Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN CONVENT

NAMA:
KELAS:
IC:
TAJUK: KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG
SIHAT

BAHAN CEMAR UDARA

1.Kenderaan bermoto
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa
kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber
tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di
dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama
kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004,
14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun
ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke
bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
2. Penjana kuasa
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil
seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini
mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86
peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
4. Aktiviti harian
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran mel i sejuk dan penyaman udara
bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga
mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan
Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
adalah punca pencemaran udara.

PELBAGAI PENYAKIT YANG BERKAITAN DEGAN SISTEM RESPIRASI


Pernafasan atau respirasi adalah suatu proses yang dimulakan dari
pengambilan oksigen kepengeluaran karbon dioksida hingga penggunaan
tenaga di dalam tubuh . Sistem pernafasan padamanusia adalah salah satu
sistem organ pengeluaran karbon dioksida. Dalam system ini
terdapatbeberapa penyakit yang boleh dihidapi oleh manusia. Antara penyakit
yang berkaitan dengansystem respirasi manusia adalah:
Faringitis (Radang Tekak)
Faringitis adalah radang pada faring (tekak) kerana jangkitan. Gangguan ini
disebabkan olehjangkitan bakteria atau virus. Bakteria yang biasa
menyenbabkan penyakit ini adalah
Streptococcus pharyngitis.
Keradangan juga terjadi kerana terlalu banyak merokok. Antara gejala
penyakit iniialah sehingga kesakitan semasa menelan makanan
atau kerongkong terasa kering. Selain itu,pesakit juga akan deman dan
mengalami peningkatan jumlah sel darah putih dalam badan.
Asma (Lelah)
Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang disebabkan
oleh keadaan dinginatau alahan seperti debu, bulu atau rambut. Penyakit
asma menyebabkan kesukaran bernafaskerana ketika pesakit diserang asma,
keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udaramenyebabkan
bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin
mengalamipernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk
bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang
pernafasan. Apabila initerjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya,
pesakit boleh pengsan.Antara gejala penyakit asma ialah:1.Mengalami sesak nafas sehingga bernafas dengan tersenggal-senggal.
2.Nafas pendek, biasanya hanya terjadi ketika berolahraga.
3.Badan kelihatan letih dan lesu serta kurang bersemangat.
4.Rasa sesak dan berat di dada.
5.Mengalami kesulitan untuk tidur dengan nyenyak.

6.Batuk-batuk hanya pada malam hari dan cuaca dingin.


7.Mudah terkena alergi seperti udara dingin, debu, atau jenis makanan
tertentu.
8.Serangan asma yang hebat menyebabkan penderita tidak dapat berbicara
kerana kesulitannyadalam mengatur pernafasan.
9.Mudah letih ketika melakukan aktiviti lasak/bersukan.

CARA UNTUK MEMEPERBAIKI KUALITI UDARA

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis udara


Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat
dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang
penapis asap pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi
memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama
asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang
dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam
menangani isu ini dengan lebih baik.Sekurang-kurangnya kempen cinta
alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat
mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yag digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik.
Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat
meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap
diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan
yang jarang diselenggara.

4) Gunakan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan
pembebasan logam berbahaya ke udara.Sekalipun petrol tanpa
plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum,namun
sekirannya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap
alam sekitar, kita boleh berkerjasama bersam-sama mengurangkan
pencemaran.
5) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat
mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang
sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumah bahan cemar yang
dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat
mengurangkan pembebasan bahan cemr ke udara, amaln berkongsi
kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.
6) Menggunakan pengangkutaan awam
Pengguna kenderaan pengangkutan awam juga mampu
meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi
kenderaan,penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan
bilangan kenderaan persendirian yang di jalanraya. Sekaligu ini dapat
mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.
7) Tanam lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti
udara kita. Dengan jumlah pkok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti
gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigeb
yang dibebaskan oleh tumbuhan juga diperbanyakan lagi.
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarat agar tidak bertindak
dengan lebih baik,denda yang tinggi boleh dkenakan kepada mereka
yang melanggar undanf-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan
pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati menangani hal
yang melibatkan kualiti udara.

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH

Perlakuan dan amalan yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang
sihat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada system respirasi
kita. Antara beberapa amaln yang boleh mengekalkan udara yang sihat
adalah dengan:
1)
2)
3)
4)
5)

Tidak melakukan pembakaran terbuka


Tidak merokok di tempat terbuka
Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyemburan
Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Anda mungkin juga menyukai