Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh
setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut
pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri
pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga
memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal
mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang
ditempatkan di kawasan pedalaman.
Pertama
kali
menjejakkan
kaki
ke
Kampung
Felda
Soeharto,
Kuala
Kubu,Selangor meninjau kenangan silam semasa tinggal di estet pada zaman kanakkanak. Kampung ini sangat cantik pemandangannya dan aman. Saya dan rakan-rakan
berkumpul di dalam kelas Dewan Komuniti Kampung Felda Soeharto bersamasama pelajar-pelajar daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang
dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini guru-guru pelatih yang terlibat
ialah dari kelas G41.1 hingga G4.11. Saya berasa sangat seronok kerana dapat
menjalankan aktiviti bersama pelajar-pelajar yang sungguh kreatif dan bersemangat.
Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan
manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru
bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahirankemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap
teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah
sentiasa peka dengan informasi-informasi baharu dengan mengamalkan adab-adab
yang terpelihara.
Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai
aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak
terhingga kepada para mentor, pensyarah dan kem komandan yang banyak
membimbing saya sebagai pelajar di IPG Kampus Ilmu Khas. Tanpa pensyarah sehebat
mereka siapalah saya dan terima kasih juga kepada Enci Amir Hamzah bin Aman
sebagai mentor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada
saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bina insan
guru . Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di
Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor, telah menyedarkan saya sebagai
seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru
yang kompiten, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas
sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk aspek
kebersihan.
Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap
pelajar yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan
dewan serbaguna 2 tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan,
dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami
bersihkan. Sebagai seorang pelajar, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan
diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat.
Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama masyarakat Kampung Felda
Soeharto untuk membersihkan kawasan dewan serbaguna 2 tersebut.
Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada kem komandan dan
pengerusi BIG sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk
menghias mencuci tandas dan mengutip sampah sarap di kawasan luar dewan
tersebut. Kami juga ditugaskan untuk mengecat pasu bunga prasekolah Kampung
Felda Soeharto. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata
dan membuat batas bagi menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama
bagi memindahkan tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar
prasekolah dan melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan
prasekolah tersebut.
Pada pendapat saya, saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan
lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi
pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika
saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting
nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai
kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang
kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai
program seperti gotong-royong dan sebagainya.
Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang
pelajar yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya
dapat belajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan
dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya
untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini
juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang
betul untuk menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala
ilmu ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada
masa hadapan.
Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di
Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor kerana sebagai seorang guru
pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru prasekolah kampung tersebut dan
mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar saya pada masa hadapan.
Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya
mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M),
semasa berada di prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat
kemahiran asas paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M
dan dapat berada di dalam kelas arus perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara
nasihat yang saya dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar
para pelajar dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar
yang saya perolehi pula adalah kaedah belajar melalui bermain dan kaedah VAKT.
Kaedah ini amat berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini
kerana, memang intuisi seorang pelajar untuk bermain.
meningkatkan
dan
mempelajari
bagaimana
cara
untuk meningkatkan
keupayaan berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan
dengan beberapa orang pelajar kursus pengajian lain yang sebelum ini kami hanya
sekadar membalas senyuman sahaja.
Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran pegawai dari Kampung
Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor. Semua pelajar yang terlibat diarahkan untuk
berkumpul di depan Dewan Komuniti Kampung Felda Soeharto. Para pelajar berkumpul
mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan penghargaan ringkas oleh
pengerusi BIG dan diikuti nyanyian lagu Negara Ku, IPGM dan bersurai. Ucapan terima
kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada para pensyarah yang bersama-sama
semasa program ini berlansung. Program seumpama ini harus dijalankan kerana
memberi banyak manfaat kepada pelajar IPG Kampus Ilmu Khas untuk keluar sebagai
seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah
sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan
jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan
kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal guru
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator
dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat
sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala
ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga
tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.
diadakan pada semester ini ialah khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh
semua guru pelatih. Berdasarkan program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk
memenuhi kehendak dalam Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh
semua pelajar. Merupakan suatu aktiviti penting bagi merealisasikan kehendak
Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing.
Sebelum saya dan rakan-rakan saya pergi ke program itu, saya selaku Ahli
Jawatan Kuasa telah membuat buku program untuk menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat. Selain itu, setiausaha telah melangsaikan tugasannya untuk membuat
kertas kerja agar ianya dapat diluluskan. Setelah ianya diluluskan, Ahli Jawatankuasa
peralatan telah memohon peralatan untuk digunakan semasa melakukan khidmat
masyarakat. Setiap orang melakukan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, nilai
tolong-menolong diterapkan di dalam diri masing-masing agar kerja dapat dijalankan
dengan lebih lancar lagi. Selain itu, kami juga sering diberi maklumat terbaru oleh
Pengerusi kami iaitu Mazlan. Beliau banyak memberi komitmen dalam menjayakan
program ini. Semasa di sana, kami berkumpul terlebih dahulu untuk diberi taklimat oleh
Pengerusi kami. Beliau telah berjumpa imam masjid tersebut untuk meminta kebenaran
melakukan program yang telah dijanjikan. Kami telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Kami telah melakukan pembersihan di
bahagian tandas, dalam masjid dan di luar masjid. Kami bekerjasama untuk melakukan
tugasan berikut. Saya telah membersihkan tempat mengambil air sembahyang serta
tandas lelaki dan perempuan bersama dua rakan saya juga. Bila bekerja bersamasama
saya
merasakan
keseronokkan
melakukannya. Kemudian,
saya
juga
membersihkan sliding yang ada di sekitar masjid bersama rakan-rakan saya yang
menguruskan tempat berkenaan. Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti
mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru
ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Dalam masa yang sama, program ini diharap dapatmenghasilkan guru yang berkualiti
dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan.
Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi
keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang
mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini
adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan
pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan masyarakat
sekolah.
Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan
Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian
program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang
menunjukkan dan mengetahui ciriciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental
dan semangat juang. Amat penting bagi guru pelatih untuk menguasai kemahiran asas
interpersonal serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali,
guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan
melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam
semua aspek tugas.
BIG 2
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami
melaksanakan program Bina Insan Guru bagi semester ini. Walau bagaimanapun,
semester ini kebiasaannnya kami perlulah membuat program anak angkat. Berikutan
bajet yang tidak mencukupi bagi tahun ini, ia hanya diadakan dalam satu majlis gotongroyong sahaja. Kami dikendaki berkumpul di perkarangan institut pada pukul 8.30 pagi.
Terdapat para pelatih yang menaiki kenderaan sendiri sama ada menaiki kereta
mahupun motosikal. Saya bersama 2 orang lagi rakan saya mengambil keputusan
untuk menaiki kereta. Kami telah konvoi kesana dengan beberapa buah kereta,
beberapa biji motorsikal dan 3 buah bas.
Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat mengenai tugasan yang perlu kami
lakukan. Kita dapat melihat majlis ini dijalankan berlangsung mengikut tugas-tugas yang
telah ditetapkan oleh pegawai BIG kami semua. Bagi unit PJ/PK/PSK bersama
MT/PJ/BI 2 kami ditempatkan di rumah Encik Zainol untuk menguruskan mengenai
majlis penutupan dan jamuan makan. Saya dan rakan-rakan telah membantu dalam
menyiapkan juadah makanan di dapur bersama orang-orang kampung. Amalan gotongroyong ini dapat menerapkan nilai tolong-menolong dalam diri kita semua. Selain itu,
kita juga perlulah mengamalkan sifat menghormati orang tua. Kita perlulah hormat
terhadap mak cik-mak cik yang berada di situ. Membantu dalam pekerjaan mereka.
Selain itu, kita juga sebagai seorang wanita perlulah meringankan beban mereka dalam
menjalankan tugas mereka. Jadi, kita hendaklah memberikan pertolongan dengan hati
yang ikhlas. Oleh hal demikian, program seumpama ini perlulah dijalankan bagi melahir
bakal pendidik dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Walaupun saya juga tahu mengenai sebilangan pelajar unit lain yang curi tulang dalam
melaksanakan
tugasan
berikutan
terlalu
ramai
yang
membuat
kerja.
Walau
bagaimanapun, ianya dapat dilakukan bersama. Bagi yang telah curi tulang ketika
membuat aktiviti gotong-royong ini, mereka itu tidak emmpunyai kesedaran sivik dalam
diri mereka.
Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang
tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat
membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan.
Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti
dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan.
Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi
keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang
mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini
adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan