Anda di halaman 1dari 12

1.

PENDAHULUAN
Murid-murid Tahun Satu yang baharu sahaja masuk ke Sekolah Terusan Tengah,

Semporna perlu didedahkan dengan maklumat-maklumat yang asas sejak awal lagi,
walaupun ramai diantara mereka yang sudah mendapat pendedahan di peringkat Pra
Sekolah /Tabika KEMAS. Pendedahan ini perlu supaya murid-murid baharu ini dapat
menghayati budaya sekolah yang akan memudahkan murid mengasimilasikan diri
mereka terutama untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dijalankan
dengan baik dan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, mereka akan dapat melihat
arah tuju mereka dengan jelas seterusnya membantu membina semangat dan budaya
belajar yang bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan program
transisi

ini

ianya

akan

dapat

membantu

meningkatkan

kualiti

dan

prestasi

kecemerlangan selari dengan visi dan misi sekolah.

2.0

OBJEKTIF
2.1
Membolehkan murid-murid baharu memahami dan menghayati budaya
2.2

Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah, Semporna.


Membentuk kumpulan murid yang benar-benar

2.3

mengamalkan nilai-nilai murni.


Mencungkil dan mengembangkan pengetahuan sedia ada murid dari segi

2.4
2.5

akses kendiri berkaitan pengajaran dan pembelajaran.


Mendidik murid-murid mengamalkan peraturan dan disiplin sekolah.
Mewujudkan perpaduan dan kerjasama ibu bapa dan guru dalam proses

2.6

pembentukan JERI murid-murid.


Memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa Sek. Keb. Terusan Tengah

menghayati

merupakan sekolah terbaik dalam pengurusan sumber murid.

3.0

TARIKH
12 Hingga 16 Januari 2015 (1 minggu)

dan

4.0

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah, Semporna

5.0

6.0

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II
Naib Pengerusi III
Penyelaras Program
Setiausaha
Bendahari
AJK

: En. Abdul Raof Bin Muhammad Nor (Guru Besar)


: Pn. Siti Nahirah Binti Zulkarnain ( PK HEM)
: Pn. Norma Binti Hinga (PK I)
: En. Osman Bin Hairullah (PP)
: En. Julkiflee Bin Peseming (PK KOKUM)
: En. Mohd Kamarulizan Bin Abdul Aziz
: Pn. Karimah Binti Juny
: Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
: Guru Kelas/Akademik Tahun Satu

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengerusi
: Pn. Siti Nahirah Binti Zulkarnain ( PK HEM)
Timbalan Pengerusi I
: Pn. Norma Binti Hinga (PK I)
Timbalan Pengerusi II
: En. Osman Bin Hairullah (PP
Penyelaras Program
: En. Mohd Kamarulizan Bin Abdul Aziz
Penolong Penyelaras
: En. Abdul Mursidi Bin Abdul Jal
Setiausaha
: Pn. Karimah Binti Juny
Bendahari
: Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
AJK
Taklimat dan Penerangan : En. Mohd Kamarulizan Bin Abdul Aziz
Disiplin dan Kawalan Murid : En. Abdul Mursidi Bin Abdul Jal
Persiapan Tempat/Kelas
: En. Mohd Kamarulizan Bin Abdul Aziz
PA Sistem
: Tn. Hj Bilih Abd Rauf/En. Berjaya
Fotografi dan Dokumentasi : Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
Sukaneka dan Permainan : Semua guru Tahun 1
Hadiah & Cenderamata
: Pn. Karimah Juny dan Ustazah Nurul Farhana Omar
Penilaian & Penempatan : En. Mohd Kamarulizan Bin Aziz
Urusetia
: Pn Karimah Juny dan Ustazah Nurul Farhana Omar
Perhimpunan
: En. Abdul Mursidi Bin Abdul Jal
Kebersihan
: Staf Pembersihan
7.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGU TRANSISI TAHUN SATU 2015

Program Minggu Transisi Tahun Satu pada tahun ini dilaksanakan selama satu minggu
iaitu bermula 12 hingga 16 Januari 2015. Setiap hari, program ini dimulakan dengan
perhimpunan dan taklimat pelaksanaan aktiviti yang dikendalikan oleh Encik Mohd
Kamarullizan Bin Aziz selaku Penyelaras Program.
7.1

Hari Pertama (12 Januari 2015 - Isnin)


2

Slot 1
Tajuk
: Pendaftaran Peserta
Fasilitator :Pn. Salwati Bt Sambas, Pn. Karimah Bt Juny
Masa

: 7.00 pagi 7.30 pagi

Tempat

: Dewan Mini Sekolah

Selepas perhimpunan, murid-murid Tahun Satu berkumpul di Dewan Mini Sekolah


untuk pendaftaran, pembahagian tanda nama dan pembahagian kumpulan untuk
memudahkan guru mengenali murid. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua.
Slot 2
Tajuk
: Kenali Guru Ku Sayang
Fasilitator : En. Mohd Kamarullizan BinAziz
Masa

: 7.30- 8.30 pagi

Tempat : Dewan Mini Sekolah


Pengisian aktiviti ini adalah murid-murid diperkenalkan kepada semua guru melalui
tayangan slaid gambar dan nama guru.. Selepas tayangan slaid, secara rawak muridmurid diminta mengecam gambar guru yang ditunjukkan melalui tayangan slaid.

Slot 3
Tajuk
: Pengenalan Sekolah
Penceramah : Pn. Norma Binti Hinga
Masa

: 8.30- 9.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Aktiviti ketiga dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Untuk aktiviti ini yang
disampaikan oleh Puan Norma Binti Hinga, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)
adalah menyentuh tentang hal yang berkaitan dengan lambang sekolah, bendera
sekolah dan organisasi sekolah.
3

Slot 4
Tajuk
: Taklimat Disiplin
Penceramah : Tn. Hj Latif Bin Gupurani
Masa

: 9.00-9.30 malam

Tempat
: Dewan Mini dan Persekitaran Sekolah
Pengisian aktiviti yang seterusnya adalah taklimat disiplin yang disampaikan oleh Tuan
Haji Latif Bin Gupurani selaku Guru Disiplin Sidang Pagi. Dalam taklimat ini, beliau
menerangkan tentang peraturan dan tatacara disiplin murid. Selepas sesi taklimat,
beliau membawa murid Tahun Satu melawat ke kantin sekolah sambil menerangkan
peraturan dan adab di kantin. Taklimat beliau yang mengambil masa hampir setengah
jam diakhiri dengan nyanyian lagu Cita-citaku.
Slot 5
Tajuk
: Taklimat SPBT
Penceramah : Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
Masa

: 10.00- 10.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini dan Bilik SPBT
Pengisian aktiviti untuk slot kelima adalah taklimat Skim Peminjaman Buku Teks (SPBT)
yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Farhana Binti Omar selaku Penolong Penyelaras
SPBT. Dalam taklimat tersebut, beliau menerangkan tentang cara-cara penggunaan
dan penjagaan buku teks. Selepas selesai sesi taklimat, murid-murid dibawa melawat
ke Bilik SPBT.
Slot 6
Tajuk
: Tayangan Lagu Agama Kanak-kanak
Penceramah : Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
Masa

: 10.30- 11.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini
Pengisian aktiviti untuk slot ini adalah tayangan lagu agama kanak-kanak yang
dikendalikan oleh Ustazah Nurul Farhana Binti Omar selaku Guru Bahasa Arab. Dalam
slot ini, murid-murid diberi pendedahan tentang cara hidup islam dan adab menuntut
ilmu yang ditetapkan melalui tayangan lagu berunsur keagamaan.
7.2 Hari Kedua (13 Januari 2015- Selasa)
4

Slot 1
Tajuk
: Badan Sihat Minda Cergas
Fasilitator : En. Julkiflee Bin Peseming
Masa

: 7.30 8.30 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan


Selepas selesai perhimpunan, aktiviti yang dilaksanakan adalah senamrobik berirama
yang dikendalikan oleh Encik Julkiflee Bin Peseming selaku Penolong Kanan
Kokurikulum. Dalam aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan aktiviti gerakan
psikomotor mengikut irama yang bersesuaian.
Slot 2
Tajuk
: Taklimat Kurikulum
Penceramah : Pn. Norma Binti Hinga
Masa

: 8.30-9.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Untuk slot kurikulum, taklimat disampaikan oleh Puan Norma Binti Hinga selaku
Penolong Kanan Pentadbiran (PK1). Slot yang mengambil masa selama setengah jam
merangkumi

penerangan

tentang

mata

pelajaran

dan

kepentingannya

dalam

kehidupan.
Slot 3
Tajuk
: Kenali Kemudahan Sekolah
Penceramah : Pn. Widayani Binti Beritta
Masa

: 9.00-9.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot seterusnya yang bertajuk Kenali Kemudahan Sekolah adalah lebih menjurus
kepada taklimat pusat sumber. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Widayani Binti
Beritta selaku Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Dalam taklimat ini, beliau
menerangkan tentang peraturan dan adab di pusat sumber. Beliau turut menyentuh
tentang cara-cara penjagaan buku pusat sumber.
Slot 4
Tajuk
: Bimbingan dan Kaunseling
Penceramah : En. Azamaan Bin Zakaria

Masa

: 10.00- 10.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Pengisian aktiviti untuk slot keempat adalah taklimat Bimbingan dan Kaunseling yang
disampaikan oleh Encik Azamaan Bin Zakaria selaku Kaunselor Sekolah. Dalam
taklimat yang mengambil masa selama lebih setengah jam, beliau menerangkan
tentang sifat-sifat murid cemerlang dan adab menuntut ilmu. Slot ini diakhiri dengan
aktiviti simulasi tentang adab menuntut ilmu yang sewajarnya menjadi amalan dalam
kehidupan seharian.
Slot 5
Tajuk
: Gigi Bersih Badan Sihat
Penceramah : En. Mohd Kamarullizan Bin Aziz
Masa

: 10.30-11.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot seterusnya adalah taklimat tentang penjagaan kesihatan diri yang disampaikan
oleh Encik Mohd Kamarullizan Bin Aziz. Dalam taklimat ini, beliau menunjukkan
tayangan slaid tentang cara-cara penjagaan kesihatan diri yang betul. Slot ini diakhiri
dengan nyanyian lagu Kalau Nak Tubuh Sihat dengan melodi Rasa Sayang.
Slot 6
Tajuk
: Kenali Kemudahan Sekolah
Fasilitator : Pn. Karimah Bt Juny, Ustazah Nurul Farhana Bt Omar
Masa

: 11.30 pagi- 12.30 tengahari

Tempat
: Persekitaran Sekolah
Untuk slot yang terakhir pada hari kedua, murid-murid dibawa melawat ke persekitaran
dan bangunan yang terdapat di sekolah. Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Karimah
Binti Juny dan Ustazah Nurul Farhana Binti Omar. Dalam slot ini, murid-murid diberi
penerangan tentang tempat yang mereka lawati. Antara tempat tersebut adalah seperti
bilik guru, surau, padang sekolah, tandas murid dan bilik pemulihan.
7.3

Hari Ketiga (14 Januari 2015- Rabu)

Slot 1
Tajuk
: Taklimat HEM
Penceramah : Pn. Sitti Nahirah Binti Zulkarnain
6

Masa

: 7.30-8.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot pertama pada hari ketiga minggu transisi adalah taklimat Hal Ehwal Murid (HEM)
yang disampaikan oleh Puan Sitti Nahirah Binti Zulkarnain selaku Penolong Kanan
HEM. Dalam taklimat ini, beliau menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal
murid dan bantuan yang layak diterima oleh murid Tahun Satu.
Slot 2
Tajuk
: Mari Melawat Kantinku
Penceramah : En. Mohd Kamarullizan Bin Aziz
Masa

: 8.30- 9.00 pagi

Tempat
: Kantin Sekolah
Untuk slot kedua yang bertajuk Mari Melawat Kantinku, murid-murid dibawa melawat
ke kantin sekolah. Slot ini dikendalikan oleh Encik Mohd Kamarullizan Bin Aziz, yang
menyentuh tentang peraturan dan adab di kantin. Beliau turut menerangkan tentang
amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.
Slot 3
Tajuk
: Mari Membaca Anakku Sayang
Fasilitator : Pn. Karimah Bt Juny, En. Mohd Kamarullizan Bin Aziz
Masa

: 9.00-9.30 pagi

Tempat : Dewan Mini Sekolah


Slot seterusnya adalah bertajuk Mari Membaca Anakku Sayang yang dikendalikan oleh
Puan Karimah Binti Juny dan Encik Mohd Kamarullizan Bin Aziz iaitu pengenalan
kepada mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Slot ini yang mengambil
masa selama lebih setengah jam turut memuatkan tayangan video dan slide tentang
kaedah mudah membaca perkataan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Slot 4
Tajuk
: Taklimat Kokurikulum
Penceramah : En. Julkiflee Bin Peseming
Masa

: 10.00 - 10.30 pagi

Tempat

: Dewan Mini Sekolah

Selepas waktu rehat, aktiviti diteruskan dengan slot taklimat Kokurikulum yang
disampaikan oleh Encik Julkiflee Bin Peseming selaku Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Dalam slot ini, beliau menerangkan tentang hal-hal yang berkaitan
dengan sukan, permainan, kelab dan persatuan. Taklimat beliau diakhiri dengan aktiviti
pergerakan psikomotor.
Slot 5
Tajuk
: Islam Agamaku
Penceramah : Ustaz Samil Bin Ali
Masa

: 10.30-11.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot seterusnya adalah bertajuk Islam Agamaku yang dikendalikan oleh Ustaz Samil
Bin Ali, selaku Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Dalam slot ini, beliau
menunjukkan tayangan video dan slide tentang doa-doa harian. Beliau turut
membimbing murid tentang cara-cara dan adab berdoa.
Slot 6
Tajuk
: Mari Belajar Mengira
Penceramah : En. Abd Mursidi Bin Abd Jal
Masa

: 11.00- 11.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot terakhir pada hari ini adalah bertajuk Mari Belajar Mengira. Slot ini dikendalikan
oleh Encik Abdul Mursidi Bin Abdul Jal selaku Guru Mata Pelajaran Matematik. Dalam
slot ini, beliau menerangkan tentang teknik asas mengira dan kaedah mudah mengira.
7.4

Hari Keempat (15 Januari 2015-Khamis)

Slot 1
Tajuk
: Taklimat Ibu Bapa
Penceramah : En. Mohd Kamarullizan Bin Abdul Aziz
Masa

: 7.30- 8.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot pertama pada hari ini adalah taklimat ibu bapa yang dikendalikan oleh Encik Mohd
Kamarullizan Bin Abdul Aziz selaku Penyelaras Program. Dalam taklimat ini, beliau

mengedarkan borang maklumbalas program yang perlu dilengkapkan oleh ibubapa.


Slot ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama ibubapa.

Slot 2
Tajuk
: Aktiviti Sukan dan Permainan
Fasilitator : En.. Julkiflee Bin Peseming
Masa

: 8.30-9.00 pagi

Tempat : Padang Sekolah


Slot seterusnya adalah aktiviti sukan dan permainan yang dikendalikan oleh Encik
Julkiflee Bin Peseming, selaku Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam slot
ini, murid-murid diberi pendedahan tentang cara bermain dan peraturan setiap
permainan. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan
mereka melaksanakan aktiviti sukan.
Slot 3
Tajuk
: Taklimat Pemulihan
Penceramah : Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
Masa

: 9.00 9.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Untuk taklimat Pemulihan, slot ini dikendalikan oleh Ustazah Nurul Farhana Binti Omar
kerana pada masa ini tiada guru pemulihan di sekolah ini. Dalam slot ini, murid-murid
diberi pendedahan tentang kaedah pemulihan dan cara-cara pembelajaran yang
berkesan. Beliau banyak menyentuh tentang motivasi menjadi murid yang cemerlang.
Slot 4
Tajuk
: Mengenali Alam Sains
Penceramah : Pn. Sitti Nahirah Binti Zulkarnain
Masa

: 10.00-10.30 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Aktiviti untuk slot keempat adalah tentang Mengenali Alam Sains. Slot ini mengambil
masa selama setengah yang dikendalikan oleh Puan Sitti Nahirah Binti Zulkarnain
selaku Guru Mata Pelajaran Sains. Dalam taklimat ini, beliau menerangkan tentang
mata pelajaran dunia sains dan teknologi serta cara pembelajaran. Slot ini diakhiri
dengan aktiviti simulasi oleh beberapa orang murid.
9

Slot 5
Tajuk
:Mari Melukis dan Mewarna
Penceramah : Pn Norma Binti Hinga
Masa

: 10.30- 11.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Slot seterusnya yang bertajuk Mari Melukis dan Mewarna dikendalikan oleh Puan
Norma Binti Hinga selaku Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam slot ini,
beliau menerangkan tentang cara melukis dan mewarna yang baik. Seterusnya, beliau
turut menerapkan nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi amalan seharian. Slot ini
diakhiri dengan nyanyian lagu Rasa Sayang secara beramai-ramai.
Slot 6
Tajuk
: Ujian Lisan
Fasilitator : AJK Program
Masa

: 11.00- 11.30 pagi

Tempat : Dewan Mini Sekolah


Slot terakhir pada hari ini adalah ujian lisan sebagai penilaian murid untuk pembahagian
kelas. Ujian lisan ini merangkumi soalan asas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
7.5

Hari Terakhir (16 Januari 2015- Jumaat)

Slot 1
Tajuk
: Senamrobik Bersama Ibubapa dan Murid
Fasilitator : AJK Program
Masa

: 7.30-8.30 pagi

Tempat
: Tapak Perhimpunan
Slot pertama untuk hari terakhir adalah aktiviti senamrobik bersama ibubapa dan murid.
Slot ini diketuai oleh Encik Julkiflee Bin Peseming selaku Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Aktiviti ini turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Program dan ibubapa.
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal disamping mengeratkan
hubungan silaturrahim diantara guru-guru, ibubapa dan murid.
Slot 2
Tajuk
Fasilatitator

: Aktiviti Sukaneka
: AJK Program
10

Masa

: 8.30- 9.30 pagi

Tempat
: Tapak Perhimpunan
Selepas selesai aktiviti senamrobik bersama ibubapa dan murid, program diteruskan
lagi dengan aktiviti sukaneka.Bagi aktiviti sukaneka, terdapat tiga acara yang
dipertandingkan.Acara pertama adalah tiup tepung yang mana murid dikehendaki
mengambil gula-gula yang disembunyikan disebalik tepung menggunakan mulut.Acara
kedua adalah mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan span. Manakala acara
ketiga adalah sambung-sambung straw sehingga menghasilkan bentuk bulatan.Dalam
aktiviti sukaneka ini, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diketuai oleh
seorang guru bagi setiap kumpulan.
Slot 3
Tajuk
Fasilatitator

: Majlis Perasmian dan Penutupan


: AJK Program

Masa

: 10.00- 11.00 pagi

Tempat
: Dewan Mini Sekolah
Program Minggu Transisi Tahun Satu sesi 2015 diakhiri dengan Majlis Perasmian
Penutupan yang dirasmikan oleh Encik Abdul Raof Bin Muhammad Nor selaku Guru
Besar SK Terusan Tengah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu
patriotik. Dalam majlisi ini, turut diselitkan persembahan oleh murid Tahun Satu dan
penyampaian hadiah kepada pemenang.Antaranya ialah Murid Lelaki dan Perempuan
Cemerlang, IbuBapa Contoh Terbaik dan Hadiah aktiviti sukaneka.Majlis ini diakhiri
dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, hasil daripada pelaksanaan program minggu transisi Tahun
Satu sesi 2015, banyak kebaikan dan pengetahuan yang diperolehi terutamanya dalam
aspek pembinaan sahsiah dan peribadi murid-murid. Ianya menjadi nilai tambah yang
tidak ternilai harganya kepada para murid-murid .Setiap aktiviti yang dirancang telah
dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Program seumpama ini
adalah menjadi teras yang penting dalam penyediaan kendiri bagi seorang murid yang
11

berkualiti pada masa akan datang dalam semua aspek kecemerlangan. Di samping itu,
ia juga menambahkan pelbagai pengalaman baharu dalam diri murid-murid yang
baharu sahaja mengenal alam persekolahan serta penerapan ilmu sahsiah dan
ketrampilan juga dititikberatkan.

12

Anda mungkin juga menyukai