Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELANDAR

77500 SELANDAR MELAKA


MEA1077
__________________________________________________________________________________
PERATURAN KAWAD KECEMASAN/KEBAKARAN SMK SELANDAR TAHUN 2013
1. MEMBUNYIKAN LOCENG/SIREN
Bila berlaku kebakaran, sesiapa sahaja termasuklah pelajar, guru dan kakitangan sekolah
hendaklah segera membunyikan loceng isyarat kebakaran. Bunyi loceng ini akan berulang-ulang
dan panjang dari arah pejabat sekolah.
2. MENGOSONGKAN BANGUNAN
Bila kedengaran isyarat kecemasan, semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah hendaklah
meninggalkan bangunan dengan mengikut laluan yang ditentukan dan berkumpul di tempat yang
telah ditetapkan. Peraturan berikut hendaklah dipatuhi;2.1 Pelajar berdiri di sisi meja masing-masing apabila mendengar isyarat kecemasan dan tunggu
arahan dari guru
2.2 Pelajar beratur dalam satu berisan di luar kelas dan segera meninggalkan bilik kelas mengikut
pelan yang telah ditetapkan.
2.3 Bergerak dengan pantas, senyap dan tidak berbual dan ketawa. Pelajar tidak boleh terburuburu, berlari dan memotong barisan untuk ketempat berhimpun. Guru yang mengiringi
pelajar perlu memastikan disiplin pelajar adalah terkawal.
2.4 Pelajar yang tidak berada di dalam kelas (berada di kantin, tandas dan sebagainya) hendaklah
segera ke tempat berhimpun.
2.5 Kakitangan pejabat sekolah dan guru tingkatan hendaklah membawa buku rekod kedatangan
pelajar ke tempat berhimpun.
2.6 Guru tingkatan dikehendaki mengambil kedatangan pelajar untuk memastikan semua pelajar
yang hadir pada hari tersebut berada di tempat berhimpun.
2.7 Jika ada pelajar yang tertinggal, usaha mencari hendaklah dijalankan.
3. TEMPAT BERHIMPUN
3.1 Tempat berhimpun adalah di kawasan yang selamat (kawasan lapang). Sila rujuk pelan.
3.2 Sentiasa mendengar arahan yang diberikan untuk maklumat yang berkaitan.
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Melawan kebakaran adalah dibenarkan sekiranya api masih kecil.
4.2 Guru-guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance serta ahli-ahlinya
hendaklah memberikan pertolongan cemas sekiranya perlu.
4.3 Guru bertugas mingguan hendaklah menulis laporan di dalam buku laporan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

(F KHAMARUL ZAMAN JASRI)


S/U Keselamatan Jalanraya & Pencegahan Kebakaran