Anda di halaman 1dari 8

Hadiah Manchurian Crane rapatkan

hubungan Malaysia - China MS 2


Convention on Wetlands -

cebisan

MOSTE

MS 3

Pengklonan Manusia Satu Realiti atau


Mitos? MS 4
ASIMO ke Pusat Sains Negara -

MS 5

Sambutan Tahun Baru Cina -

MS 6

Volume 1, 2003

MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND THE ENVIRONMENT


h t t p : / w w w . m o s t e . g o v. m y

Dasar Alam Sekitar Negara


Untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta
peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan Lestari.

Tujuan Dasar Alam Sekitar Negara

Alam Sekitar yang Bersih, Selamat, Sihat dan Produktif bagi generasi masa
kini dan masa hadapan
Pemuliharaan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi yang unik dan pelbagai
dengan penyertaan
berkesan semua sektor masyarakat
Cara hidup, Pola Penggunaan dan Pengeluaran yang Lestari

Prinsip-prinsip Dasar Alam Sekitar Negara

Pengawasan Alam Sekitar


Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam
Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
Penggunaan Lestari Sumber-sumber Asli
Membuat Keputusan Bersepadu
Peranan Sektor Swasta
Komitmen dan Kebertanggungjawaban
Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

Strategi Hijau Malaysia

Ehsan daripada Creative Advances Technology Sdn. Bhd.

Pendidikan dan Kesedaran


Pengurusan Berkesan Sumber Asli dan Alam Sekitar
Perancangan Bersepadu Pembangunan dan Pelaksanaan Yang Bersepadu
Pencegahan dan Kawalan Pencemaran dan Kemerosotan Alam Sekitar
Pengukuhan Mekanisme Pentadbiran dan Keinstitusian
Pendekatan Proaktif Terhadap Isu Alam Sekitar Serantau dan Sejagat
Pembentukan dan Pelaksanaan Pelan-Pelan Tindakan

Dasar Alam Sekitar Negara telah


dilancarkan pada 14 Nov. 2002 di
Cyber Lodge Resort Cyberjaya oleh
Y.B Dato Seri Law Hieng Ding,
Menteri Sains, Teknologi Dan Alam
Sekitar Malaysia

TAHUN BARU
WAJAH BARU
Tahun ini Cebisan MOSTE
lebih tebal dan padat dengan
berita semasa yang menarik
dikeluarkan 6 kali setahun

Perutusan Menteri

P
DATO SERI
LAW HIENG DING

ertamanya ingin saya mengucapkan Selamat


Tahun Baru 2003 kepada semua warga
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
(MOSTE). Pada permulaan tahun ini eloklah sekiranya
kita mengimbas kembali dan menilai pencapaian kerja
kita pada tahun lalu. Amalan yang kurang sesuai dan
kerja-kerja yang gagal dilaksanakan hendaklah dikaji
semula dan diganti dengan kaedah yang lebih berkesan.
Dalam kita melaksanakan tugasan kita perlu
menonjolkan sikap profesionalisme dan mengekalkan
semangat kerja berpasukan. Sikap saling bantu
membantu dapat memastikan kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan segera dan seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.
Selain menjalankan tugas yang sedia ada kita
haruslah memberi tumpuan kepada pelangganpelanggan
MOSTE.
Setiap
masalah
yang
dikemukakan haruslah ditangani dengan kadar segera
tidak kira samada ianya melibatkan pelanggan luaran
atau dalaman. Adalah diharapkan program Hari
Bersama Pelanggan MOSTE yang dibuat setiap bulan
telah berjaya menyelesaikan pelbagai persoalan yang

dibangkitkan oleh pelanggan-pelanggan MOSTE dan


seterusnya mengeratkan lagi hubungan antara MOSTE
dan pelanggannya.
Sesuai dengan pemilihan slogan Hari Q yang baru
kita sambut iaitu Ilmu Menjana Kualiti, saya percaya
warga MOSTE juga sedar akan kepentingan ilmu di
dalam melaksanakan tugasan. Setiap kita harus
mempunyai sikap ingin menambah ilmu bagi
memastikan kita sentiasa peka dengan perubahan
isu-isu di sekeliling kita terutama yang berkaitan
dengan isu sains, teknologi dan alam sekitar.
Saya percaya semua warga kerja MOSTE telah
memberikan komitmen dan usaha yang terbaik
sepanjang tahun lalu walaupun pelbagai cabaran telah
ditempuhi. Hasilnya saya pasti anda semua berpuas
hati dengan tugas-tugas yang telah dijalankan. Saya
berharap sikap ini akan terus dikekalkan di samping
menerapkan semangat baru dalam melaksanakan
kerja-kerja. Semoga kita berjaya menempuh tahun
2003 ini dengan lebih keyakinan dan semangat kerja
berpasukan yang tinggi.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Manchurian Crane
rapatkan hubungan Malaysia - China

ktober 2002 - Satu majlis penyerahan dua ekor burung


Manchurian Crane (Grus japonensis) telah diadakan di
Paya Indah Wet Land, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana
Menteri Malaysia sempena ulang tahun penubuhan Paya Indah
Wet Land yang Ke-Dua.
Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran YB
Datuk Seri Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar, Wakil Kedutaan Republik Rakyat Cina, YBhg Dato Musa
Nordin, Ketua Pengarah PERHILITAN serta warga MOSTE.
Penempatan burung di Paya Indah Wet Land adalah
merupakan satu program pertukaran haiwan antara Kerajaan
Malaysia dan Republik Rakyat Cina iaitu sepasang Tapir (Tapirus
indicus) dan sepasang burung Manchurian Crane. Pertukaran ini
dibuat adalah sempena lawatan Menteri Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar ke Republik Rakyat Cina pada bulan Mac 2002
untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua negara.
Manchurian Crane adalah haiwan yang hidup di kawasan
paya. Ia merupakan spesies burung yang terancam. Dalam tahun
1993 hanya 877 ekor telah dilaporkan di Yanncheng Nature

Reserve, di China, dan antara 250-300


ekor dipelihara di Taman Zoologi di
seluruh negeri China.
Pengurangan kawasan paya,
pencemaran air dan kesan toksik
racun adalah faktor utama yang
mengancam kehidupan burung ini.
Dengan
adanya
program
penukaran ini adalah diharap
Malaysia akan dapat membantu
dalam meningkatkan bilangan spesies burung ini, serta dapat
mewujudkan hubungan yang baik di antara kedua-dua negara.
Program ini telah dapat memberi manfaat kepada Jabatan
PERHILITAN di mana pertukaran haiwan di antara dua Zoo iaitu
Taman Zoologi Melaka dan Taman Zoologi Beijing dapat
dijalankan. Aktiviti ini juga telah dapat menggalakkan industri
pelancongan di antara kedua-dua negara.

Oleh: Nor Azahan Din Shaari


EKOPELANCONGAN, PERHILITAN,
azhan@wildlife.gov.my

SIDANG PENGARANG
SIDANG PENGARANG
Penasihat
Ketua Editor
Editor

Rekabentuk &
Jurugambar

: Tuan Haji Dr. Hashim Hassan


: Puan Fadzilah Ahmad Din
: Cik Normah Mustaffa
Encik Ismail Joseph
Puan Zainon Ngah
Puan Puziah Sulaiman
Cik Nor Rokiah Alias
Encik Cheah Choon Aik
: Encik Mokhaizal Mokhtar

CEBISAN MOSTE ialah penerbitan


Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Aras 1-7, Blok C5, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya
Pembaca Budiman! Sumbangan karya atau artikel dan maklumbalas dari tuan/puan
sangat dialu-alukan. Hantarkan karya atau maklumbalas anda kepada Pengarah Pusat
Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tel
: (+603) 8885 8000
E-mel
: mastic@mastic.gov.my

Faks

(+603) 8889 2980

Alam Sekitar

8th Meeting of the Conference of the Parties to the


Convention on Wetlands (Ramsar, Iran, 1971)
Wetlands: water, life, and culture Valencia, Spain, 18-26 November 2002

he Eighth Meeting of the


Conference of the Contracting
Parties (COP8) to the Convention
n Wetlands took place on 18-26
ovember 2002 at the Prince Philip
cience Museum in Valencia, Spain. The
heme of the Conference was
Wetlands:
ater, life and
ulture.
The
Museum is part
f a complex
alled the City of Prince Philip Science
rts and Sciences Museum in Valencia,
cated inValencia. Spain.
The Ramsar Convention provides a
amework for national action and
nternational cooperation for the
onservation and wise use of wetlands
nd their resources. This Convention is
he only environmental treaty dealing
ith a particular ecosystem (i.e. wetnds) and currently has 134 Contracting
arties. Contracting Parties meet every
hree years to assess progress in
mplementing the Convention and
etland conservation, share knowledge
nd experience on technical issues, and plan
e scope of work in the next triennium.
A twelve-member delegation from
Malaysia attended this COP8 meeting.
he delegation was headed by the
onorable Dato Seri Law Hieng Ding,
Minister of Science, Technology and the
nvironment.
he Secretaryeneral
of
MOSTE Dato
eong Ah Hin
cted as the Dato Seri Law, Dato
lternate Head Leong and Mr. Ooi at the
Wetlands Exhibition.
f Delegation.
It is pertinent to add that in the case
f Malaysia, the Ramsar national focal
oints for communication, education
nd public awareness (CEPA) are
MOSTE (governmental) and Malaysian
ature Society (non-governmental).
The substantive agenda items of this
OP8 meeting included the Conventions
Work Plan 2003-2005 and its Strategic
lan for 2003-2008, as well as reports and

recommendations submitted by Parties


and by the Conventions Standing
Committee. The COP8 meeting also
considered implementation of the
Convention at the global level and
reports on a variety of issues, including
the proposed budget for 2003-2005 and
the work of the Scientific and Technical
Review Panel (STRP).
Five technical sessions also took
place to address the followings:

Major challenges and emerging


opportunities for wetland, water
and sustainability;
Baselines for sustainable use wetland inventory and assessment;
Global biodiversity and the
sustenance of human life-the
Ramsar List of wetlands of
International Importance;
Management of wetlands for
sustainable use and human
well-being; and
Cultural aspects of wetlands as
a tool for their conservation and
sustainable use.
Over 40 resolutions submitted by the
Standing Committee and parties on a
wide range of policy, programme and
budgetary matters were adopted at this
meeting. Copies of the Penang
Statement on Regional Cooperation
through Partnerships for Wise Use of
Wetlands, printed in 19 languages, were
made available by Ramsar Center Japan
to interested participants at this meeting.

An Exhibition was also held


concurrently at
the convention
venue displaying
various exhibits
put
up
by
Contracting
Dato Seri Law navigating
Parties, official the computer to view
bodies and civil scenes from the
society groups Albufera Nature Park
and lake.
and NGOs.
The social events organized also
included five field excursions which
focussed on the following interesting
themes/areas:

The culture of water


The Coast: Nature and History
Rice and oranges
Salt flats, reed beds and palm groves
The Delta del Ebro

The Malaysian delegation joined the


excursion which toured the Albufera
Nature Park (21,000 hectares). The main
feature of this park is Lake Albufera - a
large lake (2,837 hectares) which is
known for its rich bird life and important
role in regulating water flow in the rice
fields in the Valencia district.
A plenary meeting
in session. Ramsar
Secretary-General,
Mr. Delmar Blasco
(second from left).

Dato Seri Law Hieng Ding, Dato


Leong Ah Hin and Prof. Ho Sinn Chye
also met with the Ramsar SecretaryGeneral, Mr. Delmar Blasco at his office
to discuss wetland related issues and to
reaffirm Malaysias commitment and
current efforts towards wetland education,
management and conservation.
Many side and/or parallel events
discussing wetland related issues
(scientific, technical, social & cultural),
wetland inventory needs as well as
regional/global initiatives also took
place during the course of the
Convention.

The Albufera
wetlands, Spain.

Oleh: Prof Dr Ho Sinn Chye,


Direktorat Oseanografi
Kebangsaan
scho@moste.gov.my

S&T

Pengklonan manusia:
satu Realiti atau

ains dikejutkan dengan laporan media mengenai kelahiran Baby Eve


hasil pengklonan manusia pada 26 Disember 2002 (NST, 5 Januari
2003). Bagaimanapun kebenaran dakwaan ini masih diragui kerana
tidak dibuktikan dengan ujian saintifik oleh badan penyelidik bebas.
Michael Guillen, saintis bebas Amerika selepas itu menyangkal keras
akan kebenaran kelahiran Bayi Eve seperti yang didakwa oleh Syarikat
Pengklonan Manusia Clonaid. Michael Guillen menuduh dakwaan
tersebut merupakan penipuan yang telah dirancang dengan teliti.
Tambahan pula penemuan penyelidikan mereka tidak diumumkan
mengikut prosidur yang sepatutnya dilakukan untuk menyiarkan keputusan
saintifik sesuatu hasil penyelidikan kepada umum.

Mitos?
Kaedah ini juga telah
digunakan untuk menghasilkan Dolly. Teknik
ini melibatkan pembuangan nukleus dari
telur. Sel somatik individu lain yang akan
diklon dipindahkan ke
dalam telur. Telur ini
kemudian ditanam di
dalam
rahim
dan
melahirkan bayi klon.

Apa Pendapat Pakar Tempatan Masalah-Masalah Pengklonan


Mengenai Pengklonan Manusia?
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatalogi, Hospital Pakar
Damansara (Mingguan Malaysia 19 Januari 2003), pengklonan manusia
merupakan proses penghasilan pendua yang mempunyai persamaan
genetik dengan individu sedia ada. Pengklonan ini juga dikenali sebagai
pengklonan DNA orang dewasa.
Beliau menegaskan bahawa persamaan individu asal dan klon
hanyalah dari segi fizikal dan genetik. Tetapi tingkah laku dan sikap
mereka adalah berbeza sama sekali kerana ia dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Menurut beliau Siti Nurhaliza jika diklonkan sekalipun
tidak akan mempunyai bakat seni yang besar seperti yang dimiliki oleh
Siti Nurhaliza sebenar.
Profesor Dr Abd Latif bin Ibrahim, Pengarah Urusan Direktorat
Bioteknologi Kebangsaan, MOSTE berpendapat pengklonan manusia
sebagai titik kemajuan dalam bidang bioteknologi dari perspektif sains.
Dakwaan pengklonan berpotensi merawat pesakit jantung, diabetis,
Parkinson dan lain-lain degenerative diseases masih pada peringkat yang
terlalu awal. Tisu atau organ hasil dari pengklonan teraputik secara
teorinya dapat mengurangkan risiko reaksi penolakan oleh badan pesakit
selepas menjalani pembedahan pemindahan tisu.
Bagaimanapun menurut beliau penyelidikan lanjut diperlukan dan
saintis perlu membuktikan faedah proses pengklonan manusia yang
diharuskan dan menjurus kepada kesejahteraan manusia sejagat.

Jenis-Jenis pengklonan

Pengklonan DNA Orang Dewasa


Pengklonan jenis ini menghasilkan individu yang mempunyai
persamaan dengan individu sedia ada
Pengklonan Teraputik
Matlamat jenis ini untuk menghasilkan sel-sel tisu atau organ-organ
bagi proses pemindahan organ. Ia juga berpotensi untuk merawat
penyakit serius dan kronik seperti kecederaan saraf, diabetes, angin
ahmar, serangan jantung, penyakit Parkinson dan sebagainya.

Selain itu ia juga bertujuan menghasilkan bahan-bahan tertentu seperti


Komponen pembeku darah, albumin dan sebagainya.

Jenis-jenis teknik pengklonan


Tiga jenis teknik pengklonan utama iaitu:

Teknik Pemisahan embrio


Pembahagian embrio kepada dua untuk meghasilkan dua individu
yang mempunyai gen yang sama. Kaedah ini digunakan untuk
menghasilkan bayi tabung uji. Ia berlaku secara semulajadi dalam
kelahiran kembar dua atau tiga yang seiras.

Teknik Penyuraian blastomere


Kaedah ini menggunakan teknik pemisahan embrio kepada empat
hingga 12 sel yang seiras. Setiap sel boleh membentuk menjadi
embrio yang mempunyai kandungan gen yang sempurna.
Teknik pemindahan nuklear
Teknik ini digunakan untuk mengklonkan manusia atau mamalia.

Menurut laporan yang di petik dari rencana Commentary on Human Cloning


oleh Byrne dan Gurdon (http://www.reproductivecloning.net/cloning.pdf)
di antara masalah dalam pengklonan mamalia termasuk manusia adalah:

Kadar kejayaan pemindahan sel nuklear somatik


yang sangat rendah
Untuk menghasilkan klon, nukleus dari telur dikeluarkan dan digantikan
dengan nukleus sel somatik menerusi suntikan mikro. Hanya 1% dari
proses ini biasanya berjaya menghasilkan stem cell yang akan
menghasilkan individu klon.

Kekerapan tinggi penghasilan klon cacat


Faktor kedua yang sering menimbulkan penentangan terhadap pengklonan
adalah kebarangkalian individu mempunyai ciri-ciri yang tidak normal
adalah tinggi. Wilmut yang menghasilkan klon biri-biri Dolly mendakwa
kecacatan umum adalah LOS atau Large offspring syndrome. Saiz
individu yang dihasilkan melalui klon dikatakan empat kali lebih besar
dari yang asal dan sering mempunyai masalah nisbah saiz organ
dalaman yang tidak seimbang dengan saiz badan individu klon tersebut.

Kebarangkalian mengidap penyakit


Individu hasil klon didakwa sering menghadapi pelbagai masalah
kesihatan seperti masalah pernafasan, peredaran dan lain.-lain. Dolly
misalnya dilaporkan mengalami penyakit radang joint tulang atau arthritis.
Dia juga dikatakan mempunyai masalah ketuaan. Dolly kelihatan lebih
tua dari umurnya yang sebenar.

Cabaran Dalam Pengklonan


Sehingga kini saintis masih belum menemui teknik molekular yang boleh
membuat pemeriksaan terhadap kesempurnaan gen yang telah
diprogramkan semula semasa proses pemindahan nukleus bagi
mengatasi masalah-masalah dalam pengklonan.
Di samping itu tentangan dari segi etika dan keagamaan pastinya
sentiasa berterusan. Jelaslah pengklonan memerlukan lebih banyak
masa, perundangan dan penyelidikan di masa hadapan untuk
menghasilkan kemahiran dan teknologi pengklonan serta membuktikan
faedahnya kepada tamadun akan datang.
Apakah yang mendorong saintis sanggup mengharungi cabaran
penyelidikan dalam pengklonan? Sama-sama kita ikuti perkembangan
seterusnya dalam sains pengklonan.

Oleh: Puziah Sulaiman, MASTIC.


puziah@mastic.gov.my

S&T

ASIMO

anuari 2003 Honda Malaysia


dengan kerjasama
Pusat Sains Negara telah mempamerkan robot ASIMO pada
11-13 Januari 2003. Pameran
yang diadakan di Pusat Sains
Negara ini telah dirasmikan
oleh YB Dato Seri Law
Hieng Ding, Menteri Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar.

Ke Pusat Sains Negara


mobiliti atau gaya pergerakan dan daya tarikan visual. Ia
merupakan robot yang pertama seumpamanya di dunia
dan dikeluarkan oleh pengeluar automobil dunia Honda.
Robot ini dihasilkan bertujuan untuk menerap dan
membangunkan teknologi humanoid bukan sahaja dalam
industri automotif tetapi juga di dalam pelbagai bidang
untuk masa hadapan. Pameran robot ASIMO ini diharap
dapat memberikan idea dan semangat kepada saintis di
Malaysia bagi membangunkan teknologi robot humanoid
di masa akan datang.

Robot ASIMO yang


dipamerkan ini adalah dicipta
berasaskan humanoid yang
menggabungkan kepintaran,

Sumber: Pusat Sains Negara

Malaysia tawarkan biasiswa kepada pelatih-pelatih


dari anggota Asean di IAMMST KE-2

anuari 2003 - Mesyuarat Tidak Formal atau IAMMST Kedua telah


diadakan dari 16 hingga 17 Januari 2003 di Yangon, Myanmar.
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YB Dato Seri Law Hieng
Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Delegasi ini termasuk
juga pegawai-pegawai kanan MOSTE iaitu YBhg Dato Leong Ah Hin,
Ketua Setiausaha selaku Ketua Delegasi Peringkat Pegawai; Prof. Dr.
Mohd. Ali Hashim, Pengarah Bahagian S&T; Tuan Haji Mohamad
Akbar Hj. Mahbat, Pengarah Bahagian Antarabangsa dan; dua orang
pegawai Bahagian S&T iaitu Encik Sakib Kusmi dan
Encik Lee Keng You.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh TYT Jeneral
Khin
Nyunt,
Setiausaha
Pertama,
Majlis
Pembangunan dan Keamanan Negara Myanmar.
Sementara itu, semua negara anggota ASEAN telah
menghantar wakil masing-masing ke Mesyuarat ini
yang diketuai oleh Menteri dan yang setaraf dengannya atau wakil masing-masing serta perwakilan daripada Sekretariat ASEAN.
Di bawah aktiviti-aktiviti Sains dan Teknologi (S&T)
untuk integrasi ASEAN, Malaysia telah menawarkan
sebanyak 10 biasiswa dalam bentuk latihan berasaskan
teknologi Computer Numerical Control Machine yang
direka oleh Technology Park Malaysia (TPM Sdn. Bhd.)
sendiri kepada pelatih-pelatih dari negara-negara
anggota ASEAN.
Di samping itu, Thailand turut menawarkan
kemudahan Stesen Penerima Bumi (Ground
Receiving Facilities) dan Sistem Maklumat Geografi
(GIS), serta latihan asas dan lanjutan dalam Remote
Sensing dan GIS. Tidak ketinggalan, Brunei telah
menawarkan untuk mengadakan seminar mengenai
Genetically Modified Organisms (GMO) dan seminar
mengenai infrastruktur.
Dalam Mesyuarat ini juga, beberapa isu telah
dibincangkan iaitu Wawasan Jangka Panjang

Kerjasama ASEAN dalam S&T, Aktiviti S&T untuk integrasi ASEAN,


Program Kesedaran S&T, Kerjasama S&T ASEAN dengan China, Jepun
dan Korea Selatan (ASEAN+3) dan lain-lain lagi.
Sepintas lalu, Mesyuarat Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN
(AMMST) telah mula diadakan pada tahun 1980 di Thailand. Mesyuarat ini
diadakan tiga tahun sekali. Tujuan utama AMMST adalah untuk
membincangkan pembangunan dan kerjasama S&T di kalangan
negara-negara anggota ASEAN dan juga membincangkan hasil keputusan
mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN yang berkaitan
dengan S&T.

ASEAN

Malaysia

Myanmar

Singapore

Vietnam

Loas

Indonesia

Brunei

Cambodia

Philipines

Thailand

AMMST Ke-8 pada tahun 1998 di Vietnam


memutuskan bahawa kekerapan mesyuarat ditingkatkan
kepada setiap tahun dengan Mesyuarat Formal (AMMST)
dan Tidak Formal (IAMMST) diadakan berselang-seli.
IAMMST Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN
Pertama telah diadakan pada 8 Januari 2000 di Genting
Highland.
Lazimnya AMMST dan IAMMST didahului dengan
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan S&T ASEAN (SOM).
SOM akan membuat persiapan mengenai isu-isu dan
kertas-kertas perbincangan sebagai panduan perbincangan
Mesyuarat Peringkat Menteri. Di samping itu,
Menteri-Menteri
S&T
ASEAN
berpeluang
membincangkan segala perkara baru yang tidak
disentuh oleh SOM.
Mesyuarat juga telah mengambil maklum bahawa
AMMST Ke-10 yang dijadualkan pada akhir tahun 2003
di Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR) adalah
bergantung kepada kelulusan Kerajaan Lao PDR.

Oleh: Ismail Joseph, Bahagian


Antarabangsa
ismail@moste.gov.my

Berita Bergambar

Sambutan
Tahun Baru Cina ...

Para tetamu beramai-ramai


menjamu hidangan Yee Sang

Upacara memotong kek

Persembahan kanak-kanak
akrobatik dari China
Selamat Datang Datuk Samy Vellu

Bangunan baru

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Pusat Asuhan Kanak-kanak..khas


untuk anak-anak kakitangan LPTA

Bilik Mesyuarat Utama..dilengkapi


dengan pelbagai kemudahan terkini

Ruang menyambut tetamu yang


menarik dan selesa...

Bangunan baru Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Pentadbiran

Syabas pemenang-pemenang Anugerah 2002


Encik Chang Hon Fong - Anugerah Tokoh Sambutan Maulidur
Rasul (Kategori Bulan Islam) untuk tahun 1423 Hijrah, 2002.

Kumpulan ALPHA, KMK Jabatan Kimia Terengganu - Anugerah


Inovasi Peringkat Kebangsaan 2002.

Bahagian Sains dan Teknologi - Dianugerah Persijilan MS ISO


9002:1994, Pengurusan Proses Permohonan, Penilaian dan Kelulusan
Geran IRPA, 29 Mac 2002.

Encik Mohd Arif bin Hamzah, MINT - Anugerah Inovasi


Perkhidmatan Awam 2002. Projek Sistem Pengendalian dan Bancuhan
Kimia Automatik (CHEMLOAD V 2000), 23 Ogos 2002.

Encik Mahmud bin Hamid, MINT - Anugerah Inovasi


Perkhidmatan Awam 2002, 23 Ogos; Projek Projektor Kamera Gamma
(Ir-92) SEMU (DUMMY).

Dr. Wan Manshol bin Wan Zin, MINT - Pingat Perak Anugerah
Inovasi dan Reka Cipta di Pittsburgh, USA, 15 Mei 2002.

Dr. Wan Manshol bin Wan Zin, MINT - Pingat Perak Anugerah
Inovasi dan Reka Cipta di Geneva, 1 Mei 2002.

MINT - Anugerah Khas Kualiti Perkhidmatan Awam sempena


Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri, 12 Oktober
2002.

Pusat Latihan MINT - Dianugerah Persijilan ISO 9001:2000,


Administration of Training Programs for Public and in Company and
Management of Seminar/Conference, 7 Mei 2002.

Bahagian Teknologi Industri, MINT - Dianugerah Persijilan ISO


9001:2000, Provision of Ultrasonic, Radiotheraphy, Pipescan and
Column Scan Testing Services, 13 September 2002.

Bahagian Suriagamma, MINT - Dianugerah Persijilan ISO


9001:2000, Gamma Irridation Services Using Co-60 Source for
Medical Product, Consumer Products and Pharmaceuticals, 21
Oktober 2002.

Akitiviti & Program


Kualiti
SUMBER : Bahagian Pentadbiran MOSTE

PERTANDINGAN KAUNTER TERBAIK 2002


Pertama :
MINT, Bangi
Ke Dua :
PSN, Persiaran Kiara, Kuala Lumpur
Ke Tiga
:
PERHILITAN, Cawangan Negeri Sembilan
PERTANDINGAN SLOGAN 2002 ILMU MENJANA KUALITI
Pertama :
Cik Normah Mustaffa, MASTIC, Putrajaya
Ke Dua :
Encik Shukri Hamzah, Jabatan Kimia, Terengganu
Ke Tiga
:
Puan Norlina Ab. Aziz, MINT, Bangi
PERTANDINGAN LAYANAN BERKUALITI MELALUI TELEFON 2002
Pertama :
PSN, Persiaran Kiara, Kuala Lumpur
Ke Dua :
BAKSA, Kuala Lumpur
Ke Tiga
:
MINT, Bangi

KALENDER AKTIVITI MOSTE


1-16 Mac 2003

Butterflies Go Free Event & Exhibition 2003 Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, KL

08 Mac 2003

Colloqium: Forest Fire , Seminar Hall, MACRES, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

10 Mac 2003

EUREKA!! SCIENCE?? YEAH!! Seminar! , Pusat Sains Negara , Bukit Kiara, KL

22 Mac 2003

Brain Snacks - Creative Learning, English Science Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, KL

22 Mac 2003

Colloqium: Earthquake Vulnerability Reduction for Cities, Seminar Hall, MACRES, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

23 Mac 2003

Sambutan `WMO Day`, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jalan Sultan, Petaling Jaya.

24 Mac 2003

Perasmian Bangunan Utama Jabatan Kimia Malaysia di Jalan Sultan, Petaling Jaya oleh YB Dato Seri Law Hieng Ding.

29 Mac 2003

Colloqium: Space Technology for Natural Disaster Management, Seminar Hall, MACRES, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

12 April 2003

Hari Pelanggan MOSTE, Parcel C, Blok C5, Putrajaya.


PEGAWAI BARU DI MOSTE

NAMA

JAWATAN

TARIKH LAPOR

En. Aamir Nordin b. Ariffin

Pengarah, Gred 54/48

02 Januari 2003

PENEMPATAN DI MOSTE
S&T

En. Kamalludin b. Hj. Ismail

Penolong Pengarah, M 41

27 Januari 2003

Pentadbiran

Cik Priyadarshini a/p David Dorairaj

Penolong Pengarah, M 41

27 Januari 2003

S&T

En. Mohd. Azreey Shah b. Abd. Aziz

Penolong Pengarah, M 41

27 Januari 2003

S&T

En. Ahmad Farid b. Mohammed

Penolong Pengarah, M 41

27 Januari 2003

S&T

En. Jamsari b. Raspani

Pen. Juruaudit, W 27

02 Januari 2003

Audit Dalam

Cik Siti Rohana bt. Mokhtar

Pembantu Tadbir(Kewangan), W 17

02 Januari 2003

Kewangan

Cik Noor Khasidah bt. Musa

Pembantu Tadbir(Kewangan), W 17

02 Januari 2003

Pembangunan

En. Alinapiah b. Daud

Pembantu Tadbir(Kewangan), W 17

02 Januari 2003

Kewangan

Pn. Yusmawati bt. Bakhri

Pembantu Perpustakaan, S 17

23 Januari 2003

MASTIC

Cik Sry Widiana bt. Khairudin

Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan), N 17

21 Januari 2003

MASTIC

Cik Jurini b. Johari

Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan), N 17

10 Februari 2003

Pej. Timbalan Menteri

PEGAWAI MOSTE YANG BERTUKAR


NAMA

JAWATAN

TARIKH BERTUKAR

TEMPAT TUKAR

En. Letchumanan a/l Ramatha

Ketua Penolong Pengarah, M 48

02 Januari 2003

Mengikuti
Kursus
Masters
Public
Management di National University Of Singapore

En. Sarawana Kumar a/l Kumaravasagam

Penolong Pengarah

06 Januari 2003

Mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam

Cik Chitra a/p Subramaniam

Penolong Pengarah

06 Januari 2003

Mengikuti Kursus Diploma Pengurusan


Awam

Cik Masni Afiza bt. Mohamad

Penolong Pengarah

06 Januari 2003

Mengikuti Kursus Diploma Pengurusan


Awam

En. Saiful Zahman b. Ismail

Penolong Juruaudit, W 27

02 Januari 2003

Jab. Audit Negara, Putrajaya

Pn. Salmiah bt. Kasmani

Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan)

16 Januari 2003

Jab. Kebajikan Masyarakat Malaysia, KL

Pn. Jamilah bt. Adnan

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N 17

21 Januari 2003

Jab. Ukur & Pemetaan, KL

Pn. Zuraina bt. Abd. Wahab

Pembantu Perpustakaan, S 17

16 Januari 2003

Jabatan Perdana Menteri

Iklan

Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar


Menjadi agensi peneraju dalam
kemajuan sains dan teknologi serta
pengurusan alam sekitar bagi
memastikan pembangunan negara
yang lestari ke arah mencapai taraf
negara maju.

Mewujudkan persekitaran yang


kondusif bagi kemajuan sains dan
teknologi ke arah menjana
pengetahuan, kekayaan dan
meningkatkan kualiti kehidupan
melalui pembangunan lestari.

Improve Your Self Worth

o you have problems coping with stress? Do you


feel that you are not able to express your thoughts
and ideas effectively? How can you work smart
rather than work hard?

Do not miss this opportunity to learn ! All staffs should


be encouraged to attend these short but useful sessions.
Special arrangements for viewing of tapes can also be
made upon request.

Beginning this year MASTIC library has scheduled


screening of videos on several interesting topics. Shows
will be held on the second and third Saturday of the
month at the Multi Media Room in the library at 9.00 am.

For further information please contact Cik Adibah


Ahmad Rafae (8885-8099) or Encik Norzaini A. Rahman
(8885- 8098).

What is On in March - May


8th March

A New Look At Motivation

32 min

22nd March

Creative Problem Solving: How To Get Better Ideas

27 min

12th April

Career Development: A Plan For All Seasons

26 min

26th April

Strategies For Competitive Edge: Creative Thinking

42 min

10th May

A Case Of Working Smarter Not Harder

18 min

24th May

Speaking Effectively: To One Or One Thousand

21 min
Source: MASTIC Library