sama sekali dengan
kehendak Islam. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. cukup
cerdik dan berperanan dalam masyarakat Khadijah
menasihati Nabi & berniaga, Aisyah & Hafsah
pernah mengajar sebagai guru & menjadi rujukan,
termasuk lelaki dalam hal hukum-hakam.

Ibn Sa ud juga tidak menyediakan para puteranya

untuk memimpin dengan baik sepertimana yang


dikehendaki oleh Islam. Daripada semua anakanaknya, iaitu serama 40 orang, hanya Amir Faisal
yang kemudiannya menjadi al-Malik (Raja) Sa udi
(1964 1975) yang menunjukkan kepimpinan yang
berkesan dan berkaliber serta bermoral seperti yang
dikehendaki oleh Islam.
Sejak

zaman
mudanya,
Amir
Faisal
yang
berpendidikan agama secara mendalam melalui
bimbingan datuknya daripada sebelah ibunya sendiri,
telah
terlibat
dengan
politik
tempatan
dan
antarabangsa.Dalam
hal
politik
memangnya
mengejutkan
kerana Faisal yang tidak pernah
terdedah
kepada
pendidikan
Barat
dapat
menjalankan
perbincangan
dan
menjalankan
tugasnya dengan baik sebagai wakil kepada bapanya
dalam beberapa siri persidangan antarabangsa
dengan kuasa-kuasa Barat.

Ibn Sa ud juga banyak membazirkan harta dan mengawal segala

kekayaan negara, termasuk minyak, seperti harta milik bapanya


sendiri. Hal ini sama sekali berlawanan dengan tuntutan Islam
yang menghendaki segala kekayaan yang diperolehi digunakan
secara
saksama
bagi
menjaga
kepentingan
umat
Islam,
terutamanya yang miskin dan melarat. Allah telah berfirman:

...supaya harta itu jangan

hanya beredar di antara orang-orang


yang kaya sahaja antara kamu. (al-Hasyr:7).

Pembaziran berlaku apabila kenduri besar-besaran diadakan

di istana dan di daerah-daerah luar dari Riyadh bagi menarik


sokongan ketua-ketua kabilah dan melalui hadiah-hadiah
(rasuah) kepada para penyokongnya. Istana-istana &
kekayaan untuk ahli keluarga & penyokong.
Sistem monopoli seperti dalam pemerintahan feudal dan

kapitalisme Barat adalah haram dan dilarang sama sekali oleh


Islam. Bagi Islam semua orang mempunyai hak yang sama
asalkan perkara yang dikehendaki (dituntut ) itu sah & halal di
sisi Allah!

Walau

bagaimanapun, penafsiran yang


terlalu ketat (rigid) dan literal mengenai
Islam
seperti
yang
dilakukan
oleh
sebahagian
besar
ulama
Saudi
menyebabkan ajaran Wahhabi menjadi
tidak popular, malah ditakuti, di luar
negara Sa udi sendiri pun. Barat & musuh
juga buat fitnah!

Selanjutnya, terdapat sebahagian ulama

Sa udi
yang terlalu fanatik hingga
enggan mengakui ajaran-ajaran mazhab
Sunni (Ahlus Sunnah) yang lain dan terus
mengutuk semuanya habis-habisan. Ini
adalah keterlaluan kerana ulama lain pun

Dengan sebab sikap yang sempit itu, maka

golongan ini tidak dapat mengadakan hubungan


yang baik lagi sihat dengan para ulama yang
mutabar dan dihormati daripada kalangan para
tokoh Sunni di Mesir, Syria dan sebagainya.
Lantaran itu, hingga kini ulama Sa udi lebih
ramai yang dicengkam oleh sifat jumud (beku)
kerana sedikit sahaja soal ijtihad dalam isu-isu
Zaman Moden yang disentuh (dikendalikan) oleh
mereka. Misalnya, soal-soal ekonomi
seperti
Bank Islam, takaful (insuran Islam), ar-rahnu
(pajak gadai Islam) dan sebagainya, isu-isu
perkhidmatan perubatan seperti
perubatan
moden dan juga perubatan herba (homeopathy)
amat sedikit yang disentuh oleh ulama Wahhabi.

Sebaliknya, kita dapati ulama Mesir seperti Prof.

Dr. Yusuf Qardhawi, dan Prof. Dr. Muhammad alGhazali, Prof. Muhammad Abu Zaharah dan ulama
Syria seperti Prof. Dr. Sa id Ramadhan al-Buthi,
Prof. Anas Zarqa dan Dr. Wahbah az-Zuhaily
telah banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan Ilmu Fiqh (Fiqah) pada Zaman
Moden. Mereka ini alhamdulillah menyentuh soalsoal politik, sosial, ekonomi, sains dan perubatan
moden & menangkis kepalsuan-kepalsuan yang
disebarkan oleh Yahudi dan Kristian Barat.
Tanpa sumbangan yang demikian, umat Islam di

seluruh dunia akan tinggal dalam keadaan beku


atau tersangkut (tersekat) kemajuannya dalam
menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku
sekeliling dunia & terus dijajah.

Keadaan yang demikian, tentu sekali amat

dialu-alukan oleh pihak kafir Barat &


konconya Zionis Israel yang sesat lagi
durjana
dan
mengukuhkan
dakwaan
mereka yang sesat dan jahat ini bahawa
Islam adalah tidak relevan sama sekali
dengan Dunia Moden. Islam tetap hebat &
unggul!
Sungguhpun, terdapatnya kegiatan yang

melampau dan tercicir daripada ajaran


Islam
dalam amalan kaum Wahhabi di
bawah pimpinan kerajaan Saudi, namun
mazhab ini tidaklah sesat atau menjadi
kafir seperti ajaran Syi ah. Hanya

Sementara

itu, dengan berkembangnya industri


minyak & pembangunan ekonomi moden ala Barat,
kerajaan Sa udi di bawah kepimpinan Ibn Saud yang
tidak mempunyai persediaan apa-apa menjadi terus
terperangkap
dengan
cengkaman
kuasa-kuasa
imperialis Barat moden dan tersedut ke dalam sistem
kapitalis (riba) yang haram di sisi Islam. Kini, U.S.
menguasai
dasar
rejim Arab Sa udi minyak,
ekonomi, pertahanan. Itulah hakikat dan trajedinya
apabila sebuah kerajaan Arab lebih mengutamakan
kehendak dinastinya sendiri dan mengutamakan
tradisi Arab lebih
daripada menjunjung perintah
Allah dan berjuang untuk Islam yang sebenarnya.
Namun, Ibn Sa ud hanya berjaya menyatu dan
mengamankan
wilayah
pemerintahannya
serta
mengaturkan urusan haji dengan baik. Selain itu,
pengaruh Barat berkembang, bermula dengan British,
diikuti dengan Amerika yang dominan hingga kini,
Perancis dan Jerman. Sains & teknikal - Barat kuasai!

U.S. mendapat konsesi minyak sejak 1933.

Standard Oil Company of California (kini


Caltex) mendapat konsesi selama 60 tahun.
1934 -Syarikat ini bertukar menjadi Arabian
Oil Company.
1944- Arab-American Oil Company (Aramco)
dibentuk. Amerika mengawal kerana ia
kuasai bidang sains & teknologi, kewangan
dan pengangkutan serta komunikasi.
Saudi juga pinjam wang dari U.S, tersedut
ke dalam sistem kapitalisme (riba) dan
kemudiannya menyertai IMF! Sejak 1943,
Amerika sudah menggunakan pengkalan
udaranya di
Arab Sa udi & hal ini
berterusan
hingga
kini!
Dominasi
ketenteraan berlaku!

Moga-moga golongan Islam yang lebih baik dan

berkemampuan dapat bertapak di Arab Sa udi, insya


Allah. Begitu juga bagi dunia Islam! Dengan itu juga,
agar
pengaruh
Barat
yang
negatif
dapat
ditamatkan.
Perkara yang positif
dari Barat
mahupun Timur sentiasa diterima oleh Islam, agama
Allah yang sebenarnya. Islam adalah untuk kebaikan
& keselamatan manusia sendiri bagi dunia & akhirat.
Arab Sa udi bercakap yang ia membela Palestine

yang dikuasai & dizalimi Israel, tetapi dia tidak


berani mengecam Britain mahupun U.S.A. sejak awal
itu lagi (zaman Ibn Sa ud) dan ia berniaga serta
menjaga kepentingan Britain mahupun Amerika di
dunia! Rakyat Palestine juga tidak dibantu. Jelasnya,
Arab Sa udi menjalankan dasar double standard
& tidak benar-benar mengikut Islam!

Bibliografi:
1. Almana, Muhammad, Arabia Unified: The
Potrait of Ibn Sa ud, London, Hutchinson
Benham, 1980.
2. As ad Abu Khalil, The Battle for Saudi Arabia,
An Open Media Book, Seven Stories Press,
New York, 2004.
3. Badri Yatim, Dr., Sejarah Sosial Keagamaan
Tanah Suci, Hijaz (Mekah dan Madinah), 1800
1925, Logos Wacana Ilmu, Jakarta, 1999.
4. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden:
Penjajahan
dan
Pergolakan,
Karisma
Publications Sdn. Bhd., Shah Alam, 2007.
5. Holden, David & Johns, Richard, The House of
Saud, Pan Books, London & Sydney, 1982.
6. Iqbal, Sheikh Muhammad, Emergence of Saudi
Arabia, Srinagar, Saudiyah Publishers, 1977.

,The Arab Glory, The Arab


Grief, Idarah-i Adabiyat-i Delli, Delhi,
1977.
8. Madawi al-Rasheed, A History of Saudi
Arabia, Cambridge University Press,
New York, 2002.
9. http:
//www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=35
7078
, hlm. 1 8.
10.http:
//www.fsmitha.com/h2/ch17arab.html,
hlm. 1 2.
11.http:
//www.mykhilafah.com/sautunnahdhah/2
7.